Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

KELAS 6E 32

serena sedang memandu keretanya keluar dari kawasan perumahan itu ketika dia melihat rohana bersama seorang lelaki di atas sebuah motosikal lalu di hadapan keretanya. serena tidak tahu apakah sebabnya rohana keluar merayap dengan lelaki tersebut pada waktu malam begitu. dalam diam serena mula berfikir  panjang. sudah pasti dia hendak keluar bersukaria dengan lelaki tersebut. jadi serena pun mengambil keputusan untuk mengekori mereka dari belakang. tidak lama kemudian mereka berada di pusat bandaraya. serena lihat motosikal itu berhenti betul betul di hadapan sebuah kelab malam. memang betul jangkaannya tadi yang rohana dan lelaki tersebut keluar untuk bersukaria. lelaki itu membawa rohana masuk ke dalam kelab malam 99 itu. yang peliknya lelaki jaga di luar kelab malam tersebut membenarkan lelaki itu membawa rohana masuk ke dalam kelab malam tersebut. padahal rohana masih lagi di bawah umur. serena mematikan enjin keretanya. dia melangkah keluar dari dalam  keretanya. perlahan lahan dia mengorak langkah menuju ke arah kelab malam 99 itu. lelaki  jaga itu menahan serena. "mana kad IC cik?... aku nak periksa kad IC cik dulu...", lelaki bertubuh sado itu bersuara dengan wajah yang serius. mahu tidak mahu serena terpaksa mengeluarkan kad IC nya.

setelah meneliti kad IC serena dia pun membenarkannya masuk ke dalam kelab malam itu. serena melangkah masuk ke dalam kelab malam itu. sebaik saja dia berada di dalam kelab malam tersebut matanya terus melilau mencari bayang kelibat rohana. dia nampak rohana sedang berbual dengan lelaki lain. lelaki bersama dengannya tadi sudah tidak ada lagi di situ. serena duduk di tempat yang agak tersorok sedikit. matanya sibuk memerhatikan  rohana dalam diam. tidak lama kemudian  lelaki yang bersama rohana tadi muncul di situ. dia kelihatan baru saja keluar dari bilik tandas yang terletak tidak jauh dari situ. dia kelihatan marah apabila dia melihat rohana sedang berbual dengan lelaki lain di dekat bar tersebut. tanpa di duga lelaki itu menumbuk wajah lelaki yang sedang leka berbual dengan rohana ketika itu. maka  terjadilah pergelutan di situ. mereka  bergelut dengan di saksikan oleh semua  para pengunjung kelab malam tersebut. serena segera bangun. dia memanggil lelaki  jaga yang berdiri di luar kelab malam tersebut bagi meredakan keadaan yang kacau bilau itu.

lelaki jaga tersebut segera meleraikan pergelutan yang terjadi ketika itu. sebaik saja mereka berjaya di leraikan lelaki jaga tersebut segera menghalau keluar lelaki yang bersama dengan rohana itu. dengan marah lelaki itu menarik tangan rohana keluar dari situ. serena mengekori mereka dari belakang. dia lihat lelaki itu marah marah pada rohana di luar kelab malam tersebut. ketika mereka bergaduh lelaki itu telah menampar pipi kiri rohana dengan tangannya. selepas itu lelaki tersebut menyatakan pada rohana yang dia memutuskan perhubungan mereka. rohana menangis ketika dia mendengar perkataan lelaki itu. dia merayu agar lelaki tersebut tidak memutuskan perhubungan mereka tapi lelaki itu tidak menghiraukannya. malah dia meninggalkannya seorang diri di situ. Serena pantas menghampiri gadis tersebut. "rohana?", serena memanggil nama gadis itu sebaik saja dia berdiri dekat dengan gadis tersebut. "cikgu?... cikgu ada di sini?", soal rohana agak terkejut. dia terkejut sebab guru kelasnya ada di situ. "ya... kebetulan cikgu lalu di kawasan ni cikgu nampak rohana berdiri kat sini sambil menangis sebab itulah cikgu datang ke  sini. by the way kenapa rohana menangis ni? ", soal serena pura pura tidak tahu apa apa. rohana tidak segera menjawap soalan guru kelasnya itu. malah dia menangis dan terus menangis. "janganlah nangis... malu kalau di lihat orang... begini sajalah, kau ikut cikgu ke kereta cikgu... di sana nanti kau boleh ceritakan pada cikgu apa yang telah terjadi, okay?", kata serena. rohana hanya menganggukkan kepalanya. mereka pun beredar dari situ.

sebaik saja mereka berdua melangkah  masuk ke dalam kereta serena pun bertanya.  "apa yang telah terjadi rohana?", soal serena ingin tahu. rohana masih lagi menangis. serena terpaksa membiarkan gadis itu menangis di tempat duduknya. dia memberikannya beberapa helai kertas tisu. rohana mengambil kertas tisu itu lalu di kesatnya airmata yang mengalir di pipinya. beberapa ketika kemudian serena lihat gadis itu tidak lagi menangis. dia mula merenung wajah gadis tersebut. "okay, cuba kau ceritakan apa yang telah terjadi. cikgu tertanya tanya ni kenapa kau menangis seorang diri kat luar kelab malam tu...", tutur serena dengan wajah yang serius. rohana diam membisu. "rohana... cikgu...", belum pun sempat Serena bersuara rohana pantas memotong perkataannya. "boleh tak cikgu hantar aku balik ke rumah?", soal rohana tanpa memandang wajah guru kelasnya itu. "tapi cikgu nak tahu apa yang telah terjadi... kenapa...", sekali lagi perkataan serena di potong pantas oleh rohana. "maaf, cikgu aku tak ada mood lagi nak ceritakannya pada cikgu... aku cuma nak balik ke rumah  saja...", tutur rohana dengan wajah yang serius. mahu tidak mahu serena pun terpaksa berdiam diri. dia menghidupkan enjin keretanya.  kereta kancil itu mula meluncur meninggalkan tempat itu. di sepanjang perjalanan menuju ke rumahnya rohana hanya diam membisu di tempat duduknya. begitu juga dengan serena. tidak lama kemudian mereka pun sampai di rumah teres milik keluarga rohana. serena  mematikan enjin keretanya. "terima kasih cikgu sebab hantar aku ke rumahku...", rohana mengucapkan terima kasih seraya membuka pintu kereta tapi dia di tahan oleh guru kelasnya itu. "rohana... jikalau kau ada masalah tolong jangan pendamkannya di dalam hati. cikgu sedia membantu jikalau kau perlukan bantuan...", kata serena. "baiklah cikgu tapi sekarang bukan waktunya. aku masih bersedih. apa apa pun aku berterima kasih pada cikgu sebab cikgu ambil berat tentang diriku...", ucap rohana dengan lembut. "ya... sama  sama", serena hanya tersenyum saja. "aku minta diri dulu. by the way thanks again for the ride and good night to you teacher....", ucap rohana dengan penuh hormat. selepas itu dia beredar dari situ. serena memerhatikan rohana sehingga dia masuk  ke dalam rumahnya. sebaik saja rohana hilang dari pandangan matanya dia pun memandu keretanya keluar dari kawasan perumahan tersebut.

*** *** ***

keesokan harinya serena pergi mengajar seperti biasa tapi dia lihat rohana ada di meja belajarnya. cuma gadis itu kelihatan agak muram dan tertekan. dia macam tak ada mood hendak belajar. dia sering termenung dan tidak tumpukan perhatiannya pada pelajaran. serena tahu pasti rohana masih bersedih sebab kejadian yang berlaku semalam. begitu tekaannya. jadi serena pun buatlah lawak sedikit ketika dia mengajar tapi hanya pelajar lain saja yang ketawa. rohana langsung tidak ketawa. wajahnya kelihatan muram saja. Serena menghela nafas panjang. "pelajar pelajar semua cikgu tahu setiap pelajar di sini pasti pernah mengalami pengalaman pahit yang teruk sekali dalam hidup korang. jadi cikgu nak korang tuliskan pengalaman pahit korang dalam kertas A4 ini. buat karangan pendek dengan 500 patah perkataan. ini merupakan latihan karangan korang pada hari ini. cikgu harap korang akan siapkannya dan hantarkannya kepada cikgu nanti, faham?...", kata serena. "faham cikgu....", jawap semua pelajar yang ada di situ. mereka pun mula menulis pengalaman pahit masing masing di dalam kertas A4 yang di berikan. Serena lihat rohana mula menulis sesuatu dalam kertas A4 nya. serena berharap semoga rohana menulis tentang peristiwa pahit yang di alaminya di kelab malam 99 kelmarin  dalam kertasnya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro