6
"Kami pergi kerja, jaga rumah,dan jangan biarkan sesiapa pun masuk jika kau seorang di rumah-NORMAN"
Emma melihat bungkusan nasi lemak di atas meja, di bawahnya tertulis kertas peringatan dari Norman, dengan keluhan dia melihat ke arah jam di dinding.
"Dah pukul 12 tengah hari" bisiknya.
Emma termenung memikirkan apa yang terjadi semalam, setelah lama difikirkan barulah dia teringat,dia dipaksa meminum bir oleh Laily semalam ,malah hampir2 dicabul oleh si Din,mujurlah Lan dan Norman membantu nya semalam, kalau tak naya jugak dia.
*****************
NORMAN POV
Norman sedang melepak di ruang rehat di temat kerjanya,letih jugak sesudah selesai kerja,hari ini ada tiga order stesen Shell yang perlu disiapkannya, namun kerana pengalaman kerja selama 2 tahun, sekejap je dia mampu selesaikan.
Segera dia mencapai sebungkus rokok berjenama Dunhill di dalam poketnya,dinyalakannya sebatang dan sambil melepaskan lelah dia melayan perasaannya.
Ingatannya segera terawang pada kejadian malam semalam sesudah sampai di rumah.
Norman memapah Emma ketika keluar dari teksi.
"Nak saya tolong ke dik" kata pemandu teksi berbangsa india itu pada Norman.
"eh,tekpelah,saya boleh papah sendiri, berapa ringgit Uncle" Tanya Norman.
"RM12.00, tapi malam double charge dik, RM24.00" balas pemandu teksi itu.
Norman segera menyeluk sakunya dan mengeluarkan RM30.00 dan menghulurkannya pada Uncle itu.
"Bakinya Uncle ambik" kata Norman dan terus memangku Emma keluar dari teksi.
"terima kasih adik" balas Uncle itu dan terus berlalu pergi.
Lan Jawa yang telah lama sampai pula segera membuka pintu dan membantu Norman memapah Emma.
"nak letak kat mana ni Man" Tanya Lan Jawa
"Letak je kat katil aku"
"wow" balas Lan Jawa sambil membuat muka ghairahnya.
"Kau pun nak rasa tapak kaki aku kat muka ke macam si Din kena?" soal Norman.
"releksla, aku guraula sial" balas Lan Jawa.
"dah ,jangan banyak bunyi,letak dia kat katil aku,lepas tu kita keluar,tidur je,esuk kerja" balas Norman.
Mereka meletakkan Emma ke atas tilam dan Norman menyelimutkan Emma dan membuka kipas siling buat Emma,setelah membetulkan kedudukan bantalnya, dia dan Lan segera keluar dan menutup pintu bilik,punat pintu ditekan dari dalam dan dia segera menutup pintu.
"Weih,apahal kau kunci pintu,dari dalam,nanti kita nak bukak macammana" soal Lan Jawa.
"Aku tak Nampak point apa kau perlu bukak pintu bilik anak dara malam-malam,melainkan kau nak rogol dia" jawab Norman.
"Weih,kasar bahasa,tak percaya aku ke?" soal Lan Jawa.
"Aku percaya,sekadar langkah berjaga-jaga" jawab Norman.
"Kau tahu Lan, sekarang ni kita beri perlindungan kat dia memandangkan dia nak menetap dengan kita,sampai dia carik rumah or bilik sendiri baru kita tak bertanggungjawab lagi,bukan lindungi dia dari orang2 yang nak ambik kesempatan je,tapi dari diri kita sendiri,come on Lan,kita pun lelaki,ada nafsu,so aku harap kau tak salah anggap kat aku"balas Norman lagi.
Terkebil2 mata Lan Jawa dengan kata2 Norman kepadanya.
"Sekarang aku dah faham kenapa bila kitorang kekah bohsia,kau taknak join,sikappelindung kau kat perempuan tinggi rupanya" balas Lan Jawa.
"tapi selama ni tak Nampak,sebab kau tak tunjuk sikap kau,takpe aku hormat prinsip kau"kata lan Jawa lagi.
"dah lah jom kita tidur" ajak Norman pada Lan Jawa.
"Aku rasa kita tak boleh tidur lagi" balas Lan Jawa.
"Apahal lak,kau ni macam2 kerenah la" marah Norman.
"Kau ingat tak pagi tadi kita ada beli siput hidup"
"Hahh, pastu pe masalahnya?"
"Siput tu berterabur kat dapur rumah ni berjalan ramai2 , aku rasa Emma taktutup bekas tempat simpan siput tu, tu yang dorang keluar merayap tu"
"Hahhhhh!!!" tempik Norman dan terus berlari ke dapur, Ah sial betul,bisik hatinya bila melihat siput sedut merayap2 di dapur rumahnya.
"Kan,aku dah cakap"kata Lan Jawa.
"Habis tu tolonglah kutip dengan aku!"
"Yerlah,nak tolonglah ni,kau reti sabar tak"
Sekitar pukul 4 pagi baru mereka selesai mencari siput yang merayap walau di bawah meja,atau almari dapur.
"simpan siput tu dalam peti ais,jangan lupa tutup bekas, nanti merayap dalam peti ais lak" arah Norman pada Lan Jawa.
Norman segera duduk di sofa dan membuka TV ,takde banyak sangat siaran memandangkan hari sudah awal pagi,dinyalakan nya sebatang lagi rokok dan dia bersandar malas di sofa.
"meh,rokok kau sebatang" kata Lan Jawa dan Norman menghulur rokoknya pada kawannya yang tahu mintak tak tahu beli rokok itu.
"Kata nak tidur,ni bukak TV pulak ni apahal ni" soal Lan Jawa.
"Aku letih lah sial,main kejar2 dengan siput sedut,Emma lah ni,aku seligi kepala dia esuk pagi baru dia taw" balas Norman.
"Tapi kau marah2 kat dia pun,kau sayang dia kaw2 gak" provok si Lan Jawa
"Bila masa aku sayang dia?" soal Norman.
"Tu kau jaga dia kalah pakwe jaga makwe kut,dah macam abang jaga adik,ha..ha..ha" balas Lan Jawa
Tersentak Norman dengan kata2 Lan Jawa, Adik,ye dia jaga Emma macam jaga Adik.
"Ada sebabnya...."kata Norman dengan suara lemah namun dapat didengari oleh Lan Jawa.
"Cuba citer,cuba citer" balas Lan Jawa dengan rentak pak Jabit dalam cerita Zombie Kg.Pisang atau Hantu Kak Limah.
"Aku ada adik perempuan" kata Norman.
"Wahh,ini sudah bagus, first time aku dengar sejak jadi bestfriend kau,kau ada adik perempuan,bolehlah aku apply jadi adik ipar kau" balas Lan Jawa.
"Dia dah mati,kena rogol dan bunuh" balas Norman perlahan.
Terdiam Lan Jawa dengan kata2 Norman.
"Sorry bro,aku tak bermaksud..."
"Dah lah Lan ,jom kita tidur" kata Norman dan terus baring dan menekap bantal ke mukanya.
"Man, erm, kau tidur kat sofa ke" Tanya Lan Jawa
"Urmmm.."balas Norman pendek.
"Oklah,aku masuk bilik aku dulu" balas Lan Jawa.
"tutupkan Tv untuk aku" balas Norman.
"Ok bro"
TUPP........
Sedar2 dah pukul 8 pagi, terlewat dia masuk kerja hari tu, tapi nak buat macam mana, tidur lambat,biasalah tu terbangun lambat,nasib baik penyelia dia habis kuat usha dia panas je,kalau kena maki tak tahulah ,gugur jugak maruah dia.
Semalam, dia ada bercerita dengan Lan pasal adik dia,Nurul Najwa, Arwah Nurul Najwa, kenangan pahit yang ingin dia lupakan dan takkan buka mulut pasalnya seumur hidupnya,tapi akhirnya terlepas juga pada Lan.
Dalam tak sedar Norman menangis,dan mengelap air matanya.
Semuanya silap dia.
Ya,Najwa pasti masih hidup kalau dia tak pentingkan diri sendiri dulu, dan Ibunya juga pasti masih hidup kalau semua perkara tu tak terjadi.
Dia mengeluarkan dompetnya dan mengeluarkan secebis gambar usang ,portrait keluarganya sewaktu dia berusia 15 tahun.ditatapnya gambar itu dengan penuh pengertian.
"Maaf" ucapnya pada gambar itu dan segera dia mengesat air matanya.
**************
EMMA POV
Emma membuka bungkusan nasi lemak ,ketika dia membukanya dia tergelak kecil, Norman membelikannya makanan ibarat makan seminggu,patutlah gemuk lain macam bungkusan makanan tu.Nasi lemak,nasik tambah rasanya,sebab nasik banyak sangat,dengan lauk sambal sotong,ayam goreng dan telur goreng .
"Dorang ni ingat aku ni tembolok makan macam orang jantan ke?" kata Emma kepada dirinya sendiri.
Dengan lafas Bismillah,Perlahan2 dia menyuap makanan ke dalam mulutnya.
Selesai bersarapan , Emma pun menangggalkan pakaiannya dan masuk ke dalam bilik air untuk mandi, ketika itulah dia melihat cermin,dia melurut2 rambut panjangnya,cantik,dipadankan dengan namanya Emma Isabella,semakin menyerlah kecantikan itu.dan ketika itulah kenangan lalunya menjelma.
"Saya suka Emma,sebab rambut ni cantik sangat" kata seorang lelaki yang pernah memegang rambutnya dulu,lelaki yang sangat disayanginya.namun....
Emma melihat ke atas Rak tempat meletak ubat gigi dan sabun ,dia ternampak sebilah gunting.
Dengan Linangan air mata.
Emma memotong rambut kebanggaannya suatu tika dulu.
Biarlah,semua kenangan hilang begitu sahaja seperti rambutnya yang gugur terpotong satu2 ke bumi dan jatuh ,ke dalam lubang saliran air.Mengalir bersama air dan airmatanya.
*******Hello readers, sorrylah minggu ni satu bab je,aku betul2 tak larat sementelah company aku kerja ada special project yang memerlukan aku stayback 14 hours per day atau lebih untuk Task ni, aku harap, korang sudilah baca cerita aku ni, dan VOTE kalau best,akhir kata,aku sayang Reader aku,tapi sayang-sayang camtu jerlah, aku takde perasaan cinta ke bagai...hahaha*****
TEASER NEXT UPDATE
"TOK...Tok....TOK"pintu diketuk sekuat hati bagai nak roboh
"Emma bukak pintu ni,aku tahu kau ada kat dalam, kami kena masuk,kita kena bincang" tempik Di Pomen sambil di belakangnya Mat Arip dan Laily memerhatikannya.
Laily mula membuat muka bosan "Baby,kalau dia taknak bukak,kita blah jerla,orang nak say Sorry pun susah" kata Laily ada Mat Arip.
Sementara itu Emma di dalam rumah mula resah gelisah,di hatinya bercelaru,sama ada ingin membuka pintu atau tidak, jika tak dibuka risau pulak akan mengeruhkan hubungan persahabatan Norman dan Lan dengan kawan2 nya.tapi kalau mereka datang untuk ambil kesempatan lagi macam mana???
PEREMPUAN
PUISI EMAS PAUN,EMAS SEMBILAN
KARYA WEBAH SALLEH
KUALA LUMPUR
SEPTEMBER 1981
Kadangkala
Aku Menjadi
Seorang Penghiba
Dalam Ketawa
Bisa Menelan
Air Mata
Meski Bukan Kemahuan
Tapi Ia Suratan
Kerana Aku Dilahirkan
Sebagai Seorang Perempuan.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro