Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

KELAS 6E 21

pagi itu serena pergi mengajar seperti biasa. dia lihat meja febian loh kosong. begitu juga dengan meja steven dan loh chang hwa. awal pagi tadi mereka bertiga ada di situ tapi setelah habis dua period masa pembelajaran dia lihat ketiga pelajar tersebut tidak lagi kelihatan di situ.
"aduhai... escap lagilah tiga ekor beruk tu...", keluh serena dalam diam. dia memandang wajah cikgu ricky yang berdiri tidak jauh dari situ
"cikgu ricky..."
"apa?..."
"er... apa kata kalau kau yang handle kelas ni sekejap?... aku nak keluar ni..."
"apa?... kau nak keluar?... kau nak pergi ke mana lagi ni? ini kan masa kau mengajar..."
"ya... aku tahu ini masa aku mengajar tapi aku harus keluar mencari febian dan kawan kawannya yang selalu escap tu..."
"tapi kau tak boleh keluar sesuka hati dari kawasan sekolah sewaktu mengajar... itu salah. nanti kau akan di marahi oleh guru pengetua jikalau kau kedapatan keluar dari kawasan sekolah sewaktu mengajar..."
"tak apa... aku cuma keluar sekejap aje. aku akan datang balik ke sini apabila aku berjaya mencari mereka... jikalau ada cikgu lain bertanya di mana aku berada cakap saja pada mereka yang cikgu serena pergi ke tandas, okay?..."
"tapi...",
belum pun sempat cikgu ricky menghabiskan perkataannya serena sudah pun angkat kaki dari situ. mahu tidak mahu cikgu ricky terpaksa kawal tingkatan 6E yang di anggapnya bermasalah itu. dia memanggil jezron. perlahan lahan jezron menghampirinya di meja guru. baru saja dia nak bertanya sesuatu pada jezron tiba tiba...

"cikgu ricky... mana perginya cikgu serena?", soal suatu suara. cikgu ricky menoleh ke arah datangnya suara itu. kelihatan cikgu basri guru pengetua sekolah sedang berdiri di ambang pintu kelas dengan wajah yang serius sekali. "oh... er... dia....", belum pun sempat cikgu ricky bersuara tiba tiba, "dia keluar sebentar tadi cikgu...", celah jezron pula. "apa? keluar?... ini kan masa dia mengajar... dia keluar ke mana?", soal cikgu basri ingin tahu. "tak tahulah cikgu...", balas jezron. "cikgu ricky... betul ke cikgu serena keluar?", soal cikgu basri kepada cikgu ricky. "ya...", balas cikgu ricky sepatah. "cikgu ricky, kenapa kau tidak melarang dia semasa dia keluar dari kelas tadi?", soal cikgu basri agak marah. "aku ada melarang dia tapi dia tak mendengar perkataanku...", balas cikgu ricky dengan pantas. "jadi dia pergi ke mana?", soal cikgu basri ingin tahu. "er... dia...", belum pun sempat cikgu ricky menghabiskan perkataannya jezron pantas memotong perkataannya, "dia keluar sebab dia nak cari febian dan kawan kawannya cikgu... diorang escap sebaik saja habis masa belajar ekonomi tadi...", jelas jezron dengan sepantas kilat. "cikgu ricky, jikalau cikgu serena ada di sekolah ni nanti tolong suruh dia pergi berjumpa dengan aku di bilik guru pengetua masa rehat nanti, okay?", cikgu basri bersuara dalam nada suara yang tegas. "baiklah cikgu...", balas cikgu ricky. selepas itu cikgu basri beredar dari situ.

*** *** ***

15 minit kemudian serena sampai di bilik guru. kali ini dia gagal menjejaki febian dan kawan kawannya. dia rasa mungkin febian dan kawan kawannya telah bersembunyi di suatu tempat yang terpencil. entahlah. mahu tidak mahu dia pun terpaksa balik semula ke sekolah tinggi sri medang. baru saja dia hendak duduk di atas kerusinya kelihatan cikgu ricky menghampirinya di situ. "baru balik dari memburu 3 ekor beruk tu ke?", soal cikgu ricky separuh geram. "ya...", balas serena sepatah. "well thanks to you... aku kena marah oleh cikgu basri sebab biarkan kau keluar dari kelas semasa waktu mengajar... dia ada buat spot check di setiap kelas tadi dan kebetulan kau tidak ada masa tu dia terus bertanya ke mana kau pergi...", kata cikgu ricky. "jadi kau bagitahu aku yang keluar dari kawasan sekolah ke?... bukankah aku cakap pada kau tadi yang kau harus cakap aku pergi ke tandas...", serena memandang wajah guru lelaki tersebut. "memanglah kau ada suruh aku cakap macam tu tapi jezron yang bagitahu cikgu basri pasal kau keluar dari dalam kelas sebentar tadi... jadi dia suruh kau datang berjumpa dengannya di bilik guru pengetua sebaik saja kau berada di sekolah ini...", jelas cikgu ricky dengan pantas. "oh baiklah... aku akan pergi ke biliknya sekarang juga...", tanpa berlengah lagi serena pun angkat kaki dari situ

dia berjalan menuju ke bilik guru pengetua yang terletak tidak jauh dari situ. dia mengetuk daun pintu sebanyak 3 kali. "masuk...", kedengaran suara cikgu basri berkumandang dari bilik tersebut. serena pun melangkah masuk ke dalam bilik pengetua itu. "cikgu panggil saya ke?", soal serena perlahan lahan. "oh... cikgu serena... ya... silakan duduk...", pelawa cikgu basri. serena pun duduk di atas kerusi yang ada di situ. "ada apa cikgu?", soal serena ingin tahu. "begini cikgu... saya dengar cikgu selalu keluar sewaktu mengajar. kenapa cikgu berbuat begitu?", soal cikgu basri seraya merenung wajah serena. "sebenarnya saya cuma nak cari beberapa orang pelajar di kelas 6E yang selalu escap semasa belajar. saya tak mahu seorang pun dari pelajar saya escap semasa belajar. itu sebabnya saya terpaksa mencari mereka dengan tujuan untuk nembawa mereka masuk ke dalam kelas semula...", kata serena dengan wajah yang selamba. "cikgu... sekolah kita ada peraturan. guru sekolah tidak di benarkan keluar dari kawasan sekolah sewaktu mengajar... jadi cikgu hanya di benarkan keluar apabila ada hal emergency saja. contohnya jikalau cikgu tiba tiba jatuh sakit ke atau cikgu ada kes kecemasan di rumah ke... itu barulah cikgu di benarkan keluar dari kawasan sekolah tapi ini tidak. cikgu keluar dari kawasan sekolah sewaktu mengajar hanya kerana cikgu hendak memburu 3 orang pelajar yang selalu escap... apakah cikgu sudah lupa peraturan sekolah atau pun memang cikgu tidak tahu apa apa tentang peraturan sekolah ni?", soal cikgu basri dengan wajah yang serius.

"maaf, cikgu... saya sebenarnya memang tahu sangat tentang peraturan di sekolah ini... tapi saya rasa lebih baik saya bertindak begini daripada membiarkan mereka escap dari sekolah sesuka hati...", kata serena pula. "tapi tindakan cikgu tu salah... cikgu melanggar peraturan sekolah yang telah di tetapkan...", tekan cikgu basri. serena pun terdiam selepas itu. "begini sajalah cikgu... sebaiknya cikgu jangan lagi keluar memburu budak budak tu semasa mengajar. cikgu fokuskan dulu perhatian cikgu pada semua pelajar yang ada dalam kelas. saya cadangkan supaya cikgu panggil saja semua ibu bapa pelajar yang suka escap itu ke sekolah ini. kemudian cikgu sendiri yang terangkan kepada ibu bapa mereka bahawa anak mereka selalu escap dari sekolah... dengan cara ini ibu bapa mereka akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap anak mereka... bagaimana? cikgu setuju tak dengan cadangan saya ni?", soal cikgu basri ingin tahu. "setuju...", balas serena sepatah. "baiklah... jikalau macam tu cikgu sendiri yang sediakan surat untuk ibu bapa 3 orang pelajar tu dulu, ya. kemudian berikan kepada mereka... anyway, boleh saya tahu siapakah 3 orang pelajar yang suka escap tu?", soal cikgu basri. "loh chang hwa, febian dan steven...", kata serena.

"okay... tolong jelaskan kepada ibu bapa mereka tentang kelakuan anak mereka di sekolah. oh... by the way, menurut laporan yang aku terima dari cikgu betty kelmarin, david sudah mulai sedar yang dia harus berhenti dari merokok vape tapi vishnu pula masih belum lagi hendak berubah... dia kata dia masih teringin hendak minum alkohol apabila dia merasa tertekan... sebaiknya cikgu jumpalah orang tuanya dulu... apakah mereka mahu vishnu di masukkan ke pusat pemulihan alkohol atau pun tidak... saya tengok budak tu perlukan bantuan sebab tahap ketagihannya terhadap alkohol amat tinggi...", tutur cikgu basri. "betul juga apa yang cikgu cakapkan tu. memang saya ada terfikir hendak buat macam tu tapi saya tak ada masa nak berjumpa dengan ibu bapa para pelajar yang bermasalah tu... maklumlah jadual saya setiap hari agak padat. lepas waktu sekolah saya terpaksa mengajar semua pelajar dalam kelas tambahan pula... pendek kata saya hampir tak ada masa nak buat perjumpaan ibu bapa pelajar yang bermasalah tu...", jelas serena dengan jujur. "macam ni sajalah... kalau cikgu sendiri tak ada masa nak berjumpa dengan mereka kita tetapkan hari yang tertentu untuk hari perjumpaan ibu bapa pada penghujung minggu. contohnya pada hari sabtu... macamana? cikgu setuju tak?", soal cikgu basri lagi. "yang itu saya setuju...", balas serena sambil tersenyum. "baguslah tu... cikgu tetapkan saja tarikh dan masa perjumpaan di dalam surat panggilan tu ya... itu saja... time to go to work...", kata cikgu basri. "baiklah cikgu... saya minta diri dulu...", serena pun bangun lalu beredar dari situ.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro