Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 5

Namun,riak wajah ku berubah bila aku aku tahu yang menutup suis kelas adalah Firash.Terus batal niat aku nak kata terima kasih.Baru aku sedar yang semua orang keluar kecuali aku dan Firash.Entah kenapa aku rasa seram sejuk bila kami berdua sahaja yang ada dalam kelas lagi-lagi ada sepasang mata yang merenung aku dari atas hingga bawah.

Tanpa langsung pandang arah nya,aku terus lari bila aku sedar yang aku belum periksa pengawas form 3 yang bertugas dia blok form 3 dan kantin.Itupun daripada arahan cikgu pengawas yang suruh disebabkan bulan ni pengawas form 2 dikecualikan untuk bertugas.Maka, kami pengawas form 3 yang baru habis pt3 diminta untuk mengantikan tempat form 2 untuk rehat pertama.

Disebabkan ada empat ketua exco pengawas menengah rendah, jadi pengawas biasa perlu diberi pilihan untuk menentukan siapa yang akan jadi ketua exco tingkatan semasa peperikasaan berlangsung.Dan bilangan yang paling banyak akan dijadikan sebagai ketua buat sementara waktu.

Maka,ketua exco 1 menengah rendah terpilih jadi ketua untuk semua pengawas.Siapa lagi kalau bukan aku.Aku langsung tak tahu kenapa semua pilih aku jadi ketua.Kalau nak kata aku pandai rasa nya tak, pantas lagi bukan.Lagipun aku ni dah lah garang, cara percakapan aku pun memang kasar.Kalau aku jadi ketua , memang jadi hura juga sebab aku bukan jenis baik pun dan percakapan aku dengan semua orang agak kasar kecuali guru dan kakitangan sekolah.

'Nasib badan lah kena jadi ketua.Sempat ke aku nak pergi tukar baju nanti?Ok, relaks Adwa kau boleh buat .Just be cool person.' monolog ku 

"Hey,Adwa.Kat mana saya bertugas?" tanya Li Yun aka classmate aku

"You dekat 3B dan 3C.Li Yun,you ada nampak Suressha atau tidak?" tanya ku selepas memberitahu tempat bertugas

"Suressha?Saya tak tahu dia ada datang ka?"kata Li Yun

"Oh,tak apa.Thanks,ya."kata ku ikhlas

Lalu, aku meronda untuk melihat pengawas lain bertugas atau tidak walaupun cara ni boleh buat seseorang penat.Namun bagi aku,cara ni mampu buat mereka sedar yang mereka perlu bertanggunggjawab dengan amanah yang telah diberi oleh semua guru termasuklah pengetua sekolah.

Lepas sahaja aku meronda dan beli roti di kantin sebagai alas perut, terus aku gerak ke kelas untuk duduk di sana buat seketika.Setiap kali aku berjalan mesti rasa sesak nafas walaupun tak lari.Aku langsung tak tahu kenapa tapi entah kenapa rasa macam nak pitam pun ada.

'Aku kena kuat.Jangan tunjuk yang diri aku ni lemah di mata semua orang termasuk keluarga sendiri.Aku kena pandai sorokkan semua luka berdarah dari semua orang dengan bersikap matang.'kata akal ku

Maka,aku terus gerak kelas dengan kadar segera untuk makan dan berlatih untuk kali terakhir.Lepas sahaja aku sampai ke anak tangga terakhir, dari jauh aku mampu lihat ada segelintir pelajar dari kelas aku dan kelas sebelah berdiri berdekatan dengan pintu kelas bersama dengan lima orang jejaka.

Aku tetap teruskan jalan ku sambil membawa roti coklat fav aku dan jadual tugasan.Bila lintas dekat perpustakaan sekolah, ada sesetengah pelajar form 2 tegur dengan aku.Aku pun tegur juga sambil buat ayat yang manis pada mereka lalu meneruskan perjalanku ke kelas dengan kadar segera.Aku sempat memberitahu pada pengawas yang bertugas di kelas ku dan kelas sebelah untuk masuk ke kelas sebentar.

"Wei, Mesha.Aku nak masuk kelas jap.Nak simpan jadual ni dulu." kata ku dengan serius

"Boleh lah.Kalau hang dekat sini, sapa yang jaga dekat kantin tu?" tanya Mesha

"Kat kantin tu jangan risau sebab aku letakkan Anu dekat bahagian situ dengan Cai Qin.Lagipun aku dah bagi tahu dekat cikgu yang aku dah jumpa assisstant aku untuk tugas kalau aku betul-betul sakit masa sekolah atau bantu cikgu buat kerja sekejap." terang ku 

Lantas aku masuk ke dalam kelas dengan selamba walaupun ada yang merenung tajam pada ku lagi-lagi Sofia.Macam lah aku tak tau yang dia jenis tak puas kacau hidup aku walaupun langsung tak layan perangai gedik nak mampus dia tu.

' Berlagak nak mampus pulak pompan sundal ni.Yang Firash duk pandang dia buat apa?Aku yang lebih cun dari dia tak pandang langsung.Apa yang bagus sangat pompan tu?Nak kata kaya, bukan kaya mana pun.' guman Sofia dengan tak puas hati

"Wei,pengawas.Kenapa kau bagi pompan tu duduk dalam kelas? Asal pulak kitorang kena marah?" tanya Sofia dengan nada marah dan kasar pada Mesha

Aku dah agak dah dia mesti tak puas hati dengan aku.Semak betul lah minah gila ni.Aku tengah demam selsema ni pun nak dipertikaikan.Belum sempat mata aku nak terlelap seketika, aku dengar suara Sofia tengking pada Mesha dan Jia Xuan.Lantas sahaja aku bangun dari tempat duduk aku dan bergerak ke arah mereka.Aku terkejut tengok bila lihat Mesha dan Jia Xuan terduduk atas lantai dan pandangan ku menjadi kecil bila perasan ada luka pada tapak tangan dan lutut mereka.

Aku yang lihat pun dah jadi angin satu badan pulak rasa nya.Sepanjang mereka berada dalam tanggungjawab aku langsung tak ada sorang pun yang berani sentuh mereka sebab mereka bukan sahaja kawan tapi sister dalam group.Aku ketua mereka tak pernah nak tolak atau cederakan mereka pun tapi ada yang buat aku nak jadi hantu sekarang ni.Bila aku nampak yang tangan Sofia di angkat tinggi untuk hinggap pada pipi Mesha , terus aku menahan tangan tu daripada menampar orang lagi-lagi pengawas yang merupakan kawan rapat aku dari sekolah rendah.

"Kau apahal,Sofia?Asal kau cari pasal dengan diorang?Kalau diorang buat salah beritahu terus pada aku bukan bergaduh.Cakap apa yang diorang buat." kata ku dengan tenang

Sofia yang jenis yang suka cari pasal dengan aku terus diam.Tanpa buang masa aku, lantas sahaja aku bantu Jia Xuan dan Mesha bangun akibat ditolak oleh Sofia.Aku tengok Sofia buat fake cry pada semua orang untuk raih perhatian lagi-lagi Azreil,Ariq,Farish,Farukh dan Firash.Aku yang jadi pemerhati ni pun rasa menyampah dengan perangai dia.Kalau dia pindah sekolah lain tak ada nya orang duk membawang pasal aku.

"Wei,Adwa.Baik hang mintak maaf kat Sofia sekarang.Bukan salah dia pun.Yang hang duk dengki sangat kat pasaipa?Aku duk perhati ja yang hang selalu duk cari pasai ngan dia.Kalau hang tak maaf kat Sofia jugak, anggap jelah yang hang bukan kawan aku." kata Anis dan semua menganguk menandakan mereka setuju dengan kata-kata nya

Aku terus tergamam bila Anis kata begitu.Selama ni aku ingat mereka kawan dengan aku sebab ikhlas.Namun tak, mereka hanya gunakan aku untuk kesenangan mereka.Entah kenapa aku boleh rasa ada sesuatu yang mengalir pada muka ku.

Belum sempat aku nak sentuh pipi ku ada tangan yang menyentuh muka ku.Aku yakin ni bukan tangan aku mahupun rozana dan balqis.Tanpa disuruh tangan tersebut terus bergerak ke arah mata ku dan mengelap sisa air yang ku anggap peluh sedangkan bukan peluh tapi air mata yang mengalir dengan menggunakan ibu jari nya.

"Abaikan apa yang diorang kata.Aku langsung tak nak lihat satu air mata yang mengalir dari muka kau boleh, budak?" pujuk Firash dengan suara yang lembut 

Aku langsung tak dengar satu suara yang keluar dari mulut sesiapa.Entah kenapa aku nak tahu  siapa yang sanggup bantu aku untuk mengelap air mata ku mengalir sebentar tadi.



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro