Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

6


"Weh Zarrif,kau nak kerja ke esok?Kau okey dah ke?Nak aku drive hantar kau besok ke?"
Bertubi-tubi soalan dilontarkan lelak itu.

"Hm,aku okey je.Aku pergi sendiri bukan aku sakit pun." Zarrif berjalan ke arah sofa dan mengambil tempat.Tangannya menyandar kepalanya di atas sofa supaya kedudukannya selesa.

Adam masih setia bermain permainan video di skrin kaca laptop miliknya.Kepalanya dipasangkan fon kepala.Sememangnya lelaki itu peminat tegar permainan video.

"Oh kalau macam tu aku jaga rumah lah ye.."Balas lelaki itu meleret.

"Eh kau,pergi balik dulu.Kalau awek kau nampak kau kat umah aku berdua dengan kau apa dikatanya nanti."Zarrif bangun dan lantas menolak Adam untuk bangun dari kedudukannya.

"Weh kejap la,aku tak habis game lagi,kejap je lagi"Adam masih menguatkan dirinya daripada terjatuh ditolak sahabatnya.Matanya fokus sekali pada skrin laptop apabila musuh mahu membunuhnya.

Dengan lantas Zarrif menutup skrin laptop rakannya.Mulut Adam terlopong besar .

"Ala weh aku main dekat rank tadi,spoil betullah"Adam merengek dan mengeluh.Dia meramas rambutnya tanda kesal.

"Dah dah kau blah ,jangan sampai aku call awek kau suruh ambil kau dekat sini kejap lagi"Zarriq mengacah acah mendail teman wanita rakannya itu.Apalah nasib dapat teman lelaki yang kuat main permainan video,tapi nasib baik juga dia tak main perempuan.Bukan senang nak cari yang setia pada zaman ini.

"Okey,okey aku blah dah puas hati kau.Kau jaga diri ,makan jangan tak makan aku ngap kau karang"Lelaki itu membuat reaksi mencakar .Zarrif sudah geli dengan lelaki itu.

"Woi,aku bukan gay.Nak aku bagitahu awek kau ke?"Adam menggelengkan kepala.

"Dahla aku blah lu,apa apa roger.Kau join ke lepak malam ni?"Lelaki itu membawa laptopnya.Adam bergerak ke pintu bilik namun sempat lagi bersembang dengan lelaki itu.

"Maybe aku tak join,kau kemana malam ni?Zarrif memandang sahabatnya sambil meneguk air mineral yang berada di atas meja bersebelahan katilnya.

"Tempat biasa,dekat kedai mamak tu.Okey bye."Zarrif meng'o'kan mulutnya tanda mengerti.Adam bergerak keluar dari bilik rakannya untuk pulang.

"Ha lagi satu,aku ada nampak sampul surat kat meja tu dah lusuh.Sampul tu nama pemilik Hakim,kau ada sepupu nama Hakim ke?Aku taktahu pun"Adam kembali dengan satu pertanyaan.Hampir gugur jantung Zarriq terkejut apabila dijerkahnya begitu.

"Esy , kau balik dulu lah.Nantilah aku cerita,syuh syuhh"Zarrif menghalau Adam dari biliknya hingga ke pintu ruang tamu rumahnya.Dia menutup pintu rumah utamanya.

Dia mengintai dari tingkap biliknya.Adam sudah bergerak pergi .

Tangan lelaki itu mencapai sampul surat yang dijumpainya di rumah perempuan yang pernah dia tolong.Lantas dia membaringkan badan ke atas tilam miliknya yang empuk bagaikan kapas.Sampul surat itu dikoyak dengan berhati-hati .Dia mengeluarkan sekeping kertas yang sudah kering dari sampul itu.Dibukanya perlahan-lahan agar tidak terkoyak.Dia membaca inti surat itu didalam hati.

Dear Umairah<3,

Aku sayang kau sorang je Mirrah.Tiada sebab aku nak curangi kau.Apa yang kau nampak haritu bukan apa yang kau fikir.Perempuan tu just kawan sekolah aku .Dia dah berkahwin.Aku teman dia sekejap sebab husband dia pergi beli barang.Aku nak kau tahu aku sayang kau sorang je.Please jangan hukum aku macam ni Mirrah.Baby listen this,you're my star that shines in my heart.Everytime you're sad,i'm too.Jangan macam ni please.

From Hakim<3
-my phone was broke ,i can't send you message,I hope you'll read this-

Zarrif mengerutkan keningnya.Adakah Mirrah yang dinyatakan lelaki ini Mirrah yang berada di kolej.Mirah yang sama.Dia tidak sempat memperkenalkan diri sepenuhnya ketika pada waktu kelas kerana hal kecemasan.Tetapi dia sempat mengenali wajah yang pernah dia ketemu di kem banjir beberapa minggu lepas.Tidak sangka kecil sahaja bumi ini.

Zarrif termagu sendirian.Lelaki itu tiada idea dengan perkara ini.Tetapi sampul ini milik wanita itu.Dia kembali termenung dan hanyut dalam angannya

__________

"Weh kenapa mata kau bengkak Mirrah?Kau nangis ke?"Hana yang baru pulang dari rumah terus menjenguk Mirrah yang berada didalam bilik.

Mirrah menyembamkan mukanya dengan bantal.Dia sudah penat menangis kerana lelaki itu.Adakalanya perangai lelaki itu kelihatan psycho,adakalanya seperti malaikat.

Hatinya sungguh pilu bagaikan digores dengan kaca apabila lelaki itu menjemputnya ke majlis perkahwinannya yang akan berlangsung pada hujung minggu ini.Dia masih lagi menyayangi lelaki itu.

"A..aku,tipu diri aku.Hati aku masih lagi ada dia Hana,aku menyesal Hana,aku bodoh"Dia mampu menangis sahaja .Jika menangis dapat mengurangkan penderitaannya,dia sanggup menangis semahu mahunya.Lantas sahabatnya memeluk erat rakannya itu.

"Dah jangan nangis,bukan salah kau.Lagipun kau sendiri cakap kau benci dekat dia sebab dia curangi kau.Jangan kau buang masa dekat lelaki macam tu"Ujar Hana.Dia memang geram apabila rakannya ditipu .Jika di negara ini tiada undang-undang ingin dibunuhnya lelaki itu.

Hana menepuk perlahan belakang Mirrah dan memberi kekuatan kepada sahabatnya agar tabah dengan ujian ini.

"Kau betul Hana,aku dah buang masa dengan semua benda ni.Dia pun bukan fikir pasal aku pun.Aku kena lupakan segala kenangan pasal dia.Aku harap dia bahagia dengan orang baru"Kata-kata Hana ada betulnya juga.Sudah banyak air mata dibazirkan kerana sesorang lelaki yang telah mengecewakannya.Senyuman palsu terpaksa diukirnya walaupun didalam hatinya huru hara untuk mengukapkan apa yang baru dikatanya.Tapi sedikit sebanyak kata kata sahabatnya telah memberi satu semangat baru buat dirinya.

"Ha macam ni lah kawan kita"Hana menggosok rambut sambil menggomol pipi sahabatnya.Mereka saling bergelak ketawa.

Mirrah bersyukur sekurang kurangnya dia masih mempunyai ibu dan sahabat baiknya yang sentiasa menyokong keputusannya.

___________

"Kau dah tangkap ke dalang yang dah langgar ibu aku?"Zarrif mengambil tempat berhadapan lelaki yang segak berkaca mata hitam itu.

"Aku tak dapat tangkap dia lagi bro.Kes ini masih dalam siasatan,dan kemalangan ini dilakukan secara sengaja.Tiada saksi ditempat kejadian,jadi susah untuk mengenal pasti suspek.Hanya rakaman cctv yang tidak seberapa jelas sahaja yang ada.Kes ini diklasifikasi sebagai kes langgar lari"Inspektor Syafiq mengeluarkan beberapa fail dam gambar berdekatan kawasan kemalangan.Gambar-gambar yang dipaparkan hanya darah dan bahagian serpihan kereta suspek yang telah melanggar ibu Tengku Zarrif .Zarrif meneliti gambar yang dihulurkan satu persatu.

"Aku nak kau cari dia sampai dapat,aku nak dia kena hukuman yang setimpal"Muka lelaki itu terasa panas dan memerah.Dia cukup bengang dengan orang yang telah membunuh ibunya.Hutang darah dibayar dengan darah.

"Okey,aku akan buat apa yang aku termampu.InsyaAllah aku akan dapat tangkap suspek yang dah langgar arwah ibu kau"Balas Inspektor Syafiq.Dia menyusun semula gambar yang bersepah diatas mejanya .

"Weh,aku nak tanya sikit"Inspektor Syafiq memandang serius muka sahabatnya.Fail yang disusun diletakkan kedalam laci semula dengan teratur.

"Tanya lah,kau nak apa?"Kaki lelaki itu disilangkan kehadapan untuk menyelesakan diri.

"Kau baru tukar kerja dekat kolej yang dekat dengan jalan besar tu kan??"Soal Syafiq dengan perasaan ingin tahu.Jika benarlah sahabatnya menjadi tenaga pengajar disana dialah lelaki yang paling beruntung sekali.

"Ha,kenapa kau tanya?Dari mana kau tahu?Ada sesiapa yang kau kenal ke kat sana?"Bertubi-tubi soalan yang dilontarkan lelaki itu.Tangannya disilang kedada.

"Satu satu lah,okey first question aku nak tahu je.Second,aku tahu dari Adam,dia yang bagitahu dekat aku haritu.Third quest,crush aku kat sana.."Ayat terakhir diperlahankan namun masih lagi boleh didengari oleh lelaki dihadapannya.Dia tersenyum sumbing bagaikan kera busuk.

"Lah,itu je ?"Zarrif menayangkan riak tidak puas hati.Dia menggelengkan kepala.

"Alah suka hati akulah,kau yang tanya aku jawablah"Syafiq memutarkan matanya dan menjeling lelaki itu.

"Aku gurau je bro,oh by the way kau punya crush ambil jurusan apa?"

"Jurusan sains komputer.Hebatkan crush aku"Syafiq mencuit hidung dan mendabik dada.Dia tersenyum bangga.

"Oh,kiranya dia student aku lah.Takpekan kalau aku ambil port?"Zarrif mula mencucuk lelaki itu.Dia mengangkat kening sambil tersenyum senget.

"Woi,jangan kau.Crush aku tu,banyak lagi perempuan lain kau boleh cari ,asalkan jangan crush aku."Syafiq tidak dapat membayangkan apa yang akan jadi jika Zarrif benar benar menjadi teman wanita kepada perempuan yang diminatinya.Dia menggelengkan kepala.

"Iyelah,aku tak kacau pun.Aku risau je nanti kalau ada orang lain bertempat dalam hati dia"Zarrif tergelak sakan apabila melihat muka cuak sahabatnya setelah berkata sedemikian.Dia menepuk nepuk meja tanda sungguh terhibur.

"Esy kau ni,jangan lah doakan macam tu.Kesian aku, dahla single"Riak sedih dilukis diwajah lelaki itu.

"Eh kau,settlekan kes aku dulu baru boleh flirt crush kau."Dia bingkas bangun dan memperbetulkan kemeja nipisnya.Walaupun hanya berpakaian biasa namun sesuai dengan wajah dan krateria lelaki itu.Dipadankan pula dengan seluar jeans hitam dan tidak lupa rambutnya yang tebal digayakan .

"Kau nak pergi mana?"Syafiq menegakkan badannya di atas kerusi pejabat itu.

"Aku nak singgah rumah Adam kejap,lepastu aku nak pergi kolej ambil barang aku yang tertinggal haritu."

"Oh,jangan kau cuba nak flirt crush aku tau,aku bagi warning awal-awal ni."Inspektor Syafiq memandang tajam kearah Zarrif.

"Uinajoo,kabut lah kau.Aku nak blah luh,nanti kalau ada perkembangan dalam kes aku tu kau roger aku tau."Syafiq mengangguk tanda faham dan melihat kelibat Zarrif berlalu pergi.

Dia berharap agar dapat melihat sahabatnya gembira seperti ini dan tidak sedih.

Gang maybe aku akan update petang je,sebab pagi aku sekolah.Lagipun lama tak update rasa macam ughh.So guys don't be silent reader i cepuk kang.Vote and comment for idea or something..you know la haha..okey bye..

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro