Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

9

Sesekali Zarrif melihat gadis yang bertudung shawl itu sedang menjamu selera di cafeteria.Dia teringat kejadian di mana dia telah memarahi gadis itu semalam sewaktu didalam kelas.Mata gadis itu kelihatan takut dengannya.Mungkin dia terlalu garang atau marah.

Namun sesekali lelaki itu ingin mendekatinya,gadis itu akan mengelak.Pagi tadi juga sewaktu di dalam kelas gadis itu hanya bisu dan tidak banyak berbicara.Apabila keluar sahaja dari kelasnya,dia mula bersembang dengan riuh bersama dengan sahabatnya.Setiap kali mereka terserempak, gadis itu akan mengelak dari berjumpanya.Kalau senyum apatah lagi.Adakah salahnya?Jika salahnya dia akan cuba meminta maaf,tapi gadis itu tidak menyiapkan kerja yang diberi olehnya.Jadi itu bukan hal dia.

Tugasnya hanyalah sebagai tenaga pelajar disini.Dia hanya bertugas sementara di kolej ini sebelum mengambil alih syarikat pak cik saudaranya .

Namun bila Zarrif teringatkan semula kejadian semalam , dia geli hati dengan reaksi Mirrah apabila melihat dia bermesraan bersama dengan Madam Juliana.Terbit satu senyuman di bibirnya.

"Hai bro, tenung siapa tu.."Kelopak mata Adam dikerdipkan berkali kali.Dia mengambil tempat dia sebelah sahabatnya.

Sudah lama dia perasan bahawa lelaki itu sedang melihat gadis yang berada di meja berhadapan pintu cafeteria itu.Dia tersenyum sumbing.

"Eh,tak ada apa apa lah.Ni kau datang sorang je ni? Syafiq mana?Korang nak tunggu aku habis kerja dulu ke?"Gelas jus orennya dihirup sehingga habis.Hanya meninggalkan ketulan ketul ais yang hampir cair sahaja di dalam gelas itu.

"Syafiq kata dia nak tunggu kau balik dulu baru dia gerak kedai mamak yang kita selaly lepak tu.Nanti bosan dia tunggu lama lama."

Zarrif hanya meng'o'kan mulutnya.Dia membetul lipatan baju dilehernya agar tidak berpeluh akibat cuaca yang terlalu panas pada petang itu.

"Weh, tu siapa?crush kau ke?"Keningnya diangkat tanda tanya.Mulutnya pula dimuncung kearah gadis yang ditenung sahabatnya dari tadi.

Cantik juga rupanya bagaikan anak dara jepun.Kulitnya sungguh putih,bibirnya pula tidak terlalu merah tetapi kelihatan natural tanpa sebarang make-up.Bajunya pula dipadankan dengan baju blaus yang labuh dan seluar longgar.Kelihatan seperti wanita terakhir pula.

Adam juga termenung melihat gadis kecil itu.Kedua mereka menongkat dagu .Namun angan mereka berakhir apabila Adam menerima panggilan telefon dari seseorang.Lantas tangannya menekup telefon ke telinganya.

"Waaaikumsalam, bro kau kat mana?"Adam berbual dengan sahabatnya mungkin Syafiq.Zarrif hanya menjeling sekilas.

Zarrif kembali melihat wajah Mirrah namun gadis itu sudah hilang dari pandangannya.Dia menggarukan kepalanya perlahan.

"Bro,aku dengan syafiq tak boleh join petang ni.Ada urgent call tadi."

"Kalau macam tu,tak apa lah.Aku okey je.Aku stay up dekat kolej rasanya petang ni kalau kita cancel plan."

Adam mengangguk kecil sambil menyeluk poket seluarnya.

"Aku pergi dulu tau.Nanti kalau ada apa apa call aku."Zarrif tersenyum palsu.

Semenjak mereka sudah dewasa dan bekerja makin susah untuk berjumpa.Semua sudah berjaya mencapai matlamat dalam hidup dan berjaya menjumpai haluan hidup masing masing .Itulah kehidupan , memerlukan sebuah pengorbanan yang besar untuk mencapai suatu kejayaan.

Zarrif kembali termagu sendirian sambil matanya menekur ke pemandangan indah taman berhadapan cafe itu.Pohonnya di situ sungguh redup dan menyenangkan.Sesuai untuk menyenangkan stress kehidupan yang berserabut di dalam minda.

Dia juga tertanya tanya,adakah dia sudah mencapai matlamatnya dalam hidup atau bukan.Yang penting dia harus laksanakan permintaan arwah ibunya dahulu.

__________

Kaki gadis itu melangkah kecil menuju ke dewan kuliah . Pelajar kelasnya ditugaskan untuk menyiapkan tugasan kerja khusus yang diberi oleh pensyarah mereka . Dia tidak mahu lagi menangguh kerjanya atau dia mungkin akan 'kena' dengan pensyarahnya nanti .

Mirrah hanya berseorangan di meja sudut belakang dewan itu . Otaknya masih memikirkan idea yang harus ditulisnya di dalam laptop miliknya . Namun tiada satu pun idea yang terlintas di dalam mindanya .

Pen di tangannya di pandang sekilas dan matanya tertacap pada sekujur tubuh lelaki yang menatapnya sayu dihadapan dewan kuliah . Bibirnya diketap perlahan . Derapan tapak kaki lelaki mendekati Mirrah dan gadis itu lantas mengalihkan mukanya memandang ke tempat lain.

Gadis itu terdiam kaku apabila lelaki itu sudahpun berhenti berhadapannya.Dia menundukkan kepalanya memandang buku nota di tangannya.

" Assalamualaikum " Sapa Zarrif

Mirrah hanya menjawab salam dalam hati . Matanya kembali fokus pada laptopnya . Zarrif berasa hiba apabila tergurannya tidak menerima balasan dari gadis itu namun dia akan mencuba untuk menarik perhatian gadis itu .

" Kau buat apa dekat sini ? " Zarrif cuba membuang rasa gelisahnya agar tidak kekok dengan keadaan  itu .

Mirrah masih lagi diam tidak berkutik .

" Okey tell me why you keep ignoring me and keep avoiding me when we met . " Terang Zarrif satu persatu . Jarinya menguak kebelakang rambutnya yang beralun lembut .

" Doesn't matter saya tak ada mood sekarang ni . So please kalau tak ada benda penting nak cakap Mr Zarrif better jangan kacau saya ." Mata gadis itu masih lagi memandang ke arah skrin laptopnya namun hatinya pula terasa berat untuk mengukapkan kata-kata itu . Dia pun tidak tahu bila perasaan itu hadir namun dia cuba menghindarinya .

" But you pretend like I'd doing something wrong tapi kau simpan  dalam hati and end up aku tak tahu apa salah aku . " Sayu saja pandangan lelaki itu .

" Hm , nothing wrong " Mirrah berbicara perlahan tetapi tegas kedengaran .

"Kau marah lagi ke pasal semalam tu , okey I'm sorry because marah  kau lagipun itu hanya tugasan aku sebagai pengajar and aku hanya nak kau berdisplin dalam kelas supaya kau akan berjaya dengan cemerlang nanti . But if you still mad to me , aku sanggup terima hukuman dari kau daripada kau terus elak dari aku . " Terang Zarrif panjang lebar . Dia sanggup melakukan apa saja supaya dirinya dapat dimaafkan walaupun dia tidak tahu apa puncanya .

" No , awak tak buat salah apa pun . But please , I don't have much time now to talk bout this . Saya pergi dulu " Lantas saja tangan gadis itu menyimpan barangnya ke dalam beg dan membetulkan tas tangannya yang terleret .

" Wait , I can see it through your eyes girl . Aku ada buat salah tapi aku tak tahu salah aku apa . Please tell me what I have do . "  Tampak kesedihan terpacar dari mata lelaki itu apabila Mirrah memandang sekilas wajahnya .

Mirrah terkaku seketika namun di cuba untuk mengalihkan pandangannya ke arah lain . Terasa gugup apabila berduaan dengan lelaki itu .

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro