Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter Ketiga

Khalida dan Alicia kini berada di bilik asrama mereka. Kumari dan Iman turut duduk di katil masing-masing.

  "So, korang nak masuk pertandingan menyanyi ke? Aku nak kena catat nama pelajar yang nak menyertai." Tanya Iman yang sedang membaca buku.

  "Uhm, sebenarnya saya nak sertai. Boleh ke kalau saya nyanyi lagu English?" Khalida membalas persoalan Iman. Iman mengangguk.

  "Aku tak mahu sertai. Malas dan aku tak pandai nyanyi sangat." Sambut Kumari.

  "Aku pula tak suka menyanyi. Jadi, kau masuk sahajalah Khalida." Alicia pula berkata-kata dari meja belajarnya. Iman tersengih, matanya penuh dengan kegurauan.

  "Kau tahu tak yang si Aizat sertai pertandingan menyanyi ini. Apa kata kau duet dengan dia?" Pipi Khalida merona merah apabila terdengar cadangan Iman.

  "Hish! Awak tidak payahlah bagitau saya tentang itu!"

  "Oh, kau malu ke? Kau suka Aizat, ya?" Terdengar sahaja ejekan Kumari, pipi Khalida bertambah merah.

  "M... mana ada! Kenapa awak semua suka sangat ejek saya dengan Aizat?" Khalida cuba menutup mukanya menggunakan bantal, tetapi tidak berhasil kerana mukanya masih merah kerana malu.

  "Weyh, semua tingkatan dua couple kan kau dengan Aizat. Pelajar-pelajar senior pun siap membawang pasal kau dengan Aizat itu serasi jadi suami isteri!" Iman membalas persoalan Khalida sambil tergelak kecil.

  "Haah! Lepas itu pula, korang berdua ini sudah menjadi ibu bapa ketiga kami semua! Cikgu Luqman sendiri cakap macam itu, tahu?" Sambung Kumari.

  "..." Khalida hanya mendiamkan diri sambil menyorokkan mukanya dengan bantal. Malu betul dia sekarang ini!

  "Khalida, kau dah siap ke lukis Anime yang disuruh oleh Cikgu Melia? Dan, kau rasa kenapa beliau suruh kita melukis ini?" Tanya Alicia. Khalida meletakkan bantalnya di tempat yang sepatutnya dan turun dari katil untuk pergi ke meja belajar.

  "Saya sudah siap. Saya rasa, Cikgu Melia buat macam ini supaya kita lebih kreatif. Hah, ini dia! Nah, tengoklah." Khalida memberikan satu lampiran kertas kepada Alicia. Alicia memegang kertas itu agar Kumari dan Iman dapat nampak dari belakangnya.





(Bayangkan yang gambar pertama tu ada sayap yang macam ini)

  "Disebabkan Cikgu Melia nak kita buat watak yang mempunyau kuasa dan dari Jepun, saya pun melukis gambar ini." Terang Khalida.

  "Nama dia ialah Hyõsetsu Yuuki/Yuuki Hyõsetsu. Dia mempunyai kulit putih, rambut putih, mata biru muda yang hampir putih dan sayap biru. Dia juga memiliki kuasa Salji, Ais dan Air, menyebabkan perwatakan dia yang tenang dan tidak terburu-buru." Khalida menarik nafas seketika.

  "Yuuki boleh mengubah udara kepada air, air kepada salji, salji kepada ais, ais kepada ais kering, dan kepada udara semula. Sayap Yuuki merupakan sayap Ice Phoenix dan dia boleh mengubah bentuk dia kepada Ice Phoenix. Okay tak penjelasan saya?" Mereka bertiga memandang Khalida dengan muka yang terkejut dan kagum.

  "Hebat betul idea kau! Kalau kau tolong aku boleh tak?" Khalida menganggukkan kepalanya dengan senyuman manisnya. Kumari bersorak dengan kecil-kecilan.

  "Iman, kenapa Cikgu Melia suruh kita buat benda ini?" Tanya Alicia.

  "Nanti kau tahulah. Aku pun mula-mula tertanya, tapi selepas sahaja aku buat projek ini, pergh! Best tahu?!" Iman menjawab.

(Ini adalah seperti filter untuk buku ini. Chapter ini pendek sikit sebab tak ada idea)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro