Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Prologue

Pada umur 10 tahun,Vivian selalu di ejek oleh rakan sekelasnya.Bukan sahaja satu orang,tetapi seluruh kelas tahun 4.Alasannya adalah Vivian selalu mendapat tempat ketiga terakhir.Tempat terakhir pun Vivian pernah dapat.

Sebenarnya,Vivian ini ialah anak orang miskin ketika itu,bersama dengan adiknya yang bernama Yvonne.Tetapi Vivian tidak pernah mengalah.Dia tetap mencari laluan untuk mengeluarkan dirinya daripada kesempitan ini serta keluarganya juga.Dia tahu dia boleh mengubah nasib keluarganya.Begitu juga dengan Yvonne dan kawan-kawannya yang lain,yang sentiasa menyokong dia dan akan sentiasa bersama sehingga dewasa.

Semasa Vivian berumur 14 tahun,dia masih lagi bersekolah dengan rakan sekelas yang mengejeknya.Walhal dirinya sudah semakin cantik dan berubah sedikit demi sedikit.Dia juga berjaya mendapat tempat nombor top 10 diantara nombor 7 hingga 5.Tetapi dirinya tetap lemah dalam sains dan matematik.Tahun itu juga keluarganya sudah kaya separuh.

15 tahun,tibalah sudah PT3.Dalam UPSR dia mendapat 5A sahaja,belum tentu lagi PT3.Sehabis sahaja PT3 mereka bagaikan sudah merdeka.Dan seperti biasa,orang yang mengejeknya takkan mengalah.Vivian hanya bersabar dan akan tumpukan perhatian kepada hidup keluarganya dan dirinya sendiri yang sedang membesar.

Semasa umur 18 tahun,dia memang menawan sepenuhnya.Keluarganya kaya,dia dan adiknya selalu menjadi murid contoh semasa di sekolah,dan sudah terkenal.Orang yang mengejeknya masih memerangkapnya,tetapi ini bukan masanya.Pada suatu hari,seorang jejaka misteri memberitahu bahawa dia telah memecah rekod murid terkenal kerana kebolehannya dalam bidang artis,dan bertanya kalau dia bersetuju kalau dia mengikuti kawan-kawannya yang memberi sokongan untuk mewakili negara mereka dalam bidang artis.Vivian dengan gembiranya setuju,dan memanggil perkara ini sebagai "balas dendam" kerana kata lelaki itu tiada sesiapa yang tahu perkara ini,kecuali Vivian,Yvonne dan kawan-kawannya.

Keluarganya telah menjadi kaya-raya dan dia sudah menjadi seperti artis rookie.Orang-orang yang mengejeknya terkejut tetapi mereka tidak mengalah.Pada cuti panjang,seorang jejaka memanggil mereka dan kumpulan Vivian untuk pergi ke sesuatu tempat dimana mereka boleh berlatih menari.Mereka berlawan menari di situ dan tiba-tiba Vivian menyuruh kumpulannya berhenti berlawan.Vivian dengan bergaya berjalan ke arah ketua kumpulan yang selalu mengejeknya ketika kecil dulu.

Orang yang mengejeknya terkejut kerana mereka melihat sendiri rupa Vivian yang sudah berubah,lain daripada dulu."Tak mungkin,kau orang lain,bukan?" kata salah seorang orang daripada kumpulan mereka.Kemudian,Vivian membuka topeng mukanya,dan berkata "Aku Vivian,perempuan yang kamu ejek ketika kita semua 10 tahun." Mereka semua amat terkejut dengan kecantikannya.Rambutnya yang hitam dan pendek,menjadi panjang berwarna coklat hitam,matanya yang bulat menjadi tajam dan kukunya yang biasa diwarna dengan warna hitam bersinar.

Dan dia berkata

"Kau fikir aku siapa?"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro

Tags: #anime