Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

6. Checklist 1

"Masa itu mencemburui aku" -Qaelle

•••

Dia merangkak sambil tangannya meraba di bawah katil, mencari sesuatu. "Hm mana ni" tanya El kepada diri sendiri.

Hari itu, sebelum akad nikah, perkara pertama yang dilakukan El adalah mengalihkan buku nya ke tempat yang tidak dapat dilihat oleh sesiapa. Bimbang jika ada sesiapa yang bermain dalam biliknya, oleh itu buku itu dicampak ka bawah katil. "Ha jumpaa pon!" dirinya separa menjerit.

Dia mengambil buku tersebut lalu dibawa ke meja belajarnya. Lampu belajar dibuka agar isipatinya dapat dilihat dengan lebih jelas.

Dia tersenyum melihat isi kandungan tersebut. "Alahai El, bukan ke kau dulu yang nak kawen dengan si Qay ni? Kenapa tak happyy sekarang? Haha." Jarinya mengusap muka surat yang dibacanya. "Apa-apa pun, KAHWIN DENGAN QAY CHECKED!" katanya bersemangat lalu ketawa.

~QAELLE~

Flashback

"Assalammualaikummm"

"Iya waalaikumussalam. Eh tuan Qarizh." Jawab ibuk yang sedang membuka pagar kecil untuk Qay. "Kamu cariinnya neng Kei ya?" tanya nya lagi. Qaridzh mengangguk sebagai jawapan kepada persoalan pembantu rumah tersebut. "Ayola masuk, neng Kei ada di dalam" jemput ibuk.

Qaridzh yang pendiam lalu memasuki perkarangan rumah. Matanya meliar kesana-sini, bukan melihat suasana dan keadaan rumah orang akan tetapi mencari kelibat orang yang dicarinya, El.

Dari kejauhan dia nampak kelibat El yang bertubuh kecil di hadapan pintu rumah, menunggu kedatangannya. Dirinya tidak dibenarkan untuk menjejakkan kaki ke luar atau bermain di luar tanpa kebenaran papa dan mama nya. Oleh itu, dia selalu hanya menunggu Qay datang ke rumah nya di hadapan pintu. Qay melambai lembut kearahnya lalu kedua-dua kanak-kanak itu tersenyum. Mata El kemudiannya tertumpu ke arah tangan Qay. Sampai sahaja di pintu rumah,

"Ibuk!!!Kaeyl keluar ya sama kawan-kawan" jerit Kaeyl yang sedang mengambil kasut di dalam rak kasut. Kemudian dia meminta laluan di celah-celah mereka yang berada di muka pintu rumah itu.

"Papa mama nya tahu sih Kaeyl?" Tanya ibuk bimbang dengan anak sulung majikannya itu.

"Hehe nggak. Tapi jangan risau mama papa takkan marah punya" jeritnya lagi sebelum kakinya menginjak ke luar pagar. "Setiap hari dating eh Kei" sempat kakaknya yang tua 4 tahun daripada El mengusik adiknya yang kecil baru berusia 8 tahun itu.

"Ibuk, ini mama sediakan sedikit makanan" Qay menukar topik lalu segera membuka plastik tersebut, tangan kirinya mengambil sesuatu keluar daripada plastik tersebut kemudian plastik itu diserah kepada ibuk sambil menguntumkan senyuman. Ibuk mengambil plastik yang berisi lauk pauk itu daripada tangan Qay yang kecil. Terlihat garisan di pergelangan tangannya akibat meletakkan plastik yang berat itu di pergelangan tangannya. Mata El tertumpu ke arah garisan itu lalu memegangnya.

"Sakit?" Tanya El. Qay hanya menggeleng lalu dia menyerahkan sesuatu yang dibungkus elok kepada El. "Apa ni?" Tanya El.

"Ibuk masuk dulu ye anak-anak, kamu masuk juga, tak enak kok main depan pintu rumah." ingat ibuk sebelum masuk kedalam rumah.

"Qay.. apa ni?" Tanya El lagi sekali

"Hehe Happy birhtday El!" Ucapnya lalu tersenyum sehingga menampakkan lesung pipit sebelah kirinya.

El yang sedang memerah hanya tersenyum mendengar ucapan daripada sahabatnya itu sehingga menampakkan lesung pipit sebelah kanannya.

Mereka kemudiannya masuk ke dalam dan bermain di ruang tamu rumah. El yang tidak sabar untuk melihat isi hadiah tersebut segera membuka bungkusan itu.

"Hari tu El sakitkan? Sorry Qay takde jenguk El. Qay balik kampung, jadinya Qay hadiahkan selimut ni untuk El. Kalau El sakit, El sejuk, El pakai selimut ni. Biar rasa Qay sentiasa dekat dengan El" ujar Qay lagi tanpa menyedari keikhlasan dan kesopanannya telah menyayat hati seorang perempuan.

"Okay Qayy!"

~QAELLE~

"Haha. Malam tu jugak aku berhasrat akan kahwini seorang lelaki yang bernama Qayyed Qarizh. Ternyata tuhan dengar doa aku" sambungnya lagi selepas teringat akan kejadian itu yang membawa dirinya berhasrat untuk mengahwini Qay. Tanpa disedari air matanya jatuh ke atas kertas bukunya. Tanpa menghirau kertas itu menjadi basah, tangannya terus menyelak lagi dan lagi muka surat buku itu. Basah diatas buku itu perkara biasa, tiada yang mengejutkan. Sebab itu jugakla, El akan menggunakan satu pen khas untuk menulis atas buku itu, agar jika basah nanti, tulisannya tidak menghilang atau menjadi kabur. Matanya terhenti di satu bahagian.

"Okay. Insha Allah, ni next!" katanya bersemangat kemudian menutup buku tersebut dan meletakkan kembali ke bawah katil.

Dirinya kemudian dihempaskan ke atas katil "Awww!" lupa akan kondisi sendiri, dia mula memegang kepalanya. Beberapa detik selepas itu, keadaan kembali normal. Tangannya laju mencari sesuatu di telefonnya. "Nak pergi bila eh?" Kata nya seorang diri.

"Esok macam best!" sambungnya lagi, tangannya hampir menekan button book di skrin telefonnya itu namun tiba-tiba teringat akan statusnya kini yang merupakan seorang isteri. "Ya Allah, terima kasih bagi aku hidayah" katanya di dalam hati.

Tangannya kemudian mencari contact Qay namun tidak dijumpai. Dia lupa bahawa dia belum menyimpan nombor suaminya itu. Setelah belajar di negara orang dahulu, dia berhasrat untuk memutuskan segala contact dengan orang luar kecuali mama papanya. Kerana dia bercadang untuk menghabiskan pengajian dalam masa yang telah ditetapkan, takut perkara-perkara kecil nanti mengganggu dirinya semasa menyambung pengajian. Sebab itulah, dia menukar nombornya semasa di sana. Hanya hal-hal berkaitan dengan pembelajarannya sahaja yang ada dalam telefonnya ketika itu.

El pun keluar daripada biliknya, ingin meminta nombor telefon suami sendiri dengan seseorang. Disebabkan biliknya dekat dengan bilik kakaknya, dia mengetuk bilik kakak nya.

Bukan kakaknya yang keluar akan tetapi suami kakak nya aka abang ipar nya. El mengulah senyuman lalu terus menanyakan keberadaan kakak nya. "Kak Kaeyl ada?" Tanya nya. Dirinya pun belum mengetahui nama abang iparnya itu.

Mata El meliar ke dalam bilik mereka mencari kelibat Kak Kaeyl. Sungguh gelap bilik mereka, dia tidak nampak apa-apa pun. "Hm, abang..."

"Abang Zai" kata suami kakaknya itu.

"Ha abang zai, Kei tengah cari Kak Kaeyl. Dia kat mana eh?" Tanya El lagi, kali ini panjang lebar menyatakan tujuannya. Suami kakaknya itu hanya memandangnya dari bawah sehingga atas tanpa sebarang kata lalu melirikkan senyuman. El yang sudah meremang bulu roma mula menjauhkan diri. Bahkan semakin menjauhkan diri apabila dia merasakan tangan abang iparnya itu seperti hendak memegang tangannya. Nasib El lebih peka dan cepat bertindak, abang iparnya itu tidak dapat mencapainya. "Hm takpe la abang Zai. Kei pergi kat abang Khai je" El beralasan untuk melarikan diri daripada situasi yang kurang enak itu.

Tangan El mula bergegar tanpa henti, kaki nya semakin laju menuruni tangga rumah nya yang seperti tiada pengakhiran itu. Dengan rasa takut dan kepalanya yang berpusing, El terseliuh ditangga, membuatkan dia terjatuh. Untung sahaja dia sudah sampai di anak tangga dibawah sekali. Dia melihat di sekeliling rumah, sepi seperti tiada orang dirumah. Dia teringat dengan kejadian tadi, tangannya masih menggigil, mulutnya hendak memanggil seseorang namun terasa seperti ada sesuatu yang menahan suaranya.

"Qay" panggilnya dalam hati

💫

Jangan lupa vote and comment guys!

Comment untuk abang Zai sikit sini meh.

5 votes to unlock next chapther wuhu! Vote la kalau nak tau apa jadi dengan El.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro