Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 5

"Pagi ni kita bersarapan kat bawah ya, Iman. Abang nak kenalkan Iman dengan kawan baik abang, Thoriq. Actually, his name is Syed Mohamad Thoriq Hatta. Kita orang panggil dia Thoriq aje. Dia nak berkenalan dengan isteri abang. Dia dah tahu abang dah kahwin semalam," kata Ammar panjang lebar pagi itu.

Baju lengan panjang berwarna coklat gelap disarungkan ke tubuh. Udara yang dingin di luar sana buat dia rasa nak selubung aje bawah selimut.

Iman pula hanya mengenakan baju kemeja kotak-kotak hitam putih dan berseluar jean saja. Baju yang biasa dia pakai kalau pergi ke kolej. Kalau tengok gaya dia dan Ammar yang sentiasa nampak segak itu, memang orang tak akan percaya yang dia ni adalah isteri lelaki itu. Lelaki itu dengan kematangannya. Iman pula masih macam anak remaja. Iman menjeling sedikit pada Encik Ammar. Orang kalau dah segak, pakai apa pun nampak segak.

Ammar menoleh pada Iman yang tidak memberi tindak balas pada tiap kata-katanya tadi. Isterinya itu sedang mengemaskan katil.

"Iman!" panggil Ammar. Iman yang sedang melipat selimut segera mengangkat muka.

"Biarkan aje katil tu. Nanti ada orang yang kemaskan. Duduk sini kejap," ajak Ammar sambil tangan dah menepuk kusyen di sebelahnya. Iman diam sejenak. Tapi kemudian kakinya melangkah ke arah Ammar dan perlahan melabuhkan punggungnya di sebelah suaminya. Dalam kepala mula fikir macam-macam. Ada apa-apa yang suaminya nak cakap ke?

"Ada apa-apa Iman nak cakap dengan abang? Nak tanya ke?" tanya Ammar, meneliti wajah Iman. Bibir masih mengukir senyuman pada Iman. Susah sungguh dia nak dengar suara Iman ni. Masih malu dengan dia lagi ke? Masih kekok?

"Tak ada apa, Encik Ammar. Sekarang belum lagi nak tanya kut. Sebab perut rasa lapar. Otak tak berfungsi. Sel-sel otak tak berhubung lagi." Jawapan Iman dengan muka selamba dia itu, buat Ammar ketawa perlahan.

"Okeylah. Jom kita keluar bilik. Kawan abang tentu dah tunggu kat bawah," balas Ammar seraya bangun berdiri. Kemudian tangan dihulurkan ke arah Iman Suffiyah.

"Saya nak kemas katil ni sikit lagi," kata Iman Suffiyah, tersengih. Cepat-cepat dia bangun dan segera menegangkan kain cadar dan menyusun bantal. Ammar tersenyum memerhatikan isterinya.

Pada pandangan Ammar, tidak ada celanya Iman Suffiyah yang kini menjadi pilihannya. Orangnya comel saja. Badan itu juga kurus saja. Maklumlah budak lagi. Budak ke? Kalau nak dibandingkan umur dia dan Iman Suffiyah, memang jauh beza. Dia sudah tiga puluh satu. Iman Suffiyah pula baru dua puluh tiga tahun. Jarak umur mereka itu juga mungkin membuatkan isterinya itu nampak kebudak-budakan sedikit. Gaya pakaian pun orang tahu Iman Suffiyah itu muda lagi.

"Saya dah siap, Encik Ammar!" kata Iman Suffiyah tiba-tiba, membuatkan matanya naik memandang isterinya itu.

"Okey. Jom keluar. Abang pun dah lapar ni."

Kakinya segera melangkah ke pintu. Pintu bilik dibuka dan membiarkan Iman keluar terlebih dulu. Mereka melangkah hingga ke pintu lif. Pintu lif terbuka, tangan Iman terus ditarik ke sisinya bila ada yang mahu keluar dari lif itu. Takut ada yang terlanggar isterinya yang kecil molek ini. Iman mengeras di sebelah. Ammar sembunyi senyum. Ini mesti tak pernah kena sentuh atau kena pegang dengan lelaki. Ammar dah senyum bangga sebab dia yang pertama buat begitu.

Bila dah kosong, barulah dia menarik Iman masuk sekali bersama pasangan yang lain. Tangan Iman digenggam erat dan kemas. Iman Suffiyah pula dah rasa kelam-kabut dalam dada. Tak pernah orang lelaki pegang tangan dia macam tu. Kecuali abahnya. Macam tak bagi dia terlepas atau mungkin Encik Ammar ni ingat dia tak tahu berjalan ke?

Hesy, Iman. Mamat tu baru nak buat aksi romantik, kau dah fikir macam-macam. Tak romantik betullah kau ni! Iman Suffiyah sudah garu-garu dahi sendiri.

Matanya terpandang pasangan mat salih yang masuk ke dalam lif bersama mereka, saling berbisik dan berkucupan.

Ya Allah! Secara live depan mata dia pula tu! Muka Iman sudah berona. Hesy, kalau nak berdua-duaan pergilah cari bilik!

Ammar memandang ke sisinya. Iman sedang menundukkan mukanya saja. Bila dia menoleh ke sebelah, pasangan mat salih itu masih berpelukan dan berkucupan. Matanya memandang Iman semula. Bibirnya mengorak senyuman. Isterinya mesti tengah malulah tu. Muka tu pun dah nampak lain macam. Dia dah biasa tengok aksi-aksi macam ni masa duduk di luar negara. Muak dah!

Bila pintu lif terbuka, segera dia menarik Iman keluar. Dari jauh dia sudah ternampak Thoriq berseorangan. Wajah Shila masih tak nampak lagi. Apa reaksi Shila kalau tahu siapa Iman Suffiyah kepadanya? Ammar tidak mahu memikirkannya. Biarlah.

"Morning, Thoriq!" sapa Ammar, seraya menarikkan kerusi untuk Iman. Wah, gentleman betul Encik Ammar ni. Iman duduk seraya mengucapkan terima kasih.

"You are late! Aku rasa macam orang bodoh kat sini tau. Layan diri sorang-sorang," balas Thoriq, saja buat muka ketat. Kemudian mata terus tertunak memandang gadis muda yang duduk di sebelah Ammar.

"You must be Iman Suffiyah, right?" tanya Thoriq, merenung wajah Iman Suffiyah.

"Yes. And, you must be Encik Thoriq, kawan Encik Ammar," balas Iman Suffiyah pula, tersenyum manis.

"Encik Ammar?" Mata Thoriq sudah mencari wajah Ammar. Macam pelik pula bila isteri memanggil suami, encik.

Ammar hanya menjongket bahu sedikit. Tak nak komen apa-apa. Apa yang dia fikir, mungkin Iman Suffiyah masih baru dengan dia dan masih belum dapat menerima kehadirannya dalam hidup gadis itu.

"Saya panggil Encik Ammar sebab saya hormati dia sebagai orang yang lebih tua daripada saya," jelas Iman Suffiyah, tersenyum pada Thoriq. Thoriq mengangguk-angguk sambil tersenyum memandang Iman Suffiyah. Kemudian pada wajah Ammar.

"Dia memang dah tua, Iman. Jadi you kenalah banyak bersabar dengan perangai dia yang tak menentu tu," kata Thoriq pula. Bibir dah tarik sengih kat Ammar. Kawan baik dia kut. Memang semua hal Ammar ada dalam poket dia.

"Amboi, cakap macam kau tu muda dari aku, ek?" Kening Ammar sudah terjongket sebelah memandang tajam kat Thoriq. Si kawan itu ketawa saja.

"Well, Iman. It is nice meeting you, sayang..." ucap Thoriq sambil mengenyit mata pada Iman.

"Weh, apa sayang-sayang ni?!" Ammar sudah buat muka tak puas hati pada Thoriq. Hangat sekejap hati dia bila Thoriq panggil isterinya sayang. Dia pun tak rasmikan lagi panggilan itu. Thoriq ketawa saja mendengar kata-kata Ammar itu.

"Tell me about yourself, Puan Iman Suffiyah," pinta Thoriq, tanpa mempedulikan muka masam Ammar.

"You studen kolej, kan? Dah tahun ke berapa ni?" tanya Thoriq sambil tangannya menyapu mentega ke atas rotinya.

Nampaknya ada orang lain yang lebih berminat tentang dirinya daripada suami sendiri.

"Saya dalam tahun kedua. Ambil jurusan perakaunan," balas Iman, tersenyum simpul. Segan pula dia nak bercerita tentang diri sendiri.

"Wow, it must be tough for you, kan? Mungkin you boleh bekerja dengan Abang Thoriq bila nak praktikal nanti," kata Thoriq lagi sambil menggelarkan dirinya abang kepada Iman.

Iman Suffiyah sudah tersenyum. Okey, Encik Thoriq ni boleh sekepala dengan dia. Nampak macam selamba aje. Sekelip mata Iman Suffiyah sukakan karakter Encik Thoriq itu.

"Kenapa semalam kau tak ajak Iman ni, Am? Boleh juga layan wajah comel lagi polos ni daripada mendengar rengekan Si Shila tu!" kata Thoriq lagi dengan muka bersahaja. Cawan kopi naik ke bibir sebelum disisip perlahan. Mata dah menjeling Ammar.

Iman Suffiyah berkerut sedikit dan memandang sekilas pada Ammar bagai minta penjelasan. Siapa Shila itu? Girlfriend Encik Ammar ni ke? Boleh jadi juga. Dia bukan kenal pun Ammar ni, kan? Orang kacak dan segak macam Ammar ni memang dia tak percaya kalau tak ada teman wanita.

"Mana minah tu? Membuta lagi ke? Kalau tidak, awal-awal lagi dah terpacak kat depan kita ni!" kata Thoriq lagi. Ammar masih buat muka selamba saja. Tangan sudah menuangkan teh O ke dalam cawan Iman Suffiyah.

"Yuhuuu... Sorry, I'm late!" Satu suara nyaring mengganggu perbualan mereka.

"Dia dah datang dah!" gumam Thoriq. Mata memandang perempuan yang bergaun kembang berbunga matahari. Nampak manis dan ceria. Tapi dia tak suka minah tu. Gedik yang amat sangat. Macam manalah kawannya ni boleh tersangkut dengan perempuan ni dulu?

Iman Suffiyah menoleh pada suara itu. Mata terus terpandangkan seorang perempuan melangkah terkedek-kedek mendekati meja mereka. Mata Iman Suffiyah merenung baju perempuan bernama Shila itu. Meriah sungguh warnanya. Rambut pula hitam panjang dan berkilat. Macam baru keluar dari salun.

Iman Suffiyah tunduk memandang diri sendiri. Hmmm, memang kalah gaya dia kalau nak dibandingkan dengan gaya perempuan yang ala-ala diva itu. Dia cuma pakai kemeja lengan panjang yang dilipat hingga ke siku dan berseluar jean. Nak buat macam mana? Dia memang suka pakai macam ni. Ringkas walau pun emak bising sebab tak tahu nak pakai baju perempuan! Kenyataannya, dia bukan tomboi, okey!

"Sorry, sayang. You marah I ke?" tanya Shila sambil meraih lengan Ammar. Mata Iman Suffiyah sudah tak berkelip memandang gaya percakapan perempuan itu. Alamak, minah gedik!

Perlahan Ammar melepaskan tangan Shila dari lengannya. Mata menjeling Iman dengan ekor mata. Hati Iman Suffiyah di sebelah perlu dijaga juga walaupun mereka berkahwin macam terpaksa. Apa-apa pun Iman Suffiyah tetap isterinya.

"You marah I ya, sayang? Sorrylah. I lambat bangun untuk temankan you bersarapan..." rengek perempuan itu, manja.

Muka Iman Suffiyah sudah berkerut macam geli dan tekak pun terasa mual aje bila melihat kegedikan perempuan itu. Dia memang allergic dengan spesies macam Shila ni. Dahlah kat kolej dia disajikan dengan beberapa orang spesies macam ni juga.

Matanya memandang Encik Ammar yang macam tak nak jelaskan apa-apa padanya. Nak jugalah dia tahu siapa minah ni pada Ammar itu. Tapi encik suami buat muka kering aje. Okeylah. Kalau orang tak nak cakap, takkan dia nak paksa pula. Jadi Iman Suffiyah mendiamkan diri saja sambil menikmati sarapannya. Sedap juga nasi lemak hotel ni, bisik Iman sambil menyuap. Mata dah pandang kuih-muih tradisional di atas meja. Macam-macam jenis. Kuat makan juga mamat-mamat ni. Larat ke nak habiskan tu?

"Who are you?" Tiba-tiba Si Shila tu menegurnya. Iman Suffiyah mengangkat kepala. Mulut terhenti mengunyah. Mata terus bertembung dengan pandangan mata Ammar. Thoriq pula sudah menongkat dagu merenung wajah Iman Suffiyah, Ammar dan kemudian Shila dengan penuh minat dan tanda tanya apa yang akan terjadi seterusnya! Ini kisah cinta tiga segi ke?

"Saya... Saya kawan Abang Thoriq!" Pantas Iman Suffiyah menjawab bila melihatkan Ammar macam tidak mahu memperkenalkan siapa dirinya. Thoriq pula sudah pandang dia dengan kening terangkat tinggi. Terkejut dengan statement Iman itu.

Lantaklah. Kalau suami sendiri tak nak memperkenalkan siapa dirinya pada perempuan gedik itu, takkan dia nak terhegeh-hegeh pula. Kena ingat, Iman. Kau kahwin dengan dia pun sebab terpaksa. Mungkin lelaki itu juga merasakan yang sama. Bila tengok gaya dia orang tu Iman rasa Ammar dan Shila ada hubungan. Jadi dia nak dilabelkan apa? Perampas kekasih Shila? Iman rasa nak tergelak sendiri.

"Wah, Thoriq. You dah ada girlfriend tak cakap dengan I pun!" kata Shila sambil ketawa. Tangan sudah menolak bahu Thoriq mesra.

"I pun baru tahu..." ucap Thoriq perlahan sambil mengenyit mata pada Iman Suffiyah. Sebiji kuih karipap diambil lalu digigit gembira.

"Ini, Iman Suffiyah." Ammar berdehem seraya memberi jelingan pada Thoriq.

"My wife!" ucap Ammar tiba-tiba bila melihat si kawan sudah main kenyit-kenyit mata dengan isterinya. Panas pula rasa hati.

"What?" Senyuman Shila terus hilang bila mendengar kata-kata Ammar itu. Dia salah dengar, kan? Mata memandang Ammar inginkan penjelasan sekali lagi. Tapi Ammar diam. Tidak mengulang ayat tadi.

"Iman Suffiyah ni isteri Ammar!" Thoriq pula tolong jawabkan sambil tersenyum lebar.

"No, no... You just joking, right?" tanya Shila, memandang Ammar kemudian Iman Suffiyah yang sedang merenungnya juga.

"You saja nak kenakan I sebab tolak lamaran you dulu? Right?" tanya Shila, sambil ketawa paksa. Mata hazel kanta lekapnya memandang Ammar dan perempuan yang dikatakan isteri Ammar itu.

Thoriq dan Iman Suffiyah saling berbalas pandang.Keningnya diangkat-angkat kat Iman Suffiyah sambil menongkat dagu. Hati sedang seronok melihat reaksi Iman, Ammar dan Si Shila itu. Puan Iman Suffiyah itu tetap nampak bersahaja mukanya.

"That was two years ago, Shila. I kahwin dengan Iman sebab famili I sudah aturkan perkahwinan kami. I serahkan jodoh I pada famili I bila you tolak lamaran I dua tahun lalu," kata-kata Ammar itu buat muka Shila berubah.

"I tak bergurau, Shila. Iman Suffiyah adalah isteri I yang I nikahi semalam," ucap Ammar dengan muka kering. Mata menjeling Iman Suffiyah di sebelah.

"No!" Shila sudah terpekik.

"How could you do this to me?!" Tangan terus menumbuk meja. Marah!

Iman terhenti menyuap nasi lemaknya sekali lagi. Minah ni dah kenapa? Terpekik tak tentu pasal?

"I bernikah dengan Iman sebab I yang mahukan begitu. I tak perlu nak minta izin you sebab kita bukan ada apa-apa hubungan pun," kata Ammar lagi. Matanya memandang pada Iman Suffiyah. Dia bersyukur Iman Suffiyah itu adalah isterinya walaupun mereka tak pernah berjumpa sebelum ini.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro