5
"Dah dah la tu Zarrif,jangan asyik sedih je kesian mak kau,biarlah dia rehat kat sana" Pujuk Adam sambil mengusap belakang badan sahabatnya yang disapa rasa sayu semenjak kehilangan bonda tercintanya.
Zarrif hanya memandang sepi halaman rumahnya.Setiap pagi ibunya mesti menyiram pokok bunga yang dijaganya.Dia sangat merindui masakan dan belaian ibunya walaupun baru saja dikebumikan.Tanah perkuburan ibunya masih merah namun berat untuk dia melepaskan rasa rindunya terhadap seorang wanita yang disayanginya.Dia sudah terbiasa dan rapat dengan ibunya sejak kecil jadi susah baginya untuk meninggalkan ibunya dalam keadaan begini.Ternyata kasih sayang seorang anak kepada ibunya amat kuat kerana ketulusan hati seseorang anak menyayangi ibunya tidak dapat dibandingkan.
Zarrif mengesat air matanya yang tumpah ditubir mata menggunakan lengan bajunya.Adam sudah buntu bagaimana mahu memujuk Zarrif supaya tidak sedih.
"Adam,kau baliklah dulu.Aku boleh jaga diri aku,susahkan diri kau je" Zarrif memandang kearah kereta yang baru sahaja berhenti di hadapan rumahnya.
"Weh tu Farah dah sampai tu well aku gerak dulu bro,bye" Adam bersalam bersama Zarrif dan berjalan kearah keretanya.
Wanita itu berjalan mendekati sahabatnya yang sedang dihampa rasa sedih dan luruh.Aira mengambil tempat bersebelahan Zarrif.
"You , takziah untuk you, I harap you kuat tau untuk hadapi semua ni"Nasihat Farah bagaikan angin yang berlalu pergi.Tidak memberi kesan pada lelaki itu.Dia hanya termenung pada kawasan dihadapan rumahnya yang luas dihiasi taman bunga milik ibunya.
Memang berat untuk menafikan rasa rindu buat orang yang disayanginya.Terlalu banyak kenangan bermain di kepala lelaki itu.Baginya hidup tanpa ibunya tidak sempurna.Dia teringat lagi perbualannya bersama ibu.Ibunya pernah menghasratkan satu permintaan pada malam itu.
Flashback
Suasana pada malam itu sungguh nyaman dan sejuk.Tengku Hamimah menyediakan secawan coklat panas kepada anaknya yang sedang berehat di ruang tamu.
Zarrif membawa cawan itu dan mencicipnya dengan sungguh berhati-hati risau mulutnya akan melecur dek air yang masih panas itu.Dia meniup perlahan air didalam cawan yang dipegangnya .
"Zarrif..,ibu nak cakap bincang sesuatu ni"Tengku Hamimah mengambil tempat di atas sofa .Kakinya di luruskan kebawah agar tidak berasa kebas ketika duduk.Dia memandang sayu kearah Zarrif.Seperti renungan yang sedih dan redup.
"Ya ibu,ibu nak bincang apa?"Zarrif menghentikan pergerakannya dan meletakkan kembali cawan yang berisi coklat panas tadi di atas meja.Kaki disilangkan sambil memandang ibunya yang sudah berumur itu.
"Zarrif,andai ibu dah meninggal nanti,kamu carilah pasangan hidup kamu supaya kamu tidak kesunyian.Ibu dah tak lama dah Rif,ibu nak lihat kamu berkahwin sebelum ibu pergi.."Tubir mata ibunya mula panas dan menangkung air mata yang bakal tumpah.Kata kata Tengku Hamimah sungguh menyentapkan hati kecil Zarrif.
"Ibu cakap apa ni bu?Jangan cakap benda mengarut ibu,Zarrif tak suka."Hati Zarrif terasa seperti sesuatu bakal terjadi,sesuatu yang buruk dan pilu untuk dihadamnya.Tetapi dia cuba membuang perasaan itu,mungkin hanya bayangnnya sahaja .Kata kata ibunya seperti membawa sesuatu mesej.
Tengku Hamimah mengesat air matanya yamg sudah mengalir di pipi.Dia juga tidak tahu mengapa dia berkata sedemikian,dia merasakan seperti akan berpisah lama dengan anaknya.Naluri keibuannya sungguh kuat.
Ibunya mengambil tempat bersebelahan anak terunanya.Dia memandang kearah Zarrif dan mengenggam tangan anaknya dengan lembut.Dia seperti sedang memegang jari anaknya ketika masih bayi,kini anaknya sudah besar dan sudah pandai berdikari.Jadi memang patutlah usia anaknya berkahwin ,dia juga teringin melihat menantu dan bakal cucunya nanti.
"Ibu nak kamu tahu,ibu sangat sayangkan kamu.Ibu mahu kamu bersedia bila ketiadaan ibu nanti,kamu carilah pasangan yang baik,yang boleh jaga kamu,yang boleh memberikan kamu cinta dan kasih sayang sepertimana ibu berikan.Ibu nak lihat kamu bahagia dimata ibu.Kita tak tahu bila ajal kita nak,kita hanya hambaNya yang lemah,jadi ibu mahu pesan awal awal,jika ibu pergi dahulu,ibu mahu kamu jaga bakal isteri dan anak-anak kamu baik baik.Berikan mereka kasih sayang dan kebahagiaan.Ibu hanya mahu lihat kamu bahagia."Panjang lebar Tengku Hamimah berkata kata.Dia melepaskan tangan anaknya sambil tersenyum ikhlas selepas meluahkan apa yang terbuku dihati tuanya.
Zarrif tidak tahu mahu membalas apa,dia tahu jika dia tolak permintaan ibunya mungkin dia akan melukakan hati ibunya.
"Baiklah kalau macamtu ibu,doakan Zarrif cepat jumpa bakal jodoh Rif.InsyaAllah ada"Ujar Tengku Zarrif perlahan.Dia juga buntu selama ini dia tidak pernah mempunyai perasaan terhadap wanita,apatah lagi teman wanita.
Tengku Hamimah mengangguk perlahan dan kembali ke tempat asalnya untuk berehat seketika.Zarrif pula pura pura sibuk melihat skrin telefon pintarnya.Dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan.Dia sudah mati akal.
"Hey you dengar tak ni?"Tangan kecil Farah dilambai-lambaikan dihadapan muka Zarrif.Memang benar apa yang dinasihat olehnya tidak dihadam Zarrif.
"Tengku Zarrif..you dengar tak ni??"Zarrif sudah tersedar dari lamunannya.Dia menggosok mata dan membalas pandangan sahabatnya.
"Zarrif kalau you rasa tak selesa I gerak dulu ye,I taknak la you sedih lama lama.And one more thing if you need anything just call me okey?"Farrah meminta diri untuk pulang.Zarrif mengangguk kecil dan tersenyum nipis.
Setelah kereta wanita itu hilang lelaki itu melangkah masuk kedalam rumah dan ingin menenangkan dirinya.Jam tangan dikilas seketika.Sudah masuk waktu asar ,Zarrif bergerak ke dalam bilik air dan mengambil wuduk untuk solat.
__________
Kawasan di taman itu amat lenggang.Beberapa orang sahaja yang lalu dikawasan itu.Hana dikhabarkan bahawa dia terpaksa pulang ke rumahnya kerana ingin menyambut kepulangan ibubapanya yang baru pulang dari luar negara.
Mirrah mengambil tempat di bangku kecil di taman itu.Dia menghelakan nafasnya.Terasa nyaman sekali udara disitu.Wanita itu mengeliat perlahan dan memandang tasik yang terbentang dihadapannya.Angin sepoi sepoi bahasa menambahkan rasa sejuk di kawasan berdekatannya.
Sesekali Mirrah mengerling ke arah pasangan yang sedang dilamun cinta.Berat hati wanita itu untuk membuang perasaannya pada pertama kali hatinya pernah dikecewakan oleh seorang lelaki pada suatu dahulu.Tapi sekarang dia sudah berubah,hatinya bukan untuk dijadikan permainan lelaki lagi.
Sedang wanita itu termenung seseorang menepuk bahunya dari belakang.Dia memalingkan mukanya.Riak wajahnya sungguh terkejut melihat gerangan yang telah menegurnya.
"Assalamualaikum Mirrah,Mirrah apa khabar?"Hakim memberi salam sambik tersenyum kecil.Senyumannya mampu mencairkan hati perempuan yang melihatnya.
Mirrah menjarakkan tubuhnya darinya.Dia sudah benci pada lelaki itu.Mirrah menjawab salam dalam hati.Matanya dikalih semula ketempat lain.
"Awak buat apa kat sini?"Lain disoal lain yang dijawab wanita itu.Dahinya dikerutkan tanda tanya.Sejujurnya sudah lama dia tidak melihat kelibat lelaki itu semenjak tahun lepas.Selepas dia dikecewakan.
Hakim mengambil tempat bersebelahan Mirrah.Dia mengesot punggungnya untuk menjauhi dari lelaki itu.
Hakim ingin mencapai tangan wanita itu namun ditepisnya.Mirrah sungguh membencikan lelaki itu.Hakim menggosok belakang tengkuknya.
"Mirrah,kau benci sangat ke kat aku sampai kau buat aku terseksa macam ni?Aku tahu kau masih ada perasaan dekat aku, I know you already since we meet girl" Tangan kasar lelaki itu menyeluk poket dia seluarnya.Sekeping sampul surat dibawa ke tangannya.
"Kalau kau nak teruskan ego kau macam ni,sampai bila hati kita akan sakit.Even though you're hating me but please accept this." Lelaki itu menghulurkan sampul surat itu kepada Mirrah.Dia meletakkan sampul surat di atas kerusi apabila sambutannya tidak dibalas.Mirrah mengetap bibirnya.
"Aku akan pergi,pergi jauh dari kau"Hakim berura ura ingin bangun dan melangkah kakinya pergi dari wanita itu.
Mirrah mengenggam tangannya.Bibirnya digigit perlahan.Tubir matanya tidak dapat menahan lagi tampungan air di mata yang ingin mengalir.Lekas Mirrah menyambut dan mencampakkan sampul surat yang diberi kepada lelaki itu setelah dia baca inti surat sampul itu.Dia bangun dari kedudukannya.
Hakim memalingkan badannya apabila merasakan seperti sesuatu memukulnya dari belakang.Alangkah terkejutnya wajah wanita itu sudah dipenuhi dengan air mata .Terkedu seketika lelaki itu.Dia ingin memeluk dan berada disisi wanita yang telah dia kecewakan agar dapat menggembirakan hati wanita itu semula.Namun semuanya terlambat.Dia sudah menjadi tunangan orang.Dia juga akan mendirikan rumah tangganya nanti bersama orang yang tersayang.
Mirrah bergerak pergi dari situ.Tiada kata kata ingin dilontarnya.Pandangan orang sekeliling tidak dihiraukan.Air matanya telah dibazirkan untuk seseorang yang tidak berguna padanya lagi .Dia melangkah masuk kedalam kereta dan meninggalkan lelaki itu dalam keadaan tercengang cengang.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro