Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

KELAS 6E 13

ketika serena lalu dekat dengan guru pengetua cikgu basri dia di tahan oleh guru tersebut. "cikgu... aku dengar cikgu nak buat kelas tambahan untuk tingkatan 6E?...", soal cikgu basri ingin tahu. "ya betul cikgu... aku sebenarnya nak bagitahu cikgu pasal tu tapi sebelum tu aku nak minta persetujuan daripada setiap guru supaya kelas tambahan tu dapat di jalankan...", balas serena dengan pantas. "oh i see... jadi apa keputusannya? mereka bersetuju ke dengan cadangan cikgu tu?", soal cikgu basri ingin tahu. "ya... mereka bersetuju... bagaimana dengan cikgu? cikgu bersetuju tak dengan cadangan aku ni?... actually aku buat kelas tambahan ni pun untuk meningkatkan prestasi pembelajaran pelajar tingkatan 6E...", serena bersuara perlahan lahan. "Ya... aku bersetuju dengan cadangan cikgu tu tapi lain kali tolong bagitahu aku dulu apa yang cikgu nak buat dalam sekolah ni sebab aku guru pengetua di sekolah ni... aku berhak mengetahui segala galanya...", kata cikgu basri dengan wajah yang serius. "oh maafkan aku, cikgu... lain kali aku akan cuba memberitahu pada cikgu apa yang ingin aku lakukan dalam sekolah ni...", balas serena. "baiklah... cikgu boleh pergi sekarang...", kata cikgu basri. serena menganggukkan kepalanya lalu beredar dari situ.

sementara itu kelihatan jezron berusaha bertanyakan nombor phone setiap pelajar di dalam tingkatan 6E. maklumlah cikgu serena kan ada menyuruh dia mencatitkan setiap nombor phone semua pelajar supaya senang di hubungi. so dia pun terpaksalah menjalankan tugasnya. ada pelajar yang terus bagi nombor phone padanya dan ada juga yang enggan memberitahu nombor phone mereka. ini termasuklah febian loh dan kawan kawannya. pada mulanya Steven memang nak bagi nombor phone dia pada jezron tapi dia di larang oleh febian. so steven pun tak jadi bagi nombor phone dia pada jezron. mahu tidak mahu jezron terpaksa mendiamkan dirinya. dia malas bertanya pada si febian yang kaki buli itu sebabnya dia tak mahu kena buli oleh pemuda cina tersebut. sebaik saja dia selesai mencatit semua nombor phone pelajar lain dia pun terus beredar dari situ. apabila dia sampai di bilik guru dia meletakkan senarai nombor phone para pelajar tingkatan 6E di atas meja guru kelasnya, cikgu serena. selepas itu dia pergi ke kantin sekolah

*** *** ***

balik saja dari sekolah febian terus masuk ke dalam bilik tidurnya. dia menghempaskan tubuhnya di atas katil empuknya dengan masih berpakaian uniform sekolah. dia tertidur di atas katilnya selepas itu. sejam kemudian dia terjaga sebaik saja mobile phonenya berbunyi nyaring. dengan malas dia menjawap panggilan di mobile phonenya itu.
"hello..."
"hello... ian, aku ni ven..."
"oh ven... ada apa kau call aku petang ni?"
"kau tak pegi kelas tambahan tu tak?"
"bukankah aku cakap pada kau yang aku tak nak pegi ke kelas tambahan tu..."
"ya aku tahu tapi tak baik juga kalau kita tak pegi..."
"kenapa pula?"
"nanti cikgu serena marah dan kecik hati pada kita..."
"biar dia marah dan kecik hati pada kita... i dont care lorh... yang kau tiba tiba sebut pasal cikgu serena ni apa pasal ar?"
"yelah kan... susah payah dia nak kita pegi ke kelas tambahan tu tapi sekali dia tengok kita tak ada dalam kelas tu pula..."
"wei... itu dia punya pasallah... yang dia tiba tiba nak buat kelas tambahan tu buat apa ar?... dari dulu lagi mana ada guru buat kelas tambahan untuk kita..."
"itu tandanya dia mahu kita maju di dalam pelajaran..."
"yang kau membela cikgu serena ni apa pasal ar?... kau ada hati pada dia kah?"
"bukan macam tu... aku cuma tak nak dia melaporkan perkara ini pada orang tua kita. itu saja..."
"kalau dia melaporkan perkara ini kepada ibu bapa kita belum tentu mereka akan mendengar perkataan cikgu serena tu..."
"mungkin ibu bapa kau tidak peduli tapi ibu aku tu lain sikit orangnya... jikalau ada cikgu yang melaporkan sesuatu pada dia sudah pasti dia akan ambil tindakan ke atasku..."
"so?"
"so aku fikir lebih baik kita sama sama pergi menghadiri kelas tambahan tu..."
"no waylah... aku tak akan pergi ke kelas tambahan tu... got it? okay, i 've gotta go now, good bye!..."
dengan sepantas kilat febian mematikan talian mobile phonenya. malas betul dia bercakap dengan rakannya yang satu itu lagi. dia kembali berbaring di atas katil dan cuba menyambung tidurnya semula.

*** *** ***

vishnu sedang bersiap hendak pergi ke kelas tambahan pada petang itu tapi bapanya mengajak dia pergi bekerja sebagai kulinya membina rumah orang. "tapi appa, kami ada kelas tambahan di sekolah petang ini...", kata vishnu dengan dahi yang berkerut. "kau tak payah pergi itu kelas tambahan... kau mesti tolong appa selesaikan pekerjaan appa tu...", kata encik mugam dengan wajah yang garang sekali. "tapi pa...", perkataan vishnu tidak di hiraukan. bapanya terus saja berikan dia beg perkakas mereka untuk pergi ke tempat kerja. mahu tidak mahu vishnu terpaksa ikut saja perkataan bapanya itu. dia dan bapanya terus bertolak ke tapak pembinaan setelah dia selesai makan tengahari.

*** *** ***

david baru saja hendak bersiap sedia hendak pergi ke kelas tambahan tapi ibunya pula menyuruh dia pergi menjaga jualan sayuran ibunya di pasar. kebetulan ibunya mahu pergi ke klinik petang itu so dia pun terpaksa menolong ibunya menjual sayur sayuran di pasar.

*** *** ***

jezron seperti biasa pergi ke tempat kerjanya. dia langsung tidak mahu memikirkan tentang kelas tambahan yang di sekolahnya. yang ada di kepalanya saat itu cuma satu iaitu WANG. jikalau dia tidak pergi kerja siapa lagi yang akan bagi dia wang hujung bulan, kan... dia tidak mengharapkan sangat bantuan kewangan dari ibu angkatnya itu. sebenarnya dia mahu belajar berdikari sendiri tanpa membebankan ibu angkatnya itu sebab itulah dia lebih suka pergi ke tempat kerjanya daripada pergi ke kelas tambahan petang itu. dia fikir jikalau dia dapat mengumpul wang banyak banyak sudah tentu dia tidak lagi hidup susah dan melarat macam tu. itu yang membuatkan dia bersemangat hendak pergi bekerja selepas balik dari sekolah. dia rasa wang itu penting dari segala galanya...

*** *** ***

serena sedang duduk di ruang tamu rumahnya ketika mobile phonenya berbunyi nyaring.
"hello..."
"hello... cikgu serena, mana perginya semua student kau ni? diorang tak datang ke kelas tambahan pun petang ni..."
"apa???!!!... aku dah suruh mereka datang ke kelas tambahan tu tadi... seorang pun tak datang ke cikgu?"
"tak... seorang pun tak ada dalam kelas ni..."
"oh my God.... tunggu sekejap ya cikgu aku akan cuba menghubungi mereka semua dan sekejap lagi aku akan pergi ke sana..."
serena terus mematikan talian mobile phonenya. dia merasa geram sekali sebab semua studentnya tidak datang ke kelas tambahan petang itu. ini betul betul menguji kesabarannya sebagai seorang guru...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro