Bab 6
"Kenapa you buat I macam ni? I cuma minta tangguhkan perkahwinan kita. I masih nak enjoy bersama you tapi..." Shila sudah menangis sambil menggeleng kepala. Kejamnya Ammar buat dia macam ni.
"I'm sorry, Shila. I tak ada hati nak menunggu lagi bila you sendiri seolah-olah ambil ringan dengan lamaran I. I bagi you dua tahun untuk bersedia. Tapi you tetap macam tu. You tetap rasa I cuma main-main. I tak boleh tunggu. I need to settled down because my parents keep asking me. Bila you sendiri tak mahu berkahwin dengan I, apa lagi yang I boleh buat?" tanya Ammar dengan muka tegang.
"I tak mahu buang masa!"
"I cuma..." Shila cuba menjelaskan.
"Itu alasan you! Sampai bila you nak enjoy? Kita bukan semakin muda dan keluarga I dah arrangekan perkahwinan I. So, semuanya sudah berlaku. I tak menyesal dengan apa yang I buat," balas Ammar lagi. Cawan kopinya dicapai dan disisip perlahan.
Hmmm, baru masuk hari kedua Iman menjadi isteri kepada Ammar Hafiz, dia sudah menyaksikan drama tak berbayar dan air mata daripada Shila itu. Shila memandang Iman Suffiyah dengan muka marah. Ya. Iman Suffiyah boleh nampak dari sinar mata perempuan itu. Salah dia ke?
"Ini semua kau punya pasal, perempuan!" Suara Shila yang mendayu-dayu tadi terus bertukar jadi keras dan kasar. Mata dah mencelang memandang Iman Suffiyah.
"Ammar, sekarang you pilih. I atau minah ni?" Dia memberi kata dua pada Ammar seraya jari telunjuk tepat diarahkan pada Iman Suffiyah. Kening Iman sudah terangkat sebelah. Hebat sangat ke minah ni?
"Shila, jangan jadi macam budak-budak boleh tak?" Ammar sudah memandang Shila dengan kerut di dahi. Apa punya soalanlah?
"You jangan nak salahkan Iman pula. She is nothing to do with us!" balas Ammar dengan nada keras. Shila sudah mengetap bibir merahnya. Geramnya dia dengan kata-kata Ammar itu.
Shila terus bangun berdiri. Pantas tangan mencapai air oren Ammar lalu disimbah ke muka Iman sebelum sempat Iman fikirkan apa-apa. Terpejam mata Iman Suffiyah bila air oren itu meleleh turun dari mukanya. Ammar dan Thoriq sudah terkejut. Shila pula sudah buat muka puas hati kat Iman.
"You buat apa ni, Shila?!" tengking Ammar. Kepala terus memandang Iman semula.
"Iman..." Kelam-kabut kertas tisu ditarik untuk mengelap wajah cik isteri.
Hohoho, minah ni tak kenal siapa Iman Suffiyah lagi. Ya, namanya Iman. Tapi hatinya memang tak cukup iman kalau ada orang yang cari pasal dengan dia. Mata sudah menjeling kopi Thoriq di hadapannya.
Pantas tangannya mencapai cawan kopi Thoriq lalu disimbah ke muka berlagak Shila. Maka terjeritlah minah itu. Kemudian dengan kuat Iman Suffiyah menghentakkan cawan itu di atas meja dengan ketapan di bibir. Tak pasal-pasal dia pula yang menjadi mangsa dalam hal mereka berdua ni. Hangat sekejap hatinya.
Puas hatinya bila melihat perempuan gedik itu menangis sambil meraup mukanya yang dibasahi kopi. Iman memang rasa dah nak ketawa. Tapi sebab hati tengah marah sangat, jadi ditahankan aje. Sesuka hati nak simbah muka dia yang comel ni dengan air oren? Silap oranglah kalau dia nak berlagak sendu!
Ammar sudah terlopong dengan tindakan pantas isterinya itu. Tak sempat nak memujuk Iman yang kena simbah dengan air oren, cik isteri sudah balas perbuatan Shila. Ammar sudah memicit dahi sendiri.
Thoriq pula sudah ketawa kuat melihat dua orang wanita saling bergaduh berebutkan Ammar Hafiz. Hebat betul isteri Ammar Hafiz ini. Nasib Shilalah terkena air kopi tu!
Iman Suffiyah terus melangkah keluar dari restoran itu. Nasi lemak yang dia makan tadi pun tak habis lagi. Dia menghela nafas puas ketika mendengar rengekan Shila dan ketawa Thoriq di belakangnya. Dia tahu kelakuan mereka menjadi perhatian dan dia malas nak menjeling melihat muka-muka yang sedang memandang di dalam restoran itu.
Kakinya terus melangkah ke bilik. Ingat nak masuk bilik dan mandi sebab rambut dan muka sudah melekit dan berbau oren. Tapi dia menepuk dahi bila teringatkan kad bilik hotel ada pada Ammar. Lalu kaki melangkah semula ke lif dan buat muka selamba saja bila dipandang sinis oleh penghuni-penghuni hotel yang ada di dalam lif itu.
Keluar dari perut lif, kaki menapak keluar dari pintu hotel. Tak sempat keluar dari pintu hotel itu lengannya sudah disambar dari belakang. Terpusing tubuh Iman lalu berlanggar dengan dada Ammar.
Penat Ammar berlari ke sana ke sini mencari isterinya yang hilang lesap begitu cepat tadi. Sesak nafasnya bila tiba depan pintu bilik, Iman tak ada. Dia turun ke bawah semula dan ternampak Iman sedang melangkah ke pintu.
"Iman, awak nak ke mana?" tanya Ammar. Mata dah meneliti wajah dan rambut Iman. Rasa bersalah mula mencuit hati. Sebab dia dan Shila, Iman pula yang jadi mangsa.
"Come, kita naik atas semula. Awak kena bersihkan diri." Tangan Iman segera ditarik dan kaki menuju ke lif.
Mata sesekali memandang Iman yang diam tak bercakap sejak tadi. Ammar menghela nafas perlahan. Pintu lif terbuka, Iman diheret keluar. Mereka terus masuk ke bilik. Tanpa bicara, tangan terus mencapai tuala dan menyuruh Iman duduk di tepi katil. Tangan saja yang mengarahkan Iman berbuat begitu. Iman ikut saja. Mungkin Ammar nak bercakap tentang hubungannya dengan Shila.
Ammar menyoroti wajah itu. Dengan mata bulat besar dan rambut yang melekat di kepala, makin comel pula dia lihat Iman. Tangan mula bergerak mengelap pipi yang melekit dengan air oren. Kemudian pada rambut hitam dan diikat itu.
"Saya boleh buat sendiri, Encik Ammar."
Suara Iman yang perlahan itu buat mata Ammar tidak berkelip memandangnya. Tangan Iman sudah nak pegang tuala itu tapi Ammar menegah.
"Biar abang yang lapkan," ucap Ammar.
"Abang minta maaf, Iman. Abang tak sangka Shila akan buat begitu kat Iman. Iman tak bersalah dalam hal kami. Abang..." Ammar tidak tahu apa yang ingin dia katakan pada Iman.
Iman hanya merenung wajah itu. Sayang benar ke dia pada Shila tu hingga dia pula yang meminta maaf bagi pihak perempuan gedik itu?
"Tak apa, Encik Ammar. Pukul berapa kita nak check out?" tanya Iman, mendatar. Mata Ammar merenung jauh ke dalam matanya. Iman berdehem lalu memandang ke lain. Rasa lain macam pula hati dia bila kena tenung macam tu.
"Abang dah tak ada apa-apa hubungan lagi dengan dia, Iman." Ammar bagai ingin menjelaskan bila melihat raut wajah Iman.
"Okey." Itu saja jawapan isterinya. Tangannya perlahan mengelap wajah yang basah itu.
Iman pula mula rasa tak selesa bila bau haruman dari badan Ammar begitu dekat dengan muka dia.
"Errr... Encik Ammar." Iman sudah berdiri tegak. Ammar mendongak memandangnya kehairanan.
"Saya rasa, baik saya mandi aje. Rasa dah melekit ni." Tangan segera mengambil tuala itu dari tangan Ammar.
Kemudian Iman menyelongkar beg pakaiannya pula. Nak cari baju bersih. Ammar cuma memerhatikan saja gerak-geri isterinya itu. Hingga Iman menghilang ke dalam bilik air. Ammar bangun dan kaki menapak perlahan ke jendela kaca. Suasana redup di luar sana buat dia rasa damai.
Lepas habis perbincangan tengah hari nanti, dia akan membawa Iman balik ke rumah. Mama tentu nak jumpa menantu barunya ini. Mamanya sudah tahu yang pengantin perempuan terpaksa ditukar pada saat akhir. Walau mama tak cakap apa-apa dan tak dapat pergi ke majlis pernikahannya sebab masalah kesihatan, mamanya suruh dia bawa juga Iman ke rumah.
Bunyi pintu bilik air dibuka buat kepala Ammar menoleh. Mata terus bertembung dengan mata bundar Iman. Rambut itu basah terurai di bahu. Bau syampu semerbak di dalam bilik mereka.
"Pukul berapa kita nak check out, Encik Ammar?" tanya Iman, terasa serba tak kena bila mata hitam itu sedang merenungnya tajam. Tangan mula mencapai buku-buku di atas meja dan menyumbatnya ke dalam beg. Rasa pelik pula hati dia bila kena tenung macam tu.
"Lepas habis mesyuarat abang tengah hari nanti. Abang ada meeting lagi dalam pukul sebelas. Iman siap-siapkan aje barang-barang kita." Jam di tangan dia pandang sekilas.
Iman Suffiyah mengangguk dan tak bertanya lagi. Nak tanya hubungan Ammar dengan Shila tu pun, dia tak sanggup. Macam kepohchi pula. Yalah, kalau orang tak nak bercerita takkan dia nak paksa kan, Iman? Bibir Iman mencebik sedikit.
"Kenapa buat bibir macam tu? Apa yang awak fikirkan, Iman?" tanya Ammar yang memang sejak tadi memerhatikan kelakuan Iman Suffiyah itu.
Muka Iman sudah terasa tebal. Terasa malu bila kena tegur macam tu. Mamat tu nampak aje apa yang dia buat!
"Tak ada apa, Encik Ammar," jawab Iman cepat-cepat, tersengih.
"Awak marah saya ke, Iman?" tanya Ammar, sambil menyeluk saku seluar dan melangkah mendekati Iman.
Iman memandang Ammar tak berkelip. Tak sangka itu pula yang ditanya. Dia marah ke? Memang marah bila perempuan mengong itu tetiba aje siram dia dengan air oren. Minah tu ingat dia pokok ke?
Entahlah. Dia pun tak tahu apa yang dia rasa bila minah gedik itu duduk di sebelah suaminya sambil sengaja nak melekat dengan Encik Ammar Hafiz ini. Kalau emak, apa yang emak buat kalau ada perempuan lain nak menggedik dengan abah?
"Kalau saya isteri kesayangan encik, mestilah saya marah sebab hak milik saya kena kacau oleh orang lain. Kalau encik jadi saya, apa yang encik rasa? Apa yang encik akan buat?" tanya Iman, memandang Ammar seraya duduk di tepi katil. Tangan perlahan mengelap rambutnya yang basah.
"Tentulah abang marah. Kalau abang nampak ada lelaki yang yang cuba nak menggoda Iman, tentulah abang marah dan rasa nak aje abang korek mata lelaki yang memandang atau senyum dekat Iman," ucap Ammar dengan tegas. Walaupun soalan Iman itu kedengarannya sangat jujur, tapi kenapa hati Ammar rasa pedih pula?
Kaki dibawa mendekati isterinya lalu punggung dilabuhkan di sebelah Iman Suffiyah. Wajah itu ditenung tanpa jemu.
"Shila adalah kisah lalu abang. Iman Suffiyah pula adalah untuk masa depan abang. Abang mahu mencipta sejarah hanya dengan Iman. Bukan Shila atau sesiapa. Abang minta maaf kalau Iman rasa sakit hati dengan abang. Tapi memang abang dah tak ada apa-apa lagi dengan dia. Hanya tugas dia sebagai PA abang saja yang buat dia cuba hendak mendekati abang semula. Tapi hati abang sudah tak ada rasa apa-apa lagi pada dia. Percayalah, Iman."
Teragak-agak tangan Ammar menyentuh bahu Iman. Maklumlah, baru dua hari kenal. Mata bulat yang sedang terkebil-kebil itu juga buat hati dan jantung dia dah tak reti nak duduk diam.
"Sebagai suami, abang kena jaga isteri abang ni elok-elok. Tak kesahlah Iman dan abang saling tak mengenali sebelum ni. Abang harap dalam hubungan yang sah ini, kita akan saling belajar untuk mengenali pasangan kita dan menerima kelemahan serta kekurangan pasangan kita. Abang tak sempurna. Abang juga bukan lelaki yang baik. Abang ada buat salah sebelum abang berkahwin dengan Iman. Itu semua kisah lama dan abang mahu mulakan kisah baru abang bersama isteri abang ni."
Pipi Iman Suffiyah dielus perlahan. Matanya tunak merenung jauh ke dalam anak mata itu.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro