Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 2

Buat beberapa ketika, Iman Suffiyah tak bercakap apa-apa. Mata saja meneliti wajah tanpa cela itu. Putih bersih. Pandai dia ni jaga muka. Hai, macam manalah Kak Najwa tu boleh tinggalkan lelaki sesegak Encik Ammar Hafiz bin Datuk Azhari ni ya? Hati mula bertanya.

"Apa yang awak tengok, sayang?" tanya Ammar lantas mencuit hidung kecil Iman yang macam sedang mengelamun itu. Pandang dia tak berkelip tadi. Buat jantung dia kuat dup-dap, dup-dap menghentak dada.

Iman Suffiyah tersentak sedikit bila hidungnya kena sentuh macam itu. Terus dia tersengih. Malu pula dia bila kena tegur macam tu. Terleka sekejap melihat muka bersih mamat kat depan dia ni.

"Seorang isteri itu wajib mengikut suaminya ke mana saja suaminya pergi selagi tidak melanggar hukum agama. Betul tak?" tanya Ammar, memandang Iman Suffiyah. Wah, Ammar dah rasa macam imam muda pula bila cakap gaya macam ini. Isterinya mengangguk perlahan. Nampak sangat muka tu macam tak rela nak ikut dia balik ke KL. Hati Ammar sudah ketawa.

"Abang dah beritahu abah yang kita kena balik petang ni juga. Jadi sekarang abang nak Iman kemas barang-barang Iman. Barang-barang abang, abang dah kemaskan tadi. Tapi sebelum balik KL, abang nak singgah kat satu tempat ni. Kita akan bermalam di sana nanti," terang Ammar lagi. Lelaki itu sudah berdiri dan memerhatikan persekitaran kawasan kampung itu.

Iman Suffiyah menghela nafas perlahan ketika memasukkan pakaian-pakaiannya ke dalam beg. Segala peralatan dan buku-buku kolejnya juga dia main sumbat aje ke dalam beg galasnya. Kena cepat sebab Encik Ammar a.k.a encik suaminya tu macam tak sabar dah nak meninggalkan tempat ini.

Mungkin suaminya mengejar masa. Suami? Satu ayat baru dalam kamus hidup seorang Iman Suffiyah. Terfikir juga dia kalau-kalau lelaki itu rela menjadi suaminya. Ala... Iman. Kau rela ke jadi isteri Encik Ammar tu? Iman jongket bahu sendiri. Biarlah masa dan keadaan yang menentukan keserasian mereka berdua nanti. Entah macam mana perangai Encik Ammar itu pun dia tidak tahu.

"Iman Suffiyah..." Suara lelaki yang sudah mula masuk ke dalam hati dan mindanya kedengaran. Iman menoleh. Ammar masuk ke bilik pengantin mereka. Dia berdiri tegak di hadapan Iman sambil memandang beg-beg baju dia dan isterinya.

"Dah siap?" tanya Ammar, menilik jam di tangannya pula. Dah dekat pukul tiga petang. Harap-harap sempat dia jumpa Thoriq kat sana nanti. Mesti Thoriq terkejut bila tengok dia datang bawa isteri bersamanya.

"Dah. Iman dah kemas dah barang-barang Iman." Suara Iman kedengaran perlahan saja. Dia tahu isterinya mesti sedih nak berpisah dengan keluarganya. Tapi dia tak ada masa nak layan drama sedih ini semua. Tadi bila ternampak Najwa balik ke rumah, dia bersyukur yang Iman Suffiyah yang menjadi isterinya. Bukan perempuan yang papa nak jodohkan dengan dia itu. Ya, Najwa memang cantik. Tapi di matanya kini hanya Iman Suffiyah yang lebih cantik dan menawan hati. Hati rasa bergetar saja tiap kali mata bundar itu tepat memandangnya.

"Barang-barang hantaran ni bawa sekali. Dah jadi milik awak, Iman," katanya lagi ketika terpandangkan barang-barang itu tersusun di tepi katil. Iman menoleh memandang barang-barang hantaran itu dan kemudian pada wajah tegang Ammar.

Iman mendekati Ammar dan mengangkat barang-barang itu dari atas dulang hantaran. Tak mahu nak menegangkan keadaan lagi. Lagipun, barang-barang ini semua nampak mahal! Ada jam tangan Gucci, beg tangan Gucci dan kasut Gucci juga! Kalau nak beli memang tak mampulah dia.

Tapi apa dia nak buat dengan kasut tumit tinggi Gucci ni? Dia bukan pakai kasut jenis macam ni. Tangan dah membelek kasut tumit tinggi itu dengan muka ngeri bila melihat ketinggian kasut itu.

"Kenapa, Iman? Awak tak suka, ya? Nanti kita belikan yang lain untuk awak, ya," kata Ammar yang sudah berdiri di sebelahnya. Bibir itu tersenyum sejemput pula.

Nak aje Iman cakap macam ni, saya tak pakai kasut macam ni. Awak bagi saya Adidas atau Converse lagi okey kut! Tapi lidah tak mampu nak ucap apa-apa bila memandang sinar mata lelaki itu.

"Awak jangan sedih ya, Iman. Ada masa nanti kita balik ke sini lagi. Now, abang rasa kita patut bertolak sekarang. Takut jalan jam ke apa," tutur Ammar lagi. Tangan terus mengangkat beg-beg pakaian mereka dan melangkah keluar dari bilik pengantin itu.

Beg-beg itu dia masukkan ke dalam bonet kereta. Encik Zafran dan Puan Zulina sudah berdiri di kaki tangga batu. Puan Zulina terus memeluk Iman sambil menangis ketika dia menyalami emaknya itu.

"Am minta maaf emak, abah. Sebab terpaksa balik hari ni juga. Ada meeting yang Am kena attend. Tak boleh nak elak," kata Ammar dengan muka serba salah memandang mentuanya.

"Tak apa, Ammar. Abah faham. Kami juga nak minta maaf atas apa yang terjadi ni," kata Encik Zafran pula perlahan saja. Ammar memeluk tubuh bapa mentuanya, cuba menenangkan perasaan orang tua itu.

Ya, memang tidak ada apa yang salah bila Iman Suffiyah menjadi isterinya. Salahnya Si Najwa itu sebab mementingkan diri sendiri. Si Najwa itu pun macam takut terserempak dengan dia tadi. Ah, perkara dah terjadi. Tak ada apa yang boleh berubah. Iman sudah pun menjadi isterinya.

"Bawa kereta baik-baik, Ammar," pesan Encik Zafran. Ammar mengangguk. Kemudian si abah memandang Iman Suffiyah pula.

"Iman, jaga suami kamu elok-elok. Jangan buat kepala degil. Perangai kena ubah. Dah jadi bini orang ni!" Kepala si anak bongsunya itu pula ditunjal sedikit. Anak bongsu yang sangat manja dengan dia.

Encik Zafran menghela nafas. Dalam hati hanya mampu mendoakan kebahagiaan si anak. Itu saja yang dia mampu lakukan. Selebihnya diserahkan kepada Iman dan Ammar untuk mengemudikan bahtera rumah tangga mereka nanti.

Aik? Bukan mamat tu ke yang kena jaga dia elok-elok? Dia menjeling sekilas pada lelaki di sebelahnya. Rupa-rupanya suaminya juga sedang memandangnya sambil tersenyum simpul.

Usai bersalaman dan berpelukan dengan keluarga yang lain, Iman Suffiyah mengikut Ammar ke kereta Audi Q5 miliknya. Beg galas yang penuh dengan buku-buku, dia letakkan ke tempat duduk belakang. Pintu kereta bahagian penumpang dibukakan untuk Iman dan membiarkan isterinya masuk.

Ammar mengambil tempat pemandu dan mula menghidupkan enjin kereta. Bila kereta mula bergerak perlahan meninggalkan rumah abahnya, mata Iman Suffiyah sudah terasa hangat. Lambaian emak dan abahnya dibalas hingga mereka hilang dari pandangan.

Iman Suffiyah menghela nafas panjang dan dalam. Sekilas dia memandang suaminya di sebelah sebelum mengesat mata. Ammar menoleh sesekali memandang Iman di sebelah. Dia tidak tahu nak cakap apa pada isterinya itu. Nak memujuk pun dia tak biasa. Mereka baru berkahwin dan masih tidak mengenali di antara satu sama lain lagi.

Entah bila Iman Suffiyah terlena pun dia tak sedar. Bosan sebab tak tahu nak buat apa dan nak berbual apa dengan Encik Ammar itu. Suaminya pun nampak sibuk menghubungi orang sana sini dengan telefon bimbitnya. Hands free. Nak main game, dia memang tak simpan aplikasi itu dalam telefon bimbitnya. Itu yang buat Iman Suffiyah tertidur sebab kebosanan.

Tiba-tiba saja bahunya digoyang perlahan. Bila mata dibuka, wajah Ammar dekat dengan wajahnya.

"Bangun. Kita dah sampai," kata Ammar sambil mencuit pipi Iman. Dah sampai? Iman Suffiyah membetulkan kedudukannya dan memandang ke luar. Gelap aje. Mereka berada kat mana ni?

Ammar menanggalkan tali pinggang keledarnya. Kereta sudah terparkir di tempat letak kereta. Iman Suffiyah meregangkan urat-urat yang tegang. Dia memandang kerusi yang dia duduk itu. Bila pula dia turunkan kerusi ni?

"Jom, kita keluar. Abang dah daftar kat hotel tu," kata Ammar seraya membuka pintu kereta.

"Maaf sebab bawa Iman ke sini. Abang terlupa sebenarnya yang abang ada mesyuarat kat sini. Kalau setiausaha abang tak ingatkan, memang abang tak ingat," jelas Ammar sambil ketawa.

"Kita kat mana ni, Encik Ammar?" tanya Iman Suffiyah, memandang sekeliling. Pintu dibuka dan tiba-tiba saja udara dingin menerpa ke wajahnya. Brrr... Sejuknya!

"Genting Highlands," balas Ammar bersahaja. Iman Suffiyah sudah panggung kepala di tempat duduknya. Memandang Ammar tak berkelip dengan mulut terbuka sedikit.

"Abang ada mesyuarat kat sinilah. Dah, jangan buat muka terkejut macam tu. Jom!" ajak Ammar seraya menepuk perlahan pipi Iman sebelum keluar dari kereta.

Iman turut keluar dan berdiri di sisi kereta sambil memandang sekelilingnya. Angin malam yang berhembus tiba-tiba, menyejukkan tubuh yang hanya bersalut baju T lengan panjang tipis. Hai, Encik Ammar ni pun satu. Nak ajak ke mari tapi tak beritahu dia dulu. Kalau cakap awal-awal, boleh juga dia sediakan sweater atau jaket dia tu.

Ammar segera mengeluarkan beg pakaian dia dan Iman Suffiyah. Beg pakaiannya disangkutkan ke bahu kiri dan tangan memegang beg pakaian isterinya. Kemudian tangan kanan pula sudah dihulurkan ke arah Iman.

Buat beberapa ketika mata Iman hanya memandang tangan yang dihulur ke arahnya itu. Kemudian perlahan tangan Ammar menyambut tangannya dan tangan itu digenggam erat. Mereka terus melangkah masuk ke dalam hotel yang nampak mewah itu.

Iman Suffiyah sudah ternganga melihat suasana hotel itu. Inilah pertama kali dirinya menjejakkan kaki ke hotel lima bintang ini. Mata tak boleh nak berkelip. Ammar membiarkan Iman melayan perasaan kagumnya. Bagi Ammar ini semua sudah biasa padanya. Dah tak ada apa mengkagumkannya lagi.

Iman memandang sekilas pada Ammar yang sudah melangkah ke kaunter pendaftaran. Dia pula mengambil kesempatan melihat ruang legar hotel itu. Rata-rata dia lihat muka pelancong luar negara yang bersidai di dalam hotel ini. Muka orang tempatan pun ada juga. Mata memerhatikan seorang perempuan muda yang berpakaian seksi dipeluk oleh lelaki yang boleh dianggap macam bapa. Hai, nasib baiklah dia datang ke hotel ni ikut suami sendiri. Kalau bukan, orang pun akan ingat dia ada skandal!

Then again, mungkin orang-orang kat sini tak peduli. Hal masing-masing, dosa masing-masing!

Lengan digosok-gosok bila rasa sejuk itu menembusi baju nipisnya. Cuaca di puncak bukit ini memang sejuk gila. Lebih-lebih lagi musim hujan sekarang ini. Rambut panjang dia pun sudah terasa lembap saja.

"Iman Suffiyah!" panggil Ammar tiba-tiba di belakang. Pantas kepala Iman menoleh. Tangan sudah mendakap tubuh sendiri. Mata sudah memandang langkah Ammar yang mendekatinya.

"Sejuk, ya? Sorry, sebab tak beritahu Iman awal-awal," kata Ammar sudah tersenyum kecil memandang cik isteri yang nampak sedikit menggigil itu. Terus saja tubuh kecil itu dipeluk dengan jaketnya yang besar itu. Mereka berkongsi jaket. Bulat saja mata hitam ini memandangnya.

"Jom!" ajak Ammar tanpa mempedulikan pandangan mata itu. Bahu Iman segera dipeluk rapat ke tubuhnya dan bersama mereka melangkah ke lif.

Pintu lif terbuka saja, mereka segera melangkah masuk. Ada tiga orang lelaki warga asing di dalam lif itu. Yang seorang sudah memandang Iman sambil tersenyum. Nampak macam peramah. Dah orang sedekah senyuman, Iman juga membalas senyuman itu.

Ammar terus memeluk bahu Iman Suffiyah rapat ke tubuhnya. Tak suka pula dia tengok cik isteri berbalas senyum manis dengan lelaki lain. Terkeras saja tubuh cik isteri yang kena peluk itu. Mesti terkejut sangatlah tu. Dia bukan kesah pun. Yang dia peluk itu isteri sendiri. Bukan isteri orang lain!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro