KELAS 6E 29
serena sedang duduk minum petang di luar rumahnya ketika mobile phonenya berbunyi nyaring. dia pun menjawap panggilan di mobile phonenya itu. "hello...", sapanya sepatah. "hello... cikgu serena ke ni?", soal suatu suara di hujung talian. "ya... saya sendiri. siapa ni?...", balas serena dengan lembut. "maaf mengganggu cikgu... ini datin may yang bercakap...", begitu kata si pemanggil. "oh... datin may. ada apa datin?", soal serena ingin tahu. "anakku dah keluar dari wad petang ni jadi cikgu boleh start ajar anak aku pada malam isnin minggu depan. bagaimana cikgu? boleh kan?", soal datin may di hujung talian. "boleh...", balas serena sepatah. "baguslah tu. harap anak kami dapat belajar dengan baik selepas ini", kata datin may. "harap harap macam itulah hendaknya...", balas serena perlahan lahan. "okay bye...", datin may mengakhiri perbualan mereka. talian di mobile phone di matikan. serena kembali menikmati minum petangnya pada hujung minggu yang indah itu.
*** *** ***
keesokan harinya pada waktu rehat serena di datangi oleh sepasang suami isteri. mereka datang ke pejabat guru dengan wajah yang marah marah. si suami berjambang di dagunya manakala si isteri pula bertubuh gempal. "cikgu ni cikgu serena ke?", soal wanita yang bertubuh gempal itu. "ya...", balas serena sepatah. "cikgu kami datang ni sebab kami tak suka cikgu memaksa anak kami belajar dalam kelas tambahan setiap hari. anak kami bukannya robot. dia pun perlu berehat di rumah. takkanlah dia di paksa belajar setiap hari sehinggakan hari sabtu dan hari ahad pun dia kena pergi ke kelas tambahan juga...", marah wanita yang bertubuh gempal itu. semua mata guru guru yang lain kini tertumpu ke arah serena. "maaf tapi siapa nama anak tuan dan pu...", belum pun sempat serena menghabiskan perkataannya si lelaki itu terus memotong perkataannya, "rohana... rohana azman...", potongnya sepantas kilat. "begini tuan... puan, sebenarnya kelas tambahan ni bukannya setiap hari pun. ianya di adakan pada hari isnin hingga hari jumaat saja. by the way, aku nak tanya tuan dan puan ni, betul ke rohana cakap yang dia datang ke kelas tambahan setiap hari?", soal serena ingin tahu. "ya betul...", balas wanita tersebut. "nampak gayanya tuan dan puan kena tipu. rohana langsung tak pernah pergi ke kelas tambahan selama ini...", kata serena dengan wajah yang serius.
"apa?... dia langsung tak pergi ke kelas tambahan selepas habis waktu persekolahan?", soal wanita itu agak terkejut. "ya betul... dia dah banyak kali tak datang ke kelas tambahan...", balas serena. "tapi dia cakap pada kami yang dia pergi ke kelas tambahan setiap petang...", tutur wanita itu dengan wajah sedikit tegang. "maaf puan memang betul dia tak datang ke kelas tambahan selama ini. dia cuma pergi ke sekolah pada waktu sesi persekolahan sebelah pagi saja. selepas habis waktu persekolahan dia tidak ada lagi di kawasan sekolah ini...", kata serena dengan jujur. "ohh... mungkin dia keluar dengan boyfriendnya yang tak guna tu lagi kot...", tiba tiba lelaki berjambang itu bersuara di sebelah isterinya. "nanti dulu... rohana ada boyfriend ke?", soal serena ingin tahu. "ya... boyfriendnya lebih tua sikit darinya tapi kami tak suka dia keluar dengan lelaki samseng itu...", kata lelaki tersebut. "begini sajalah biar aku yang siasat ke mana rohana pergi selepas waktu persekolahan. jikalau ada apa apa perkembangan aku akan memberitahu tuan dan puan, okay?...", kata serena perlahan lahan. "okay cikgu... apa apa pun kami minta maaf pada cikgu sebab marah pada cikgu tanpa usul periksa...", kata wanita itu dengan perasaan yang bersalah. "tak apa... just forget it... tuan dan puan tunggu saja panggilan dari aku ya...", kata serena dengan lembut. "baiklah... kami minta diri dulu...", kata wanita itu. serena cuma menganggukkan kepalanya. mereka pun beredar dari situ.
"kenapa dengan pasangan suami isteri tu tadi?", soal cikgu ricky tiba tiba muncul di sebelahnya. "kau dah dengar apa yang diorang cakap tadi kan?...", balas serena dengan wajah yang selamba. "ya dengar... tapi betul ke kau akan menyiasat ke mana rohana pergi selepas habis waktu persekolahan nanti?", soal cikgu ricky dengan dahi yang berkerut. "ya betul... kenapa?", soal serena ingin tahu. "kau ni terlalu baik hati sangatlah sampai kau sanggup nak tolong di orang untuk memantau anak diorang selepas habis waktu persekolahan... kalau aku kan aku tak akan sibuk settlekan masalah orang lain. malas betul aku nak settle masalah orang lain sedangkan masalah aku sendiri pun susah nak settle. ini kan pula nak settle masalah orang lain...", komen cikgu ricky pula. "cikgu ricky, kau sendiri pun tahu diorang tu kan pelajar kita. setiap orang pelajar pasti ada masalah peribadinya. kadang kadang mereka hilang minat untuk belajar sebab mereka tertekan atau ada masalah yang membebani fikiran mereka sehingga mereka hilang tumpuan ketika belajar. kebanyakan pelajar yang bermasalah datangnya dari keluarga yang porak peranda. mereka mungkin tak di beri perhatian oleh orang tua mereka, orang tua mereka bercerai, orang tua mereka mendera mereka semasa mereka kecil atau mereka kekurangan kasih sayang dari orang tua mereka dan macam macam lagi. kita sebagai seorang guru haruslah membimbing dan menolong mereka agar mereka tidak terus di himpit oleh masalah peribadi yang membebankan. mereka kan masih remaja. pemikiran mereka pun belum matang lagi. jadi agak sukar untuk mereka selesaikan masalah mereka sendiri tanpa bantuan dari orang lain. jadi kita yang sudah dewasa ni perlu juga ajar mereka bagaimana caranya nak selesaikan mereka...", kata serena dengan wajah yang serius.
"tapi bagaimana jikalau pelajar itu sendiri tidak mahu memberitahu masalahnya kepada pihak guru? bukan semua pelajar ni suka memberitahu masalah mereka kepada guru tau...", kata cikgu ricky perlahan lahan. "ya... kita gunakan pendekatan lain. mungkin buat survey di sekolah. dalam survey tu kita akan tanya beberapa soalan untuk menguji samada dia ada masalah atau tidak. jikalau ada yang bermasalah mereka akan di rujuk kepada guru kaunseling sekolah kita...", jawap serena dengan pantas. "i think thats a good point tapi kenapa kau tak ajukan hal ini kepada guru pengetua sekolah ni semasa kita buat mesyuarat guru hari tu?", soal cikgu ricky ingin tahu. "aku tak berkesempatan untuk meluahkan idea ni. maklumlah banyak betul agenda kita bincang pada hari tu so i think next time ajelah kita bincangkan hal ini pada guru pengetua kita...", balas serena perlahan lahan. belum pun sempat cikgu ricky bersuara loceng elektrik pun berbunyi nyaring. serena pun segera bangun dari kerusinya dan mula melangkah menuju ke bilik tingkatan 6E untuk meneruskan sesi pembelajaran yang seterusnya. selepas habis waktu persekolahan serena pun menahan rohana di pintu keluar bilik tingkatan 6E. "rohana, kau ikut cikgu ke bilik guru sekarang juga...", serena memberikan arahannya. mahu tidak mahu rohana pun terpaksa mengekori guru kelasnya itu dari belakang.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro