Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Prologue

Assalammualaikum and hello semuanya. So ni a short prologue for you guys hehe.

•••

"Ingat tak El, dulu time kita kecik, Qay selalu tanya El..." Nafas Qay tersekat-sekat, sukar untuknya bernafas. Sungguh rasa ini tidak pernah dia rasakan, walaupun dia pernah berada di situasi ini dahulu, namun kali ini rasanya lebih berat. "If kita ni ada power, El nak power apa?" dia berhenti seketika, cuba menenangkan dada yang berdegup kencang dan nafasnya yang masih terasa sesak. "El selalu jawab... El tak kisah asalkan El dapat tolong orang"

Matanya yang berlinangan itu mula melirik ke arah jari manisnya, cincin yang berada di jari manisnya itu dipegang "Well, I should expect that from you" sambungnya lagi kemudian dia tersenyum. "Sorry El, everytime i asked you that question, even time kecik, Qay selalu cakap Qay tak tau nak power apa. Im so uncertainty about something, and surprisingly I am still like this. And because of this,.."

Kepalanya mula diangkat, matanya kini tertumpu ke arah pemandangan hijau diluar berbumbungkan langit biru yang jelas mampu menenangkan sesiapa sahaja yang sedang berduka, seolah peringatan daripada-Nya untuk hambanya yang sedang bersedih. "Now i know what i would like to have. El... kalau boleh Qay nak putarkan masa, El. So that I can always be with you." katanya itu dinoktahkan dengan keluhan yang berat. Dadanya masih terasa sesak namun sekuntum senyuman mampu diukir di bibirnya sehingga menampakkan lesung pipitnya disebelah kiri.

"Pulanglah El" kepalanya didongak agar dapat melihat ketenangan yang dizahirkan oleh langit kebiruan.

Air mata jantannya yang ditahannya sedari tadi mulai membasahi pipi hingga sebahagian kesedihannya itu tersimbah ke muka bumi, memberitahu bumi tentang dukanya seorang lelaki yang bernama Qayyed Qarizh.

Bahunya dipegang seseorang membuatkan lelaki itu menoleh ke arah gerangan manusia itu. "Sabarlah Qarizh" kata seorang wanita yang berselendang hitam yang menutupi setengah kepalanya. Wanita itu kemudiannya mengukir senyuman manisnya kepada Qay.

Pada waktu itu, hanya senyuman yang mampu Qay hadiahkan sebagai ucapan terima kasihnya kepada wanita yang hampir sama bayanya itu sebelum dia melangkah pergi dari pandangan Qay. Qay kemudiannya kembali merenung ke luar, menikmati pemandangan indah dari Sang Pencipta, tiba-tiba terzahir wajah seseorang yang amat dirinduinya.

"Keisha Ellery Daniza, is it too late now to say that I miss you?"

💫

Taknak ulas banyak, ulas lah sendiri mwahahaha

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro