2
Setelah beberapa hari berlalu,air banjir semakin surut.Kawasan kampung itu dipenuhi dengan lopak air dan sampah sarap di setiap tempat.
Para sukarelawan dan penyelamat banjir berkumpul bersama sama dengan penduduk mangsa banjir di luar dewan pemindahan untuk menjalankan aktiviti bergotong royong.
Cahaya di langit kian mencerah dan suhu sekitar kawasan itu semakin panas dek waktu siang akan menjelang.Mirrah bersiap dan mengenakan make up tipisnya.Ibunya pula sudah ke ruang dapur menolong para sukarelawan yang lain menghidangkan juadah kepada mangsa mangsa terjejas banjir.
Kakinya laju bergegas ke dataran untuk mendengar pengumuman berkaitan aktiviti yang akan dilangsungkan.
Para sukarelawan memberi roti dan juga air mineral kepada mangsa sebagai sarapan ringan.
"Okey harini kita akan membersihkan kawasan perkampungan ini jadi kami harap anda dapat memberi kerja sama terhadap kami.."Kata ketua penyelamat yang bertugas itu melalui mikrofon.
"Saya ingin menjemput ketua sukarelawan iaitu Tengku Zarrif untuk memberi sepatah dua kata,dipersilakan"
'lah anak tengku rupanya'monolog hati Mirrah.Baik juga sifat Zarrif,pandai dia mengisi masa dengan menolong orang yang memerlukan pertolongan.Jarang jumpa lelaki yang rajin dan baik pada zaman sekarang.
"Hai Assalamualaikum selamat sejahtera.Saya telah menjadi salah satu sukarelawan atas sebab saya memang ingin menolong semua orang yang menghadapi bencana banjir dan saya harap dapat meringankan beban dengan barangan yang akan didermakan nanti."
ucap Zarrif pendek.Zarrif memang suka meringkaskan perkara supaya tidak menjadi terbelit.
Sejurus habis aktiviti itu semua orang mula bergotong royong membersihkan kawasan perumahan mereka yang dipenuhi lumpur dan sampah sarap agar bersih dan kemas
Mirrah meluncur ke dapur untuk mengajak ibunya pulang ke rumah untuk membersihkan perkarangan rumah.
Kelihatan ibunya masih lagi bersembang sambil memasak bersama jiran tertangga yang lain.Dia segera mendekati dan lantas menyuit perlahan lengan ibunya.
"Mak, bila nak habis ni lepasni nak kena bersihkan halaman rumah nanti lambatla"Bisik Mirrah kepada ibunya .Mereka berdua memanda sekilas terhadap orang ramai dihadapan.
"Alah pergila kamu ,jangan kacau hal orang tua ni kamu apa tahu,dah la kamu balik dulu mak nak masak lagi ni.Dah shuh main jauh jauh.."ibunya membuat reaksi mengahalau kepada anak daranya.
Mirrah mengeluh.Mesti banyak kerja yang perlu dia lakukan.Hanya seorang.Dia dengan tidak rela hatinya pulang dengan badan yang longlai.Nampak gayanya dia berseorangan.Nampak sahaja seperti anak dara pemalas tapi cantik macam anak orang jepun.
Setelah dia sampai ke rumahnya dia berehat di bangku kecil di bukit hadapan rumahnya.Dia membuang sisa daun kering diatas bangku tersebut lalu dia duduk dengan posisi selesanya.Suasana sungguh sejuk di perkarangan rumah usang itu.Mirrah memeluk badan sambil menggosok bahu lengannya perlahan bagi menyalur haba.
"Baarghh!!!"Satu suara memeranjatkan Mirrah sehingga termelatah dia.
"Eh mak aku kawin nak dengan kau!!"
Laju tangannya menekup mulut yang celupar itu.
"Eh kenapa tak anak dia je.."kata Zarrif tanpa memandang Mirrah berdiri disebelah bangku yang diduduki Mirrah sambil berpelukan tubuh.
"Apa awak cakap?"tanya Mirrah tak puas hati setelah Zarrif membuatkannya termelatah.
"Err takde pape"Zarrif membalas sambil tersengih.Dia mengambil tempat di bangku berhadapan perempuan itu.
"Awak datang sini buat apa?"tanya Mirrah kehairanan.Dia mengerutkan dahinya sambil memandang tepat ke arah Zarrif.
"Oh,tadi aku nampak kau sorang jalan.Lepastu aku sempat tanya mak kau.Mak kau kata kau nak bersihkan rumah sendiri sebab mak kau tengah memasak.Jadi aku follow la kau dari belakang."terang Zarrif tenang.
"Saya tak perlukan sebarang bantuan okey.I really don't want any help cause I can do it by myself bro"kata Mirrah sambil melibas ekor tudung belakangnya.Lalu dia berdiri dan ingin mengambil pencangkar daun kering untuk mencangkar sampah sarap.
"Aku betul nak tolong kau ni ,serius talk la weh"kata Zarrif tulus.Dia pun tak tahu kenapa dia cakap sebegitu walhal banyak kerja yang perlu dibuat di kem pemindahan.
Mirrah tersenyum senget.
"Okay kalau macam tu,jap eh.."Mirrah ke stor alat kebun tepi rumahnya dan memeriksa barang yang dicarinya.Setelah itu dia membawa barang tersebut dan diberinya kepada Zarrif
"Nah awak pandai pandai lah eh by the way terima kasih eh tolong saya kemas semua ni"kata Mirrah sambil menyerahkan pencedok sampah dan juga penyapu air kepada Zarrif.
Zarrif melopongkan biji mata.
"Bye awak goodluck eh!!Awak kemas kat dalam saya kemas kat luar tau!! buang air tu kat dalam tu!!Buat sampai kering!!.."laung Mirrah dari luar.
Zarrif hanya tersenyum melihat tingkah laku Mirrah yang comel.Dia laju menggelengkan kepala.
Sedang Zarrif asyik membuang air,dia ternampak sepucuk surat yang masih lagi belum dibuka tetapi sudah basah dek terkena air.Dia ingin sahaja membuka tetapi ini hak orang lain.Berdosa nanti.Dia membaca nama pengirimnya.
'Hakim Mustaqim'bisik hatinya.
"Eh awak dah siap ke tu?!!"jerit Mirrah dari luar.
Dengan pantas Zarrif menyorokkan sampul tadi ke dalam poket seluarnya.Dia hanya menggangguk tanda siap sambil menguak rambutnya kebelakang.
"Weh jom balik kem,nak dekat tengahari dah ni aku dah lapar "rengek Zarrif
"Okey, jom lah saya pun dah lapar"
Zarrif dan Mirrah bergerak pulang ke pusat kem untuk merehatkan diri masing masing.
__________
Pada pagi yang cerah dan embun masih kekal di daun,Mirrah bersiap siap barangan pakaiannya dan ibunya untuk pulang ke rumah.Kesihatan ibunya juga semakin baik apabila petugas sukarela menawarkan pemeriksaan kesihatan percuma bagi mangsa mangsa banjir.
Mirrah mengenakan tudung shawl dan lipbalm tipisnya.Kemudian dia bergerak ke luar dewan untuk pemberian barangan kepada mangsa banjir.
"Mak apa yang diorang bagi tu?"
Mirrah memuncungkan mulut ke arah barangan yang diberi kepada mangsa yang lain.
"Mane la mak tahu,kamu tu baru sampai kemana je kamu"Ibunya pula melibas libas tangannya sambil menepuk tangan anaknya.
Mirrah mengaduh kesakitan.Ibunya memang cerewet sikit.Adegan melatah Nana di'warisi' daripada ibunya.
-namapun anak beranak mesti sama.-
-tak mane de-
-author ada-
-:)-
Mirrah dan ibunya semakin hampir untuk menerima pemberian barangan bantuan.
Kini pula giliran mereka.
Zarrif menjadi salah satu penderma bantuan kepada mangsa banjir.
Zarrif memberikan barangan bantuan kepada Mirrah sambil mengenyitkan mata kanannya ke arah anak dara itu.
Mirrah menjeling dan menggelengkan kepalanya.Dia bergegas membawa barangan itu tadi ke tapak dataran.Selepas itu semua bersurai dan pulang ke rumah masing masing.
__________
Setelah beberapa haru selepas kejadian banjir di kawasan perkampungannya Mirrah pulang ke kolejnya di bandar kerana cuti sem sudah tamat jadi dia perlu rajinkan diri untuk mengemas bajunya yang banyak untuk dibawa ke bilik asrama kolejnya.
Hana sahabatnya sedang bersembang bersama ibunya di ruang tamu.Mereka galak bersembang seperti ibu dan anak.Hana dimaklumkan bahawa ibubapanya ada urusan di luar negara jadi dia sendiri akan memandu ke kolej ditemani Mirrah.Jadi tidaklah dia berasa sunyi sangat.
Laju derapan kaki Mirrah ke ruang tamu,dia membawa beg bagasi dan juga beg galas di lengannya.Dia bergerak berdekatan ibunya dan memcapai tangan tua itu untuk bersalaman sebelum dia bergerak ke kolej.
"Ibu,Mirrah pergi dulu tau.Nanti kalau ibu rindu call je hehe."Sempat Ibunya menampar perlahan lengan anak daranya.
"Iyelah nak,nanti pandai pandailah ibu call kamu,jaga diri tau kamu berdua"Hana pula bersalaman bersama ibu Mirrah.
Beg bagasi dan barangan yang perlu dibawa diletakkan di tepat bonet kereta.Hana dan Mirrah melambaikan tangan mereka kearah Ibu Mirrah yang semakin menjauh.
Sejak awal perjalanan tadi,Hana runsing melihat Mirrah seperti cacing kepanasan.Mirrah tidaj senang duduk seperti ada sesuatu yang mengacaunya.
"Weh Mirrah,kau kenapa ada masalah ke?"Hana mula bertanya.Matanya masih lagi tekun memandu.Sesekali matanya melirik kearah Mirrah yang terasa cemas.
"Weh,Hakim contact aku do"Mirrah tidak gelisah dia cuma risau kerana sebelum ini dia pernah menerima ugutan daripada lelaki itu.Hakim itu bagaikan seorang lelaki psiko.
"Dia nak apa lagi?"
"Di tanya pasal surat yang dia hantar kat aku masa kat kampung haritu"Mirrah memandang kehadapan .Dia tidak tahu apa yang dirancang oleh lelaki itu lagi.
"So,kau dah baca belum surat tu?"Hana memandang Mirrah sekilas.
"Itulah pasal,surat tu dah hilang waktu kampung aku banjir haritu."Hatinya sepertu mengesyaki sesuatu yang tidak dapat dia jangkakan tentang lelaki itu.
"Hm,ini kali keberapa dah dapat surat macam tu?"Hana mengangkat kening.
"I don't know,dah la aku malas lah nak fikir pasal ni lagi, aku nak tidur."Tangan kecil Mirrah disandarkan di kerusi penumpang dan dia berpaling kearah kiri untuk menyelesakan badannya.
"Eh siapa nak teman aku drive weh?Ha sudah"Bunyi dengkuran halus didengari sehingga ketelinga Hana.Dia kasihan melihat rakannya itu,dicurangi di depan matanya sendiri.Siapa sahaja boleh terima hakikakt bahawa teman lelakinya duduk berduaan dengan perempuan lain sambil bergelak sakan.Dia berharap agar Mirrah akan bangun dari mimpi ngeri ini.
Please vote and comment.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro