Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

4

Zarrif bergegas ke wad yang paling hujung.Mulutnya tidak lekang mengucapkan zikir dan istighfar.Dadanya berombak laju,andrelinanya mengepam darah dengan cepat.Dia sungguh cemas dengan berita yang disampaikan oleh Adam.

Sewaktu dia dalam kelas

"Assalamualaikum " Adam mengetuk pintu dari luar kelas sambil menatap pelajar didalam.

"Waalaikumsalam Adam ada apa datang sini,aku tengah mengajar ni," Tutur Zarrif sambil memandang Adam yang kelihatan resah.

"Kau asal,macam ada benda tak kena je weh" Harris pula sudah menyucuk curiga.

"Tadi aku ada call kau tapi kau tak angkat"

"Oh aku tertinggal phone aku kat dalam kereta,asal ni?"

"Weh,kau kena kuat tau kalau aku bagitahu ni"Adam sudah meramas tangannya yang sudah memerah.Jarinya sudah berpeluh dek gementar.

"Cakap je la aku nak mengajar lagi lepasni"Zarrif sudah tidak menyabar.Dia memandang tajam ke arah Adam.

"Weh mak kau,m..mak kau kena langgar"

Luluh hati lelaki itu,dia sudah berasa gelisah .Pantas air matanya terkumpul di kelopak dan disekanya dengan hujung baju.

Kakinya melangkah keluar setelah di beritahu pelajarnya bahawa kelas dibatalkan pada hari ini.

Setelah tiba di hospital,dia bergegas ke wad yang menempatkan permaisurinya.Sungguh dia berasa sedih atas tragedi yang menimpa ibunya.

Zarrif menguak rambutnya yang berjuntai ke belakang.Bajunya sudah berpeluh dan selekeh.Dia hanya mampu melihat ibunya di usung ke bilik pembedahan.

Kata doktor peparu ibunya bocor kerana dilanggar bucu dan tulang rusuk ibunya telah membocorkan peparu tua itu.Jadi pembedahan akan dilakukan bagi merawat semula ibunya.

Zarrif sungguh serabut pada waktu itu.Adam pula dari tadi menenangkan Harris yang gelisah bagaikan cacing kepanasan.Adam hanya mampu berdoa agar semuanya baik baik sahaja

"Mak aku Adam,mak aku sakit Adam.Tapi aku kat sini tak buat apa apa?! Aku ni anak jenis apa Adam,Aku dah takde bapak,Aku taknak hilang Mak aku Adam,Aku taknak Adam" Rungut Zarrif dalam kesedihan.Jiwa lelaki itu tidak tenteram selagi tidak mendengar suara ibunya.

"Rif,kau kena kuat bro,hati kau kena kental.Ini semua ujian Allah,kau kena hadapinya dengan tabah.Kita sebagai hamba kena redho dan hadapi ujian dengan hati terbuka.Bukan dengan menyalahkan diri sendiri" Tutur Adam perlahan sambil menggosok lembut belakang Zarrif supaya dapat menenangkan emosi Harris.

"Kau tak rasa apa yang aku rasa Adam,kau taktahu Adam,macam mana aku nak hadapi benda ni sendiri Adam.."Zarrif mula mengesat air matanya yang mengalir di pipi.Dia tidak malu lagi untuk menangis dihadapan Adam,dia mahu menangis semahu mahunya.

Adam tidak membalas dia hanya membisu.Jika berdebar dengan Harris tidak akan menyelesaikan masalah lebih baik dia tutup mulut.

Tiba-tiba wad bilik pembedahan terbuka dan doktor menghampiri dua jejaka itu.

"Siapa kat sini keluarga Tengku Hamimah?"Tanya doktor itu dengan pen dan kertas ditangan .

"Saya doc,saya anak kepada pesakit."Zarrif bingkas bangun dari kerusi dan membetulkan bajunya yang serabai.Adam membuntutinya dari belakang.

"Keadaan Tengku Hamimah sangat kritikal,peparunya terkoyak besar harapan bagi ibu encik sangat tipis.Kami akan berusaha menyelamatkan ibu encik."Ujar doktor lelaki yang berkaca mata.

"Tak doc,ibu saya okey je kan,doc tolong selamatkan ibu saya,saya sanggup buat apa saja demi ibu saya.."Zarrif melutut dan memegang erat tangan doktor itu.

Orang lain mungkin akan berfikir bahawa Harris gila tetapi Zarrif tidak peduli.Dia sanggup melakukan apa sahaja agar dapat melihat ibunya senyum dan bersuara kembali.

"Insya Allah encik,kami akan lakukan yang terbaik.Encik hanya perlu mendoakan supaya proses pembedahan berjalan lancar." Doktor itu menarik tangan Zarrif dan menenangkan Harris.Setelah itu,doktor lelaki itu bergerak masuk semula kebilik pembedahan dan pembedahan dimulakan.

Proses pembedahan ibunya mengambil masa yang lama,Harris hanya termangku sendirian manakala Adam sudah pun tidur di kerusi panjang itu.

Dia mula mengimbau detik detik sewaktu kecil dimana dirinya sungguh disayangi sepenuh hati oleh permaisurinya.

"Zarrif mak ada beli kuih lepat labu ni,kamu kan suka" Suara Tengku Hamimah memenuhi ruang tamu menyedarkan Harris yang sedang leka melukis.

"Mak!! Zarrif datang ni"Zarrif menyusun warna pensil didalam bekasnya semula.Kakinya berlari kearah ruang tamu yang memisahkan dapur dan biliknya.Sinar terpancar dari matanya,lesung pipit budak lelaki itu menambahkan lagi kecomelan dan keserian di wajahnya.

Lantas saja Tengku Zarrif memeluk ibunya dan Puan Hamimah mencium pipi anak lelakinya itu bertubi tubi.

"Comel anak mak ni,geletek karang"Ibu Zarrif mencuit hidung kecil milik Zarrif,budak lelaki itu mendengus perlahan dan mendekati makanan yang terhidang oleh ibunya.

"Mak,tadi mak kata ada lepat labu,mana dia?Harris nak boleh?" Comel saja gelagat budak lelaki yang berumur 10 tahun itu.

Zarrif sememangnya anak manja dan sentiasa dibelai oleh ibunya.Manakala ayahnya sudah lama meninggal kerana kemalangan jalan raya.Pada masa itu Zarrif semakin akrab dengan ibunya.Dia tidak boleh berpisah dengan ibunya.Ketika Puan Hamimah bekerja,Zarrif akan tinggal bersama jirannya,juga mempunyai anak sebaya Zarrif iaitu Adam.

"Nah ,kamu mesti suka. Tapi sebelum tu mak ada sesuatu buat kamu" Tengku Hamimah berura ura ingin memberi sesuatu kepada Zarrif.

"Tapi tutup mata dulu,nanti tak suprise lah jawabnya"

Zarrif menekup mata dengan kedua tangannya.Dia berdiri berhadapan ibunya,dia berfikir sejenak apakah yang ibunya akan lakukan jika dia sudah membuka mata.

"Tadaaa!!,buka mata" Zarrif membuka mata dan melihat kotak yang dibalut dengan cantik dan kemas.Kotak itu kelihatan sungguh besar dia menganggar bahawa didalam kotak itu mesti mempunyai sesuatu yang akan membuatkan dia gembira.

"Nah ,happy birthday my dearest little boy,you're officially 10 years old.I have prepared this alone tau,kek semua mak sorok nanti tak suprise la.But i'm the first one give you your birthday gift so happy birthday sayang mak"Tengku Hamimah memeluk anak tunggalnya dengan erat.Harris mengucapkan terima kasih kepada ibunya.

"Can I open this gift ?i can't wait this anymore"Sifat keterujaan Zarrif menambah lagi kecomelannya.

"Sure you can my lil boy" Zarrif membuka kotak hadiah itu dan dia menerima sebuah set permainan Lego yang sungguh besar dibeli oleh ibunya di Mr D.I.Y. Senyuman budak lelaki itu melebar dan tidak habis memeluk ibunya .

Muka Harris sungguh mirip dengan arwah suaminya.Dia berasa sungguh bersyukur atas apa yang dikurniakan oleh tuhan kepadanya
Tengku Hamimah sangat beruntung kerana masih mempunyai anaknya yang dapat dia memberi kasih sayangnya sepenuh hati.

"Encik Zarrif .."Suara doktor yang merawat Tengku Hamimah mematikan lamunan Zarrif.Lelaki itu bingkas bangun dan bergerak menuju ke arah doktor.

"Saya harap,Encik tabah" Doktor lelaki itu menepuk dan menggosok belakang Zarrif perlahan.

Zarrif seakan akan tahu akan jawapan yang akan keluar dari mulut doktor itu.

"Doc,jangan cakap yang ibu saya..." Tubir mata Zarrif yang menampung air mata jantannya sudah tumpah jua.Adam yang mendengar tangisan Zarrif serta merta sedar dan bergerak kearah Zarrif yang sudah melutut.Dia memujuk Zarrif yang dilanda kesedihan

Adam diberitahu bahawa Tengku Hamimah sudah tiada lagi di dunia ini,Zarrif tidak menjangka bahawa ibunya sudah tiada lagi di dunia ini.Zarrif sekali lagi hidup dalam kesunyian selepas ayahnya meninggal,kini ibunya yang menjaga dan mendidiknya dari kecil tiada lagi disampingnya.Berat untuk dia terima,namun dia gagahkan jua untuk bersikap rasional dan cuba untuk menerima takdir yang sudah tertulis baginya.

Adam pula hanya mampu doakan yang terbaik dan cuba menenangkan Zarrif.Hiba saja perasaan dua jejaka itu.

__________

Stop calling me asshole!!Or I'll block you!!:me

Unread messages

Hakim:But I need you,even you are my ex but really love you,i need you baby

Dengan segera nombor lelaki itu di 'block' perempuan itu,sungguh dia benci akan lelaki yang sudah menipunya.Acap kali dia menangis sewaktu dia putus akibat Hakim yang berlaku curang dan sanggup menduakannya di hadapan matanya sediri.
Namun dia sudah melupakan hal itu,hidupnya bukan lagi dijadikan permainan lelaki.Dia bertekad untuk tidak mempercayai lelaki lagi.

"Oi , cik kak menungkan apa tu,boyfriend ae?"tebak Hana.Dia mengambil tempat bersebelahan Mirrah di hadapan dewan kuliah mereka.

"Eh,awaknya salam mana ?"balas Mirrah sambil matanya menjeling tajam pada Hana.

"Aku baru masuk ni,kau buat apa tu" Hana membuka laci almari dan mengambil beberapa pek snek untuk dimakan bersama rakan sebiliknya.Dia bergerak ke katil mengambil tempat berhadapan Mirrah.

"Hakim contact aku"Ujar Mirrah perlahan.Wanita dihadapannya hanya mengangguk.Dia sudah lali dengan perkara ini.Mirrah sudah biasa bertukar nombor telefon kerana lelaki itu kerap mengganggu dan Mirrah sudah rimas dengan kelakuan lelaki itu.Dia pun pelik bagaimana lelaki itu tahu nombor telefonnya.Mirrah mencurigai lelaki itu,dia tidak sekali pun pernah berjumpa dengan lelaki itu pada tahun ini tetapi nombor telefonnya tetap diketahui oleh lelaki itu.Adakah dia seorang hacker?Mirrah mengelamun sehingga terfikir benda mengarut.

"Oh by the way,kau tak rasa pelik ke si Hakim tu tak meet kau langsung weh.Kalau tak sebelum ni banyak kali dia jumpa kau sampai kau naik rimas,pelik aku." Hana memandang Mirrah dengan perasaan tertanya-tanya.Meskipun dia tahu Hakim tidaklah psiko tapi cara lelaki itu seperti memaksa Mirrah walaupun dia berkata itu bukan salahnya.

"Aku pun tak faham dengan perangai dia, tapi tu lah bagus jugak dia tak kacau hidup aku,tak ada lah kepala aku runsing sebab fikir pasal ni je"Mirrah mengambil sekeping kerepek kentang yang dipengangnya dan disuap kedalam mulut.Hari-hari makan snek segera bila masa lah nak diet kak oi.

"Aku syak ada benda tak kena ar weh,dia hilang macam tu je,aku rasa dia rancang something lah" Hana masih lagi mencurigai lelaki itu.Meskipun kehilangan lelaki itu dari mata Mirrah telah menghilangkan kegusaran wanita itu,namun kehilangannya juga menjadi tanda tanya dan lelaki itu masih lagi tidak berputus asa untuk menawan hati Mirrah semula.

Mirrah hanya mengangkat bahu sambil menuncungkan mulutnya.Dia harap apa yang terlintas di otaknya tidak akan menjadi kenyataan.



Please vote and comment.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro