💛Day 21 - War Of The World
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera!
Kita dalam keadaan serius kadet! Dunia sedang kecoh dengan Perang Dunia ke Lapan. Askar-askar kita ramai yang cedera dan mati.
Senjata pihak musuh terlalu canggih dan tiada tolak bandingnya!
Kamu semua! Sebagai kadet yang berkebolehan mencipta barang perlu lakukan sesuatu agar kita tidak tewas di tangan pihak musuh. Masih ada peluang!
● Cipta senjata peperangan menggunakan imaginasi, kekreatifan dan inovasi anda sendiri.
● Berikan nama dan
jelaskan juga apa fungsinya. Lagi bagus kalau anda terangkan bagaimana cara ia digunakan, kadet!
● Hantar ciptaan senjata peperangan anda ke ruangan komen.
● Ingat kadet! Mata seorang Jeneral sentiasa memerhati gerak-geri sekiranya anda mencuri dan mengubah idea kadet lain.
● Dua senjata terbaik akan dipilih bagi misi ini.
● Penyertaan sehingga 22 September 2019 jam 11 malam
Mungkin anda boleh cipta pistol yang seakan Glock 22 dengan kemampuan 100 butir peluru dalam satu masa?
Atau Tommy Gun yang boleh bertukar menjadi Bazuka?
Atau robot pemusnah?
Kadet! Semuanya bergantung pada imaginasi anda 😎 Ayuh mulakan! Kita tidak ada masa.
Semoga berjaya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro