Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

8


Riuh rendah suasana majlis perkahwinan di dewan itu.Beberapa orang masih lagi mencari kerusi dan meja makan kerana terlalu ramai orang berada disitu.

Hakim termagu sendirian sambil memandang juadah pengantin yang terhidang dihadapannya .Seleranya hilang kerana wajah seseorang yang dirinduinya tidak hadir ke majlis itu.

Dia menyesal dengan kesilapannya pada masa lalu.Namun terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata buruk padahnya.Dia sudahpun menjadi suami orang.Dia tidak lagi mahu manyakiti  hati perempuan lagi.Dia sudah serik.

"Abang kenapa tak makan?"Tegur isterinya.
Matanya memandang tepat kearah mata wanita itu.Jujur penampilan isterinya sungguh cantik bagaikan bidadari pada petang itu.

"Sayang makanlah dulu,abang nak pergi tandas sekejap."Hakim bergegas meninggalkan Nadia berseorang di meja pengantin.Isterinya hanya memandang kosong pemergian suaminya.

Dia tidak nampak keikhlasan lelaki itu mencintainya.Seperti terpaksa .

Samping yang tersarung dipinggang dilonggarkan.Tengkolok pengantin juga dicabut dari kepala.Rambut dikemaskan supaya tidak kelihatan serabut.Pili air dibuka lalu air yang mengalir disapu ke muka menggunakan kedua tangannya.Dia mengeluh sendirian.

'Betul ke apa aku buat ni?,macam mana kalau dia sedih'Hatinya bermonolog sendirian.

Teringat semula kejadian dimana dia telah membuat seorang wanita yang dicintainya bertahun tahun itu menangis .Di mana dia menjemput wanita itu ke majlis kahwinnya.Sungguh dia menyesal .

Perkahwinan ini juga di terpaksa dilakukan kerana dia tidak ingin menyakiti hati perempuan itu lagi.Dia akan berusaha berubah demi Mirrah walaupun wanita itu bukan miliknya .Dia tekad.Dia akan melupakannya  namun dia tetap mencintai Mirrah seorang.

Cermin tandas betentangan dengannya ditenung dengan serius.Dia perasan semenjak beberapa hari ini seleranya semakin berkurang dan jarang bergaul dengan orang lain.Dia tiada mood dengan semua ini.

Setelah semuanya selesai dia kembali ke dewan makan.Kakinya dilangkah besar menuju ke pelamin pengantin .Nadia sudah hilang di meja makan.Matanya tercari cari isterinya.

"Abang.."Tangan Hakim di genggam sekilas.

Hakim tersenyum manis padanya.Tapi yang lebih menarik perhatiannya sekarang ialah wanita yang berada disebelah isterinya.Wajah yang ingin dia tatapi.Yang ingin  dia lihat sepanjang masa .

"Sayang pergi mana tadi?"Soal Hakim sambil mengelus perlahan jari isterinya.Terbit rasa cemburu dihati Mirrah.Walaupun mereka sudah lama terpisah namun sisa rasa cintanya pada lelaki itu masih ada tetapi tidak banyak.

"Sayang jumpa kawan sayang ni tadi duduk sorang sorang dekat meja makan belakang tu"Nadia memeluk lengan sahabatnya dengan erat.Hakim tersenyum palsu.

Bagaimana Hakim boleh berkahwin dengan orang lain sedangkan sewaktu lelaki itu ditangkap curang bersama perempuan yang lain.Sudahlah Hakim berkahwin dengan sahabatnya.Dia sungguh keliru dan tidak faham dengan apa yang terjadi.Timbul rasa ingin tahu dalam hati Mirrah.Tapi sekarang lelaki itu sudahpun menjadi suami orang .Dia tidak akan menganggu hubungan orang mereka lagi lagi yang sudah berumah tangga.

"Jemput lah makan,sebelum pulang nanti" Hakim berura ura mencari tempat bagi sahabatnya.Mirrah juga tersenyum kecil.Nadia pula sudah hilang entah kemana melayani rakannya yang lain.

"Umairah.." Lengan Mirrah di tarik dari belakang.Dia terkesima namun tidak ditunjukkan reaksinya pada lelaki itu .

"Er,awak nak apa lagi.Jangan sentuh saya please awak dah ada isteri nak dijaga."Lengan Mirrah dilepaskan dari genggaman tangan Hakim.Dia menggosok lehernya perlahan.

"Mirrah saya nak bagitahu awak something.."

"Sebenarnya apa yang awak nampak, bukan apa yang awak sepatutnya percaya"Sambungnya lagi.

Mirrah mula keliru dengan apa yang disampaikan olehnya.

"Er,takpelah saya balik dulu.Congrats for your  wedding"
Keadaan memaksanya pulang kerana dia harus berjumpa dengan Hana yang baru pulang dari rumah ibubapanya .Dia tidak tahu apa yang dimaksudkan oleh lelaki itu.

__________

"Okey class let's we start our lesson today but first send me your assignment"

Tangan gadis itu menyeluk ke dalam beg galasnya.Dia meraba raba barang di dalam itu.Kemudian dia mengeluarkan semua barang didalamnya.Jantungnya berdegup laju.Peluh dia dahi mula terbentuk.Dia terkaku apabila lelaki itu mula memanggil namanya.

"Umairah Zalikha,why you doesn't send your work yet?" Zarrif bangkit dari kerusi dan melangkah perlahan ke arah gadis kecil itu.

"Um..um.."Kedua jari telunjuknya dicantumkan seperti anak kecil yang sedang dimarahi anaknya.

Mirrah terlupa membawa kertas kerja yang sepatutnya dihantar hari kerana dia terlewat bangun pada pagi ini.Semua ini gara gara Hana yang tidak mengunci jam pada malam itu.Habis serabai mukanya dan dia terlupa akan perkara penting itu.Dia memandang lantai sambik bermain main dengan bucu meja.

"Look at me when i ask you miss,mana assignment awak? "Sambungnya lagi.Tegas sungguh perilaku Sir Zarrif.

"Sa..saya lupa nak bawak.."Perlahan saja suaranya.Takut melihat muka Zarrif seakan akan akan meletuskan kemarahannya.Dia hanya mampu berserah.Apa yang nak jadi,jadilah.

Terkejut satu kelas itu apa apabila lelaki itu memukul di atas  meja berhadapan Mirrah dengan kuat sekali.Bahu Mirrah terhenjut sekali akibat terlalu kejut dengan tindakan Zarrif

"Yall siapa yang tak siap assignment please get out"

Mulut Mirrah ternganga . Adakah segarang ini lelaki ini.Sewaktu mereka berjumpa dahulu bukan main ceria dia.Mirrah buntu dengan perangai Zarrif.Mungkin dia masih belum mengenali lelaki ini sepenuhnya kerana mereka hanya terserempak dan berbual kosong sahaja apabila bertemu.Atau mungkin moodnya hilang.

"Sir,saya kena keluar ke?"

"Ya! Tak faham lagi ke?!"Pekikan Zarrif sekali lagi mengejutkan gadis itu.

'kenapalah aku gatal sangat nak tanya kan dah terkejut lagi sekali'Mirrah bergegas membawa barangnya keluar dari kelas itu.

"Eh,barang tinggal sini.Awak duduk belajar dekat luar tu."

Waduh waduh,melampau benar lelaki ini.Nasib saja gurunya,jika tidak ,  haram dia ingin mendengar perintah Zarrif.

Mirrah bergegas melangkah kembali dan meletakkan barangnya di kerusinya semula.Dia mengambil tempat di luar kelas sambil memegang buku nota di tangannya.Dia menjadi tumpuan di antara pelajar kelasnya.Sungguh tidak selesa.Dia menutup mukanya menggunakan buku kecil .

"Wah wah wah, who's here" Madam Juliana sudah tercegat di belakang Mirrah sambil menjinjing beg tangannya.Seram sungguh muka wanita itu.Make-upnya sudah seperti badut yang seram.Sungguh tebal.Dengan pakaiannya yang tidak cukup kain.Entah apa apa.Patutla single- oOPsie.

Mirrah hanya mendiamkan diri dan hanya meneruskan pembelajarannya yang tertangguh.Dia menjeling sekilas wanita 'badut' itu.

"Eh , kenapa kamu duduk dekat luar ? And where's your bag ? Asal duduk bersila dekat luar ni kena denda ke"Galak perempuan itu mentertawakan Mirrah yang sudah cuak.Dia hanya mampu menekup telinganya daripada mendengar sindiran pedas wanita itu.Mulut tiada insurans betul.

"Dah lah , I nak jumpa Sir Zarrif sekejap . Okey bye , lain kali jumpa lagi " Madam Juliana tergedik gedik berjalan ke pintu masuk kelas itu.Dia tersenyum puas apabila dapat mengenakan Mirrah.

Gadis itu hanya mampu bersabar dengan karenah gurunya.Tak padan tua punya perangai.

Dari jauh Mirrah naik luak dengan sikap Madam Juliana yang terhegeh hegeh pada Zarrif.Gadis itu membuat reaksi muntah apabila Madam Juliana sesekali rapat pada Zarrif.Malas mahu melayan drama yang sedang berlangsung dihadapannya jadi dia langsung menyambung pembelajarannya yang tertunda.






Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro