Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

4. Penjelasan?

"Jika aku diberi peluang kedua untuk memilih kebenaran atau dusta, muntahkanlah dusta mu kepadaku jika itu bisa membuatku bahagia" -Qaelle

•••

"Aaaa finally selesai jugak" El mendepakan tangan lalu melompat baring ke atas tilam. Dia baru sahaja selesai mandi selepas majlis akad nikah yang telah berlangsung tadi. Ya, benar. Tiada sebarang persiapan dilakukan. Hanya lafaz akad nikah yang disertai, cukup untuk mengesahkan ikatan El sebagai seorang isteri kepada Qayyed Qarizh pada hari ini,10/10. Akan dia ingat sampai bila-bila tarikh penting ini.

Bukan main terkejut El sehingga terlompat ke belakang di atas katilnya apabila pintu dikuak memperlihatkan lelaki tinggi memasuki bilik nya itu. "Qay buat apa kat sini?" Tanya El lurus, lupa akan status mereka sekejap. Mata mereka bertentangan, terkunci buat beberapa detik. Tanpa menjawab pertanyaan El, lelaki tersebut terus mengunci pintu. Masih menguncikan matanya demgan mata El, membuatkan hati gadis tersebut membuat pancaragam seketika sebelum dia menghempas dirinya di sebelah El, membuatkan El terkejut buat kali kedua, kemudian Qay menolak tubuh El kebawah katil.

BRAK!

"Kau tidur kat lantai" katanya mendatar.

"Tapi.." kata El namun dipintas oleh Qay.

"Dah diam. aku nak tidur" Qay terus membalikkan diri "Jangan berani nak naik" katanya lalu melelapkan matanya yang dari tadi sudah mengantuk. El yang sudah terduduk hanya memerhatikan Qay yang membelakanginya sudah terlelap dibuai mimpi. Dia mula mengambil bantal-bantal nya kemudian diletakkan di atas lantai. Dirinya kemudian pergi ke almari dihujung bilik, kakinya terjengket-jengket hendak menggapaikan sesuatu di bahagian atas almari tersebut.

"Haa jumpa" dia menarik kain tersebut, selimut kegemarannya dahulu. Selimut yang diberikan oleh Qay masa hari jadinya yang ke 8 dahulu. Selimut itu kemudiannya dihamparkan ke lantai, manjadi alas tidurnya daripada lantai yang sejuk.

Matanya terbuka kerana rasa kesejukan yang memapah tubuhnya, dulu kalau dekat Spain pun sejuk ada heater, selimut, pakai pakaian tebal namun beberapa kebelakangan ini dirinya tidak tahan dengan kesejukan, membuatkan badan dia rasa sakit. Dia pun angkat daripada perbaringan kemudian menggapai remote aircond untuk menutup pendingin hawa di dalam biliknya.

"Oi" bukan main terkejut El. "Bukak" sambungnya lagi

"Tapi El sejuk Qay..." terang El tapi disambut dengan dengusan keras. Katil itu terkocak kerana Qay sedang mengangkat dirinya daripada perbaringan. Dia mencengkam pergelangan tangan El yang sedang berdiri di sisi katil dan menguncikan matanya yang seperti memburu mangsa kedalam mata El. Lidah El terkedu. Jelas raut muka Qay menunjukkan dia sedang tidak di dalam mood. Tangan El kemudiannya dicengkam dengan lebih erat membuatkan gadis itu mengaduh kesakitan seraya itu tangannya yang sedang memegang remote tersebut melepaskan genggaman remote itu.

"It seems like you're still clueless about our roles here" Qay mula berkata sambil tangannya merampas remote tersebut daripada tangan El lalu membuka balik pendingin hawa.

"Meh sini aku terangkan baik-baik so that kau tak salah faham" sambungnya lagi "This is an arrange marriage, and I Qayyed Qarizh never agreed to marry you. First, this happened because of keluarga kita. Do you even know that my parents died in a car crash last year?" Pertanyaan itu membuatkan El terkejut, patutlah tadi dia tidak nampak kelibat mama dan papa Qay. El meneguk air liurnya membuatkan lelaki dihadapannya yang masih memegang pergelangan tangannya itu tersenyum sinis. "See? You're still the same, indeed an ignorant person. Mak bapak aku mati pun kau tak tahu. But i don't mind about that, second aku merupakan perwaris tunggal segala harta papa aku. Kalau la hidup aku sesenang itu, sayangnya papa tinggalkan wasiat, i can get all dengan syarat i have to marry you" terangnya panjang.

Ketika itu, mata El sudah berkaca. Mendengar kata yang terakhir yang diungkapkan oleh Qay membuatkan air matanya jatuh. Tidaklah dapat dihalang segala persepsi dan kesimpulan sendiri daripada kata-kata tersebut. "Whatever you're thinking of right now, keep on with that mindset. I don't mind, honestly" jelas Qay lagi. "Oh yea. Nanti kalau aku dah dapat semua, nanti kita settle masalah kita ni okay? Jangan risau, kau belum sedia untuk kahwin kan? Nanti sampai masa yang tepat, i'll do the right thing"

"Tapi, itu bukan apa yang El nak" El mula bersuara namun suaranya terketar-ketar. Matanya dialihkan dari pandangan Qay. Muka nya ditundukkan lalu diangkat kasar oleh Qay supaya El tidak melepaskan pandangannya dari Qay. Lama, mereka saling berpandangan, tiada satu pun yang diucapkan. Hanya Qay melihat dalam kearah mata El yang sudah menjatuhkan air mata mutiara seorang gadis bernama Keisha Ellery Daniza.

Sungguh dalam hatinya tidak sanggup melihat dia begini. Tapi...

"Lastly, please know that I already have someone in my heart during your absence." kata Qay lagi menghabiskan kata-katanya dengan senyuman sinis. Tangannya mula melepaskan rangkulan di pergelangan tangan El kemudian kembali membaringkan diri.

Gadis itu mula memegang pergelangannya. Terasa sakit. Dirinya kemudian disandarkan ke dinding tempat pembaringan baharu nya mulai hari ini, kepalanya tiba-tiba terasa pening akibat cuba menelan segalanya dalam satu masa. Tangannya mengesat air matanya, dia terasa lemah sekali, tidak lama selepas itu, dunia terasa berpusing dan semuanya mula berubah menjadi hitam. "Please jangan sekarang" gumam hatinya.

BRAK!

Bunyi hentakan yang halus dapat didengari Qay namun tidak diendahnya, dia fikirkan ada sesuatu yang jatuh disebabkan El. Matanya terus dipejam agar dia cepat berada di alam mimpi, berharap agar tidurnya tidak diganggu lagi.

💫

Wohoo so macam mana?

Ada apa-apa yang hendak dikatakan kepada Qayyed Qarizh? Boleh comment kat sini

Don't forget to vote and commentt hehe so that K semangat nak sambung lagii.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro