Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

KELAS 6E 10

pagi itu sebelum serena masuk ke kelas untuk mengajar sempat juga dia memerhatikan rekod kemajuan para pelajarnya. semuanya tidak begitu memuaskan. ada yang nyawa nyawa ikan dan ada pula yang gagal semua mata pelajarannya. keputusan yang paling teruk ialah febian loh. dia gagal dalam semua subject. begitu juga dengan rakannya lee chang hwa. dia gagal semua subject tapi dia cuma lulus dalam satu subject saja iaitu seni visual. manakala steven pula lulus dalam subject perakaunan dan ekonomi. yang lain tu pula lingkup semuanya. keputusan peperiksaan jezron pula tidak memuaskan. dia cuma lulus dalam subject sejarah, geografi, bahasa melayu, seni visual dan kesusasteraan komunikatif. dia lemah dalam bahasa english, perakaunan dan ekonomi. lain pula dengan keputusan peperiksaan david munsing. keputusan peperiksaannya yang lalu hanya tinggal nyawa nyawa ikan saja. keputusan vishnu pun hampir sama dengan david munsing. rohayu pula ada peningkatan sikit tapi tak semua subject dia lulus. ada juga yang dia gagal. begitu juga dengan pelajar perempuan yang bernama nelisha dan juga mariani. rata rata keputusan para pelajar itu berada di tahap yang 'membimbangkan'. cuma salomie seorang saja yang lulus dalam semua subject tapi keputusannya tidaklah begitu cemerlang sangat. setakat lulus dengan markah sederhana saja. dalam erti kata yang lain tak adalah sampai dapat semua A. setakat dapat markah sederhana saja dalam peperiksaan itu sudah di kira okay juga tu. jangan sampai gagal semua mata pelajaran sudahlah. dalam diam serena mula berfikir mengenai pelajar pelajarnya yang lemah dalam semua matapelajaran yang di ajar di sekolah itu. terutamanya si febian loh dan kawan kawannya. dia berfikir yang dia harus berbuat sesuatu...

*** *** ***

serena melangkah masuk ke dalam kelas. suasana di dalam kelas agak bising sekali. seretan lihat febian dan kawan kawannya sedang bermain kapal terbang kertas macam budak kecik. manakala david dan vishnu pula sedang leka berbual bual. rohayu, mariani dan nelisha sedang sibuk bergurau senda. manakala jezron pula tengah syok tidur di atas mejanya. salomie hanya duduk diam di atas kerusinya. dia sedang leka berkhayal. serena mula melangkah masuk ke dalam kelas dengan membawa buku mengajar di tangannya. "selamat pagi pelajar semua...", sapa serena dengan suara yang lantang sekali tapi semua pelajar di dalam bilik tingkatan 6E itu langsung tidak menghiraukannya. malah mereka sibuk dengan hal masing masing. tiba tiba serena teringat akan perkataan cikgu mazli yang menceritakan tentang cikgu marini mengalami masalah berkomunikasi dengan para pelajarnya. mereka tidak menghiraukannya dan inilah yang terjadi pada dirinya sekarang. mungkin mereka semua sedang menguji kesabarannya sebagai seorang guru kot. "selamat pagi pelajar semua!!!...", laung serena dengan suara yang kuat sekali. terus terkejut jezron dari tidurnya. dia cepat cepat bangun dari tempat duduknya. "oh... bangun semua!... selamat pagi cikgu!...", jezron berdiri dan bersuara dengan lantang sekali. sebahagian daripada pelajar di situ bangun. manakala sebahagian pelajar yang lain pula masih duduk di kerusi mereka. ini termasuklah febian dan kawan kawannya yang duduk di belakang kelas. mereka sepertinya tidak mahu menghormati guru kelas mereka sendiri. "selamat pagi cikgu...", akhirnya sebahagian daripada pelajar di kelas itu bangun lalu mengucapkan selamat pagi pada serena. itu pun macam suara orang yang kurang bersemangat pula

"ye... selamat pagi... silakan duduk...", serena bersuara dengan wajah yang tegang sedikit. dia mula berjalan menuju ke arah febian dan kawan kawannya yang masih bermain kapalterbang kertas itu. dia merampas kapalterbang kertas itu dari tangan febian. "kenapa dengan korang ni?... korang langsung tidak mahu tunjuk hormat pada guru... guru sampai di dalam kelas pun korang masih bermain dengan kapalterbang kertas lagi...", marah serena pada febian dan kawan kawannya. febian buat muka selamba saja. begitu juga dengan rakannya lee chang hwa. hanya steven seorang saja yang berwajah bersalah. "pergi kutip semua kapalterbang kertas yang bersepah di bawah meja korang tu...", perintah serena. febian mencebikkan bibirnya. "jikalau kami tak nak kutip juga...", lawan febian pula. "cikgu akan pukul korang...", tutur serena dengan wajah yang bengis sekali. febian langsung tidak takut pada perkataan guru kelasnya itu. dia hanya duduk bersandar di atas kerusinya sambil berpeluk tubuh. serena mengeluarkan rotannya. "cepat... kutip kapalterbang kertas tu...", perintah serena lagi. "tak nak!...", balas febian dengan wajah yang serius. "cepat!...", serena bersuara seraya menghempaskan rotannya di atas meja febian. "paaak!...", kedengaran bunyi rotan itu bergema di dalam kelas yang sunyi sepi itu. terkejut febian di buatnya tapi dia buat muka selamba saja ketika itu. "kalau korang tak nak kutip aku akan kutip kertas kapalterbang tu dan aku sumbatkannya ke dalam beg sekolah korang tu. biar mak bapa korang tengok kertas kapalterbang yang korang buat tu di dalam beg sekolah korang...", tutur serena dengan marah sekali. "cikgu buatlah apa yang cikgu nak buat... aku tidak peduli lorh...", balas febian dengan wajah yang sedikit tegang. serena pun mula mengutip ke semua kertas kapalterbang yang ada di atas lantai. kemudian dia menyumbatnya ke dalam beg sekolah febian dan juga lee chang hwa tapi sebaik saja serena hendak meletakkan sebahagian daripada kertas kapalterbang itu ke dalam beg sekolah steven tiba tiba saja steven bangun lalu dia memeluk beg sekolahnya. Dia seperti tidak mahu gurunya memasukkan kapalterbang kertas itu ke dalam begnya. "jangan cikgu... jangan... nanti mak aku akan marah padaku. nanti dia fikir aku pergi ke sekolah hanya untuk melipat kapalterbang kertas tu pula...", kata steven dengan pantas sekali.

"tahu pun takut... kalau kau takut emak kau marah, kenapa kau ikut ikutan mengoyak buku latihan kau dan buat kerja bodoh ni, hah?...", marah serena. "kau tahu tak mak kau bersusah payah bekerja siang malam kat hospital tu untuk menyara hidup kau dan membeli buku latihan ni untuk kau belajar di sekolah tapi kau pula senang senang mengoyakkan buku latihan kau tu kan... kau fikir buku ni boleh di ambik dari kedai dengan free ke?", soal serena dengan marah. "tak de yang free cikgu...", balas steven. "tahu pun tak ada yang free... habis tu kenapa kau koyak buku latihan kau tu, hah?...", soal serena dengan garang sekali. steven terdiam. dia tunduk memandang lantai. "steven... kau tak patut buat kerja bodoh macam ni... febian dan lee chang hwa ni anak orang kaya... diorang boleh koyak buku diorang sebab harta diorang bertimbun timbun... bukannya macam kau... mak kau hanya seorang jururawat di hospital. kasihan mak kau terpaksa berhempas pulas mencari wang bagi menyara kehidupan korang... sepatutnya kau harus berhenti dari bersikap kebudak-budakan macam ni...", serena menasihati pelajarnya itu. dia memegang bahu kiri steven. dalam diam steven merasa tersentuh hati. inilah pertama kali dalam hidupnya ada orang menasihatinya dengan cara yang lembut.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro