💛Day 23 - Disneyland
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Masih bersemangatkah anda semua di Hari Ke-23 ini? Jangan putus semangat. Ayuh ke aktiviti seterusnya!
Hari ini kami masih mahu anda perah otak dan idea 😂 Kami beri anda dua pilihan di mana ada versi girl-girl dan versi boy-boy. Tapi kami tidak
halang jika ada mahu buat versi yang mana pun, ikut pada keselesaan anda.
*°• 🌻🌻🌻 •°*
Hasilkan sebuah cerita berdasarkan gabungan tajuk di bawah mengikut kreativiti. Kami tidak mewajibkan untuk semua karakter masuk ke dalam cerita anda kerana kami faham ianya harus mengikut kesesuaian.
Versi Satu
Cinderella + Sleeping Beauty + Beauty And The Beast + Peterpan
Versi Dua
Big Hero 6 + The Incredibles + Frozen + Inside Out
Sudah pilih?
Sekarang, hasilkan cerita anda berdasarkan versi Disneyland yang anda pilih! 😉
*°• 🌻🌻🌻•°*
SYARAT PENYERTAAN
● Cerita anda tidak boleh lebih 1000 patah perkataan.
● Anda boleh hasilkan cerita Disneyland ini pada Buku Prompt Starry Festival anda dan tampal link cerita di ruangan komen.
● Kami hanya menerima penyertaan dalam Bahasa Melayu sahaja.
● Penyertaan sehingga 24 September 2019 pada jam 11 malam.
● Hanya dua orang pemenang akan dipilih bagi aktiviti ini.
Selamat Mencuba!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro