💛Day 6 - Prompt Genre Fantasy
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Apa khabar warga Wattpad sekalian? Bagaimana aktiviti Premis Cerita semalam? 😆 Macam-macam yang kami terima dan nilai. Tak sangka anda semua boleh tahan kreatif 👏
Untuk aktiviti hari ini kita masuk kepada prompt penulisan semula. Harap anda semua tidak kecut melihat genre yang kami bawakan kepada anda 😜
Bukan apa, kami nak lihat juga berapa ramai pengguna Wattpad Malaysia yang kreatif pemikirannya. Inilah target Kelab Wattpaders untuk mencungkil bakat emas dalam diri anda semua 😉
Tanpa membuang masa, kita lihat tugasan prompt genre Fantasy.
*°• 🌻🌻🌻 •°*
P R O M P T
Tajuk : Pewaris Kerajaan Awan
Sejak kecil lagi anda tinggal dalam sebuah hutan yang indah bersama seorang wanita berusia yang anda gelarnya sebagai Ibu.
Tepat saja umur anda masuk 18 tahun, Ibu membawa anda ke suatu tempat menakjubkan iaitu Istana Langit untuk menduduki takhta.
Andalah Putera / Puteri Langit yang dinanti-nantikan oleh Kerajaan Awan.
Persoalannya mengapa anda harus hidup dalam hutan sejak kecil?
*°• 🌻🌻🌻 •°*
SYARAT PENYERTAAN
● Anda perlu terbitkan satu buku khas bertajuk 'Starry Festival KelabWP' untuk koleksi prompt sahaja.
● Tambah #StarryFestival pada bahagian tag.
● Panjang prompt tidak boleh lebih daripada 1000 patah perkataan.
● Kami hanya menerima penyertaan dalam Bahasa Melayu sahaja.
● Tampal link cerita anda pada bahagian komen. Anda ada masa sehingga 7 September 19, jam 11 malam untuk menampal link cerita.
● Hanya dua orang pemenang akan dipilih bagi aktiviti ini.
Sekarang mula menulis.
Semoga Berjaya!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro