1
Sapaan angin ribut menyapu ke muka gadis itu melalui selubuk jendela.Dengan lantas Mirrah menutup pintu tingkap agar air hujan tidak menitis ke dalam rumah.
"Mirrah,tolong ambilkan baldi di dalam bilik air, lepastu letak dekat bawah atap bocor!"suara ibunya masih lantang walaupun sudah berumur.
Mirrah sekadar menggangguk saja.Kakinya melangkah besar menuju kearah bilik air yang usang itu.
Mirrah sudah biasa hidup seperti ini.Adakalanya dia terpaksa pulang dari kolej semata-mata menjenguk ibunya yang keseorangan dikampung itu.
Dia pulang kerana risau lagipula ibunya sudah berumur adakalanya Hana akan mengikutinya menetap di kampung beberapa hari pada waktu cuti semester kerana ibu bapa Hana keluar negara kerana urusan kerja.
Ribut yang kencang itu telah merobek separuh atap zink rumah tua itu.Rumah pusaka itu adalah peninggalan arwah neneknya yang juga seorang perubat tradisional di kawasan kampung itu.
"Allah, Mak! Dekat sini!"
Mirrah terkejut dan dalam pada masa yang sama sedih melihat ibunya gigih memegang atap yang hampir tercabut dek di tiup angin.Rumah mereka kecil saja jadi senang untuk mencapai atap.
Air tadahan hujan telah membina lopak yang besar dia sekitar kawasan rumahnya.Ini bermakna rumah mereka telah dibanjiri dengan air hujan.
"Mirrah! Tolong mak ambik fail kat sini!"
"Mak penyelamat dah sampai!" Gadis itu memandang ke luar pintu rumah.Kelihatan dua orang lelaki yang berpakaian kemeja bomba sedang menuju ke arah rumah mereka dengan manaiki sampan.
Mirrah bergegas memikul ibunya ke pintu tangga untuk diselamatkan.Dia berlari ke biliknya untuk mengambil beberapa barang yang penting.Nana mencari satu sampul surat yang terkandung sekeping kertas.Dia belum lagi membuka helaian surat tersebut.Tangannya ligat membelek disetiap sudut biliknya itu demi mencari sepucuk surat.
"Cik! Cepat sikit!Ramai lagi kami nak selamatkan!!"Jerit penyelamat banjir yang bertugas diluar.
Kepalanya digarukan.Hatinya berbelah bahagi.Suasana diluar rumah itu sungguh sejuk dan berkabus putih.
Mirrah membatalkan niatnya untuk mencari surat itu.Lagipula nama pengirim surat itu adalah nama yang paling dibenci olehnya.Tetapi dia ingin mengetahui apa yang terkandung didalam surat itu.
Gadis itu menggelengkan kepala lalu berlari meluncur ke pintu tangga dan selamat sampai ke dewan kem banjir.
Dia berharap agar tiada siapa menjumpai surat itu.Berharap sangat.
__________
Seusai menjalankan kewajipannya sebagai umat islam ,Mirrah pergi ke tandas untuk memakai tudung dengan betul.Dia mengenakan tudung bawal,baju t shirt dan seluar tracksuit.
Setelah selesai urusannya,dia berjalan meluncur ke arah dapur dan menolong orang ramai memasak.Rata-ratanya sukarelawan dan penduduk kampung.
Satu tubuh yang menarik perhatian Mirrah.Gaya memasaknya seperti ala mamak mamak yang sedang memasak nasi goreng.Mirrah melihatnya dengan tekun sekali.Matanya menebus pandangan terus ke sisi wajah lelaki tampan itu.
Secara tiba-tiba dia berpusing ke arah Mirrah dan terus Mirrah menekup mukanya dengan tangan agar tak dilihat gerangan lelaki itu.Sempat juga dia mengintai anak teruna yang setia dengan sudipnya.
'Tak penat ke menguis nguis nasi goreng tu'Monolog Mirrah dalam hatinya.Jarang lelaki masuk ke dapur.Al maklumlah
"Mirrah kamu kat sini buat apa,mari tolong mak cabut daun kangkung ni ,dah pergi buat kat situ"
Puan Hazifah menghulurkan sebekas kangkung kepada Mirrah sambil memuncungkan mulutnya kehadapan.
Jari ibunya meluncur ke arah belakang lelaki itu.
"Mak tunjuk arah mana ni.. betul betulla"rengek Mirrah sambil menilik urat selari daun kangkung di dalam bekas itu
"Tu ha sebelah budak sukarela tu dia suruh,yang kamu duk usha dia dari tadi..dia tengok kamu cam tak ada kerja je. Dah pi sana"Usir ibunya lalu dia menyambung kerjanya yang terbengkalai.
Kaki Mirrah melangkah kecil dan mengambil tempat di atas tikar tepat berhadapan lelaki tadi.
Mirrah berasa tak selesa dengan situasi itu kerana dia bertentangan dengan lelaki itu.
"Awak tahu ke nak buat tu"Mirrah cuba menyucuk angan lelaki itu.
Mirrah asyik memerhati lelaki itu yang sedang khusyuk menggulingkan kuih gula melaka di telapak tangannya.
"Aku tahu lah,kau ingat aku tak reti ke bab kuih muih ni?"Kata lelaki itu bongkak
Mirrah hanya menjeling sekilas dan menyambung perbuatannya yang terbantut kerana bersembang dengan lelaki tadi.
"Zarrif!sini jap!!"Satu suara nyautan dari seseorang menyapa sehingga gegendang telinga Mirrah.
Mata mereka berdua laju memandang ke arah gerangan manusia yang menyahut nama seseorang dengan lantang.
Lelaki dihadapan Mirrah lantas bangun dan menghentikan kerjanya yang terbengkalai itu.
'Zarrif?'
monolog wanita yang berusia 20 an itu.Dia memuncungkan mulutnya dan termenung seketika.
"Ha Mirrah siap dah ke kerja kamu tu duk muncung itik dah kenapa?Cepat sikit!"
Sapaan ibunya menghentikan lamunan Nana yang sudah menerewang ke laut.
"Ye mak sikit je lagi ni!!"
Dia menyambung semula kerjanya yang terbengkalai.
__________
Aplikasi Instagram dibuka.
Mirrah melirik scroll hingga ke bawah.Dia lebih cenderung dengan seni jadi banyak akaun instagram tentang post seni dan reka tanda yang diikutinya.Semua gambar tentang kesenian dan kraftangan akan dia 'like'.
Sedang Mirrah rehat diatas kerusi buaian seseorang berdehem ke arahnya.
"Ehemm ,Assalamualaikum."
Zarrif memberi salam dan sempat meng'usha' apa yang dilihatnya di skrin telefon pintar milik Mirrah.
"Waalaikumsalam eh Encik Zarrif " Balas Mirrah perlahan.
Dia memandang kearah Zarrif dihadapannya.
"Eh macam mana kau tahu nama aku hah?"
Soal Zarrif menandakan dia tidak berpuas hati.Dia mengerutkan keningnya sambil bercekak pinggang.
"Huh adalah S.E.C.R.E.T. bunyinya secret"
Balas Mirrah sambil sambung melihat posting di aplikasi insragram.
"Okay taknak bagitahu takpe by the way nama kau apa?"
Zarrif mengambil tempat berhadapan Mirrah yang dipisah dengan meja batu.
"Umairah panggil Mirrah"Balas Mirrah pendek.
"Wow simple but nice"
Puji Zarrif ikhlas sambil tersenyum.
Mirrah sudah mengembangkan hidungnya.Dia membetulkan kedudukannya supaya selesa.
'Fuh bukan selalu kena puji ni lagi-lagi dengan lelaki,hensem pulak tu,macam laki korea'monolog hati Mirrah yang sedang berbunga bunga.
Memang jelas sekali rupa Zarrif seakan akan lelaki korea kerana mukanya berkulit putih dan matanya sepet juga menjadikannya seperti muka artis ala ala Lee Min Ho,bibirnya berwarna maroon .Siapa saja tak terpikat.
"Kau usha apa kat instagram tu?Stalk crush ke?"Tanya Zarrif
.Matanya meninjau-ninjau apa yang sedang di cari Mirrah.
"Eh ha ni tak ada masanya, saya hanya minat dengan lukisan dalam post ni je."Lesap terus bayangan Lee Min Ho dikepala Mirrah apabila ditegur lelaki itu.
Mirrah melihat jam di skrin telefonnya.Sudah hampir masuk waktu Maghrib.
Tidak sempat Zarrif melihat post gambar yang dikatakan oleh Mirrah kerana dia telah menutup telefon pintarnya.
"Err Zarrif nak masuk waktu Maghrib ni baik awak pergi solat eh"Mirrah menyeluk tangannya ke dalam poket seluar tracksuitnya .
"Oh ye eh, okey bye Assalamualaikum jumpa esok"Zarrif pulang ke kem lelaki di sebelah dewan makan.
Dia sempat melambai lambai tangan ke arah Mirrah dan jejak badannya sudah hilang dari pandangan Mirrah.
Wanita itu lantas bangun dari kerusi buaian dan bergerak ke khemahnya di dalam dewan pemindahan banjir perempuan.
__________
"Aduh tak kena time pulak dah ni,sepatutnya 21 haribulan asal kau datang awal sangat,"Mirrah merungut sendirian.
Dia baru menyedari bahawa ibunya menegurnya ketika mereka hendak solat subuh pagi tadi darah haidnya terkena pada telekung yang dipakainya.
Perutnya pula senggugut teramat.Memang sakitnya rasa seperti dirobek walaupun cuma datang bulan sahaja.
Mirrah masih setia memegang buku catatan haidnya di tangan.Sebelah tangan pula memegang pen bagi mencatat tarikh yang perlu dia sampai haidnya selepas bulan ini.
"Hoi!Assalamualaikum"jerkahZarrif dari belakang.
"Eh mak kau senduk mak aku sudip!!"Terkesima Mirrah dan secara automatik dia termelatah.
"Ya Allah Zarrif terkejut saya,Waalaikumsalam"
Mirrah memegang dadanya yang berombak laju.Tak ditambah dengan senggugutnya lagi yang semakin sakit bila terjerkah macam tu.
Zariff tergelak besar apabila melihat reaksi Mirrah sebegitu.Sungguh dia kelakar dengan perangai Si Nana tu.Hampir terkeluar air matanya.
"Ehh dia ni gelak tak ingat dunia"Mirrah membuat rolling eyes sambil menjeling Zarrif.
"Tak ta..ak a..aku HAHAHAHA.. dah aku stop..stop.."Zarrif berkata sambil bersisa ketawanya.
Merah mukanya akibat gelak terlalu galak.
"Okey okay ni kau buat apa dengan buku dan pen ni..tulis apa"Zarrif mengambil tempat berhadapan Mirrah.
Lantas Mirrah menyorokkan bukunya di belakang badannya.Dia hampir terlupa bahawa dia sedang mencatat tarikh datang bulannya.
"Eh tak ada apa lah saya tengah buat kira kira ni ha apa ke dianya,jap haa akaun."
tipu Mirrah dan dia memberikan senyuman palsu.
"Oh akaun,meh sini aku tolong kau.Aku dulu pro bab macam ni."
Riak Zarrif sambil menepuk dada.
Sememangnya benar,sewaktu dia masih bersekolah menengah setiap kali ujian subjek akaun pasti dia meraih keputusan yang cemerlang.Jadi segala tentang kira mengira adalah masalah yang kecil baginya.
"Ehh tak payah saya nak settle dah ni."Mirrah mula keruan apabila Zarrif bertindak ingin mengambil buku peribadinya
"Takpe aku boleh tolong bak sini"Zarrif mencapai buku yang diangkat wanita itu.
Sejujurnya Mirrah amat pendek jadi mudah untuk Zarrif mencapai buku yang berada di tangan wanita itu
"Zarrif jangan!!"Mirrah menekup mulutnya apabila buku yang dipegangnya telah berubah tangan.
"Ha apa yang awak kiranya.Mari saya tolong,aik angka tarikh ke ni?tarikh apa ni?jap title dia Bulan Datang Peri...."
Bacaan judul buku tersebut tidak habis dibaca lagi sudah dirampas oleh Mirrah dengan kasarnya.
"Eh awak ni jangan la main suka hati ambik barang orang!!Saya tak sukalah!!"
Mirrah meninggalkan Zarrif yang terngiang ngiang dengan kejadian tadi.
"Eh weh aku nak tolong kau je!!" Laung Zarrif sambil menggarukan kepalanya.
Zarrif mengangkat bahunya dan bergerak meninggalkan kawasan itu.
Please vote and comment.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro