Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

3

"Weh bangun sis tak nak pergi solat ke?"Ujar Hana rakan sebiliknya sambil menggoncang badan Mirrah yang terlantar tidur di atas katil.

Mirrah merengek kecil lalu mengecilkan matanya apabila anak matanya silau terkena cahaya pantulan matahari yang memasuki biliknya.Dia bangkit dan melihat jam tangan di atas meja.

'6.05 a.m.'

Masih sempat untuknya bersolat di ruang surau berdekatan biliknya.

Kaki kecil wanita itu melangkah ke dalam bilik air bagi membersihkan diri lalu mengambil wuduk untuk solat jemaah bersama para pelajar yang lain.

__________

Selepas seusai solat ,Mirrah dan Hana menapak kaki mereka ke arah kafe untuk bersarapan.Mereka bergerak ke kaunter kafe untuk membuat pesanan makanan.

"Aku rasa nak makan roti jelah"Ujar Hana sambil menilik menu di papan hadapannya.Mulutnya disengetkan lagaknya tak berminat dengan menu di kafe kerana sudah lali dengan makanannya.

"Hm,ikut suka kau lah nak makan apa yang aku tahu aku nak makan bihun sup Makcik Nah buat kat belakang kafe ni"Mirrah terbayangkan bihun sup yang masih panas didalam mangkuk dan ditambah dengan sambal pedas buatan Makcik Nah.Dia menganggap bahawa dia pasti akan menghirup kuah supnya sehingga licin tanpa meninggalkan kesan.

"Okayla aku beli kat sini aku nak roti crossaint and milo panas."balas Hana selamba sambil memeluk badan.

"Ha beres bos aku pergi kafe sebelah tau nak beli makan favourite aku."Mirrah mengenyitkan matanya kearah Hana yang ingin memesan makanan.Mirrah dengan terujanya bergerak ke arah kafe sebelah sambil menyeluk tangannya didalam beg galasnya.

Bukkkk!!!!

Secara tiba tiba dia terlanggar seseorang dihadapannya.

"Argh!"Mirrah mengaduh apabila badannya terjatuh menyembam bumi.Dia lantas bangun dan melihat gerangan seseorang itu.

"Oh I'm really sorry. Saya tengah rushing nak ke kelas ni bye"ujar suara garau itu.Lalu bergerak ke arah bertentangan dengan Nana.

"Baiklah cik tapi.."Mirrah terpianga-pinga sambil mengesat bajunya yang kotor terkena lantai.Nasib baiklah harini anginnya baik,kalau tak cacian dan makian saja dilontarkan kepadan lelaki yang dilanggarnya tadi.

"Heh baik aku makan lagi bagus"ujar Mirrah perlahan sambil melihat langkah lelaki pergi.

"Woo usha siapa tu Cik Mirrah~"Jerkah Hana dengan nada mengejek.Tangannya sudah memegang cawan plastik dan sebuku roti crossaint yang dipesannya tadi.

"Eh kau ni aku nak order lah sana sikit "Mirrah melibas tangannya perlahan lagak menghalau Hana dari situ.Mudah saja mengalihkan topik yang ditanya rakannya tadi.Lagipula siapa lelaki tadi dia juga tidak mengenalinya.Hatinya sudah mula bermonolog tertanya tanya pasal lelaki yang dilanggarnya tadi.Apabila difikirkan lekas dia menggeleng.

"Eh Mirrah,kenapa geleng-geleng ni"Hana sudah memandang pelik ke arah Nana yang masih terpinga pinga dari tadi .

Mirrah hanya membelasnya dengan senyuman hambar dan dia mula memesan makanannya di kaunter kafe itu.

__________

Baju balusnya yang labuh itu dibetulkan.Mirrah masih lagi setia menaip di laptopnya untuk menyiapkan tugasan kerja yang diberi oleh Madam Chai.Dia sengaja melambatkan kerjanya kerana pensyarahnya itu sedang sarat mengandung dan di tahan di wad .Kata Madam Chai lagi dia mungkin akan mengambil cuti selama 3 bulan.Mirrah tersenyum sumbing.

"Kau ni kenapa tersengih sengih ingat kat mamat yang kau usha tadi ker"Hana yang dari tadi membetulkan anak tudungnya di hadapan cermin kecil mula menyucuk angan Mirrah.

"Eh mana ade lah, aku just happy je sebab harini tak banyak kelas"balas Mirrah bersahaja.Di dalam otaknya langsung tidak ada kena mengena dengan topik yang diujarkan oleh rakannya tadi.Tak terlintas langsung bila difikirkan semula.

"Oh mentang-mentangla Madam kesayangan kau tu takde bolehla kau berehat sesuka hati"ujar Hana sambil membetulkan kedudukannya diatas kerusi di laman pondok kecil bersebelahan dengan kafe tadi.

Mirrah tidak membalas apa apa dan terus tekun menyiapkan tugasan Madam Chai.Walaupun pensyarahnya tidak hadir,dia tetap juga perlu menyiapkan assigment yang diberi.Kalau tak gagal yang dia dapat.

Setelah beberapa minit menyiapkan tugasan Mirrah menyeluk beg galasnya untuk mengambil telefon .Dia menatap skrin telefonnya dan mencari aplikasi Whatssap.

Grup Kelas Takde Madam Dengan Sir di tekan sekali.

Afiq-Aslm,korang semua kat mana ni?

Haikal-Wslm aku tengah duk dekat dalam dewan tengah buat assigment dengan Adam dan Khai.

HanaSayang🌼-Waalaikumsalam,akupun tengah buat assigment Madam Chai dekat Teratak Cafe .

DaniaCikUstazah🌼-Waalaikumsalam warahmatullah,sesetegah ada ni kat surau tengah buat assigment jugak.Tapi apahal tho kenapa cari kitorang ada something ke?

Afiq-Weh korang cepat pergi kelas !!

Kenapa Afiq?ada apa tho?-Me

Afiq-Ada orang yang ganti Madam aku dahla tak siap assigment lagini aduh..

Hannis🌼-HABISLA WEH AKU BARU SEPARUH JE BUAT😲😨

Mirrah sudah kecut perut apabila membaca mesej yang dihantar rakan sekelasnya.Kalau diikutkan harini tarikh akhir untuk menghantar tugasan kerja tetapi disebabkan oleh Madam Chai tidak hadir dia hanya membiarkan kerjanya tertangguh.Dia kembali membaca mesej rakannya satu persatu.

4 messages unread

Haikal-Siapa yang ganti Madam???

HanaSayang🌼-Siapa tho Afiq?

Afiq-Akupun takkenal tapi dengar citer dia tu kaya siap pakai kete jenama Porche pergi kolej masa aku nampak dia parking tadi.

DaniaCikUstazah🌼-Eh camne kau tahu tu ganti Prof?

Afiq-Korang tahu tak dia ada dalam kelas ni.Sekarang pulak tu.Dalam kelas tu dahla kosong.Lagipun sekarang masa Madam Chai.

Fazreena🌼-Weh kome aku ingatkan takde sape dalam kelasni tolong aku...

DaniaCikUstazah🌼-Oi Faz,kau dalam kelas ke?!Kenapa weh??

Faz,kau kenapa apa?aku kecut dah ni-Me

Fazreena🌼-korang Sir Harris panggil korang suh masuk kelas cepat kalau tak Sir masukkan nama korang dalam buku ponteng.

Afiq-Sir Zarrif?dia ka yang ganti Prof Chai ?

Fazreena🌼- Haah korang cepat aku ada dengan Mira kat kelasni Sir suh kami diri depan ni .

Haikal-Eh camne kau taip?

Fazreena🌼-Aku taip sorok sorok ni sebab dia tengah buat kerja tu.Dia kata selagi korang tak masuk kitorang takleh duduk.

DaniaCikUstazah🌼-Oh okeyla aku geraklu bye takut nanty aku kena marah dengan Sir tu dah la dia baru masuk sini.

Dengan lantas Mirrah dan Hana mengemas barang mereka dari situ dan terus melangkah kearah bilik cyber dimana kelas mereka diadakan.

Sampai sahaja di kelas dia menikus dari luar sambil mengintai melalui cermin bilik cyber.Sesetengah rakannya sudah masuk dan berdiri bersama sama rakannya yang lain.Mirrah dan Hana mengintai disebalik tingkap itu.Niat mereka ingin masuk kedalam kelas tetapi apabila Sir Zarrif yang dikatakan oleh Fazreena tadi mula membebel sambil meminta assigment yang diberikan oleh Madam Chai dia terus membatalkan niat.Hana pula berserah dengan segalanya dan sudah sedia menghadapi ancaman dan cacian yang diberi oleh Sir Zarrif.

"Woi Hana kau seriusla.Sir tu mintak assigment kot.Kau dengan aku dah la tak siap lagi.."ujar Mirrah dalam separa berbisik sambil mencangkung badannya yang setia mendengari bebelan Sir Zarrif.

"Aku taknakla sebenarnya tapi nanti nama aku naik dalam kalangan budak ponteng famous terus aku."balas Hana yang ingin bangun dari bercangkung .Sudah lenguh kakinya sejak dari tadi bercangkung dengan cahaya matahari yang panas.Baik dia masuk bilik cyber sejuk sikit ada penghawa dingin .

Mirrah sudah menjeling sambil mencebik apabila Hana melibas tudung shawlnya acah acah datin hot.Dia membuat reaksi muntah sambil menekan perut.

"Okeyla aku gerak lu doakan aku berjaya"gayanya seperti mahu berperang tapi hakikatnya apabila dia masuk saja terus dibebel lagi teruk oleh Sir Zarrif.

'Aduh kalau aku masuk lagi parah ni..tapi kalau tak masuk nama aku naik nanti..adeii..'Mirrah bermonolog sendirian sampai tidak sedar bahawa seseorang menepuk bahunya perlahan.

"Esh janganla kacau"Mirrah masih tekun melihat rakannya dimarahi oleh Sir Harris kerana tidak menyiapkan kerja.Nana tak berapa jelas melihat rupa Sir Zarrif kerana jauh.

Tetapi sekali lagi bahunya ditepuk.

"Esy janganla ganggu aku!..ops Madam Juliana"Mirrah menoleh ke belakang dah dia terperanjat lalu menekup mulutnya dengan kedua belah tangannya.Dia membulatkan mata.Mati kata katanya.

"Eh kamu cuba ponteng kelas yer Mirrah."kata Madam Juliana sinis.Memang dari dulu Madam Juliana tidak suka dan dengki dengan Mirrah kerana apa?Nana lebih cantik darinya.
Dia tahu ramai lelaki yang terkejar kejar Nana dari mula dia menjejaki kaki di tempat ini.Madam Juliana ni takdela tua sangat umur dia dalam 26.Tapi cara pemakaian dia yang seksi dan menampakkan rupa bentuk badan menyebabkan para lelaki di kolej ini tidak ingin lagi dijamah mata akan rupa pemakaian Madam Juliana kerana sudah lali dah kebanyakan lelaki di kolej ini sudah berpunya,ada yang dah tunang dan lagi gempak dah kahwin dan ada anak kecil lagi.Dasyat bukan?

Mirrah hanya membalas dengan gelengan bersungguh walaupun dia tahu yang Madam Juliana akan memberitahu pada pensyarah kelasnya .

"Baik kamu mengaku kamu ponteng kelas atau saya bagitahu pensyarah kamu!"tegas saja kata Madam Juliana sambil memeluk badan dengan bersahaja.

Tiba tiba pintu bilik cyber dibuka dan tersenggul wajah seseorang yang dikenalinya.

"Haa ni Sir ada budak ponteng.."suaranya dibuat buat manja sambil menunjuk kearahnya.

'Eh ni bukan ke?Sir Zarrif?eh Zarrif ke ni?'Mirrah membuntangkan matanya dan menatap wajah lelaki itu.

"Oh kamu yang paling lambat masuk kelas yer ..cepat pergi masuk!!"Sir Zarrif sudah menyinga menyuruh Mirrah masuk ke kelas.

Mirrah terus berlalu ke arah kelas sambil memerhatikan tingkah laku Madam Juliana yang terlenggok lenggok bersembang dengan Sir Zarrif.

Mirrah hanya mencebik sambil mengutuk Madam Juliana dalam hati.

Dia mengambik tempat duduk disebelah rakannya yang lain.Mengikut perkiraannya sudah hampir 20 minit rakannya dibebel oleh Sir Zarrif tadi.

"Weh aku tak suka la tengok Madam Juling tu tergedik depan Sir tu,eyy tak suka aku"Mirrah menjuihkan bibirnya kearah dua manusia yang bersembang dari tadi.Mungkin Madam Juliana sedang membincangkan sesuatu dengan Sir Zarrif.

"Eh tu la laki yang kau usha masa kat kafe tadi sis"Hana juga berbalas bisik bersama Mirrah.

Nana hanya meng'o'kan mulutnya.Dia tak sangka bahawa dia bertemu semula dengan jejaka yang pernah dijumpainya sewaktu dia berada di pusat pemindahan banjir di kampungnya.

Dia mula mengelamun sehingga tersentak apabila Sir Zarrif menengkingnya.

"Awak berangan apa ha!"Sir Zarrif menjerkah Nana dan Nana terus mematikan lamunanya.

Mirrah terhinjut sedikit dan terkejut akibat dimarahi Sir Zarrif.

"Saya tanya mana assigment yang Prof Chai bagi tu?!"Sir Zarrif benar benar menyinga sehingg tegang uratnya.

Dahi Mirrah sudah berpeluh dan dia lantas mengambil assigmentnya didalam beg galas.Dia berharap agar akan ada perkara baik terjadi.

Sedang dia ingin menghulurkan tugasannya Seseorang mengetuk pintuk dan memberi salam.

Mirrah mengeluh nafas tanda dia hampir dibaham kemarahan singa Sir Zaffir tadi.

Sir Zaffir menuju ke arah gerangan yang memberi salam tadi dan membalasnya.Pelajar rakannya yang lain sudah berbisik sesama sendiri.
Sir Zaffir hanya mengangguk perlahan dan kembali ke arah pelajarnya yang tegak berdiri di hadapan kelas tadi.Semua diam tidak berkutik sedikit pun.

"Hm saya terpaksa cancel kelas sebab ada hal kecemasan.Awak semua kena siapkan tugasan assigment ni dan hantar dekat meja saya sebelum jam 2 petang kalau tak awak gagal."Katanya dengan suara yang mendatar tapi masih lagi tegas di telinga pelajarnya.

Sir Zaffir bergerak keluar dari kelas itu sambil menggalas begnya dan bukunya.Wajah bengis tadi bertukar menjadi sayu secara tiba tiba.

Mirrah dapat menangkap wajah itu walaupun dia hanya melihat dari mata sebelah.

Kerana wajah itulah yang dia kenal.

Dari suatu kala dulu.




Please vote and comment.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro