Hari Jadi
"KAK LYNNA! Selamat hari jadi kak Lynna!" Fang peluk Lynna di hadapan pintu rumah dan lalu lepaskannya "Kak Lynna masuklah tapi abang hari ini tak sihat" Lynna masuk ke dalam rumah tersebut dengan sebuah beg plastik makanan yang besar
"Abang tak sihat?" Fang mengambil beg plastik makanan itu
"Ha ah, dia demam" Fang melihat di dalam beg plastik itu dan nampak sebuah kotak besar "Akak bawak apa hari ini?"
"Akak bawak kek lebihan malam tadi. Keluarga akak sambut hari jadi akak malam semalam, ini kek lebih ni akak bawa ke sini, nak kongsi dengan Fang dan abang tapi.. macam mana abang boleh demam pulak?" Lynna ikut Fang masuk ke dalam dapur. Dia nampak Fang sedang sediakan sup lobak merah untuk abangnya. Ada sebuah mangkuk dan secawan air putih di atas dulang
"Masa kak Lynna takde, abang asyik dengan latihan tempur sahaja tapi semalam dia tak larat. Dia cakap, jangan beritahu kak Lynna sebab dia nak sambut hari jadi kak Lynna. Dia cuba nak sembuhkan diri dia tapi hari ini makin teruk demam dia" Fang meletakkan sup di dalam mangkuk besar itu. Semuanya sudah siap, hanya tinggal untuk menghantar sup itu ke atas sahaja
"Fang duduk sahaja di bawah, biar akak bawakan untuk abang" Fang terus tersenyum dan biarkan Lynna mengangkat dulang itu. Mereka berdua keluar dari dapur dan terus ke bilik Kaizo yang berada di tingkat atas. Fang membuka pintu bilik abangnya. Kaizo sedang nyenyak tidur dan Lynna masuk ke dalam bilik itu. Fang tinggalkan Lynna di dalam bilik abangnya. Lynna meletakkan dulang itu di atas meja dan lalu pergi kejutkan Kaizo
"Kaizo, bangun.. Lynna ada bawakan sup lobak merah" Kaizo membuka matanya dan nampak senyuman lembut Lynna
"Lynna? Kau buat apa dekat sini?" Kaizo terus dudukkan dirinya di atas katil. Lynna periksa dahi Kaizo
"Hmmm.. aku ke sini sebab aku ingatkan nak kongsi kek hari jadi aku dengan kau dan adik kau tapi aku dapat tahu, kau demam pula" Lynna pergi mengambil mangkuk sup lobak merah itu dan lalu duduk di tepi katil Kaizo. Dia suapkan sup lobak merah itu kepada Kaizo tetapi Kaizo tidak mahu membuka mulut "Makanlah, nanti kau akan bertambah sakit"
"Tapi kau tak perlu suapkan aku" Kaizo mengambil sudu dan mangkuk itu di tangan Lynna "Aku boleh suap diri aku sendiri" Lynna tidak kisah, asalkan Kaizo makan "Maaf sebab aku tidak dapat sambut hari jadi kau hari ini"
"Takpe, yang penting sekarang, kau mesti sembuh. Hari jadi aku, tahun depan boleh sambut" Kaizo tidak berkata apa lagi, dia terus makan sup lobak merah sambil di temankan oleh Lynna
-----------------------------------------
Dua hari selepas itu, Kaizo sudah kembali pulih. Dia sudah mula jalani latihan tempur bersama dengan Lahap. Adiknya, Fang turut ada di situ juga tetapi dia duduk di tepi sahaja untuk membuat kerja latihan matematik
"Pang! Kau sudah siap dengan kerja kau?" Kaizo datang dekat kepada adiknya
"Tinggal satu lagi soalan" Fang tidak mengalih pandangannya kerana dia terlampau tumpukan perhatian dengan soalan matematik yang terakhir itu. Kaizo duduk di sebelah adiknya sambil minum air. Lahap sudah pengsan di tengah-tengah tempat latihan tempur kerana kaptennya belasah dia sepuas-puas hati "Abang.."
"Hmmm.. kau nak apa?" Kaizo menutup botol airnya "Kau tak dapat nak jawab soalan matematik tu ke?"
"Bukanlah" Fang menulis jawapan matematik itu dan terus dia menutup buku latihannya "Abang tak nak sambut hari jadi kak Lynna ke?"
"Bukan hari jadi dia sudah lepas ke?"
"Memanglah sudah lepas tapi abang tak buat sesuatu ke? Masa abang demam hari itu, dia yang jaga abang dari pagi sehingga malam. Kasihan kak Lynna tak dapat nak sambut hari jadi dia"
"Bukan dia sudah sambut hari jadi dia dengan keluarga dia ke?" tanya Kaizo. Dia melihat Lahap yang masih lagi pengsan
"Yea tapi dia mesti nak sambut hari jadi dia dengan abang. Malam tu sepatutnya dia nak keluar makan dengan kawan-kawan dia tapi kak Lynna batalkan sebab dia nak jaga abang" Hati Kaizo tersentuh sedikit "Tapi dia tak kisah kalau tidak dapat sambut hari jadi dia dengan abang. Adik langsung tak nampak kekecewaan dari kak Lynna"
"Hmm.. jadi kau nak aku buat sesuatu lah ni"
"Mestilah. Abangkan sayang kan dia, macam abang sayangkan adik" Fang melihat abangnya "Abang selalu belikan adik sesuatu untuk ceriakan adik, jadi abang kenalah buat sesuatu untuk dia pula. Sebagai tanda terima kasih kerana menjaga abang" Kaizo terus memikirkan sesuatu tetapi dia langsung tiada idea "Abang nak adik tolong ke?"
"Hmm.. tak perlu. Biar abang sendiri yang fikirkan sesuatu" Tapi apa yang keluar dalam pemikiran dia adalah, latihan tempur bersama Lynna "Kalau abang bawa dia keseluruh galaxy ok juga?" Kaizo cuba fikirkan idea lain pula "Hmmm.. kalau abang buatkan kek untuk dia?"
"Nanti abang pergi letak garam satu botol. Itu macam nak bagi kak Lynna masuk hospital sahaja" terus Fang kena ketuk oleh abangnya "Betul lah kan, abang kalau masak.. mesti masin!" terus dia kena ketuk lagi sekali. Fang buat muka masam dekat abang dia "Kalau susah sangat, abang pergilah minta tolong dari geng trio huru hara tu"
"Tak perlu, biar abang sendiri yang uruskan" Kaizo bangun dari situ dan terus meninggalkan tempat latihan tempur. Dia terus fikirkan balik dengan cadangan dia yang awal tadi iaitu membawa Lynna pergi mengembara di galaxy. Sebelum ini Lynna tunjukkan dunia dia yang lain. Dunia yang penuh dengan fantasy tapi ke planet mana dia perlu membawa Lynna? Planet asal dia? fikir Kaizo. Dia tidak mahu serabutkan pemikiran dia, Kaizo terus masuk ke dalam bilik dia di kapal angkasa dan lalu rehatkan diri sebelum dia pulang ke bumi
---------------------------------
Dua hari selepas itu, Lynna datang ke Pulau Rintis kerana Fang yang suruh. Dia suruh Lynna tunggu di kedai Kokotiam Tok Aba. Yaya dan Ying temankan Lynna di kedai Tok Aba sementara menunggu Fang sampai. Mereka boleh agak yang Fang akan tiba di kedai Tok Aba tepat pukul 10 pagi dan tekaan mereka memang betul. Dia bukannya tiba keseorangan tetapi dia tiba dengan 3 orang lagi iaitu trio huru hara, Faye, Bella dan Lily. Yaya dan Ying tidak berkata apa kerana mereka tahu ini adalah satu rancangan dari Kaizo
"Kak Lynna!" Lily melambai-lambai ke arah Lynna
"Hai Lily, cerianya kamu hari ini" kata Lynna sambil melihat keceriaan Lily. Dia memang sentiasa ceria, tidak pernah nak rasa sedih ataupun marah "Fang bawa kamu bertiga ke sini kenapa?"
"Oh! Fang bawa kami ke sini kerana!" Lily kenyitkan matanya kepada Lynna Terus Faye, Bella dan Lily keluarkan microphone mereka "Dengarkanlah sebuah lagu ditujukan khas untuk kak Lynna!" Tok Aba sudah bersiap sedia dengan radio dan lalu putarkan lagu tersebut
Another year you made a promise
Another chance to turn it all around
And do not save this for tomorrow
Embrace the past and you can live for now
And I will give the world to you
Speak louder than the words before you
And give them meaning no one else has found
The role we play is so important
We are the voices of the underground
And I would give the world to you
Say everything you've always wanted
Be not afraid of who you really are
Cause in the end we have each other
And that's at least one thing worth living for
And I would give the world to you
A million suns that shine upon me
A million eyes you are the brightest blue
Lets tear the walls down that divide us
And build a statue strong enough for two
I pass it back to you
And I will wait for you
Cause I would give the world
And I would give the world
And I would give the world to you
This is the new year
A new beginning
You made a promise
You are the brightest
We are the voices
This is the new year
We are the voices
This is the new year
Lynna bertepuk tangan melihat mereka bertiga menyanyi bersungguh-sungguh "Wah! hebat kamu bertiga! Tapi.. kenapa nyanyikan lagu itu untuk akak?" Fang, Yaya, Ying, Bella, Faye dan Lily hanya tersengih sahaja. Lynna rasa pelik melihat mereka bertiga, lalu dia terfikirkan sesuatu "HAH! Ini mesti kejutan dari Kaizo lagi. Betul tak?"
"Ala kak Lynna, janganlah rosakkan rancangan dia" kata Fang "Abang sudah rancangkan semua ini dengan sempurna sekali"
"Ha ah kak Lynna. Dia minta bantuan daripada kita semua" kata Yaya "Kak Lynna tunggu kejutan seterusnya ok. Lagu tadi yang dia orang nyanyi, lagu itu dipilih sendiri oleh Kapten Kaizo"
"Itu sebab dia yang minta sendiri dari aku pilihkan lagu yang sesuai untuk kak Lynna" Fang pula menyibuk
"Hmm.. yelah Fang, kau pun tolong juga" Yaya malas nak bergaduh dengan Fang
"Kak Lynna, mari ikut kami ke tempat yang seterusnya!" Ying menarik tangan Lynna
"Semoga semuanya berjalan dengan lancar!" kata Tok Aba sambil tersenyum melihat mereka semua yang tidak sabar untuk melihat reaksi Lynna dengan kejutan seterusnya. Mereka terus bawa Lynna ke bandar Pulau Rintis. Mereka bawa Lynna kedai ice cream yang sangat terkenal di Pulau Rintis. Fang membuka pintu kedai itu dan menyuruh Lynna masuk terlebih dahulu. Dia terkejut melihat Boboiboy dan Gopal sedang menunggu kehadiran dia
"Kak Lynna!" Boboiboy terus tunjukkan ice cream kek kepada Lynna "Happy belated birthday kak Lynna! Maaf sebab kami sambut hari jadi akak lambat" Lynna terharu melihat mereka semua. Gopal siap bagi Lynna sebuah tiara mainan kepada Lynna
"Kak Lynna pakai ni! sebab kak Lynna kan puteri!" kata Gopal. Fang mengambil tiara itu dan lalu memakaikannya di atas kepala Lynna
"Wah! Akak nampak cantik bila pakai tiara tu" kata Faye "OK! Lokasi yang seterusnya!" Sebelum mereka bertolak pergi, Boboiboy suruh pekerja itu masukkan ice cream kek ke tempat bekas khas untuk bagi ice cream itu cair. Selepas itu mereka ke taman bunga. Mereka semua siap nyanyi-nyanyi lagi untuk Lynna. Setelah sampai di taman bunga, Lynna nampak Ochobot dan Rizu sedang menunggu kehadiran mereka. Rizu sedang memegang beberapa belon yang pelbagai warna. Di situ jugalah tempat kali pertama Lynna dan Kaizo berkelah. Semuanya berlaku di situ. Tikar untuk berkelah juga sudah tersedia dengan beberapa pinggan, sudu, garpu, cawan dan juga dua botol air kegemaran Lynna
"Terharunya akak" Lynna mengelap air matanya "Akak tak pernah nak buat kejutan untuk dia. Rasa bersalah pula" Muka Lynna berubah menjadi sedih
"Abang tahu kak Lynna akan rasa bersalah tapi dia tidak kisah kalau akak tak buat sebab dia tahu akak kadang-kadang sibuk tapi tidak pernah lupakan kami dekat sini. Abang kata akak terlalu istimewa untuk adik dan abang" kata Fang. Lynna terus tersenyum dan tangan dia di tarik oleh Fang untuk pergi berkelah di situ beramai-ramai. Boboiboy letak kotak ice cream kek tadi di atas tikar itu dan Yaya cepat-cepat memotong kek itu. Dia agih-agihkan kepada semua orang kecuali Ochobot. Dia terpaksa makan hati sahajalah
"Kakak Lynna, selamat hari jadi!" kata Rizu. Lalu dia berikan sebuah hadiah kepada Lynna "Pizu belikan untuk kak Lynna"
"Terima kasih Rizu" Lynna cium pipi Rizu "Tapi.. mana Kaizo? Bukan ini kejutan untuk akak ke dan dia pula tiada di sini"
"Tak tahulah si itik tu pergi mana tapi akak jangan risaulah, nanti dia akan datang punya" kata Lily sambil makan ice cream kek itu. Mereka semua bersembang-sembang di situ sehinggalah ice cream kek itu sudah dihabiskan oleh mereka semua tetapi Kaizo masih lagi belum muncul. Lynna rasa risau pula
"Fang, mana abang kamu?" Fang tidak menjawab "Fang? Cuba beritahu akak mana abang kamu"
Fang berpura-pura tidak tahu dimana abang dia "Maaf akak, adik tak tahu kenapa abang tidak datang ke sini. Mungkin dia ada kecemasan dekat angkasa lepas"
"Kecemasan? Ada musuh serang ke?"
"Hmm.. entahlah, tapi itu tekaan adik sahaja" Fang rasa kasihan pula melihat muka Lynna kerisauan "Akak kalau risau, adik boleh temankan akak pergi ke kapal angkasa abang"
"Ha ah, kami semua boleh temankan" kata Boboiboy
"Takpe, akak tak nak susahkan kamu semua. Biar akak pergi dengan Fang sahaja" Lynna bangun dari situ dan terus ke rumah Fang dan Kaizo untuk melihat keadaan Kaizo. Boboboi berharap sangat rancangan Kaizo berjalan dengan lancar kerana dia takut pula Lynna akan marah sebab buat dia rasa cemas dan risau. Mereka semua fikirkan benda yang sama. Fang ikut di belakang Lynna yang sedang berjalan dengan cepat tetapi dia tidak mahu membuang masa. Dia terus pegang tangan Fang dan hilangkan diri. Dia dan Fang muncul di halaman rumah Fang. Lynna terus berlari masuk ke dalam rumah untuk mencari Kaizo tetapi dia tiada di dalam rumah tersebut
"Fang!" Lynna keluar dari rumah itu dan dapati Fang tiada di halaman rumah "Mana pula dia pergi" Lynna menjadi cemas "FANGGGGG!" Lynna memanggil nama Fang dan tiba-tiba sahaja badan dia di tarik masuk ke dalam kapal angkasa Kaizo "Kaizo?" Dia nampak Kaizo berdiri di situ keseorangan "Kau ok ke? kau tak apa-apa?"
"Aku ok, tiada apa-apa yang berlaku ke atas diri aku"
"Tapi kenapa kau tidak datang ke taman bunga tadi. Bukan ke kejutan tadi itu kau buatkan untuk aku tetapi kau sendiri tidak datang" Suara Lynna agak marah sedikit
"Maaf sebab aku rancangkan semua ini untuk kau datang ke kapal angkasa aku"
"Tapi kau tidak perlulah menggunakan taktik begitu! Kau buat aku rasa risau, aku takut terjadi apa-apa dekat kau" Kaizo nampak air mata Lynna mengalir keluar. Dia mahu lap air mata itu tetapi tangan Kaizo di tepis oleh tangan Lynna "Kau buat aku rasa kecewa Kaizo" terus dia pergi mencari Lahap untuk turunkan dia ke bumi tetapi apa yang berlaku seterusnya, benda buruk yang tidak sangka berlaku ke atas Lynna. Sebuah tangan robot menembus masuk ke dalam dinding kapal angkasa dan terus mencengkam pinggang Lynna
"KAIZOOOOO!"
"LYNNAAA!" Kaizo mencapai tangan Lynna supaya dia tidak di tarik oleh tangan robot yang begitu besar itu. Lynna pegang tangan Kaizo sekuat hati "Jangan lepaskan tangan aku!" Tetapi tangan robot itu menarik Lynna keluar dari kapal angkasa dia
"KAIZOOOOOOO!" Tangan Lynna terlepas dari pegangan Kaizo dan gelang berlian bunga tercabut dari tangan Lynna. Terus Lynna di bawa masuk ke dalam kapal angkasa satu lagi. Kapal angkasa itu terus hilang dari pandangan Kaizo. Hanya gelang itu sahaja yang ada di tangan Kaizo. Lynna sudah dibawa lari oleh salah satu musuh Kaizo. Fang dan Lahap berlari ke arah Kaizo
"Apa terjadi abang?" Kaizo tidak menjawab pertanyaan adiknya. Dia hanya menggenggamkan gelang itu sekuat hati "Kak Lynna?"
"Dia kena tangkap oleh musuh abang" kata Kaizo dengan perasaan marah dia "Abang tak kan maafkan dia kalau dia cederakan Lynna. Abang akan pergi dapatkan semula dia" Kaizo terus beredar dari situ. Lahap mengikut kaptennya masuk ke dalam bilik kawalan. Dia akan mencari Lynna sampai dapat. Dia tidak akan berhenti mencari Lynna, sejauh mana pun dia pergi, dia tidak akan berhenti
"Lahap, cari kapal angkasa itu dengan segera"
"Baik kapten!" Lahap tahu kaptennya sedang marah sekarang ini. Dia akan bantu kaptennya untuk mendapatkan semula Lynna. Fang terpaksa ikut abang dia. Dia sudah mesej kawan-kawan dia apa yang berlaku tadi
"Kak Lynna kena tangkap?" terkejut Boboiboy. Mereka semua ingin membantu Kaizo tetapi kapal angkasa Kaizo sudah pun terbang jauh dari bumi. Mereka hanya dapat melihat langit biru itu dan berdoa agar Lynna dapat di selamatkan oleh Kaizo, Fang dan Lahap
To be continued...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro