Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

KELAS 6E 1

pagi yang indah. angin bertiup lembut seperti menyambut kehadirannya di situ. serena pantas membuka pintu kereta kancilnya lalu melangkah keluar dari dalam keretanya. dia berdiri memerhatikan keadaan di sekitar kawasan sekolah tinggi sri medang dengan pandangan mata yang bersinar. ini merupakan hari pertama dia menjejakkan kaki di situ dan ini merupakan hari pertama dia akan mengajar di sekolah tersebut. kelihatan beberapa orang pelajar berjalan memasuki kawasan sekolah itu dengan pakaian seragam sekolah yang kemas dan rapi. dalam diam serena mula berfikir tentu sekolah itu mempunyai pelajar yang berdisiplin dan bersopan santun ini dapat di nilai dari pemakaian mereka. kemas dan rapi. tentu para pelajar di situ lebih baik fikirnya tapi tiba tiba, "bukkk!!!...", sebiji bola keranjang jatuh di atas belakang kepalanya. "auwwww!....", serena mengerang kesakitan. kelihatan beberapa orang pelajar lelaki mentertawakannya. ada juga pelajar perempuan yang mentertawakannya. serena menggetapkan giginya. kelihatan seorang pelajar lelaki berlari menuju ke arahnya lalu mengambil bola keranjang tersebut dari sisinya. tanpa mengucapkan sebarang kata maaf pelajar lelaki itu terus saja beredar dari situ. tiba tiba, "hey!... hey!... hey!... apa yang korang ketawa ketawakan tu?", tempik suatu suara. semua pelajar yang mentertawakan serena terus saja beredar dari situ. kelihatan seorang lelaki berpakaian kemas melangkah menuju ke arahnya. "oh... maaflah di atas kelakuan nakal pelajar lelaki tu tadi... er, awak tak apa apa, kan?", soal lelaki itu dengan penuh prihatin. "ya, saya tak apa apa...", balas serena dengan gugup. "oh... er... namaku cikgu marzuki bin adnan, guru penolong kanan hal ehwal pelajar di sekolah ini... tentu cik ni ialah cikgu serena guru baru yang ingin masuk mengajar tu, kan?", soal cikgu marzuki sambil tersenyum lembut. "ya... saya...", serena menganggukkan kepalanya dengan hormat. "selamat datang ke sekolah tinggi sri medang, cikgu serena. gembira dapat bertemu dengan awak... oh by the way, mari saya bawakan awak ke bilik guru pengetua. dia sudah lama menanti awak di sana...", kata cikgu marzuki dengan ramah. "baiklah...", balas serena sepatah.

cikgu marzuki pun mula melangkah memasuki bangunan yang besar itu dengan di ekori oleh serena dari belakang. di sepanjang perjalanan menuju ke bilik guru pengetua, mereka melintasi beberapa buah bilik tingkatan yang terdapat di dalam bangunan tersebut. ramai pelajar di sekolah itu pandang semacam ke arahnya semasa dia berjalan di ruang koridor sekolah tersebut. mungkin mereka merasa sungguh terkejut sebab inilah pertama kali mereka melihat dia di situ. begitu teka hati kecil serena. dia cuba untuk tidak peduli akan pandangan mata mereka saat itu. malah dia terus saja memberikan senyuman manis pada mereka semua tapi malangnya semua pelajar yang ada di situ langsung tidak mahu membalas senyumannya. dalam diam serena mula berfikir tentu semua pelajar di situ bersikap dingin terutamanya apabila berhadapan dengan orang asing seperti dirinya. serena mengeluh sendirian. tidak lama kemudian mereka pun sampai di depan bilik guru pengetua sekolah itu. "cikgu... cikgu yang baru tu dah datang...", kata cikgu marzuki dengan lembut. "oh... silakan masuk...", pelawa guru pengetua dari dalam bilik berhawa dingin itu. serena pun melangkah masuk ke dalam bilik guru pengetua tersebut. kelihatan seorang lelaki berdiri membelakanginya tidak jauh dari situ. serena terpaksa berdiri mematung di situ sebab dia tidak di suruh duduk. "ehemmm...", serena berdehem panjang. "oh... maaflah... aku tengah berfikir tadi...", cepat cepat guru pengetua itu mengalihkan tubuhnya menghadap ke arah serena. "oh... maaflah sebab mengganggu...", ucap serena dengan lembut. "oh... tidak mengapa... silakan duduk...", pelawa lelaki itu berkepala botak itu. serena pun duduk di atas kerusi yang ada di situ. "by the way, tentu awak ni cikgu serena ak ganui, guru baru yang datang dari negeri kenyalang tu kan...", tutur lelaki itu dengan lembut. "ya...", balas serena sepatah. "oh... selamat datang ke sekolah tinggi sri medang, cikgu serena. saya cikgu basri bin hishamudin. guru pengetua di sekolah ini. anyway, saya gembira dapat seorang guru baru yang akan mengajar di sekolah ini.... by the way, sebelum saya bawa awak berjumpa dengan guru guru yang lain di pejabat guru, saya ingin bagi tahu awak sesuatu perkara...", kata guru pengetua, cikgu basri perlahan lahan.

"apa perkara yang ingin cikgu pengetua nak katakan pada saya?", soal serena ingin tahu. "cikgu serena akan mengajar dalam bilik tingkatan 6E. jumlah pelajar dalam bilik tingkatan 6E ialah 30 orang tapi terus terang saya katakan pada awak rata rata pelajar di dalam bilik tingkatan 6E memang bermasalah sikit jika di bandingkan dengan para pelajar di bilik tingkatan yang lain..", kata cikgu basri perlahan lahan. "er... maksud cikgu?", soal serena ingin tahu. "mereka sering kali melanggar peraturan sekolah... prestasi pembelajaran mereka kurang memuaskan sebab ramai di antara mereka terlibat dalam kegiatan yang tidak bermoral contohnya bertumbuk, bergaduh, melawan cakap guru dan sebagainya...", jelas cikgu basri dengan wajah yang serius. "oh... jadi maksud cikgu ni saya akan mengajar dalam bilik tingkatan yang pelajarnya bermasalah, begitu?", soal serena dengan nada suara yang kurang senang. "ya... awak terpaksa mengajar di dalam bilik tingkatan 6E sebab kelas itu saja yang tidak ada guru kelasnya. guru kelas yang sebelumnya sudah pun berhenti kerja...", jelas cikgu basri lagi. "apa?... berhenti kerja?... kenapa dia berhenti kerja pula?", soal serena ingin tahu. "maaf... saya tak boleh jelaskannya pada awak sebab maklumat mengenai guru guru yang mengajar di sini sebelum ini adalah maklumat yang tidak boleh di dedahkan dengan sewenang wenangnya... jadi saya harap awak akan faham...", balas guru pengetua cikgu basri perlahan lahan. serena terdiam selepas itu. "apa apa pun saya nak bagi nasihat pada awak... saya harap awak akan bersabar menghadapi karenah pelajar pelajar dalam tingkatan 6E tu nanti... jangan pula awak berhenti kerja hanya kerana awak tak sanggup mengajar mereka gara gara mereka terlalu 'nakal'...", kata cikgu basri pula. "hm... baiklah cikgu, saya akan cuba sebaik mungkin untuk mengajar mereka...", balas serena dengan lembut padahal dalam hatinya dia rasa tak keruan. "so maksudnya awak sanggup menghadapi segala cabaran untuk menjadi seorang guru?", soal cikgu basri seraya mengangkat kening kirinya ke atas. "ya...", balas serena sepatah. "bagus... semangat macam itulah yang saya ingin tengok dalam diri seorang guru... sanggup menghadapi segala cabaran... baiklah, mari ikut saya... saya akan memperkenalkan awak pada guru guru yang lain...", cikgu basri bangun dari atas kerusinya. serena pun turut bangun dari atas kerusinya. mereka mula meninggalkan bilik berhawa dingin itu menuju ke bilik pejabat guru yang terletak tidak jauh dari situ.

AUTHOR NOTE: kali ni mizz nak buat story pasal pelajar dan gurunya... mizz nak buat story yang beri pengajaran sikit... hope you guys will like it ;)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro