Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 4

Baru aku persan riak wajah mereka berlima berubah lagi-lagi Firash bila dengar nama ku selepas memberitahu siapa diri ku tanpa menunjukkan wajah ku langsung.Tanpa satu arahan,aku terus duduk di tempat ku yang dimana aku sukar untuk melihat tulisan di whiteboard kelas ku.

"Kejap, ulang balik nama kau semula?"kata Firash tanpa senyuman

"Kalau aku tak nak?Kau nak buat apa?" kata ku sinis

"Bila aku kata suruh kau ulang, buat sahaja lah.Tu pun benda senang tak boleh nak buat ke, hah?!" marah nya

"Dan bila aku kata tak nak makna nya memang tak lah aku nak ulang nama aku banyak kali." kata ku dengan geram

"Kau jangan cuba nak cabar aku, budak.Aku guna cara elok jangan sampai cara kasar aku gunakan." kata nya geram 

'Kenapalah perangai dia berbeza dengan maklumat yang aku dapat dapat dari pengetua.Haish kalau hari-hari macam ni aku kena jadi bodyguard dia memang nama aku ada dekat tanjung rambutan gamaknya.' kata hati Firash

'Aku ni dah lah tak ada mood nak cakap dengan sesiapa sekarang ni.Suka suki dia je nak mengarah aku.Ingat aku ni siapa orang suruhan dia ke?Bengang betul lah mamat beku ni.Dah lah nanti kena praktis dengan rozana untuk latihan gitar dia pulak.Tu yang aku malas nak cakap banyak tapi mamat ni buat aku buang air liur pulak.' desis ku geram

"Kau ni tak faham bahasa ke atau buat-buat tak faham bahasa.Kan aku cakap aku tak nak!Yang kau paksa aku ni, asal?" marah ku sambil hempaskan tangan ku di atas meja

Ramai yang terkejut tengok aku menghempaskan tangan ku di atas meja dengan kuat sehingga kelas sebelah pun boleh dengar.Mama pun terkejut dengan amarah aku dan ya memang perbuatan aku salah tapi kenapa semua langsung tak faham apa yang aku nak sampai.Aku dah penat nak layan semua benda ni.Dan bunyi ketukan dari pintu membuat aku mengalihkan pandangan.

"Selamat pagi cikgu.Boleh tak saya nak berjumpa dengan adwa sekejap?" kata rozana

Lalu aku bangun dari tempat dan sempat memberi pandangan yang tajam pada mereka berlima.Walaupun empat daripada mereka langsung tak terlibat tapi masih ada kaitan dengan Firash.Terus aku keluar dari kelas untuk berjumpa dengan rozana.

'Ni mesti pasal latihan rasa nya.' tebak ku

"Kenapa hang jumpa ngan aku?Kalau pasal lagu tu, aku rasa tak da apa-apa lagipun cikgu Rahim pun kata okey je." kata ku

"Bukan pasal lagu tu tapi aku nak kata ni yang lepas rehat semua tingkatan 3 kena gerak ke bilik motivasi cikgu Rahim suruh." ujar rozana dengan serius

"Hah?! Kau biar betul? Habis latihan kita tangguh lah kira nya?" tanya ku

"Yang tu, cikgu kata latihan tetap teruskan tapi hang kena nyanyi depan depa semua.Tu jelah yang cikgu kata." kata rozana sambil menepuk bahu ku untuk beri semangat.

"Hmm, yelah aku kena buat juga.Thanks bagi tau kat aku tapi diorang kena bawak beg juga ke?" tanya ku

"Aha.Diorang kena bawak beg juga sebab nanti kena duduk sana sampai balik.Hang jangan risau lah suara mesti sedap juga walaupun cikgu tak dengar lagi tapi aku yakin hang boleh buat." kata rozana dengan ikhlas

"Thanks lah wei.Aku cuma takut je tadi tapi bila hang kata macam tu buat aku yakin boleh buat.Aku sayang hang ketat-ketat kak." kata ku dengan terharu

"Tak ada hal pun.Dah lah aku nak pergi bilik kaunseling sekarang.Cau bro." kata nya sambil menunjukkan tangan untuk salam

"Okey lah.Jumpa dekat taman botani waktu rehat tau.Cau " kata ku lalu membalas salam 

 Aku terus masuk ke dalam kelas semula dengan muka dingin.Aku terus bergerak ke arah mama untuk memberitahu perkara penting tadi.

"Cikgu, cikgu Rahim minta semua pergi ke bilik motivasi selepas rehat dengan bawa beg sebab kitorang akan berada di sana sampai balik.Tapi jangan risau cikgu yang mengajar boleh masuk juga." kata ku 

"Ada apa-apa lagi ke, Adwa?" tanya mama prihatin

"Saya kena gerak ke setiap kelas untuk maklumkan kepada semua ketua, penolong atau pengawas yang ada sekarang.Boleh saya keluar kelas cikgu?" tanya dengan tenang

"Boleh sahaja ma.Cuma Adwa ok ke?Cikgu tengok muka kamu pucat je?Kamu tak sihat?" tanya mama dengan prihatin

Entah kenapa air mata aku ni mudah je nak keluar.Tapi untuk hati aku, aku cuba untuk jadi kuat depan semua orang

"Saya okey sahaja cikgu.Mungkin tak dapat rehat cukup rasanya tapi saya ok." nafi ku

"Tak pa lah.Kamu boleh keluar kelas,ok?Mama tahu kamu nak menangis kan. Kalau nak share sesuatu mama boleh sahaja, okey?" kata mama dengan senyum

"Baiklah, mama.Saya minta diri dulu."kata ku sebelum keluar semula dari kelas

Selepas bagitahu pada semua kelas termasuk dengan kelas rozana sebab aku yakin dia mesti kerja masa lagipun aku memang kenal dia tu macam mana.Haih nasib sayang hang kak oi..

Bila aku sampai ke kelas,cikgu inggeris aku tak masuk sebab tak hadir.Jadi, dah macam pasar malam pulak bila tengok balik.Tanpa aku berpaling, terus aku pergi ke tempat ku yang menjadi perhimpunan budak melayu.Aku langsung tak kisah diorang ada atau tak.Tanpa buang masa, aku terus ambil buku lirik lagu yang acapkali guna untuk menulis lagu yang ku cipta dan menyalin lagu lain tak kira dalam negara mahupun luar negara.

Menjaga Hati by Yovie&Nuno

Masih tertinggal bayanganmu
Yang telah membekas di relung hatiku
Hujan tanpa henti seolah pertanda
Cinta tak di sini lagi, kau telah berpaling

Biarkan aku menjaga perasaan ini
Menjaga segenap cinta yang telah kau beri
Engkau pergi, aku takkan pergi
Kau menjauh, aku takkan jauh
Sebenarnya diriku masih mengharapkanmu

Masih adakah cahaya rindumu
Yang dulu selalu cerminkan hatimu
Aku takkan bisa menghapus dirimu
Meski kulihat kini kau di seberang sana

Biarkan aku menjaga perasaan ini
Menjaga segenap cinta yang telah kau beri
Engkau pergi, aku takkan pergi
Kau menjauh, aku takkan jauh
Sebenarnya diriku masih mengharapkanmu

Andai akhirnya kau tak juga kembali
Aku tetap sendiri menjaga hati

Engkau pergi, aku takkan pergi
Kau menjauh, aku takkan jauh
Sebenarnya diriku masih mengharapkanmu

Biarkan aku menjaga perasaan ini
Menjaga segenap cinta yang telah kau beri
Engkau pergi, aku takkan pergi
Kau menjauh, aku takkan jauh
Sebenarnya diriku masih mengharapkanmu
Sejujurnya diriku masih mengharapkanmu 

Lepas aku habis nyanyi, baru aku sedar semua pandang ke arah aku tanpa berkelip termasuk Firash.Entah kenapa hati aku berdegup laju berbanding biasa hari ini.Takkan lah aku dah jatuh cinta pula, tak mungkin benda ni berlaku.

'Aku terhanyut dengan alunan melodi yang keluar dari mulut budak senget tu.Kenapa hati aku berdegup kencang bila dia.Memang berbeza bila aku bersama dengan arwah.Aku dah janji yang aku tak mungkin jatuh cinta dengan sesiapa sahaja.Adakah aku jatuh cinta dengan dia?' kata hati firash

"Wei Adwa boleh tak hang nyanyi balik lagu tu?" tanya Basyirah dan aku mengangguk.

"Tapi nak suruh bahagian mana?" tanya ku mendatar

"Yang biarkan aku menjaga hati ini ohh, tu" kata Alya 

Lepas sahaja aku menyanyi bahagian yang mereka minta,loceng sekolah berbunyi menandakan waktu rehat.Maka ramai yabg berpusu-pusu keluar dari kelas dan yang terakhir semesti nya aku sebab bila waktu rehat mesti tak seorang pun yang nak tutup kipas dan lampu kelas.Semasa aku bergerak ke arah suis lampu dan kipas, ada sepasang tangan telah menutup dulu sebelum aku.Lantas aku melihat siapa pemilik tangan yang rajin tolong aku menutup suis tersebut untuk mengucapkan terima kasih.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro