Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

9

"Flasback"

Emma berlari-lari menuju ke rumahnya, hari ini hari yang paling gembira.Ibunya mesti tersenyum bangga hari ni, segulung slip SPM di tangannya digenggam kemas, habis segala lopak air, diranduknya.

Padi di sawah yang menguning keemasan terbuai-buai nyaman ditiup bayu lembut angin yang seolah2 turut sama bergembira dengan anak gadis ini.

"Wei, Emma, laju je lari, gembira lain macam kau hari ni kan.." tegur cik rogayah atau dipanggil Cik rock oleh Emma.

"Memang gembira la cik rock, ni nampak ni" kata Emma sambil menunjukkan segulung slip di tangannya.

"Awat... kau lulus SPM ke..?" Soal cik Rock.

"Bukan setakat lulus, ni taraf2 professor..." kata Emma sambil terus memusingkan badannya berlari sambil melompat2 seperti budak kecil.

"Share la dengan cik gayah, Emma, nak tahu jugak result kau.." kata cik Rogayah.

"Tak boleh, Ibu kena rasmi tengok dulu, bye2 cik rock" kata Emma dan terus berlari pergi meninggalkan cik Rock.

Cik Rock pula hanya menggelengkan kepalanya dan ketawa kecil melihat anak gadis jirannya.

************

Tinggal satu saja titi dari kayu buat merentangi parit yang memisahkan jalan besar ke rumah Emma.

Emma sempat lagi melompat2 di atas parit itu..

Hampir saja dia masuk ke pintu dapur langkahnya mati.

"TAKKAN BANYAK NI JE YANG KAU ADA...!!" Tengking Mukhsin ayah kepada Emma kepada Anis , Ibu Emma.

"DAH SEMUA KAU AMBIK... BUAT BAWAK BERJUDI...!!... AKU DENGAN ANAK AKU, SAMPAI TAK MAKAN NAK LAYAN KERENAH KAU..!!" tengking Anis.

"BILA MASA AKU BERJUDI, AKU LABUR SAHAM" balas Mukhsin.

"LABUR SAHAM DEKAT KELAB KAT PEKAN, DENGAN G.R.O KAT SANA,TU KAU KATA LABUR SAHAM, KERJA DAH LAH MALAS..!!"balas Anis taknak kalah.

"SUSAHLAH CAKAP DENGAN KAU NI,BAK JERLAH TIGA PULUH RINGGIT TU,AKU NAK PINJAM...!!"

"EH , CANTIK MUKA KAU,TU DUIT BELANJA ANAK AKU...KAU JANGAN USIK..!"

"AKU NAK PINJAM LAHHH...!!"

"BERAMBUS... KAU TAK BALIK LAGI AKU SUKA...!!" Anis yang hilang sabar mula menghalau Mukhsin.

"KAU BERLAGAK YER SEKARANG.TAKPE2 KAU TUNGGU..!!" ugut Mukhsin dan terus menumbuk papan dinding rumah.

"HOI...!!" tengking Anis , tidak dihiraukan oleh Mukhsin.

Ketika ingin keluar dari rumah dia terserempak dengan Emma yang duduk tercegat di pintu.

"Ermm.. ayah.." tegur Emma masih memberi hormat.

"Kau dari mana ni, merayap.bukan nak tolong mak kau kat dapur.!!" Soal Mukhsin.

Emma memandang ayahnya , dihatinya menyumpah seranah, suka2 hati kau je kata aku merayap, tah bila masa aku tak tolong tah, kau tu yang merayap tak balik2 rumah, pastu kau tuduh aku.

"Woi, aku tanya ni, jawablah, kau pun nak jadi macam mak kau...KURANG AJAR..!!" kata mukhsin sambil terus menolak dahi anaknya.

"Err, Emma, baru ambik slip SPM ayah" kata Emma dan cuba membukanya untuk ditunjukkan kepada ayahnya.

"Dah, tak payah nak tunjuk, aku taknak tengok, mesti melingkup, kau tu dengan mak kau sama je bodoh, keturunan orang bodoh" kata Mukhsin langsung membantutkan hasrat Emma.

"Kalau aku keturunan orang bodoh, bukan ke aku ni anak dia, maksudnya yang bodoh tu dia lah" kata Emma mengajuk di dalam hati, nak diluahkan risau makan penampar pulak di depan pintu rumah.

"yerla ayah" kata Emma perlahan, hanya itu sahaja mampu diluahkannya.

"Kau ada duit..?" Tanya Mukhsin kepada anaknya.

"Err.. takde ayah..Emma baru habis sekolah, tak kerja pun lagi ,mana nak datang duit, bukan patutnya ayah yang bagi Emma duit ke, Emma kan masih dalam tanggungan ayah" jawab Emma, entah dari mana keberaniannya datang dijawab sedemikian rupa kepada ayahnya.

Dan hasilnya rambutnya disentap.

"AYAH... SAKIT AYAH..." jerit Emma.

"AKU TANYA SATU, SEPULUH KAU JAWAB...KURANG AJARRR...!!" mukhsin baru saja mengangkat tangannya untuk memukul Emma, pantas dia diketuk dengan penyapu.

"JANGAN PUKUL ANAK AKU..!!" jerit Anis.

"HUH...DUA BERANAK MACAM HARAM, DERHAKA KORANG NI, MEMANG TAK CIUM BAU SYURGA" bertambah sakit hati Mukhsin , terus dia berlalu pergi meninggalkan isteri dan anaknya, sambil tangannya mengusap2 tangannya yang diketuk dengan penyapu tadi.

Turun naik nafas Anis sambil melihat suaminya berlalu pergi.segera dia memandang ke arah Emma.

"Emma ok tak nak..ayah buat apa tadi..?" Soal Anis.

"Erm , ayah mintak duit kat Emma, Emma cakap takde, dia marah dia nak pukul Emma" jawab Emma.

"Celaka punya Mukhsin,tak dapat duit kat aku, kat anak sendiri nak disesahnya.mujur aku sampai tadi..!" Marah Anis.

"Dah lah Ibu, takde apa la, Emma kuat lah", kata Emma sambil mengangkat kedua2 tangannya diperagakan seperti Malik Noor jaguh bina badan.

"Ada2 jerlah kau ni Emma,dah masuk dalam rumah, ibu dah masak untuk Emma" ajak Anis.

"Jap...Ibu tunggu jap"

"Kenapa..?"

"Ada Surprise"

"Surprise apa nak, ibu banyak kerja ni, nak uli tepung lagi"

"Adalah.." jawab Emma.

"Hah...yerlah2, mana surprisenya..?"soal Anis.

"Ibu pejam mata dulu, pastu tadah dua2 tangan"

"Ish, kau ni.."

"Alarhhh... ibu sayang Emma tak"

"Mestilah Ibu sayang anak ibu,Emma sorang je anak ibu"

"Kalau sayang but macam yang Emma suruh"

"YERLAH..YERLAH,macam ni ke..?" Kata Anis dan terus menadah kedua tangannya dan memejamkan matanya sesuai dengan permintaan anaknya.

Emma segera meletakkan slip SPM di tangan ibunya.

"Bukak mata sekarang ibu" arah Emma.

"TADAAAA...!"

Anis segera mengangkat slip SPM anaknya, hampir sahaja dia menangis kerana terlalu gembira.

"Ya Allah, 9A 2B , cemerlang ni nak.." kata Anis dan terus memeluk Emma.

Pelukan segera dilepaskan.

"Ibu bangga dengan Emma"

"Macam ni bolehlah Emma jadi Cikgu kan Ibu, dapatkan biasiswa, masuk maktab dan jeng2, Cikgu Emma in da house" kata Emma sambil memperagakan gaya seorang cikgu yang garang sambil mencekak pinggang.

"Lebih dari tu nak...dah,dah, jum masuk rumah, Ibu da masak sedap2 untuk Emma, jum nak.."

"Lauk apa ibu...?" Tanya Emma.

"Ikan Puyu masak lemak kuning dengan sambal kelapa, feveret Emma kan" kata Anis.

"Wahhh... mana dapat Puyu" soal Emma.

"Cik Sudin (Suami Cik Rock) bagi pagi tadi, ada lebih dia menggagau .."

"wahhhh... jum, masuk bu,Cikgu Emma da tak tahan nak makan Puyu ni"

"Jum Cikgu Emma, kita mkan puyu yer ari ni.." kata Anis melayan keletah anak tunggalnya.

************


*BERSAMBUNG*

Maaf kepada reader, kalau banyak kekurangan di dalam penulisan saya... saya sebenarnya kurang mahir dalam buat cerita bergenre cinta dan kekeluargaan.diharap segala kekurangan dapat dikongsi.

2 chapter Siap pada pukul 5.42 pagi hari rabu.Assalamualaikum dan salam Subuh.



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro