7
"Weh Zarrif,aku nak tanya ni.."
Mata lelaki itu menjamu pemandangan panaroma di luar jalan yang masih lenggang.Angin sejuk didalam kereta itu menghilangkan suhu panas di badan mereka.
"Tak pernah lagi kau mintak izin nak tanya ni dah kenapa ??"Zarrif masih lagi fokus memandu diatas jalan tar yang masih lenggang.
Tidak ramai berada di kolej pada akhir minggu.Mungkin semuanya masih lagi sedang berehat cuti di rumah ataupun di asrama milik masing masing.
"Weh kau tahu tak Farah,perangai dia dah lain macam,maksud aku dia dah lain.Dulu bukan main tomboy dia,sekarang ni dia lain.Dah macam perempuan melayu terakhir dah." Terang lelaki itu panjang lebar.
Seingatnya,mereka bertiga dahulu sama kolej,sudah berkawan lebih dari 7 tahun , jadi perubahan sahabat mereka itu memang kelihatan mendadak sejak akhir-akhir ini.
"Alah,biasa lah tu perempuan.Kenapa?kau bekenan ke?"Balas Zarrif sambil tersenyum senget .
"Eee tak ada masanya aku dah ada awek dah pun,lagipun taste aku nak yang lawa lawa,perwatakan comel lepastu nak yang pendek pendek.Mesti comelkan?rawr."
Di minda lelaki itu sudah terbayangkan seorang teman wanita yang menepati krateria seorang perempuan yang diminatinya.Tinggi sungguh citarasanya!
"Ye ye la tu,mana tahu suatu hari nanti korang ter-melekat.Jodoh tu kan di tangan Allah."
Tidak sempat lelaki itu ingin balas,terlebih dahulu sahabatnya memberhentikan kenderaan secara mengejut dan melangkah keluar dari keretanya tanpa berkata kata.
Adam terkaku seletika,dia melihat kelibat sahabatnya yang berlalu pergi masuk ke bangunan lima tingkat di kolej itu.Dia membebel dalam hati.
__________
Kakinya laju menderap di lantai bangunan besar itu.Wanita itu bergegas menuju ke pintu lif.Dia terlupa untuk mengambil buku reportnya di bilik cikgunya.Sungguh pelupa.
Dengan pantasnya dia memasuki diri kedalam perut lif itu.Nasib hanya dia seorang,jika tidak Hana perlu menemaninya ke sini tetapi sahabatnya terpaksa pulang kerana ada hal kecemasan.Jadi dia yang akan mengambil bahan kerja buat sahabatnya itu.
Dia memandang sekeliling lif itu sambil membetulkan tudungnya yang senget.Tas tangannya di letakkan ke bawah.Kemudian lif tiba di tingkat yang lain,mungkin seseorang ingin naik ke atas.Wanita itu tidak memandang sosok manusia di belakangnya,sebaliknya dia masih lagi sibuk membetulkan tudungnya.
Manusia di belakang Mirrah berdehem perlahan.Suara seorang jejaka rupanya.Dia tidak berminat untuk mengambil tahu.Kemudian dia mengambil telefon pintarnya didalam tas tangan.
Lelaki dihadapannya berbadan tegap itu terus terjerit perlahan apabila lif yang dinaiki mereka berhenti secara tiba tiba,suasana dia dalam lif itu gelap dek lampu tidak menyala.
Mirah turut terjerit,tetapi lebih kuat berbanding lelaki tadi.Lelaki itu menyalakan lampu dari telefon bimbitnya dan menyuluh figura Mirrah.
"Argh!silau,"Mirrah menutup matanya yang terkena pancaran cahaya dari telefon pintar lelaki itu.Dia sempat menilik lelaki itu.Rupanya..
Zarrif!!
"Eh awak buat apa kat sini?"Pelik juga mengapa wanita ini masih di kolej.
Sepatutnya pelajar dilarang masuk ke kolej pada akhir minggu kerana kerja pembersihan akan dilakukan.
"Er..saya,tertinggal barang Zarrif eh Sir Zarrif"Tergagap gagap kata yang dilontarkan.
Zarrif mengangguk perlahan sambil menggosok belakang lehernya.Mungkin terasa ganjil disitu kerana hanya mereka berdua tersangkut di dalam lif .
"Sir pulak kenapa ada kat kolej hari minggu ni?"Keningnya diangkat sebelah lagak bertanya sambil mulut diheret sebelah.
"Aku tinggal barang kat pejabat haritu"Zarrif membalas pertanyaan wanita itu.
Keadaan kembali sunyi.Fikiran mereka berdua menerewang ke lain.Kedengaran bunyi pertukangan di atas lif.Mungkin sedang membaiki masalah kerosakan pada lif itu.
"Ada berapa orang dalam ni?!"
Jeritan laungan seorang lelaki dari luar lif memeranjatkan mereka berdua.Dia mengetuk ngetuk atas lif yang di naiki oleh Mirrah dan Zarrif.
Sebaliknya mereka hanya diam dan memandang sesama sendiri.
Tiada tanda tanda balas yang hendak diberikan perempuan itu,jadi Zarrif mengetuk beberapa kali dan menyahut panggilan lelaki di luar lif itu.Tiada balasan disampaikan.
Setelah beberapa minit menunggu,Zarrif mula membuka suara.
"Abang,bila nak habis ni?!"mukanya didongak ke atas lagak memerhati apa yang sedang dilakukan oleh lelaki itu.
Hujung baju lengannya di sapu ke dahu kerana berpeluh.Suasana sungguh panas .Mirrah mengeluh perlahan.Lelaki dihadapannya tidak senang duduk.Peluh yang merenek di baju lelaki itu ditenung.
Secara tiba tiba lampu suluh di telefon lelaki itu terpadam.Mirrah menjerit didalam hati.Mungkin kehabisan bateri.Namun Zarrif masih lagi mengelap peluhnya yang menitik di lehernya tanpa menghiraukan dia.
Keadaan suasana yang panas sungguh rimas.Zarrif bertindak membuka kancing kemejanya satu persatu.Tindakan drastik lelaki itu tidak dilihat Mirrah.
Suasana masih gelap,Mirrah tidak dapat melihat apa apa selain figura lelaki dihadapannya yang samar samar.Dia juga mula kepanasan lalu mengibaskan mukanya menggunakan tangan.
Mirrah melonggarkan tudung shawl yang berwarna crepe itu supaya dapat mengurangkan peluh di mukanya.Dia ingin terlelap kerana terlalu lama terperangkap di dalam lif itu.
Bunyi tukangan di luar masih lagi gemuruh.Masa diambil hampir 1 jam namun keadaan masih lagi sama.
Mereka terperangkap berdua tanpa mengetahui apa yang berlaku pada diri masing masing.
__________
Lif kembali bergerak.Lampu didalam lif juga dinyalakan.
Mirrah menggosok matanya apabila terasa seperti sesuatu terhempap di pehanya.Dia menguap perlahan.Tangannya menyentuh sesuatu yang berat di peha kanannya.
"Argh,eee apa ni!"Terbuntang mata perempuan itu.Alangkah terkejutnya apabila kepala Zarrif sudah mendarat di atas pehanya dengan badan lelaki itu sudah tiada pakaian.Dia menolak perlahan kepala Zarrif dari pehanya.
Lantas Mirrah membetulkan tudungnya.Dia sudah lupa apa yang perlu dia buat di sini.
Dia segera menekan nombor di butang lif sambil menggalas tas tangannya di lengan.Dia meninggalkan lelaki itu bersendirian lalu bergerak keluar dari lif.
Dia akan menggunakan tangga selepas urusannya selesai kerana tidak mahu bertembung dengan lelaki itu.Lelaki yang pelik.
__________
"Woi,Rif..Zarrif!!"
Lelaki itu menggosok matanya perlahan.Mulutnya sudah menguap besar.
"Asal kau tido kat sini,aku tunggu dah lebih 2 jam dalam kereta kau tahu tak?" Sahabatnya sudah mula membebel.Zarrif bingit dengan parangai Adam yang suka memekak telinganya.
"Eh,aku tertido?"Zarrif tercengang cengang lalu laju mengintai keluar lif seakan akan mencari seseorang.
"Iyelah,kau lama sangat rupanya tertido kat sini.Aku cari kau tahu tak "
"Jap tadi masa kau datang sini,ada tak nampak sorang perempuan kat dalam ni jugak?"Soal Zarrif serius.
"Mana ada,kau sorang je dalam lif ni .Dah la bro jom balik"Adam mengendong Zarrif ke luar dari bangunan kolej itu.
Dia masih lagi keliru.Adakah Mirrah sudah keluar terlebih dahulu?Kenapa dia tak kejutkan Zarrif bangun?Dia termenung sambil berjalan ke kereta yang tersedia dihadapannya.
__________
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro