Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter Dua

-Blok B Perempuan, Tingkat 2, Bilik 3 (B-2-3)-

  Khalida baru sahaja tersedar daripada pengsannya. Iman Muslihah, pelajar tingkatan 4 juga ketua di dorm tersebut, memberikan secawan air masak kepadanya.

  "Kau okay?" Tanya Iman. Khalida menuruni dari katilnya dan diikuti dengan Iman. Khalida meletakkan cawan itu di atas meja belajarnya lalu memberikan senyuman manis kepada Iman.

  "Saya baik-baik sahaja, kak Iman. Terima kasih menanya." Iman mengangguk lalu duduk di kerusi meja belajar Khalida.

  "Kumari dan Alicia pergi jumpa Encik Zaharul sekejap dengab Aizat dan Afiq. Alicia suruh aku tunggu kau bangun lepastu teman kau pergi kw bilik Encik Zaharul." Terang Iman.

  "Oh, kalau begitu, saya kena siap-siap. Akak boleh ke teman saya?" Tanya Khalida sambil mengambil tudung hitamnya yang diletakkan di kerusi yang diduduki Iman.

  "Boleh je." Balas Iman sambil memberikan senyuman tipis.

  Iman Muslihah, pelajar perempuan daripada 4 Bestari dan juga penolong pengawas.

  Tingkah laku yang tegas dan dingin itu membuatkan dia layak menjadi penolong pengawas.

  Iman jarang tersenyum, hanya segelintis sahaja yang boleh membuat dia tersenyum dan Khalida merupakan salah seorang daripada segelintir pelajar itu.

  Mula-mula bertemu, Iman memang garang terhadap Khalida, tetapi, perangai Khalida yang baik hati dan suka senyum itu melembutkan hati Iman.

  Memang semua pelajar terkejut apabila Iman memberikan senyuman yang ikhlas kepada Khalida. Khalida merupakan junior pertama yang dapat membuatkan Iman tersenyum.

  Selepas memakai tudung, mereka keluar daripada dorm mereka. Iman berjalan dihadapan Khalida seperti ingin melindungi Khalida.

  Setelah tiba di pejabat guru, Iman meninggalkan Khalida kerana diarah oleh juniornya itu.

  Khalida memasuki pejabat itu dan pergi ke akak kerani.

  "Maaf, ya cikgu, tetapi, boleh saya jumpa Encik Zaharul?" Akak kerani itu hanya mengangguk dan tidak melihat Khalida.

  Selepas Khalida mengetuk pintu dan terima arahan 'masuk', dia membuka pintu bilik Encik Zaharul dan memasuki bilik itu. Pintu ditutup rapat.

  "Khalida, baguslah kamu dah sedar. Maaflah sebab menyuruh kamu datang ke sini walaupun kamu baru sedar." Encik Zaharul meminta maaf.

  "Eh, tidak mengapa, Encil Zaharul. Saya tidak kisah pun." Kata Khalida sambil duduk diantara Alicia dan Aizat.

  "Disebabkan semua sudah ada, kita mulakan perbincangan." Encik Zaharul mulakan ucapannya.

  "Khalida, kamu pernah cakap yang benda selalu berkeliaran ketika malam, ada yang pernah kacau kamu?" Tanya Encik Zaharul.

  Sebenarnya, satu sekolah tahu yang mereka ada deria keenam, hanya, mereka tidak tahu kelebihan apa yang mereka miliki. Encik Zaharul sahaja yang tahu akan benda ini selain daripada kelab Anugerah Luar Biasa.

  "Tak pernah, Encik Zaharul. Mereka hanya berkeliaran sahaja. Lagipun, kebanyakan daripada mereka beraura putih, dan bukan hitam." Balas Khalida dengab lembut.

  "Afiq, boleh kamu lihat masa silam pokok itu?" Tanya Encik Zaharul.

  "Maaf, Encik Zaharul. Tetapi, saya tak boleh berbuat sebegitu. Saya hanya boleh melihat masa lalu sebelum sesuatu perkara berlaku dan masa hadapan, tetapi tidak boleh menukar masa hadapan itu."  Jawab Afiq. Encik Zaharul mengeluh.

  "Encik Zaharul, apa kata kami mula memeriksa kejadian ini esok? Lagipun, lepas ni kami ada prep, malam pula ada sesi prep lagi. Esok dan Khamis sahaja yang kami tiada prep malam." Cadang Kumari.

  "Baiklah. Esok, saya nak kamu berlima serta Cikgu Luqman datang ke bilik saya pada pukul 1:30 tengah hari." Arah Encik Zaharul.

  "Baik encik. Kami pergi dulu." Mereka berenam pun keluar dari bilik Encik Zaharul dan pejabat. Cikgu Luqman kata yang harini dia akan duduk di dalam bilik persatuan mereka.

  "Aizat, Khalida, sini sekejap. Kumari, Alicia dan Afiq, tunggu dahulu." Aizat dan Khalida berjalan ke arah Cikgu Luqman diikuti dengan Afiq, Kumati dan Alicia.

  "Mulai hari ini, kamu  berlima perlu berhati-hati, lagi-lagi Aizat dan Khalida." Kata Cikgu Luqman dengan tegas.

  "Kenapa cikgu? Dan kenapa diorang kena lebih berhati-hati?" Tanya Afiq.

  "Mungkin, sebab benda ni cuba untuk menghapuskan orang yang ada deria keenam." Teka Alicia.

  "Mungkin juga. Dan, kalau kau fikir logik, Aizat dan Khalida mempunyai deria keenam yang lebih kuat daripada kita. Sebab, kalau kita bertiga, kita tidak boleh melihat mahupun merasa mereka, tetapi, Aizat dab Khalida boleh." Teka Kumari dengan panjangnya.

  "Ya, dan Ustaz Karya mahu kamu, Aizat, Khalida dan Afiq, belajar cara untuk lindungi kamu semua menggunakan cara Islam." Sambung Cikgu Luqman.

  "Baik,cikgu!" Balas mereka bertiga.

 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro