Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

💛Day 2 - Prompt Genre Romance

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Hari ke-2 dan aktiviti pertama sudah bermula! Sebelum itu, pihak Kelab Wattpaders ingin mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kepada pengguna-pengguna Wattpad yang telah memeriahkan Pesta Tag semalam! 💛

Kalau boleh tag lagi 😆

Bagi anda yang tertanya-tanya apa itu 'Prompt', saya akan jelas sebelum anda mula menyiapkan aktiviti pertama ini.

Prompt penulisan bermaksud menulis cepat secara kreatif melalui ayat, gambar atau satu perkataan sebagai rujukan untuk menghasilkan cerita dan mengembangkan idea.

Baca betul-betul 😆

Sekiranya tidak faham, tinggalkan soalan di ruangan komen. Jika sudah faham, kita teruskan.

*°• 🌻🌻🌻 •°*

P R O M P T
Tajuk : Misi Pikat Dia!

Teman lelaki / wanita anda mempunyai sikap yang kadang-kala boleh buat kepala anda meletup dan antaranya cepat terasa dan overthinking.

Suatu hari ketika kamu berdua keluar untuk temu janji, anda telah melakukan kesalahan sehingga dia berkata begini,

"Tak mengapa, awak tak perlu cintakan saya lagi."

Kerana terlalu sayang, anda berusaha memujuknya dan memikat hatinya semula. Tapi bagaimana caranya?

*°• 🌻🌻🌻 •°*

SYARAT PENYERTAAN

Anda perlu terbitkan satu buku khas bertajuk 'Starry Festival KelabWP' untuk koleksi prompt sahaja.

Tambah #StarryFestival pada bahagian tag.

● Panjang prompt tidak boleh lebih daripada 1000 patah perkataan.

● Kami hanya menerima penyertaan dalam Bahasa Melayu sahaja.

Tampal link cerita anda pada bahagian komen. Anda ada masa sehingga 3 September 2019, jam 11 malam untuk menampal link cerita.

● Hanya dua orang pemenang akan dipilih bagi prompt ini.

Mula menulis sekarang.
Semoga Berjaya!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro