Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝓟𝓻𝓸𝓵𝓸𝓰𝓾𝓮

KE hulur ke hilir dia membawa langkah ke serata ruang tamu itu. Tak senang duduk dibuatnya selagi pemanggil di hujung talian itu tidak menjawab panggilan. Sesekali terbit dengusan kasar dari hujung bibir.

Rafidah bercekak pinggang, di genggaman tangan kanannya erat dengan sebuah telefon bimbit.Lama berkeadaan begitu, dia menghenyak kasar punggung di atas sofa buatan Itali itu. Mata dilirikkan ke arah sebuah jam yang tergantung di dinding. Jarum jam sudah pun masuk ke angka 12. Namun, kelibat si suami masih belum kelihatan. Makin meradang hatinya.

Bukannya dia tak perasan akan perubahan mendadak suaminya,Farid. Sejak kebelakangan ini, seringkali Farid bekerja di luar daerah dan jarang sekali untuk mereka bersua muka. Banyak betul kerja suaminya... Kesibukan kerja mengalahkan perdana menteri sehinggakan sanggup mengabaikan keluarga sendiri.

Sudah beberapa kali, Farid memungkiri janji dengan anak perempuannya, Puteri yang baru berusia tiga tahun itu. Katanya mahu membawa mereka sekeluarga ke Hong Kong seperti yang dijanjikan.Last minute Farid terpaksa tangguhkan dahulu. Kecewa la anak kecil itu, beria-ia persiapan dibuatnya.

Rafidah turut melahirkan rasa kecewa namun, dia mendiamkan diri sahaja. Mungkin kerja suaminya lebih penting dari segalanya termasuk keluarga juga. Dia jugalah yang terpaksa memujuk Puteri meskipun anak perempuannya tidak memberontak atau menunjuk perasaan,lebih kepada memendam.

Dia tahu jauh di sudut hati Puteri yang anaknya kecewa dengan sikap ayahnya yang selalu memungkiri janji.Namun begitu, Rafidah masih sepenuhnya mempercayai suaminya. Semua syak wasangka buruk yang bersarang di otaknya akan ditepis.Sehinggalah...

"Betul Fida... I nampak dengan mata I sendiri yang Farid dia keluar dengan perempuan lain... Kemudian,dia dukung baby yang lebih kurang... Usia beberapa bulan," beritahu Viviana beria-ia sebaik sahaja Rafidah duduk di hadapannya di salah sebuah restoran mewah.

Rafidah yang masih termengah-mengah, baru sahaja nak bertenang terus dipanaskan hati dengan berita daripada Viviana. Bukan dia tak tahu.Bagaimana becoknya mulut Viviana ini.

Rafidah mencebik.

Mustahil.

Mustahil untuk Rafidah mempercayai sewenang-wenangnya dakwaan Viviana tanpa bukti yang sahih.

"Haiyyaa you ni. I tak tipu meh." Viviana memperketatkan lagi dakwaannya bila melihat mimik wajah Rafidah itu.

"Mana bukti?" Rafidah bertanya senada. Jus oren yang baru dihantar oleh waiter ke mejanya, dicicip perlahan untuk menghilangkan haus. Matanya mulai melingas melihat sekeliling restoran bertaraf tinggi itu yang keadaan sedikit lengang dengan pelanggan. Dia bergegas datang ke sini atas ajakan Viviana yang mengatakan ada hal mustahak yang perlu dikongsi. Setelah siap sahaja saki-baki kerja di butik pakaian terus dia menuju ke destinasi yang dikongsikan oleh Viviana.

Mendengarkan bukti yang dipinta oleh Rafidah, terus beberapa keping gambar dilemparkan sedikit kasar oleh Viviana di atas meja makan yang hanya ada gelas minuman kerana mereka masih belum memesan apa-apa makanan.

"I rasa... Bukti-bukti itu sudah memadai untuk mengatakan suami you... Berlaku curang di belakang you, Rafidah," ujar Viviana penuh sinis.

Rafidah bungkam sejenak sebelum beberapa keping gambar itu diamati lama. Tindakan refleks, kedua-dua tangan dia yang memegang gambar-gambar tersebut mulai terketar maha hebat. Satu kejutan.Itu sudah cukup untuk mengsahihkan dakwaan Viviana terhadap suaminya yang berlaku curang di belakangnya.

Jelas terpancar sinar kebahagiaan terbias di wajah Farid bersama seorang wanita dan bayi kecil yang berada di dalam dukungannya.Di dalam gambar itu, mereka seperti sebuah keluarga yang cukup bahagia. Cukup bahagia. Sehingga Rafidah yang melihatnya cukup terguris hati.

'Tergamak abang.Buat saya dan Puteri macam ini...'

"No. Ini bukan suami I." Rafidah masih menafikan dengan nada yang perlahan. Kepalanya digeleng laju.

"Mungkin pelanduk dua serupa la, Vee. Ini bukan Farid. I kenal Farid macam mana." Sambung Rafidah lagi dengan nada suara yang ditahan. Senyuman palsu ditayangkan buat retina mata Viviana.

Sepanjang perjalanan pulang dari makan tengahari bersama Viviana, Rafidah membuat keputusan untuk pulang terus ke rumahnya. Badannya terus kurang enak apabila mengingati bukti-bukti yang ditunjukkan oleh Viviana. Sesungguhnya, inilah kejutan yang maha hebat buat dirinya.

Tak dapat disangkal lagi yang Farid memang berlaku curang dengannya selama ini. Patutlah tingkah laku Farid serba tidak kena dan layanan Farid terhadap dirinya dan Puteri pun makin dingin.

"Ya Allah. Ujian apakah yang kau turunkan kepada hambaMu ini."

Stereng kereta digenggam kuat. Dengan secara mendadak Rafidah membuat pusingan U-Turn tanpa memberikan signal sehinggakan ada beberapa buah kereta menekan hon kereta dengan perbuatannya itu. Kini, satu sahaja tempat yang ingin dituju iaitu pejabat suaminya. Dia perlu siasat secara terperinci.

"Encik Farid ada dalam bilik dia tak?" Rafidah bertanya kepada salah seorang pekerja yang duduk di kaunter hadapan bahagian kewangan Syarikat Mega Holdings iaitu, Suria.

Suria yang sudah lama berkenalan dengan Rafidah selaku isteri kepada bosnya, terus mengukir senyuman lebar sebaik sahaja wajah dingin Rafidah menyapa pandangan mata. Namun, senyumannya pada kali ini tidak disambut seperti biasa. Barangkali, mood puan besar tidak elok.

"Encik Farid baru saja keluar tadi, puan."

"Dia pergi mana?"

Suria kelihatan teragak-agak untuk memberikan jawapan.

"Dia pergi mana?" Kali ini nada suara ditekankan. Matanya makin tajam menikam seraut wajah itu.

"Ermm. Tak tahu la pula bos nak ke mana.Katanya urgent. Dia rushing sangat tadi bila ada seseorang call dia," beritahu Suria berbekalkan sedikit keberanian. Mahu kalau silap cakap ini,boleh terteleng kepala ke tepi.

Rafidah masih belum berpuas hati."Ada tak seorang wanita muda yang selalu datang jumpa dia dekat sini?"

"Tak ada, puan."

"Betul ni? Awak jangan nak tipu saya ya Suria."












.













.















.














MASA kian berlalu, namun parut itu masih meninggalkan kesan yang mendalam di sudut hati Rafidah. Pada keheningan malam begini, dia berdiri di tepi jendela tingkap dan melihat dunia di luar yang disimbahi dengan kepekatan malam. Kilat sambar menyambar menjadi latar bunyi, sedikit sebanyak mengingatkan dia kepada peristiwa yang tidak pernah hilang dari ingatannya.

Kedinginan malam tidak terasa. Rafidah menghelakan nafas sedikit kasar. Dia dalam dilema. Tatkala itu matanya dihalakan ke arah katil.

Kelihatan dua jasad yang sungguh lena diulit mimpi, tetapi bukan dia. Sejak peristiwa yang meninggalkan kesan di dalam hidupnya, Rafidah merasakan kehidupan sehariannya sudah berubah. Tambahan pula, hadir seorang insan yang tanpa dipinta.

Setiap kali menatap wajah polos itu, Rafidah tidak dapat mengawal dirinya daripada rasa benci itu menguasainya. Dia cuba. Sedaya upaya Rafidah cuba untuk menyayangi si dia... Namun, saat itulah juga wajah wanita yang telah merampas kebahagiaannya dengan Puteri, menjelma di ruang mata.

Kerana... Insan yang hadir tanpa dipinta itu dilahirkan dari rahim seorang wanita perampas.

Kerana... Insan itu juga, Rafidah kehilangan Farid.

Mampukah Rafidah menerima insan itu dalam hidupnya?

Mampukah Rafidah menyayangi insan itu sama seperti Puteri?

"I... Ibu."

Rengekan suara dari anak kecil itu, mematikan khayalan Rafidah.

"I... Ibu. Takut."

Rafidah mengatup erat kelopak matanya.

Dia benci.

Benci.

Benci mendengar rengekan dari insan yang bukan dilahirkan dari rahimnya.

"I... Ibu."

"Aku bukan ibu kau."

Makin galak tangisan yang dihamburkan oleh insan yang bernama Hawa itu apabila kilat sambar menyambar. Tangisannya langsung tidak dihiraukan oleh Faridah. Malah, Puteri yang sudah lena diulit mimpi pun terjaga dek nyaring tangisan Hawa.

Terpisat-pisat kelopak mata Puteri."Hawa... Kenapa menangis? Sini... Kakak ada."

Dalam keadaan yang masih mamai,Puteri turutkan juga kata hatinya untuk menenangkan ketakutan yang melandai si adik. Kasihan. Lalu, dipeluk erat dalam dakapan kasih sayang.

"Aku bukan ibu kau." Diulang-ulang beberapa kali kenyataan itu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro