Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

KELAS 6E 24

"so macamana ian? kau nak join kumpulan gangster tu tak?", soal lee chang hwa ingin tahu. ketika itu mereka berada di plaza kembangan tempat mereka selalu melepak. "aku rasa tak baik kalau join gangster tu... nanti kita terlibat dalam jenayah berat pula. tak pasal pasal pula kita kena tangkap polis...", kata febian. "memanglah kalau join gangster jalanan terlibat dengan jenayah. mana ada yang tak terlibat dalam jenayah... kau ni...", gerutu lee chang hwa. "kalau gangster yang terlibat dalam jenayah ni, aku rasa aku tak nak joinlah...", balas febian. "apasal tak nak join pula?... kau takut kena tangkap polis ke?...", soal lee chang hwa sambil tersenyum sinis. "yalah...", balas febian sepatah. "kau ni... buat apa takut kena tangkap dengan polis? kalau kena tangkap pun papa kau boleh jamin kau keluar dari penjara lorh... maklumlah papa kau tu kan datuk bandar, banyak duit. takkanlah dia tak mampu jamin kau pula...", kata lee chang hwa pula. "memanglah papa aku tu datuk bandar tapi tak semestinya dia akan jamin aku keluar penjara nanti... silap haribulan dia akan biarkan aku terperuk dalam lokap tu buat selama lamanya...", kata febian. "ahh... kau ni... penakut betullah... takkanlah join gangster pun boleh masuk penjara terus...", kata lee chang hwa sedikit geram. dia merasa geram sebab rakannya tak mahu join gangster dengannya. dia berharap sangat febian akan join gangster dengannya tapi harapannya tinggal harapan. febian langsung tidak berminat hendak join gangster dengannya. "sorrylah... kalau pasal join gangster ni aku tak berminat...", balas febian. "kalau kau tak berminat biar aku seorang saja yang join...", kata lee chang hwa. "yang kau berminat sangat nak join gangster ni kenapa ar?", soal febian ingin tahu.

"aku nak parents aku tahu yang aku join gangster ni sebab diorang selalu cakap aku ni jahat padahal aku tak buat jenayah pun sebelum ini... alang alang parents aku cakap aku ni jahat lebih baik aku jadi jahat saja...", kata lee chang hwa dengan penuh emosi. "kau ingat senang sangat ke nak join gangster tu?... sebelum kau join gangster diorang akan 'uji' kau dulu tau...", kata febian pula. "uji?... uji apa pula tu?", soal lee chang hwa. "uji kekuatan kaulah, apa lagi?... mana ada gangster nak ambik orang lembik join geng diorang...", tutur febian dengan pantas. "oh... aku bukannya lembik... aku kuat lorh... tengok muscle aku ni berotot lagi ni...", lee chang hwa menayangkan lengan kirinya pada febian. "yelah tu... kau fikir dengan muscle kau yang ototnya kecik macam tu kau boleh mengalahkan orang kuat dalam gangster tu nanti ke?", soal febian seraya merenung wajah rakannya itu. "eh... aku boleh kalahkan dioranglah... kau ingat otot kecik aku ni tak boleh kalahkan orang ke?", tutur lee chang hwa. belum pun sempat febian bersuara tiba tiba mobile phone milik lee chang hwa bergema dengan nyaringnya. dia pergi ke tempat yang jauh sedikit dari febian untuk menjawap panggilan tersebut. tidak lama kemudian dia datang menemui febian. "guess what?...", lee chang hwa bersuara sambil melangkah menghampiri febian. "what?", soal febian ingin tahu. "ketua gangster scorpion nak berjumpa dengan aku... okay i need to go now... talk to you later...", cepat cepat lee chang hwa beredar dari situ. "eh... chang hwa, aku belum habis cakap lagi ni...", laung febian tapi rakannya itu tidak menghiraukan laungannya. dia terus angkat kaki dari situ.

*** *** ***

malam itu febian berdiri di balkoni rumahnya seorang diri. dia berfikir tentang nasib dirinya. parents dia masih belum balik dari luar negara. entah bila lagi diorang akan balik ke rumah mereka pun dia sendiri tidak tahu. dah tiga minggu diorang tak balik ke rumah. sedih juga febian bila dia fikir parents dia tak hiraukan dirinya sendiri. dia tidak tahu sampai bilakah parentsnya akan mengabaikannya macam tu. ketika dia sedang berfikir panjang di situ tiba tiba mobile phonenya berbunyi nyaring. dia pun menjawapnya
"hello..."
"hello... ian, tolong aku... tolong ambik aku di tepi jalan sri kenanga... ada orang tengah kejar aku ni...
"apa yang telah terjadi chang hwa?"
"aku..."
"bukkk!..."
"argghhhh..."
"chang hwa kenapa dengan kau?..."
"... tuuuuuttttt..."
talian di mobile phonenya terputus begitu saja. febian merasa sungguh cemas apabila dia memikirkan rakannya itu. dia terus saja beredar dari situ. dia ingin menyelamatkan rakannya itu sebelum terlambat.

dengan sepantas kilat dia meluru ke arah garaj kereta. cepat cepat dia naik ke atas motosikal kawasaki ninja miliknya yang ada di situ. dia segera membonceng motosikalnya dengan laju sekali. tidak lama kemudian dia sampai di dekat jalan sri kenanga. dari jauh lagi dia nampak lee chang hwa di pukul dan di tumbuk oleh sekumpulan gangster jalanan. "hey... jangan tumbuk dia!...", laung febian. cepat cepat dia memberhentikan motorsikalnya. dia terus meluru ke arah kumpulan gangster yang sedang sibuk memukul dan menumbuk rakannya itu.

"hey... budak... kau jangan masuk campur... ini hal kami dengan dia...", bentak seorang lelaki bertubuh gempal di situ. "eh... itu kawan akulah... kenapa korang pukul dan tumbuk dia macam tu sekali??...", bentak febian dengan marahnya. "ooohhh... ini kawan kau, eh?... jadi kau anggota gangster scorpion juga ke?", soal lelaki itu ingin tahu. "eh... bukan... aku tak join kumpulan tu pun... aku cuma kawan biasa dia... anyway, apa kesalahan kawan aku ni?", soal febian ingin tahu. "eh budak... kau punya kawan ni datang ke kawasan 'jajahan' kami dengan menjual 'barang'nya kat kawasan ini sedangkan ini kawasan 'jajahan' kami. dia sengaja nak merampas pelanggan tetap kami di kawasan ini... by the way aku tak percaya kau ni kawan biasa dia... tentu kau salah seorang dari gangster scorpion tu kan...", kata lelaki bertubuh gempal itu. kini perhatian mereka semua tertumpu ke arah febian. "aku bukan ahli kumpulan gangster scorpion tu lah ... aku...", belum pun sempat febian menghabiskan perkataannya tiba tiba saja lelaki itu memotong perkataannya. "ahh... bohong... kami tahu kau adalah ahli kumpulan gangster scorpion. so terimalah habuan ini...", serentak dengan itu dia menyerang febian dengan kayu belantan di tangan. febian terpaksa berlawan dengan lelaki itu. lebih teruk lagi semua ahli gangster lain ingin memukulnya. febian terpaksa melawan mereka semua. kebetulan pada waktu yang sama kelihatan serina sedang memandu keretanya tidak jauh dari situ. tiba tiba dia nampak sekumpulan gangster sedang menumbuk dan memukul seseorang. alangkah terkejutnya dia apabila dia melihat febian sedang bertumbuk dengan semua ahli gangster itu. serena segera menekan nombor kecemasan 999 di mobile phonenya untuk memanggil pihak polis ke situ. tidak lama kemudian pihak polis datang ke tempat kejadian. apabila kereta polis meluncur laju ke situ semua ahli gangster itu terus saja berlari meninggalkan tempat itu. tinggallah febian dan lee chang hwa dalam keadaan yang cedera parah. serena pantas menghampiri kedua orang pelajarnya itu. dia lihat wajah febian berdarah dan lebam kebiruan. begitu juga dengan lee chang hwa. "cikgu....", febian bersuara lemah sebaik saja dia terlihat guru kelasnya itu. selepas itu dia tidak sedarkan diri lagi.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro