💛Day 12 - Prompt Genre Teen Fiction
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Wah! Bagusnya quote-quote yang kami terima semalam 😍 Tahniah kepada yang berani mencuba. Kami memang percaya anda sangat berkebolehan dalam semua perkara.
Teruskan usaha!
Baiklah untuk hari ini kita kembali semula pada aktiviti yang mengerah otak anda untuk memberi idea kreatif dan pantas.
Tapi jangan risau, rasanya genre kali ini tidak susah sangat. Kacang buncis kata orang! 😆
*°• 🌻🌻🌻 •°*
P R O M P T
Tajuk : Usikan Manja
Hari-hari anda tidak pernah tenteram bila ada pelajar lelaki suka mengusik anda. Sehingga satu tahap, anda tidak betah dengan semua ini. Mulakan ayat anda dengan...
“Apa masalah kau?”
Hasilkan prompt Teenfiction anda dengan penamat yang menyedihkan.
*°• 🌻🌻🌻 •°*
SYARAT PENYERTAAN
● Anda perlu terbitkan satu buku khas bertajuk ‘Starry Festival KelabWP’ untuk koleksi prompt sahaja.
● Tambah #StarryFestival pada bahagian tag.
● Panjang prompt tidak boleh lebih dari 1000 patah perkataan.
● Kami hanya menerima penyertaan dalam Bahasa Melayu sahaja.
● Tampal link cerita anda pada bahagian komen. Anda ada masa sehingga 13 September 19, jam 11 malam untuk menampal link cerita.
● Hanya dua orang pemenang akan dipilih bagi aktiviti ini.
Mula menulis sekarang.
Semoga Berjaya!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro