Part 3
QPagi ni, macam biasa lah kena datang awal sebab pantau pengawas sekolah yang berada dalam pemantauan pelajar form 3.Nasib hari ni tak ada perjumpaan pagi, kalau tidak memang tak sarapan lah aku pagi ni.Lepas beli nasi lemak,aku lepak dengan rozana sambil tu sarapan kami berdua untuk balqis yang nak bas awam.20 minit kemudian, balqis sampai jadi riuh lah kelas lagi-lagi topik kitorang ni motorsikal,sekolah idaman dan aliran yang kitorang suka.
"Wei,korang aku gerak dulu.Sat lagi diorang kata aku masuk lambat pulak."kata dengan gesa
"Haah,ok.Nanti rehat dekat taman botani tau dengan Ayuni dan Atikah." balas balqis
"Ok,set."kata ku sambil salam diorang
Nasib baik lah kelas aku dekat dengan kelas diorang.Tapi lepas sampai tempat duduk aku dan letak beg sekolah , aku terus keluar kertas laporan pengawas untuk kali terakhir dan tulis semua laporan dengan tekun tanpa pandang kiri atau kanan.Lagi beberapa ruangan laporan yang masih belum siap lagi sebab aku kena periksa yang lain juga untuk lihat perbandingan.Nampak cara aku lebih mudah untuk membuat perbandingan antara ahli pengwas senior dan junior yang berada dalam kumpulan aku.
"Hi,guysss."kata penolong kelas aku
Aku cuma pandang sekilah sahaja sebelum meneruskan laporan tersebut sambil menyanyi kecil.Tak lama kemudian,pelajar asrama pulak yang datang.Dan seperti biasa aku buat tak tahu sahaja sebab aku bukan jenis macik bawang ok.Lepas selesai laporan ni, aku terus simpan barang alat tulis aku dan bangun sambil menyusun kertas laporan untuk diserahkan kepada cikgu Tiyu
Dalam perjalanan nak hantar kertas laporan itu, aku ternampak beberapa orang remaja lelaki lebih kurang 5 orang dalam lingkungan 17 atau 18 tahun macam tu.Tapi bagi aku,walaupun diorang handsome, untuk aku langsung tak ambil pusing sebab aku jenis tak berminat dengan lelaki sebab lelaki lah aku jadi anti lelaki .Dan sebab diorang juga lah aku pernah merasa apa itu sakit walaupun tak pernah untuk meluahkan pada sesiapa walaupun dengan keluarga kecuali Yang Maha Teragung.
Selepas hantar kertas laporan dan disoal selidik oleh cikgu pengawas ku, aku terus bergerak ke kelas sebab aku dah terlewat beberapa saat. Bila aku lalu laluan kelas ku yang sebaris dengan perpustakaan sekolah dan kelas 3A, aku ada terdengar beberapa orang pelajer melayu tengah sembang pasal mereka terserempak dengan 5 orang lelaki tersebut di pejabat dan mereka ada datang ke kelas ku ,3KRK.Aku terpandang jam tangan ku dan terus gerak sebab terleka dengar perbualan mereka.Aku mengintai kelas ku dari belakang sama ada cikgu sejarah AKA mama masuk kelas atau belum .
Nasib tak menyebelahi aku langsung tapi tak apa sebab aku memang ada alasan yang munasabah pun sebab kenapa aku masuk lewat ke kelas.
"Adwa , kamu pergi mana tadi?" tanya mama dengan prihatin
"对不起,老师,所以我去向监事长提交了上一份报告,并质疑我今年终止监事的问题(Duìbùqǐ, lǎoshī, suǒyǐ wǒ qùxiàng jiānshì zhǎng tíjiāole shàng yī fèn bàogào, bìng zhíyí wǒ jīnnián zhōngzhǐ jiānshì de wèntí) (Maaf cikgu.Tadi saya hantar laporan terakhir saya untuk pengawas dan disoal selidik tentang pemberhentian saya dalam pengawas dalam tahun ini)" kata ku dalam bahasa cina
Dan aku yakin ramai yang terkejut lagi-lagi pelajar perempuan melayu sebab aku jenis tak bergaul dengan sesiapa.Tapi diorang silap sebab aku banyak belajar dalam bahasa cina dengan rozana dan mama.Aku minta mereka rahsiakan perkara itu daripada sesiapa.
"Tak apa.Cikgu baru sahaja nak kenalkan beberapa orang senior dari sekolah lain pada kelas.Baiklah, kamu berlima boleh memperkenalkan diri pada mereka semua." kata mama pada 5 orang tersebut
Aku macam biasa langsung tak layan semua benda.Baik baca novel lagi bagus daripada lihat siapa di belakang tapi tetap pasang telinga juga kalau ada kuiz atau soalan yang bakal diajukan.
"Asalamualaikum dan hai untuk semua.So,nama yang diberi ialah Mohammad Azreil Ilham dan untuk pengtahuan semua umur kami berlima ni sebenarnya 18 tahun.Jadi, kalau korang nak panggil senior atau nama boleh tiada masalah.Kami akan berada di sini selama tiga minggu.Jadi, harap korang semua boleh beri kerjasama dengan kami berlima." kata lelaki yang berada di hujung sekali sambil senyum
"Hai korang.Nama aku sebenarnya Putera Ariq Rafieqi.Korang boleh panggil dia Azreil dan aku panggil Ariq sahaja.Faham."kata nya yang berada di bersebelahan Azreil
"Hey guyss.Muhammad Al-Farish Shah.Korang boleh panggil aku Farish.Yang berada di sebelah aku ni abang kedua aku, Muhammad Al-Farukh Shah tapi korang panggil je dia ni Farukh dan yang dekat tengah ni......" kata lelaki yang berada di meja Danesh
Dan aku perasan remaja lelaki yang berada di tengah Ariq dan Farukh langsung tak buka mulut dia.Takkan lah mulut awak tu ada pelbagai intan permata kut desis ku dalam hati.Lepastu mata dia macam beri isyarat dekat Farish sesuatu melalui mata dan Farish hanya mengangguk kepala dengan muka yang menyampah.Aku tengok muka dia nak buat aku ketawa tapi kena tahan nanti jatuh pula reputasi sebagai pengawas.Jadi, aku diam sahaja.
"Muhammad Al-Firash Shah.Firash sahaja.Jangan nak memandai nak panggil aku dengan apa-apa panggilan selain senior atau nama aku." kata nya datar tanpa ada secalit senyuman langsung
"Baiklah.Memandangkan mereka berlima dah bagitahu nama mereka, jadi saya nak semua orang pulak yang kenalkan diri masing-masing.Kita mulakan dari lelaki dan berakhir dengan pengawas yang berada dengan pintu belakang." kata mama
Maka, bermula dengan Danesh sampai sofia pelajar yang baru pindah dari Negeri Pantai Timur.
"Hi.Abang semua boleh panggil saya Danesh."
"Assalamualaikum.Nama saya Muhammad Akmal Ikhwan tapi boleh panggil saya Akmal atau Ikhwan."
"Assalamualaikum dan selamat berkenalan.Muhammad Hafiz merupakan nama yang diberi.Panggil hafiz sahaja."
Dan seterusnya sehingga pada Sofia.Aku akui Sofia lebih cantik dan lebih hebat berbanding dengan aku.Jenis friendly dengan semua orang kecuali aku sebab dia akan cari pasal dengan aku bila aku berseorang dekat mana-mana tempat dan dia akan mengadu dengan semua budak melayu kecuali sister aku.Dan hasil nya aku yang tanggun malu plus marah sebab dia sesedap ABCD je pijak maruah aku.
"Hi, you all. Nama Saya Sofia Irina tapi just panggil Sofia atau Irina pun boleh." kata nya dengan nada yang gedik
Azreil,Afiq dan Farish terus jadi menyampah bila buat suara gedik.Aku pun rasa nak termuntah bila dengar suara gedik dia untuk lelaki.Tanpa aku sedar,Firash tersenyum bila lihat riaksi aku sambil mengajuk kata Sofia di sebalik novel.
"Hah.Pengawas perempuan yang memakai tudung hitam sambil baca novel tu sila bangun dan memperkenalkan diri awak."kata Farukh membuat semua pandang ke arah ku.
'Ah,sudah.Kenapalah aku juga dia petik tapi rasa nya aku yang belum cakap kan. Alah goreng je lah.'
"Assalamualaikum semua.Memandangkan ramai yang tahu saya ni pengawas melayu perempuan yang dipilih oleh cikgu pengawas.Jadi,saya hanya bagitahu nama saya sahaja jelah.Nur Adwa ' Atikah merupakan nama sebenar saya dan hanya boleh panggil saya Adwa.Sekian"Kata ku tanpa ada secalit senyuman yang menghiasi wajah ku
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro