Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 7

"Lepas ni, kita balik rumah keluarga abang ya, Iman?" Kata-kata Ammar selanjutnya buat kepala Iman Suffiyah pantas memandang Ammar.

Selamba saja Ammar membuka bajunya di hadapan Iman Suffiyah dan menampakkan badan dia yang bidang itu. Mesti kuat pergi gim ni. Alahai, mata. Tolong jangan derhaka boleh tak? Tak pasal-pasal pandangan matanya tercemar sekali lagi.

"Errr... Tapi Encik Ammar..." Iman Suffiyah sudah tergagap-gagap nak membalasnya.

Ammar sudah menoleh memandang Iman semula.Tangan laju saja mengenakan butang kemeja. Tapi mata memandang Iman Suffiyah.

"Saya nak balik rumah sewa saya. Pagi besok saya kena pergi kolej balik. Ada tugasan sebagai wakil pelajar," kata Iman pula, menggaru-garu kepalanya. Ammar pula mendengar dengan teliti.

"Rumah sewa saya tu dekat dengan kolej. Saya tak mahulah nanti menyusahkan Encik Ammar," jelas Iman lagi, serba salah. Ammar tersenyum lebar menampakkan lekuk di pipi kanannya.

"It's okay, Iman. Nanti dari rumah papa, abang hantar Iman ke kolej. Tak ada yang menyusahkanlah, sayang. Imankan isteri abang." Ammar tersenyum lagi bila melihat mata isterinya tak berkelip memandang dia. Agaknya terkejut dengan ayat sayang tu. Dia pun suka juga guna ayat tu dekat Iman Suffiyah.

Iman Suffiyah dah rasa gelisah bila teringat nak kena balik rumah mentua. Dia tak kenal pun siapa mereka macam mula-mula dia kenal Ammar. Apa yang dia nampak semalam, muka bapa mentuanya tak gembira bila Ammar teruskan juga hasratnya untuk bernikah dengannya. Iman tahu dia bukan menantu pilihan keluarga Ammar. Tapi sebab nak jaga air muka emak dan abah, dia teruskan juga perkahwinan ini. Buat muka tebal sajalah.

Biarlah. Hanya masa saja yang akan menentukan bahagia atau tidak hidupnya nanti bersama Ammar Hafiz.

"Iman, abang dah nak pergi ni." Suara Ammar di belakangnya kedengaran. Jauhnya dia mengelamun. Tanpa sedar encik suami sudah bersiap nak bermesyuarat lagi.

"Abang cuba selesaikannya secepat mungkin. Kemudian kita boleh balik KL. Iman terus packing barang-barang kita. Nanti, sebelum balik kita makan dulu kat restoran bawah sana," beritahu Ammar lagi sebelum tunduk mencium dahi Iman Suffiyah.

Iman terkaku bila Ammar buat begitu. Cepat-cepat tangan Ammar dia capai dan menciumnya. Ammar tersenyum lembut dan terus berlalu. Segak betul Encik Ammar tu. Hai, macam manalah mamat kacak dan segak tu boleh jadi suami Iman Suffiyah yang selekeh ni? Kalau Aida tahu dia dah kahwin, mesti minah tu terkejut beruk! Iman Suffiyah sudah ketawa kecil bila teringatkan kawan baiknya itu.

Rasanya, nak jugalah dia merayap dalam hotel ni untuk hari terakhir ni. Bilalah lagi dapat menginap hotel mewah macam ni? Eh, bukan laki kau memang akan duduk hotel macam ni ke nanti, Iman? Ahli perniagaan macam keluarga Encik Ammar tu tak adanya nak duduk hotel murah. Ah, tak kesahlah. Yang kayanya keluarga Encik Ammar itu. Bukannya dia. Dia tetap macam ni.

Usai saja mengemas barang-barang mereka, Iman Suffiyah keluar. Kad hotel dia simpan dalam poket jaketnya. Dia nak jalan-jalan melihat persekitaran hotel ini sebab tadi tak sempat. Rasanya, dia ada nampak kolam renang tadi dan bila dengar jerit pekik kanak-kanak kat luar sana, dia memang sangat pasti. Kaki diatur perlahan menuju ke arah pintu hotel di hujung sana.

Bibir sudah tersenyum lebar bila mata terpandangkan air kolam yang membiru itu. Seronoknya melihat budak-budak mandi kat dalam kolam itu. Orang dewasa pun ada sama. Tak sejuk ke dia orang ni mandi dalam cuaca macam ni?

Lama juga dia duduk lepak kat situ sambil melukis di dalam buku sketch yang dia bawa sekali tadi. Dia memang minat melukis dan buku lakarannya itu memang sentiasa ada bersama ke mana saja dia pergi. Bila mata terpandang jam di tangan, kelam-kabut dia simpan alat lukisan dia itu ke dalam beg galasnya dan bergegas melangkah masuk ke dalam bangunan hotel semula.

"Sayang, please. Jangan tinggalkan I macam ni." Suara seseorang di tepi lorong sunyi itu buat telinga Iman tegak. Aik? Kat sini pun ada drama tak berbayar juga? Iman tersenyum sinis sambil geleng kepala.

"Shila! Apa you ni?" Suara keras seorang lelaki pula kedengaran.

Shila? Kaki Iman terhenti melangkah tiba-tiba. Macam suara Encik Ammar tu. Iman sudah tegak berdiri di hadapan pasangan kekasih itu. Apa yang dia nampak minah gedik itu sudah melekatkan badannya pada Ammar. Memeluk Ammar dengan erat bagai tak mahu lepas.

"Okey, I sanggup berkahwin dengan you sekarang juga tapi you kena ceraikan budak tak cukup umur tu!" kata Shila lagi sambil menangis dan merintih. Sementara Ammar pula cuba melepaskan pelukan Shila di pinggangnya.

"Shila, lepaskan I la! You dengan I dah tak ada apa-apa hubungan lagi. I baru kahwin. Takkan I nak ceraikan dia pula?!" Dengan sekuat hati dia melepaskan tangan Shila dari pinggangnya. Huh, ini kalau Iman nampak makin jadi kelam-kabutlah hatinya.

"Okey, kalau macam tu I bagi sebulan you jadi suami dia. Lepas sebulan, you ceraikan dia dan kahwin dengan I!" Shila pula yang bagi cadangan.

"You ni gila ke apa? You ingat perkahwinan ni macam main pondok-pondok ke?" Suara Ammar sudah melengking. Dia meraup muka. Serabut fikirannya dengan kelakuan Shila ni.

"Memang I gila. Kalau ikut gila I, mati budak tu I kerjakan. Suka-suka rampas you daripada I!" ucap Shila dengan geram juga. Suara sudah meninggi sedikit.

Iman Suffiyah sudah nak tergelak sinis mendengar statement perempuan itu. Nak kerjakan dia? Belum sempat Si Shila tu nak kerjakan dia, dia yang kerjakan minah tu dulu sebab sesuka hati suruh Ammar ceraikan dia.

"Dia tak rampas I daripada sesiapa. Not even you. You and I are over two years ago. You masih dengan I lagi sebab you tu pekerja I. Tapi you tak pernah nak fikir antara kita dah selesai bila you tolak lamaran I dulu. I dah cakap kan, I nak putus tapi you..."

"Sayang..." Shila sudah merengek balik dan nak peluk Ammar semula. Cepat saja tangan Ammar menepis dan menjarakkan diri dari Shila. Bahaya betul Shila ni. Kalau dulu bolehlah dia anggap tak kesah dengan perlakuan perempuan itu. Tapi sekarang keadaan dah tak sama macam dulu. Dia dah kahwin!

"Encik Ammar..."

Berderau jantung Ammar bila terpandangkan tubuh Iman tegak terpacak di hadapannya kini bersama beg sandang tersangkut di bahunya.

"I... Iman, apa awak buat kat sini?" Gugup Ammar bertanya. Kaki segera mendekati isterinya. Iman Suffiyah sekadar menunjukkan kolam kat luar sana. Kemudian mata bundar itu memandangnya semula dan pada Shila yang sudah bercekak pinggang merenung Iman dengan tajam. Muka macam tak puas hati sebab Iman Suffiyah sudah mengganggu aksi pujuk-memujuk Encik Ammar itu.

"Saya tunggu encik kat atas." Ucapan Iman yang perlahan macam tak ada perasaan itu buat hati Ammar terasa ngilu. Mesti isterinya sudah ternampak adegan yang tak sepatutnya dan terdengar percakapannya dengan Shila tadi. Wajah itu juga nampak kosong saja. Kalaulah dia dapat membaca apa yang ada dalam kepala Iman saat ini...

"Abang pun dah habis meeting ni. Jom, kita makan dulu. Tadi abang cari Iman kat bilik. Tapi Iman tak ada. Lain kali Iman beritahu abang dulu kalau nak ke mana-mana, ya? Risau abang dibuatnya." Kata-kata Ammar itu buat kaki Iman yang melangkah terhenti tiba-tiba. Ammar yang memegang tangan Iman turut terhenti sama dan memandang Iman kehairanan.

"Maaf, sebab tak beritahu Encik Ammar saya turun ke bawah ni. Maaf," kata Iman, merasa bersalah pula. Mulai sekarang ni, ke mana pun dia nak pergi kena cakap dengan Ammar terlebih dulu sebab Ammar itu suaminya. Dia sekarang sudah menjadi tanggungjawab Ammar untuk menjaganya. Dia kena pandai menjaga tingkah lakunya dan menjaga nama baik suaminya. Nusyuz hukumnya kalau dia keluar ke mana-mana tanpa keizinan suaminya.

"It's okay, sayang. Lain kali Iman cakap ke mana Iman nak pergi, ya. Nak hantar mesej cakap Iman keluar pun tak apa. Asalkan abang tahu," kata Ammar lagi, seraya menoleh dan tersenyum pada Iman di sebelah. Si Shila ditinggalkan saja di lorong itu keseorangan.

Iman mengangguk. Ammar menyulam jemari halus itu erat dan kemas. Mereka masih baru menjadi suami isteri dan isterinya ini juga masih muda. Nak kena ajar satu-satu.

Hampir pukul satu, mereka turun ke bawah semula dengan membawa beg pakaian. Ammar membiarkan Iman di ruang lobi menunggu. Kakinya segera ke kaunter pendaftaran untuk mendaftar keluar dari hotel itu.

Iman Suffiyah mengambil tempat di atas sofa yang disediakan sambil memerhatikan orang keluar masuk dari pintu utama hotel itu. Udara dingin dan agak berkabus itu membuatkan dia membelit hujung baju jaketnya ketat-ketat. Hujan gerimis yang turun juga membuatkan suasana dalam hotel itu terasa sejuk.

"Iman Suffiyah." Ammar sudah berdiri tegak di belakangnya. Cepat saja Iman berdiri tegak. Suaminya menghulurkan tangan dan mereka berjalan keluar.

"Tunggu sini," arah Ammar bila melihatkan keadaan yang basah dan hujan gerimis yang turun di luar hotel itu.

"Abang pergi ambil payung dalam kereta," kata Ammar, lalu segera melangkah pantas ke tempat parkir. Iman menaikkan kolar jaket menutupi lehernya. Ini baru dua hari tinggal kat tempat sejuk macam ni. Agaknya kalau dia kena duduk kat luar negara, macam manalah nanti? Iman Suffiyah sudah senyum sorang-sorang. Siapa dia nak berangan pergi hingga ke luar negara sana?

Ammar kembali semula bersama payung. Tangan dah menggamit Iman Suffiyah. Iman Suffiyah yang membimbit beg pakaiannya dia ambil dan segera menyangkutnya ke bahu. Kemudian bahu Iman dia peluk rapat bila mereka melangkah ke tempat parkir semula. Hujan masih turun membasahi bumi dan meredupkan suasana. Angin yang bertiup di atas puncak bukit itu semakin mendinginkan.

Selesai saja membiarkan Iman masuk ke dalam kereta dan memasukkan beg-beg di belakang, Ammar masuk dan duduk di tempat pemandu. Mereka saling berpandangan. Bibir Iman senyum sedikit. Tak tahu apa dia rasa bersama lelaki di sebelahnya ini.

"Sejuk ke?" tanya Ammar seraya menghidupkan enjin kereta. Pendingin hawa dibuka perlahan saja. Iman mengangguk sambil menggosok-gosok tapak tangannya.

Ammar segera meraih tangan kecil Iman dan menolong menggosok-gosok tangan yang sejuk itu dengan tangannya yang hangat. Biar kasi panas sikit. Bibir dah tersenyum ketika mata bertembung dengan mata bulat Iman. Baju kot yang terdampar di belakang tempat duduk diambil lalu disarungkan ke tubuh Iman.

"Kesian isteri abang, kesejukan. Iman nak abang peluk ke bagi hangat sikit?" tanya Ammar, buat-buat muka polos aje. Bibir dah sembunyi senyum. Laju aje kepala Iman menggeleng dengan muka dah berona.

"Iman ada nak tanya abang apa-apa ke?" tanya Ammar ketika kereta mula bergerak keluar dari pekarangan hotel itu. Rasanya ini dah kali kedua Ammar bertanya soalan yang sama pada Iman.

"Nak tanya apa, ya? Iman pun tak tahu apa nak tanya," jawab Iman sambil sengih.

"Okey, biar abang tanyalah. Kita berkenalan, ya?" Ammar memandang sekilas pada Iman sambil melemparkan senyuman. Iman mengangguk sedikit.

Kat dalam hotel tak sempat nak bermukadimah lagi sebab masing-masing masih merasa kekok. Lagi satu, dia sibuk dengan mesyuarat dan juga Si Shila itu!

"Iman ada boyfriend ke kat kolej?" tanya Ammar tiba-tiba. Ini soalan yang memang sangat penting untuk dia. Kalau isterinya sudah ada teman lelaki sebelum berkahwin dengan dia, macam mana?

Dahi Iman dah berkerut sedikit. Rasanya, dia memang tak ada teman lelaki dekat kolej tu walaupun ada yang cuba nak dekat.

"Kalau ada kenapa, Encik Ammar?" tanya Iman pula. Bagai sengaja menguji.

"Abang nak Iman putuskan dengan dia. Iman dah jadi isteri abang. Jadi, abang rasa ia tidak baik untuk kita yang baru berumah tangga ni," balas Ammar mendatar saja. Pedih pula hati dia bila memikirkan isterinya ini ada teman lelaki sebelum berkahwin dengan dia. Ah, dia pun apa kurangnya! Shila tu yang tak sudah-sudah nak menempel dekat dia. Sekarang ni bila tahu isteri ada teman lelaki nak sentap pula kau, Ammar.

"Iman mana ada boyfriend. Lelaki takut nak dekat. Iman ni membosankan..." jawab Iman sambil tergelak. Memang betul pun dia ni membosankan. Orang ajak berbual pun dia tak reti nak jadi peramah macam Kak Najwa tu. Ammar sudah menoleh memandangnya.

"Macam mana Iman boleh kata Iman membosankan? Abang tengok Iman okey aje. Cantik aje." Ammar menoleh lagi pada Iman Suffiyah yang sudah pandang ke luar.

"Iman memang macam ni. Iman lebih suka duduk sorang-sorang. Iman tak suka crowded. Otak jadi serabut!" balas Iman Suffiyah lagi.

"I know what you mean. Abang rasa, Iman pun garang kut. Itu sebab lelaki takut nak dekat. Bagus tu." Ammar mengangguk. Matanya sesekali meneliti wajah Iman hingga ke tubuh itu. Nampak sederhana dari segala segi.

"Tak apa, Iman. Abang okey aje. Nanti kita belajar sama-sama untuk membina rumah tangga kita, ya. Abang pun tak biasa dengan ini semua. Abang rasa abang tak layak lagi bergelar suami. Banyak yang abang kena belajar dan ambil tahu. Langkah pertama, abang nak kenal Iman Suffiyah luar dan dalam!" Ammar sudah menyeringai. Kemudian ketawa kecil bila melihat Iman siap-siap tutup badannya dengan jaket.

"Iman pun ada benda nak tanya. Boleh?" tanya Iman Suffiyah dengan muka serius. Dah diberi peluang nak bertanya, kan? Inilah masanya dia nak kenal siapa Ammar Hafiz ini.

"Iman nak tanya apa?" Ammar sudah menyelesakan duduknya. Kereta dipandu sederhana laju. Tak perlu nak bergegas balik. Tak ke mana pun rumah tu.

"Shila tu girlfriend Encik Ammar, ya?" tanya Iman, tanpa senyuman.

"Encik masih ada hubungan dengan dia? Kalau tak ada, kenapa dia asyik nak melekat dengan encik macam lintah?" Bertubi-tubi Iman Suffiyah bertanya. Kalau Si Shila tu masih GF Encik Ammar ni, siapa pula dirinya pada encik suaminya ini?

Mata Ammar yang sesekali memandangnya dilihat macam tak berkelip. Bibir itu macam nak berkata sesuatu.Tapi satu ayat pun tak keluar dari mulut itu.

"Macam ni ajelah, Encik Ammar. Saya rasa banyak yang perlu dijelaskan dalam hubungan yang baru ni. Saya tak nak diri saya disalahkan dalam hal encik dan Shila tu. Dia masih sayangkan encik. Apa yang terjadi antara encik dengan saya ni adalah satu kesilapan. Kita tak patut..."

"What is your point, Iman Suffiyah?" celah Ammar, tidak mengerti.

"My point is... If you still..." Iman sendiri tidak tahu apa yang cuba hendak dia katakan. Terasa gugup pula bila mata Ammar merenungnya tajam. Hilang semua ayat-ayat yang dia nak sampaikan.

"Kan abang dah kata abang tak ada apa-apa hubungan dengan dia lagi, Iman. Okey, abang minta maaf sebab tak ajak Iman masa meeting malam tu. Abang tak tahu apa yang abang rasa masa tu. Bila abang pandang Shila, abang teringat isteri abang yang ada kat atas sana di dalam bilik keseorangan ditinggalkan. Abang rasa serba salah sebab buat Iman macam tu..."

"Tak apa, Encik Ammar. Memang patut encik buat macam tu sebab kita pun baru kenal dan tak biasa dengan perangai masing-masing. Saya tak ambil hati pun. Tapi kalau encik masih mahukan Shila, saya rela dilepaskan. Tak apalah. Kita kahwin pun sebab..."

"Iman Suffiyah!" Suara Ammar sudah naik sedikit. Hati terasa hangat tiba-tiba dengan ayat gadis muda itu. Iman ingat dia suka-suka nak berkahwin dan lepas tu bercerai?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro