Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Kerana Dendam Itu

Story title : Kerana Dendam Itu
Written by: Arael02

Story description:

  Dendam telah mewujudkan watak Shiha Nur Iman di dalam skrip hidup keluarga Dato' Sazlan yang tinggal di Villa Bahagia.

  "Shiha, kenapa buat macam tu dekat Mama Ros dengan Abang Is? Anak-anak papa tak pernah diajar macam tu. Kalau Shiha rasa tak selesa tinggal kat sini, Shiha boleh keluar dari Villa Bahagia. Papa kena jaga keluarga papa." ~ Dato' Sazlan.

  "Hei, kenapa kau biadab sangat ha perempuan? Kenapa kau sakitkan hati mama aku? Apa masalah kau sebenarnya? Kau sedar sikit sekarang ni kau tinggal kat mana. Kalau kau nak terus kurang ajar macam ni, lebih baik kau berambus dari Villa Bahagia, right now!" ~ Iskandar.

  "Sorry to say. Dari kecik aku tak ada papa yang boleh ajar aku supaya tak kurang ajar. By the way, kenapa aku kena berambus ya? Villa Bahagia ni memang milik aku! Lagipun, aku fikir kau yang patut berambus! Sebab kau patut sedar yang kau tu hanya anak pungut jer, Megat Iskandar Rafael." ~ Shiha.

  "Shiha, saya bukan nak halang niat awak, sebab saya tahu itu hak awak. Tapi, saya nak pesan kat awak, jangan buat perkara yang boleh buatkan awak sakit kelak. Awak tahu kan, saya sayangkan awak?" ~ Adib.

  Pertemuan dengan Adib Danielle bukanlah sesuatu yang dirancang. Namun, walau apapun yang berlaku, dendam mesti dilunaskan. Pelbagai perkara dilakukan untuk memusnahkan keluarga Dato' Sazlan. Disaat cinta mula bertandang, keutuhan tekad Shiha seakan merapuh.

  Apakah punca dendam Shiha? Antara kasih dan dendam, benci dan sayang, manakah jalan yang akan Shiha pilih? Disaat api dendam membakar perasaan, mampukah hujan cinta membasahi jiwa?

  Kerana Dendam Itu akan merungkai segalanya

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro