💛Day 28 - New System
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Kita sudah hampir di penghujung bulan September! Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua warga Wattpad yang telah memeriahkan dan melibatkan diri di sepanjang September Event - Starry Festival 😊
Pihak kami berharap anda semua seronok dengan aktiviti yang disediakan. Kami memohon maaf di atas segala kekurangan sepanjang Starry Festival ini berlangsung. Semoga berjumpa lagi pada tahun hadapan 😍
Pengumuman bagi pemenang-pemenang cabaran Starry Festival akan adalah pada hari esok. Sila berdebar 😋 Selain itu, terdapat juga Anugerah Khas untuk ahli-ahli Wattpaders Academy yang sudah bersama kami selama satu tahun.
*°• 🌻🌻🌻 •°*
Untuk itu, kami dengan sukacitanya ingin melancarkan
Sistem Baru Wattpaders Academy.
• Jika sebelum ini, pihak kami tidak peduli seberapa ramai warga Wattpad yang ingin menyertai Wattpaders Academy namun kini kami hanya menerima 150 ahli sahaja dalam satu masa.
• Keahlian dalam Groupchat Whatsapp hanya S A T U T A H U N sahaja.
Contoh : Kemasukan bermula September 2019 hingga September 2020.
Selepas itu, semua ahli akan diremove oleh Senior dari Groupchat bagi memberi peluang pengguna Wattpad yang lain.
Walaubagaimana pun, anda masih lagi ahli Wattpaders Academy selagi tidak melanggar peraturan (Sila rujuk Syarat dan Peraturan Keahlian dalam Buku Rasmi)
• Kami juga mengadakan Latihan Internship :
Sekurang-kurangnya 15 orang ahli diperlukan untuk mengajar serba-sedikit tentang penulisan dan kelas-kelas lain bersama Seniors.
• Setiap aktiviti yang dilakukan akan diberi markah. Penyertaan ahli secara aktif juga akan dinilai dan diberi anugerah setiap kali sambutan Wattpaders Academy seperti yang anda semua lihat.
Antara Syarat Keahlian yang wajib :
💛 Pelajar yang bakal menduduki UPSR, PT3, SPM dan BERASRAMA PENUH tidak dibenarkan untuk masuk Wattpaders Academy.
Kami berharap anda memberi tumpuan pada peperiksaan terlebih dahulu
💛 Sanggup menerima jumlah mesej yang banyak di Groupchat.
💛 Kami tidak memerlukan ahli ‘CCTV’.
Anda perlu aktif atau sekurang-kurangnya ambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan sama ada di akaun Wattpad atau di Groupchat.
💛 Dilarang ‘Spam’ mesej yang tidak berkaitan dan kurangkan perbualan yang sia-sia.
💛 Maklumkan kepada salah seorang Senior sekiranya ingin left groupchat berserta sebab.
Jika anda left groupchat tanpa maklumkan kepada Seniors, anda serta-merta akan disenarai hitam daripada menjadi Ahli Academy untuk masa akan datang.
💛 Sila ikuti kelas dan aktiviti yang disediakan dalam GroupChat. Penglibatan ahli dalam sesi berikut akan diperhatikan.
Selebihnya, anda boleh rujuk BUKU RASMI WATTPADERS ACADEMY
*°• 🌟🌟🌟 •°*
Maka dengan itu
PENGAMBILAN AHLI DIBUKA SEMULA!
*°• 🌟🌟🌟•°*
Sila rujuk Buku Rasmi Wattpaders Academy untuk membaca butiran dan mengisi borang kemasukan!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro