💛Day 16 - Teka Genre!
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera!
Macam mana dengan prompt genre Action semalam? Mencabar diri anda ke?
Hari ini kita akan teruskan dengan aktiviti yang seterusnya iaitu Teka Genre! Sebelum kita menelusuri dengan lebih dalam, eloklah kami terangkan terlebih dahulu aktiviti ini.
Kami akan beri situasi dan anda hanya perlu teka situasi itu tergolong dalam genre yang mana satu?
*°• 🌻🌻🌻 •°*
TEKA GENRE!
Situasi Pertama
Ezryn dan sekumpulan rakannya telah merancang percutian mereka di Pulau Pangkor. Semasa mereka seronok bercuti, mereka telah sesat ke sebuah pulau yang tiada penduduk di sana. Bot yang dinaiki mereka pula tidak kembali untuk menjemput mereka. Mereka terpaksa bermalam di pulau tersebut yang hanya dipenuhi hutan. Satu tarikan ialah apabila Ezryn bercadang untuk meneroka pulau tersebut.
Situasi Kedua
Akibat terlalu cemburu akan kecantikan kakaknya, Hana mengupah seseorang untuk menjadikan dirinya lebih cantik. Tapi, semuanya tidak berjalan dengan lancar apabila orang upahan Hana tersalah bagi cecair. Cecair itu pula masih dalam kajian.
Hana mula berubah dengan tangannya berbulu berwarna coklat.
Situasi Ketiga
Semua orang di muka bumi ini telah diserang virus akibat letupan dari makmal yang sedang melakukan penyelidikan terhadap cecair mutasi.
Hanya sejenis dadah yang mampu membuatkan manusia tetap dapat melawan penyakit itu tetapi tidak membunuhnya.
Sampai satu masa, golongan kasta rendah kehabisan wang untuk membeli dos dadah. Dan keadaan mula menjadi huru-hara.
*°• 🌻🌻🌻 •°*
SYARAT PENYERTAAN
• Anda harus jawab ketiga-tiga situasi ini di ruangan komen. Pastikan jawab di ruang komen setiap situasi supaya tidak mengelirukan kami.
• Jika anda berjaya menjawab dengan betul kesemua situasi dan pantas, anda mungkin akan terpilih sebagai pemenang.
• Dua pemenang akan dipilih dari aktiviti ini.
Penyertaan sehingga 17 September 2019 bersamaan 11 malam.
Semoga berjaya!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro