Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

💛Day 24 - Prompt Genre Distopia Dan Apokalips

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Kita cuma ada beberapa hari sahaja lagi sebelum acara ini berakhir. Terima kasih kepada anda yang masih bersemangat dalam menyahut cabaran untuk menyiapkan semua aktiviti yang telah kami sediakan.

Kita masuk semula pada aktiviti Prompt dengan Genre Distopia dan Apokalips.

Apa itu?

Distopia menceritakan tentang dunia yang kacau-bilau dan tidak selamat. Salah satu contoh filem seperti The Maze Runner.

Apokalips pula adalah dunia yang mengalami kehancuran atau bencana secara global.

Selalunya, kedua-duanya genre ini digabungkan.

Sudah faham? Sila lihat prompt yang telah disediakan.

*°• 🌻🌻🌻 •°*

P R O M P T
Tajuk : VIRUS

Sejenis virus kuat telah menyerang negara anda. Puncanya tidak dapat dikenalpasti tapi kesannya telah menyebabkan negara anda menjadi huru-hara dan kemusnahan teruk terjadi.

Apa yang peliknya, virus ini boleh menyebabkan kematian dan boleh juga mengubah karakter manusia menjadi buas yang hauskan darah dan laparkan organ dalam badan.

Anda sedih kerana satu-satunya ahli keluarga yang selamat bersama anda kini dijangkiti virus tersebut. Perlahan-lahan karakternya bertukar buas.

Kerana sayang, anda biarkan dia menggigit anda. Namun, sesuatu yang aneh berlaku.

*°• 🌻🌻🌻 •°*

SYARAT PENYERTAAN

● Anda perlu terbitkan satu buku khas bertajuk ‘Starry Festival KelabWP’ untuk koleksi prompt sahaja.

Tambah #StarryFestival pada bahagian tag.

● Panjang prompt tidak boleh lebih dari 1000 patah perkataan.

● Kami hanya menerima penyertaan dalam Bahasa Melayu sahaja.

Tampal link cerita anda pada bahagian komen. Anda ada masa sehingga 25 September 19, jam 11 malam untuk menampal link ceritam

● Hanya dua orang pemenang akan dipilih bagi aktiviti ini.

Mula menulis sekarang.
Semoga Berjaya!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro