Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

💛Day 18 - Prompt Genre Thriller

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Wah! Tak sedar sudah hari ke-18 acara ini berlangsung. Masih bersemangat? 😆
Masih boleh kerah idea untuk genre kali ini?

*°• 🌻🌻🌻 •°*

P R O M P T
Tajuk : The Unknown

Sekumpulan remaja terdiri daripada tiga lelaki dan tiga perempuan mengembara ke satu hutan tebal untuk menyelesaikan misi mereka tapi malangnya mereka semua telah tersesat!

Hari semakin gelap, lega apabila terjumpa rumah kayu yang agak usang lalu menjadi tempat mereka berteduh. Tapi, pelbagai perkara pelik berlaku salah satunya adalah terdengar sayup-sayup suara bayi menangis.

Mereka cuba untuk rungkaikannya tapi lain pula yang berlaku apabila satu persatu daripada mereka terkorban.

Siapa yang selamat? Siapa pembunuhnya?

*°• 🌻🌻🌻 •°*

SYARAT PENYERTAAN

● Anda perlu terbitkan satu buku khas bertajuk ‘Starry Festival KelabWP’ untuk koleksi prompt sahaja.

Tambah #StarryFestival pada bahagian tag.

● Panjang prompt tidak boleh lebih dari 1000 patah perkataan.

● Kami hanya menerima penyertaan dalam Bahasa Melayu sahaja.

Tampal link cerita anda pada bahagian komen. Anda ada masa sehingga 19 September 19, jam 11 malam untuk menampal link cerita.

● Hanya dua orang pemenang akan dipilih bagi aktiviti ini.

Mula menulis sekarang
Semoga Berjaya!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro