KELAS 6E 14
sampai saja di sekolah serena pantas melangkah keluar dari dalam keretanya. dari jauh lagi dia dapat melihat cikgu ricky berdiri di luar pintu bilik tingkatan 6E dengan wajah yang masam mencuka. dia segera menghampiri guru lelaki itu. "mana perginya semua pelajar kau tu? seorang pun tak hadir ke kelas tambahan...", soal cikgu ricky dengan nada suara yang geram sekali. "maaflah cikgu... aku akan cuba menghubungi mereka sekarang juga... kau tunggu sekejap, ya...", kata serena seraya menarik keluar mobile phonenya. kertas senarai nombor telefon para pelajar di tariknya keluar. dia mula menghubungi setiap orang pelajarnya. bila dia tanya ada ada saja alasan mereka. ada yang cakap terlupa datang ke kelas tambahanlah. ada yang cakap tak ada transport pegi ke sekolah pada waktu petanglah. ada yang cakap tertidur sampai tidak sedar masa berlalu dengan cepatlah. ada yang cakap tak ada masa nak pergi ke kelas tambahan sebab sibuk tolong mak bapa di rumahlah, ada yang cakap sakit kepala atau pun tak sihatlah dan macam macam lagi alasan mereka. ini membuatkan serena merasa sungguh marah. sakit hatinya semakin bertambah apabila dia mendapat tahu yang jezron ketua kelas tingkatan 6E pergi bekerja part time di restoran pada petang itu. ada ke patut seorang pelajar sekolah tinggi pergi bekerja part time di restoran pada waktu petang sampai ke malam hari?... tidakkah itu sudah keterlaluan?.... barulah serena sedar kenapa jezron kelihatan selalu letih dan mengantuk apabila dia berada di sekolah. rupa rupanya dia ada kerja part time dia sendiri. david pula mengatakan yang dia pegi tolong emak dia berniaga sayuran di pasar tani. manakala vishnu pula terpaksa pergi ke tapak pembinaan rumah tempat bapa dia bekerja. dia terpaksa tolong bapa dia membina rumah orang di situ. serena cuba mencari nombor telefon bimbit febian dan kawan kawannya tapi nombor telefon bimbit mereka tidak ada di dalam senarai tersebut. ini membuatkan serena merasa sungguh marah sekali. dia terpaksa menghampiri cikgu ricky yang berdiri menantinya tidak jauh dari situ. "maaflah cikgu... semua pelajar aku sibuk pula petang ni. bermacam alasan yang mereka berikan padaku...", tutur serena dengan wajah yang serbasalah. sebenarnya dia merasa serbasalah sebab gara gara semua pelajarnya tidak datang ke kelas tambahan cikgu ricky terpaksa berdiri menunggu di situ macam tunggul kayu di tepi jalan. "tengok... apa aku cakap pagi tadi?... sia sia saja kau buat kelas tambahan ni sedangkan para pelajar kau langsung tidak berminat hendak datang ke kelas tambahan tu...", kata cikgu ricky dengan muka kelatnya. "maaflah cikgu... aku ingatkan tadi mereka semua akan datang ke kelas tambahan petang ni... tak sangka pula mereka tak datang...", kata serena dengan perasaan yang bersalah.
"itulah... lain kali kalau kau nak suruh mereka datang ke kelas tambahan pastikan dahulu samada mereka semua akan pergi atau pun tidak. jikalau mereka dah confirm mau datang ke kelas tambahan tu barulah kau buat kelas tambahan tu untuk mereka tapi jikalau jawapan mereka masih tidak confirm lebih baik tak payah buat kelas tambahan tu... menyusahkan kami guru guru yang lain saja datang ke sini untuk mengajar mereka tapi sekali tengok mereka tak datang ke sekolah ni pula...", marah cikgu ricky. "maafkan aku cikgu... lain kali aku akan pastikan mereka semua akan datang ke kelas tambahan tu... sekali lagi aku minta maaf...", tutur serena sambil tunduk memandang lantai. "hm... tak apalah... memandangkan mereka tak datang ke kelas tambahan lebih baik aku balik saja ke kuarters guru...", tutur cikgu ricky dengan wajah yang kelat. "baiklah cikgu... tapi apakah cikgu masih sudi buat kelas tambahan untuk tingkatan 6E pada minggu depan?...", soal serena. "entahlah...", balas cikgu ricky dengan malas sekali. dia mula beredar dari situ. "eh... nanti dulu cikgu... apa maksud cikgu yang entahlah tu?... cikgu tak nak buat kelas tambahan lagi ke?", soal serena ingin tahu. dia berlari anak mengejar cikgu ricky dari belakang. "maksud aku tengoklah dulu macamana respon dari para pelajar kau tu... jikalau diorang nak datang barulah kita buat kelas tambahan tu, faham tak?", soal cikgu ricky masih dengan wajah kelatnya. "faham...", balas serena. "kalau macam tu aku minta diri dulu...", cepat cepat cikgu ricky melangkah pergi dari situ. tinggallah serena seorang diri di situ menahan perasaan marah dan geram di lubuk hatinya. dalam diam dia berazam hendak membuat sesuatu pada semua pelajarnya itu. dia tak nak berdiam diri selagi masalah ini belum selesai.
*** *** ***
jezron sedang sibuk mengelap meja makan di restoran tempat dia bekerja ketika bahunya di tepuk orang dari belakang. "jezron...", kedengaran suatu suara bergema di belakangnya. jezron pun menoleh ke arah datangnya suara itu. kelihatan serena guru kelasnya berdiri di depannya dengan wajah yang serius sekali. "eh... cikgu... kenapa cikgu datang ke sini?... cikgu nak minum petang kat sini ke?", soal jezron seraya tersengih macam kerang busuk. "aku bukannya nak minum petang kat sini... aku datang ni nak tanya pada kau kenapa kau tak datang ke kelas tambahan tu?", soal serena dengan wajah yang bertambah serius. "bukankah aku dah cakap pada cikgu tadi yang aku tak boleh datang ke kelas tambahan sebab aku ada kerja part time kat restoran ni. lagi pun aku balik lewat malam kira kira pukul 10 malam nanti barulah aku boleh balik ke rumah...", tutur jezron dengan jujur. "jezron, kau tu ketua kelas tingkatan 6E. sepatutnya kau harus datang ke kelas tambahan tu. jikalau kau tidak datang kawan kawan sekelas kau pun tidak datang juga...", kata serena. "eh... semua yang lain tak datang ke kelas tambahan tu ke cikgu?...", soal jezron. "yalah... semua pelajar lain tidak datang. mungkin sebab kau ketua kelas tak datang mereka pun tak ada semangat nak datang...", kata serena. jezron terdiam selepas itu. "jezron, cikgu nak tanya kau satu soalan... mana satu yang lebih penting dalam hidup kau, pelajaran kau ke atau pun pekerjaan part time kau ni?", soal serena lagi. kali ini dia merenung tajam mata pemuda tersebut. jezron tidak tahan di renung lama lama macam tu jadi dia hanya menundukkan kepalanya. "pekerjaan kot...", balas jezron ringkas. "kenapa kau cakap pekerjaan part time kau ni lebih penting daripada pelajaran kau pula?", soal serena cukup bengang. "sebenarnya aku nakkan wang cikgu... kalau aku bekerja aku boleh dapatkan wang tapi kalau aku asyik belajar kat sekolah tu tak ada siapa yang akan bagi aku wang...", kata jezron dengan jujur. "jadi wang tu lebih penting dari segala galanya, begitu?" soal serena. "yalah... kalau tak ada wang macamana nak hidup?... kita hidup dalam dunia ni pun perlu pakai wang juga...", balas jezron dengan nada suara yang selamba. "memang betul kita hidup dalam dunia ni kena pakai wang setiap hari tapi jangan jadikan wang itu seperti boss kita dan kita pula jadi hamba wang buat seumur hidup kita...", kata serena dengan nada suara yang separuh jengkel. "maksud cikgu?", soal jezron seperti tidak faham pula. "maksud aku kita memang pakai wang untuk menyara kehidupan kita seharian tapi itu bukan maknanya wang itu segala galanya bagi kita. jangan sampai kita terlalu teruja mengejar wang dan harta kekayaan sedangkan ilmu pengetahuan yang amat berharga di abaikan. apa gunanya wang ringgit yang banyak jikalau tidak ada ilmu pengetahuan di dada?... cikgu nak terangkan sesuatu pada kau... jikalau kau ada wang tapi kau bodoh dan bebal sebab kau tak ada ilmu di dalam dada macamana kau nak maju?... contohnya jikalau kau ada wang lepas tu kau nak buka perniagaan sendiri tapi kau tak tahu bagaimana nak uruskan perniagaan kau. akhirnya kau bankrup gara gara kau bodoh dan bebal. so kesimpulannya tanpa ilmu pengetahuan orang tidak akan berjaya. biar sekaya mana pun pasti akan gagal juga jikalau tidak ada ilmu di dalam dada...", tutur serena panjang lebar. jezron terdiam ketika mendengar hujah gurunya itu. dia kelihatan sedang memikirkan perkataan gurunya itu.
"jezron... kau masih bergelar seorang pelajar. seorang pelajar harus menumpukan perhatiannya pada pelajaran. bukannya pada pekerjaan part time yang tidak menjanjikan apa apa untuk masa depan kau tu. sebenarnya pelajaran itu lebih penting sebab ianya akan menentukan masa depan dan gaya hidup kau kelak. jikalau kau mengutamakan pelajaran kau sudah tentu di suatu hari nanti kau akan berjaya. mungkin kau akan bekerja di office yang berhawa dingin dan gaji kau sangat lumayan, siapa tahu kan?... tapi jikalau kau memilih untuk mengejar wang sekarang tanpa mengutamakan pelajaran kau sudah tentu masa depan kau kelak tidak akan cerah. lagi pun peluang untuk belajar di sekolah hanyalah sekali dalam seumur hidup. apabila kau sudah tua kelak tak ada peluang lagi untuk kau pergi ke sekolah. jezron, ingatlah... wang itu masih boleh di cari pada bila bila masa saja. masa kau tua pun kau boleh mencari wang untuk diri kau sendiri tapi ilmu pengetahuan tu susah di cari, tau. ianya hanya ada jikalau kau berusaha untuk memajukan diri kau di dalam bidang pelajaran tapi jikalau kau lebih mengutamakan wang dan harta benda dalam dunia ini maka kau sama saja seperti orang bodoh yang menjaring angin di bawah matahari...", tutur serena panjang lebar. "jadi cikgu nak aku buat apa sebenarnya ni?", soal jezron ingin tahu. "aku nak kau fikirkannya semula... mana satu yang lebih penting dalam hidup kau? pelajaran kau tu ke ataupun pekerjaan part time kau yang tidak menjanjikan apa apa untuk masa depan kau tu?... kau harus pilih mana satu yang harus kau utamakan. just think about that, okay...", selepas itu cikgu serena terus beredar dari situ. tinggallah jezron seorang diri di situ. dia mula berfikir panjang.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro