Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Gelang

Fang, Bella, Faye dan Lily berdiri tegak di medan latihan tempur. Mereka berempat dikenakan hukuman latihan tempur sebab menyibuk dalam hubungan dia dan Lynna. Kaizo tidak berkata apa, dia hanya bermundar mandir sahaja di tempat latihan tempur dengan muka serius dia "Kamu semua tahu kenapa aku panggil kamu ke sini?"

"Tahu" kata mereka kecuali Lily

"Tak tahu" itu yang dijawab oleh Lily. Padahal dia tahu tapi dia sahaja nak cari pasal dengan Kaizo. Kaizo hiraukan sahaja jawapan dari Lily itu

"Kamu semua akan dikena latihan hukuman tempur! KAU INGAT AKU TAK KAN BERIKAN HUKUMAN KEPADA KAMU SEMUA!" Kaizo keluarkan pedang tenaga dia sambil berjalan-jalan di depan mereka berempat

"Aku ingatkan selepas dia dengan tuan puteri, takdelah berikan hukuman dia tu" bisik Lily. Kaizo terdengar bisikan Lily dan dia terus pergi ke Lily yang sedang berdiri di antara Fang dan Faye. Kaizo pandang ke arah mata Lily lama-lama "Kap-kap-kapten Kaizo janganlah pandang sa-saya lama-lama" terus Kaizo berikan senyuman sinis dia

"Nampaknya, kau menjadi orang pertama menjalani latihan tempur! Kedua si Bella, ketiga pula ialah Faye dan akhir sekali ialah Pang" Dia sahaja bagi adik dia paling akhir sekali kerana dia boleh menghukum adiknya dengan lama. Kaki Lily menggigil berjalan ke tengah-tengah medan latihan tempur. Fang, Bella dan Faye hanya duduk di tepi untuk melihat Lily kena hukuman dengan Kaizo

"GOOD LUCK LILY!" kata Faye dan Bella. Lily hanya tersenyum sengih sahaja kepada kawan-kawan dia "YOU CAN DO IT!" kata mereka lagi tetapi Lily tidak sempat nak menjawab balik kerana dia sudah dikena kejar oleh Kaizo selama 2 jam

-------------------------------------

"Yang korang bertiga ni kenapa?" tanya Tok Aba kepada 3 orang anak gadis yang sedang bersedihan. Banyak tanda lebam-lebam di muka, kaki dan tangan mereka. Tiada kesan luka pun pada diri mereka

"Latihan tempur" kata mereka bertiga

"Kasihan kamu. Atuk buatkan Ice Blended Chocolate Special untuk korang!"

"Terima kasih Tok Aba! Tok Aba paling baik, lebih baik daripada si Kaizo yang kejam tu" menangis Lily "Ingatkan dia sudah kurangkan bagi kita orang hukuman, rupanya bukan"

"Itulah, aku pun ingat macam tu juga" mengeluh Faye "Apalah nasib kita ni yea"

"Siapa suruh kacau hubungan dia orang, kan dah kena dengan Kapten Kaizo" muncul Gopal bersama dengan Boboiboy "Apa cerita dengan dua merpati sejoli sekarang ni?"

"Hmm.. entahlah, aku tak dengar apa-apa berita tentang mereka. Kak Lynna pun sekarang ni tengah sibuk dengan assignment dia" Faye pusingkan dirinya "Tapi aku dengar, birthday kak Lynna tak lama lagi. Mesti abang sepupu aku akan buat sesuatu yang sweet dan romantik"

"Macam dia nak buat aje" Bella pula menyibuk "Tapi..." Bella mula fikirkan sesuatu. Muka dia berubah menjadi muka nakal "Kalau dia nak kita orang buatkan rancangan khas untuk kak Lynna, boleh juga"

"Wei, kau takde kerja lain ke nak buat. Biarkan lah abang Kaizo buat sendiri. Nanti kau juga kena hukuman lagi" marah Boboiboy kepada Bella

"Hmm.. yelah" Bella terus bermasam muka. Lily letak tangannya di bahu Bella dan tiba-tiba sahaja dia tersenyum sinis. Bella tahu yang Lily tak kan berhenti mengacau bilau terhadap Kaizo "Nanti kita bincangkan dekat rumah aku ok, ajak Faye sekali" Dia bisik di telinga Lily. Selamat Boboiboy dan Gopal tidak nampak dia berbisik dengan Lily. Mereka sedang sibuk memilih pesanan mereka di kedai Tok Aba

"Tapi aku tak sangka abang Kaizo boleh buat kejutan untuk kak Lynna hari itu" kata Boboiboy yang sudah pun selesai memesan makanan dia "Nampak simple tapi romantik sungguh!"

"Kenapa kau tak beritahu rancangan si Kaizo tu dekat kita orang?" tanya Lily kepada Faye yang sedang kunyah cekodok chocolate "Kenapa kau senyap sahaja pada hari itu, aku kan sahabat baik kau" Menangis Lily di bahu Faye

"Maaf Lily. Malam tu masa aku tengah tengok makanan, si Fang datang dekat aku dan minta tolong daripada aku. Dia cakap jangan beritahu sesiapa sebab dia nak buat kejutan untuk kak Lynna. Jadi aku senyap sahaja tapi memang kasihan aku lihat kak Lynna malam tu. Yelah, dia tunggu abang Kaizo datang sampai majlis tu tamat" Faye sambung balik bercerita "Fang ada beritahu aku apa yang abang sepupu aku nak buat, jadi aku terpaksa rahsiakan daripada korang. Maaf yea kawan-kawan"

"Tapi rancangan aku juga yang tak menjadi" Bella menangis di bahu Faye

"Ala, janganlah teringat balik dengan rancangan kau tapi semuanya berjalan dengan lancarkan" kata Faye sambil membelai belakang badan Bella "Tapi aku hairan, kenapa tiba-tiba sahaja abang Kaizo nak buat kejutan macam tu"

"Hmmm.. mesti ada sesuatu buat dia berubah pemikiran" kata Boboiboy

"Entah-entah kak Lynna bagi dia makan durian" kata Gopal "Sebab itu dia buat kejutan macam tu" Semua fikirkan benda yang sama

"Haih, tak payahlah nak fikirkan sangat tentang dia orang tu. Biarkan ajelah dia orang berdua, yang kamu semua nak sibuk dalam hal dia orang kenapa? Nah, ambik air kamu" Tok Aba sudah pun siapkan air mereka semua "Dengar cakap atuk, jangan nak masuk campur dalam hal mereka berdua. Itu urusan mereka berdua"

"Hehehe.. maaf tok" kata mereka semua sambil mengambil air mereka masing-masing. Bella dan Lily tersenyum sinis sambil minum air mereka. Bella kenyitkan mata dia kepada Lily dan mereka tidak sabar untuk rancangkan sesuatu untuk Lynna dan Kaizo

----------------------------------------------

Fang sudah pun turun ke bumi. Dia berjalan terhuyung-hayang kerana terlampau penat sangat. Dia rasa ingin baring di atas katilnya dan terus tidur tetapi abang dia tidak bagi dia berehat kerana dia perlu pergi masak untuk makan malam nanti. Fang membuka pintu rumahnya dan dia terkejut melihat Lynna sedang duduk di atas sofa sambil bermain dengan laptopnya

"Kak Lynna?" Lynna tidak sedar dengan kehadiran Fang kerana dia sedang mendengar muzik dekat headphone nya. Fang terus berjalan ke arah Lynna dan usik bahu dia. Lynna terkejut melihat Fang dan lalu dia membuka headphone nya "Kak Lynna buat apa dekat sini? Macam mana kak Lynna boleh masuk ke dalam rumah?"

"Maaf sebab akak tak beritahu yang akak nak datang ke sini" Lynna menutup laptop nya "Abang kamu yang bagi kunci rumah ni. Dia cakap, akak boleh datang ke sini bila-bila masa sahaja tapi kalau nak diikutkan, akak boleh aje masuk ke dalam rumah menggunakan kuasa akak tapi abang kamu tak bagi pulak" Fang terus duduk sebelah Lynna sambil peluk tangan Lynna "Kamu ni Fang, macam kurang kasih sayang"

"Hehehe.. mana ada kak Lynna. Adik cuma suka bila kak Lynna datang ke sini. Bolehlah kak Lynna tolong adik masak nanti, mesti abang suka!"

"Abang dekat kapal angkasa lagi ke?"

"Ha ah, dia cakap dia nak periksa galaxy kalau ada musuh ke apa ke. Tahu-tahu ajelah abang tu" Fang baring di lengan Lynna. Dia buat muka comel seperti seekor kucing "Fang.. Fang.. kamu ni panas baran tapi suka juga bermanja yea"

"Adik manja dengan orang yang adik sayang sahaja. Macam abang dan kak Lynna" Lynna tersenyum

"Apa kata Fang rehat sahaja. Akak tahu abang bagi kamu latihan tempur" Terus Fang lepaskan pelukan dia "Fang rehat, tengok TV atau main dengan laptop akak ke.. biar akak sahaja sediakan makanan malam"

"Terima kasih kak Lynna" Lynna bangun dari sofa tersebut. Fang melihat sahaja Lynna masuk ke dalam dapur. Dia tersenyum sendiri dan terus membuka television untuk melihat rancangan apa yang ada pada hari ini. Fang menukar-nukar channel di TV sampai lah dia berhenti dan menonton sebuah movie superhero yang dia minati. Fang siap beraksi lagi seperti budak kecil. Dia tidak sedar yang abang dia sudah pun balik. Muka Kaizo nampak letih tetapi masih lagi bertenaga

"Pang!"

"Kejap lah abang, adik nak lawan dengan orang jahat tu" kata Fang tanpa melihat belakang

"PANGGGGGGG!" Fang terus pusing kebelakang dan nampak wajah serius abangnya "Bukan ke abang suruh kau pergi masak, kenapa kau menonton movie pula?"

"Sebab kak Lynna yang suruh adik berehat. Dia cakap, biar dia sahaja yang uruskan" Fang terus sambung balik menonton television. Dia mula fikirkan abang dia tak kan marah dia kalau kak Lynna ada. Fang tergelak kecil

"PANGGGG!"

"Apa dia?" Fang pusing kebelakang lagi sekali. Kali ini Kaizo bawa pisau dan sebuah bakul penuh dengan bawang "Abang nak suruh adik potong semua tu ke?" kata Fang dengan nada bosan

"Yea, aku nak kau pergi tolong kak Lynna! Jangan nak merungut" Kaizo berikan pisau dan bakul itu kepada adiknya "Pergi tolong cepat! Jangan mengegada nak goyang kaki sahaja"

"Abang tu tak tolong kak Lynna pun" kata Fang sambil mengambil kedua barang itu di tangan abangnya. Berkerut-kerut dahi Kaizo dibuatnya

"ABANG NAK PERGI MANDI DULU! BARULAH ABANG PERGI TOLONG!"

"TAPI ADIK PUN NAK REHAT SEKEJAP!"

"Ehem" Kaizo dan Fang pandang ke arah pintu dapur. Lynna sedang bersilang tangan dengan muka marah dia "Senang cerita, Fang dan Kaizo pergi berehat.. biar Lynna sahaja yang masak" Lynna pergi ke arah Fang dan ambil pisau dan bakul itu "Jangan nak gaduh-gaduh lagi"

"Maaf kak Lynna" Lynna tersenyum sedikit

"Takpe, akak maafkan" Lynna terus masuk ke dalam dapur balik. Fang dan Kaizo bertentang mata

"Nasib kau memang baik yea, kalau kak Lynna ada dekat sini. Siap kau nanti Pang" Kaizo memberikan jelingan maut kepada adiknya dan terus beredar dari situ untuk pergi masuk ke dalam dapur. Dia tidak akan membenarkan Lynna membuat kerja sorang-sorang, dia akan menolong Lynna tetapi Lynna menolak pertolongan daripada Kaizo. Dia ingin Kaizo pergi berehat sahaja

"Kau pergilah berehat dulu. Aku tahu kau penat"

"Hmmmm... apa kata malam ni kita makan di luar sahaja"

"Tapi... aku sudah pun potong semua ni" Kaizo mengambil pisau itu di tangan Lynna

"Boleh sahaja kita simpan semua tu dan esok boleh aku suruh adik aku masak apa yang dia nak" Lynna berikan senyuman kepada Kaizo "Jadi kau setuju kita makan di luar?"

"Baiklah Kaizo, aku ikut sahaja dengan rancangan kau" Lynna terus simpan bawang dan lobak merah yang dia sudah potong tadi ke dalam sebuah bekas makanan. Kaizo perasan yang Lynna masih lagi memakai gelang bunga yang dia pakaikan hari itu

"Kau masih lagi pakai gelang itu?" Lynna pegang gelang itu, terus dia melihat Kaizo

"Sebab kau yang pakaikan dekat aku. Lagipun, bunga ini adalah bunga betul tapi ianya tidak akan layu selama-lamanya cuma.. kalau terputus, dia akan layu" Lynna terus cuit hidung Kaizo dan terus lari keluar. Pipi Kaizo rasa merah kerana malu. Dia cepat-cepat simpan bahan yang Lynna potong tadi. Dia terdengar suara Lynna di ruang tamu

"Fang, abang kamu nak bawa kita makan di luar. Fang pergi mandi cepat-cepat tapi Faye tak nak ikut kita ke nanti?"

"Faye sibuk dengan kawan dia" kata Fang "Dia malam ni tidur dekat rumah Bella, Lily pun ada dengan dia juga. Entah apa dia orang tengah rancangkan"

Kaizo mengangkat kening sebelahnya. Dia dapat rasakan huru hara yang seterus daripada trio huru hara. Dia perlu hentikan mereka bertiga sebelum mereka buat perkara yang pelik-pelik lagi seperti hari itu tetapi dia ingin ucapkan terima kasih kepada mereka bertiga kerana hantar dia dan Lynna ke dunia lain. Dia dapat meluangkan masa bersama Lynna tanpa ada gangguan daripada adik dia ataupun orang lain. Dia terdengar lagi perbualan Lynna dan adiknya

"Kak Lynna tak marah ke dia orang sebab hantar kak Lynna dan abang ke tempat lain?"

"Hmmm... pada mulanya, memang akak marah. Akak ingatkan musuh akak yang hantar akak ke sana tapi bukan tapi selepas akak tahu siapa yang buat, akak tak tahulah nak rasa marah ke tak tapi sebenarnya akak suka sebab akak tidak pernah meluangkan masa bersama abang kamu dengan begitu lama"

"Akak dan abang buat apa dekat sana?" tanya Fang lagi

"Jalan-jalan dekat dunia sana" kata Lynna "Fang pergi mandi cepat, nanti kita nak keluar dah" Lynna menggelakkan dirinya daripada di tanya lagi oleh Fang. Kaizo terus keluar dari dapur selepas sahaja dia habis mengemas. Dia nampak adiknya sudah pun naik ke atas dan masuk ke dalam bilik "Kau pun pergilah siap dengan cepat" kata Lynna

"Sebelum tu" Kaizo datang dekat kepada Lynna dan melihat wajah Lynna lama-lama dengan muka serius dia. Muka Lynna semakin lama semakin merah. Dia tidak tahu apa Kaizo akan buat seterusnya, hati dia berdebar-debar dan terus Kaizo mencubit hidung Lynna. Selepas itu Kaizo terus lari naik ke atas meninggalkan Lynna keseorangan di ruang tamu. Mata Lynna terkebil-kebil dan dia tidak berkata apa

"KAIZOOOOOOOOOOOOO!" menjerit Lynna secara tiba-tiba

----------------------------------------

Fang berjalan dengan gembiranya sambil berpegang tangan Lynna. Dia tidak sangka pula abang dia akan membawa dia dan Lynna keluar makan sambil berjalan-jalan di bandar Pulau Rintis. Lynna dan Kaizo senyap sahaja sepanjang perjalanan mereka ke bandar. Fang rasa, dia patut bercakap sesuatu tapi apa? fikir Fang. Lalu dia ada idea "Kak Lynna, ceritalah dekat adik. Apa kak Lynna dan abang buat dekat dunia sana" terus kepala dia kena ketuk oleh Kaizo

"Yang kau sibuk nak tahu kenapa?"

"Ala, adik pun nak tahu sekali. Kak Lynna kan kakak kesayangan adik juga. Adik mestilah nak tahu juga. Nantikan kak Lynna jadi kakak ipar adik" terus Fang kena ketuk lagi oleh abang dia "Abang ni! Asyik ketuk kepala adik sahaja" Fang bermasam muka. Lynna tergelak sedikit melihat gelagat mereka berdua

"Yang kau asyik fikirkan kan Lynna ialah kakak ipar kamu kenapa" Fang hanya menjeling lidahnya kepada abang dia

"Kalau Fang nak tahu, kami berjalan-jalan sahaja. Akak bawa abang kamu ke merata-rata tempat yang menarik"

"Hmm.. bestnya abang" kata Fang dengan perasaan cemburu dia "Nanti kak Lynna bawalah adik pergi jalan-jalan juga dekat dunia sana"

"Ok!" Fang terus memeluk tangan Lynna. Kaizo rasa sedikit cemburu. Dia menarik adiknya jauh daripada Lynna tetapi Fang tidak juga mahu melepaskan tangan Lynna. Mereka menarik dan menolak di tepi jalan, sehinggalah membuatkan Lynna jatuh ke atas jalan. Baju Lynna terkena sedikit kekotoran

"Alamak!" Fang cepat-cepat menarik tangan Lynna untuk bangun "Maafkan adik, kak Lynna. Maafkan kami" Lynna menyapu-yapu tempat kesan kotoran tadi tetapi dia tidak marahkan mereka. Dia tahu dengan perangai dua beradik ini

"Takpe, akak tak marah. Lagipun akak tak cederakan"

"Tapi..." Fang mengutip gelang bunga kak Lynna yang sudah terputus. Bunga-bunga itu tiba-tiba sahaja layu. Kaizo rasa sedih dan marah melihat gelang itu sudah terputus "Maaf kak Lynna, kami tak sengaja" Fang rasa nak menangis tetapi Lynna mengusap-usap kepala Fang. Kaizo hanya diam sahaja dengan muka serius dia "Gelang ni akak dapat dekat mana? Nanti adik gantikan"

"Tak perlu" kata Kaizo secara tiba-tiba "Gelang bunga itu abang yang pakaikan dekat tangan kak Lynna" Kaizo merampas gelang itu di tangan adiknya, dia simpan di dalam poket seluarnya dan terus sahaja pergi. Lynna dan Fang pandang sesama sendiri dan terus ikut Kaizo dari belakang. Fang tahu abang dia sedang marah tapi apa yang dia patut buat? Dia berlari ke sebelah abang dia "Abang, adik nak minta maaf. Maafkan adik. Adik tak sengaja"

"Takpe.. salah kita berdua tadi" kata Kaizo. Fang boleh dengar nada sedih abangnya "Nanti abang akan gantikan dengan yang lain"

"Tapi macam mana nak cari gelang bunga tu"

"Fang, jangan risau. Apa yang penting sekarang ini, kita pergi makan!" muncul Lynna di sebelah Fang. Dia cuba untuk ceriakan hati Fang supaya Fang tidak perlu risaukan sangat. Lynna terlupa tentang Kaizo yang sedang kesedihan tetapi Kaizo tidak berkata apa, dia tidak mahu marahkan Lynna ataupun merajuk. Jadi dia hanya senyap sahaja "Fang nak makan dekat mana?" tanya Lynna

"Ermm.. entahlah" kata Fang "Kak Lynna tanyalah abang" Belum sempat Lynna menjawab, Kaizo sudah pun berkata sesuatu

"Aku ikut sahaja apa yang korang nak makan" Lynna dapat dengar suara sedih Kaizo. Dia pandang wajah Kaizo "Kenapa? Ada sesuatu dekat muka aku ke?"

"Takde apa-apa. Cuma aku dapat rasakan kau sedih kerana gelang bunga yang kau bagi dekat aku sudah putus" Kaizo tidak berkata apa selepas itu. Tangan dia terus menyeluk ke dalam poket seluarnya "Kaizo, jangan sedih dengan gelang itu. Ada lagi yang boleh gantikan gelang itu tapi apa yang tidak boleh gantikan adalah pengalaman kita sesama kita ke dalam dunia sana. Aku cukup gembira kau dapat meluangkan masa bersama dengan kau" Kaizo tersenyum sedikit. Fang melihat Lynna dan Kaizo, dia rasa diri dia sebagai penyibuk pula dekat situ

"Jangan dia orang abaikan aku sudah" bisik Fang. Dia terus pegang tangan Lynna dan abang dia supaya mereka tahu yang dia ada di situ bersama dengan mereka. Lynna melihat Fang dengan senyuman dia "Kak Lynna, kita makan dekat tepi pantai nak tak?"

"Boleh juga! Akak dengar ada kedai ikan bakar dekat sini"

"Adik tak pernah makan ikan bakar tapi ini adalah sesuatu yang baru untuk adik mencuba! Seronoklah dengan kak Lynna, selalu sahaja ada benda baru dari kak Lynna" Lynna senyum sahaja. Mereka bertiga terus ke tepi pantai untuk menikmati makan malam pada hari itu. Kaizo tidak dengar perbualan mereka kerana dia asyik fikirkan tentang sesuatu iaitu untuk menggantikan gelang bunga tadi. Perlu ke dia masuk balik ke dunia sana dan meminta fairy itu membuat gelang itu balik? fikir Kaizo atau ada benda lain jauh lebih bermakna daripada gelang itu

"Abang?" panggil Fang. Dia nampak abang dia sedang berfikir dengan serius "Abang, janganlah fikirkan sangat. Malam ini kita bersuka ria ok!"

"Hmm.. yelah, ikut kau lah Pang" Kaizo melihat adiknya yang sedang tersenyum itu, lalu dia pun senyum sedikit. Esok sahajalah dia akan fikirkan sesuatu, fikir Kaizo

"Wei, wei! Cuba baca ni" Faye memanggil dua kawan baiknya untuk membaca tentang maksud bunga-bunga mawar yang diberikan oleh Kaizo pada tempoh hari. Kesemua warna mawar itu mempunyai maksud tersendiri. Bella dan Lily baring di sebelah Faye yang sedang memegang sebuah laptop

"Kau nak suruh kita orang baca apa?" tanya Bella. Faye tunjukkan sebuah laman web mengenai maksud warna bunga mawar "Bunga rose?"

"Yelah, kau ingat tak Yaya dan Ying berikan bunga rose warna putih" Lily dan Bella mengangguk kepala "Mawar putih menunjukkan kesuciaan atau maksud lain dia I'm worthy of you!"

"WUUUUUUU! Worthy lah konon!" Lily buat-buat rasa nak muntah "Tapi memang betul lah kan... hehehehe" Lily tersengih dan terus dia melihat maksud mawar merah di laman web itu "Mawar merah maksudnya cinta yang tulus ikhlas! WAHHHH! ITIK SUDAH JATUH CINTA!" Dia mengambil bantal Bella dan lalu menutup muka dia kerana muka dia menjadi merah "Tak dapat nak bayangkan macam mana kisah percintaan mereka berdua!"

"Lily.. Lily... macam mana lah aku boleh tahan dengan perangai pelik kau" kata Bella "tapi macam manalah korang boleh jadi kawan aku. Sampai kawan aku dekat sekolah pun dah tak kisah sangat tentang aku"

"Hehehehe.. sebab kau kan suka cari pasal dengan si landak" kata Lily sambil mengangkat bantal itu dari mukanya

"Hmmm.. asyik nak cari pasal dengan sepupu aku sahaja" Faye terus sambung mencari maksud bunga mawar berwarna ungu pula "Warna ungu maksudnya.. hehehe" Faye terus tersenyum lebar

"Kenapa kenapa? Apa maksud untuk warna ungu?" tanya Bella

"Maksudnya, cinta pandang pertama dan pesona!" mereka bertiga menjerit kegembiraan di dalam bilik tidur Bella

"Wah! kak Lynna memang cinta pertama si itik lah yea. Baguslah tu, sebelum ini asyik fikir nak dengan misi dia, buli si landak tu, kejar Lily dengan pedang tenaga dia.. apa lagi yea... oh yea! menghukum orang sekali dengan latihan tempur dia yang tahap ganas tu! Dalam diam si itik tu sudah jatuh cinta semasa mereka pertama kali bertemu, cuma dia tak nak mengaku sahaja.. hehehee" Lily peluk bantal Bella dan berguling-guling sedikit

"Warna biru pula..." Faye sambung balik baca maksud warna bunga mawar "Hmmm.. ini pelik sedikit. Dia cakap warna biru lambangkan misteri dan ada maksud lain iaitu mustahil dan tak dapat disempurnakan"

"Ala, bila dia orang sudah bersama, sudah disempurnakan lah" jawab Bella "Tahu pula dia nak cari maksud-maksud warna bunga mawar si Kaizo tu tapi apasal dia tak bagi warna kuning? kan maksud dia persahabatan. Dia orang kan best friends"

"Entahlah, manalah aku tahu abang sepupu aku tu tapi.. korang kata, korang ada rancangan untuk dia orang berdua?" Faye menutup laman web tadi dan terus membuka laman web lain "Apa rancangan korang?"

"Aku sebenarnya tiada idea lagi" Bella tersengih tetapi kawan dia tidak marahkan dia

"Takpe.. asalkan kita dapat sleep over hari ini!" Faye terus peluk Bella dan Lily pula peluk Faye dari belakang "Koranglah sahabat sejati aku dekat sini. Kalau dekat planet aku, semuanya hanya mempergunakan aku sahaja"

"Terima kasih!" kata Bella dan Lily serentak

"Kami akan sentiasa menjadi trio suka huru harakan keadaan!" kata Lily dengan senyuman pelik dia

------------------------------------

Keesokannya, Kaizo bangun dari tidur. Dia teringat balik tentang gelang bunga malam tadi. Dia masih lagi simpan gelang itu di dalam sebuah kotak kecil. Walaupun bunganya sudah layu, tak tahu kenapa dia masih lagi hendak simpan gelang itu. Dia sepatutnya boleh buang sahaja tapi dia tetap mahu simpan juga. Mungkin gelang itu adalah pertama kali dia berikan kepada seseorang yang dia sayang. Sebelum ini dia pernah bagi Lynna sejambak bunga tetapi itu pun sebagai tanda terima kasih kerana mengembirakan hati adik dia. Kaizo bangun dari katilnya dan lalu dia terfikir. Bunga mawar yang dia petik dari dunia sana, tapi bunga itu sekarang berada dekat Lynna

"Tak kan aku nak mintak balik kot" Kaizo menghela nafas "Tapi bunga itu tidak layu sampai sekarang" Dia dapat tahu dari Lynna sendiri. Dia fikirkan untuk menjadi bunga-bunga mawar itu menjadi gelang sebagai pengganti gelang yang sudah terputus malam tadi. Kaizo keluar dari bilik tidurnya dan terus masuk ke dalam bilik adiknya. Fang masih lagi tengah nyenyak tidur

"PANGGGGGGGG!" Fang terus bangun dari tidurnya. Air liur dia masih lagi meleleh dekat tepi mulut. Dia mengosok-gosok matanya dan nampak abangnya sedang berdiri di muka pintu dengan muka serius dia

"ABANG NAK APA?!"

"Tolong abang gantikan gelang kak Lynna" Kaizo datang dekat kepada adik dia dan duduk di atas katil "Kau perlu pergi ambil bunga mawar yang abang bagi dekat Lynna hari itu"

"Tapi..."

"Jangan tapi tapi.. ikut sahaja cakap abang" Fang melihat abang dia

"Yelah abang, adik akan tolong abang tapi.. boleh ke abang jadikan bunga-bunga tu sebagai gelang? Nanti tak menjadi macam mana?" Kaizo pegang tangan adik dia "Abang?"

"Itu biar abang risaukan tapi abang nak gantikan balik" Fang terus peluk abang dia. Kaizo rasa pelik dengan adik dia tiba-tiba sahaja memeluk dia "Kau kenapa?"

"Kalau gelang abang menjadi, ini kali kedua abang buat kejutan untuk kak Lynna tapi... abang jangan lupakan adik pula"

"Sebenarnya ini kali ketiga abang cuba buat kejutan untuk dia dan kau jangan risau, abang tak kan abaikankan kau, Pang. Kau masih adik abang. Abang tetap sayangkan kau walaupun abang sudah bersama dengan kak Lynna. Lagipun dia juga buat adik ceriakan dari dulu lagi. Adik pun rasa selesa dengan kehadiran kak Lynna" Fang angguk sambil memeluk abang dia

"Tapi adik buat salah semalam. Sepatutnya adik yang kena gantikan, bukan abang"

"Tak.. kita dua buat salah. Ini pun secara tidak sengaja, jadi kita sama-sama gantikan untuk dia" Kaizo balas pelukan adiknya

"Adik akan tolong abang mengambil bunga itu tanpa pengetahuan dia. Mesti kak Lynna teruja nanti" Kaizo tersenyum. Mereka berpelukan di situ untuk beberapa minit. Kasih sayang diantara adik dan abang tidak akan pudar walaupun kehidupan mereka berubah sedikit dengan kehadiran Lynna

---------------------------------

Petang itu Lynna datang ke rumah Kaizo dan Fang. Kawan dia suruh dia datang ke sini sebab ada sesuatu untuk dia. Lynna dapat rasakan Kaizo cuba memberikan kejutan kepada dia lagi tetapi dia tidak tahu apa dia dan dia tidak sedar dengan kehilangan bunga-bunga mawar dia di club house dia di Kuala Lumpur. Fang telah meminta bantuan daripada kawan-kawan Lynna. Mereka semua setuju untuk menolong Fang

"Kak Lynna!" Fang membuka pintu untuk terkejutkan Lynna

"Terkejut akak" Lynna membelai kepala Fang "Kawan akak suruh datang ke sini tapi mesti abang kamu nak buatkan kejutan lagi untuk akak lagi kan"

"Ala, akak ni. Tak jadilah surprise kalau kak Lynna dah tahu" Lynna ketawa sedikit. Lalu dia masuk ke dalam rumah tersebut. Tiada apa-apa yang istimewa telah dibuatkan di dalam rumah tersebut. Semuanya dalam keadaan normal

"Mana kejutan untuk kak Lynna?" Lynna hanya bergurau sahaja. Fang hanya senyap sahaja, dia bawa Lynna ke sofa dan suruh dia duduk

"Kak Lynna tunggu sini. Adik pergi buatkan air untuk kak Lynna" Fang terus ke dapur untuk sediakan air. Lynna hanya melihat persekitaran rumah itu sahaja. Sunyi sahaja, Kaizo pun tiada. Dia menjadi hairan, mungkin tiada kejutan untuk dia tapi kenapa kawan-kawan dia suruh datang ke sini? fikir Lynna. Dia terus mengambil photo album untuk melihat-lihat gambar kenangan Kaizo dan Fang. Ada juga beberapa gambar dia bersama Kaizo dan Fang tapi kebanyakkannya gambar dia dengan Kaizo. Lynna tersenyum sendiri. Dia mengusik-gusik gambar mereka berdua

"Kak Lynna!" Fang kembali dari dapur dengan air apple juice "Air kegemaran kak Lynna! Adik buat tadi sebelum kak Lynna sampai"

"Terima kasih, Fang" Lynna mengambil gelas itu di tangan Fang "Mana abang kamu?"

"Errm.. entahlah" Fang duduk di sebelah Lynna "Adik pun tak tahu dia pergi mana. Dia tadi cakap dia nak keluar sekejap tapi sampai sekarang belum balik lagi"

"Takpelah, akak tunggu ajelah dia balik" Lynna minum sedikit air itu "Agaknya memang tiada kejutan untuk akak hari ini tapi akak tak kisah pun tentang itu. Mesti kawan-kawan akak saja-saja nak mempermainkan akak"

"Kak Lynna tak marah ke kalau dia orang mempermainkan akak?" Lynna gelengkan kepala

"Tak, akak tak marahkan dia orang" kata Lynna "Lagipun, dia orang sahabat baik akak semenjak zaman sekolah lagi. Akak dan kawan-kawan akak sentiasa bersama macam Fang dan kawan-kawan Fang juga"

"Kak Lynna seorang yang baik dan sabar. Adik suka kak Lynna dari tahun lepas lagi, semenjak kita berkenalan lagi" Lynna tersenyum melihat Fang. Mereka berdua melihat photo album itu bersama

"Adik dan abang, dua-dua sukakan akak" kata Lynna

"Tapi adik suka kak Lynna sebab kak Lynna layan adik macam adik sendiri. Abang sukakan kak Lynna sebab dia terlampau sayangkan kak Lynna tapi dia sendiri tidak pernah cerita dengan adik tentang kak Lynna"

"Abang kamu kan tak banyak cerita tapi Fang sudah kenal akak kan. Buat apa dia nak cerita lagi"

"Betul tu!" Fang makin lama semakin duduk rapat dengan Lynna. Semakin itulah dia nak bermanja-manja dengan Lynna kerana abang dia tiada di rumah. Dia mengambil kesempatan itu "Kak Lynna"

"Yea Fang"

"Terima kasih kak Lynna kerana hadir dalam hidup kami" Lynna peluk Fang dan belai kepala Fang. Mereka tidak berkata apa lagi, mereka cuma sambung balik melihat photo album kenangan mereka sebelum ini. Pintu rumah terbuka dan muncul Kaizo dengan muka kesedihan dia. Kaizo ternampak Lynna dan adiknya sedang duduk di atas sofa. Fang menoleh sedikit dan nampak abang dia. Fang lepaskan Lynna dan tersenyum kepada Lynna tetapi selepas sahaja dia melihat wajah abang dia yang sedang bersedihan itu. Terus dia rasakan gelang yang abang dia nak gantikan, tidak menjadi. Kaizo duduk di atas meja ruang tamu dan lihat muka Lynna

"Kaizo? kenapa muka kau sedih sahaja?" Kaizo tidak berkata apa, dia hanya keluarkan kotak kecil dan lalu membukanya. Lynna nampak kelopak-kelopak mawar berwarna putih, merah, ungu dan biru di dalam kotak itu "Maaf Lynna, aku cuba untuk gantikan gelang kau yang putus semalam tapi aku gagal" Lynna tidak marah, dia menutup kotak itu dengan menggunakan tangan Kaizo sendiri. Tangan Lynna berada di atas Kaizo

"Takpe Kaizo, aku tak kisah tentang gelang itu. Lagipun kau sudah cuba yang terbaik" kata Lynna sambil memberikan senyuman. Dia terharu melihat Kaizo bersungguh-sungguh untuk menggantikan gelang itu

"Kak Lynna tak sedih ke?"

"Tak sebab akak sudah ada kamu berdua. Itu pun sudah cukup buatkan akak bahagia" Kaizo tersenyum sedikit kepada Lynna dan lalu di dalam kotak itu bercahaya. Mereka terkejut melihat kotak tersebut. Kaizo cepat-cepat membuka kotak itu dan terus cahaya itu hilang. Apa yang mereka nampak di dalam kotak itu, amat mengejutkan. Sebuah gelang diperbuat daripada batu permata. Batu-batu itu semuanya berbentuk bunga mawar dan semuanya berwarna putih, merah, ungu dan biru. Kali ini Kaizo menyuruh adiknya pakaikan gelang tersebut di tangan Lynna

"Abanglah yang pakaikan. Adik tukang tengok sahaja" kata Fang kepada abang dia

"Betul ni? Kau jangan nak menyesal pula"

"Tak!" Fang sebenarnya nak jadi saksi sahaja. Dia melihat abang dia keluarkan gelang itu dan lalu pakaikan di tangan kanan Lynna. Fang tersenyum melihat mereka berdua dan lalu dia peluk abang dia dan Lynna "Apa kata lepas ni kita tengok movie sama-sama! Adik sediakan popcorn! Kak Lynna pilih movie. Abang buat muka serius sahaja ok!" Terus Kaizo buat muka serius

"Ok!" Fang lepaskan mereka berdua, dengan serta merta dia pergi siapkan popcorn

"TAPI JANGAN MOVIE HANTU!" menjerit Fang di dalam dapur tetapi mereka berdua tersenyum sinis sesama sendiri. Lynna pilih juga dvd movie hantu dan Fang pula, sepanjang movie itu, dia bermasam muka sebab cerita hantu

"Cheh, tak guna punya kak Lynna" bisik Fang dengan tangan dia bersilang

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro