Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

3. Keputusan

"Adakah kita menzalimi apabila kita mengambil hak mereka yang lain tanpa disedari?" -Qaelle

•••

Memikirkan kenangan mereka bersama, El tersenyum sendiri. Itulah janji pertama mereka, dan ternyata janji tersebut tidak sempurna ditunaikan. Entah apa yang perlu dirasakannya sekarang, ya, benar El bertunang dengan seseorang yang dia senang bersama dahulu. Namun, semuanya seakan tiba-tiba, tiada persetujuan daripada empunya badan. Balik-balik dengan baju casual disuruh duduk di atas pelamin, tiada satu gambar kenangan yang ditangkap, seolah-olah mereka menyegerakan sesuatu, nak kata El mengandung, mengandung apa nya seorang duk Australia seorang lagi kat Malaysia?  Persoalan demi persoalan kerap bermain di fikirannya, mahu diluahkan namun dirinya mengambil keputusan untuk menyimpankan segala rasa dan persoalan itu.

"Oi" El menoleh kearah empunya suara

"Qay" El terpanggil dengan nama jejaka dihadapannya itu. Mukanya yang putih dankacak itu tidak menunjukkan sebarang ekspresi, Qay yang sama tapi rasanya lain. "Bawah" Sambungnya kemudian berlalu pergi.

"Bawah?"getus hati El kemudian berjalan membontoti Qay walaupun dalam hatinya tidak tahu apa yang dimaksudkannya. Di sebalik tangga, El dapat melihat kelibat beberapa orang sedang duduk berkumpul. "Qay" panggil El

Tiada sahutan

"Qay" dia memaksa dirinya berhenti daripada menuruni tangga, tanda protes membutuhkan penjelasan sebelum kakinya terus melangkah ke bawah. Qay pun berhenti seraya keluhan menyusuli daripada mulutnya.

"Jangan nak mengada boleh? Kau ikut je apa dia orang kata, nanti kita settle kan semua benda ni cepat-cepat" akhirnya, lelaki yang dirindui El selama ini mahu bercakap dengannya namun lain, lain sekali. Gaya percakapannya tidak seperti dahulu. El tersentak mendengar, ada terasa sakit di dalam hatinya bila mendengar seorang Qay yang dikenalinya membahasakan diri dengan aku kau.

"Mungkin dia tersilap cakap kot" getus El dalam hati.

"Cepatlah. Aku ada hal lain lagi ni" sambung Qay membuat El tersentak. El baru hendak membuka mulut namun tangannya terus diterkam oleh lelaki itu, memaksanya untuk turun. Sakit.

"Okay Qay, lepaskan El. El boleh turun sendiri" katanya kerana merasa sakit dibuat begitu.

"Ah peduli! Kau lambat macam siput" bentaknya kepada El. El membisu dan membiarkan dirinya ditarik secara paksa oleh lelaki itu.

Langkahnya terasa berat sekali, entah mengapa dia suka jika tunangannya itu Qay, tapi dalam situasi ini semuanya terasa berat. Bagai tiada keberkatan dalam perbuatan yang dilakukan. Sebab apa? Dia pun tidak tahu. Mungkin salah dia, mungkin dosa dia yang dahulu.

Sampai sahaja di tempat berkumpul ahli keluarga mereka, buat kali pertama El mengambil peluang untuk melihat siapa juga yang ada di situ, ada papa dan mamanya, kakaknya Kaeyl, abangnya Khai, wanita tua yang merupakan nenek Qay. Mereka sahaja. "Ada apa ni ma?" El berani bersuara.

"Baiklah, alang-alang semua dah ada dekat sini and semua pun bersetuju tarikh perkahwinan akan dilangsungkan 5 hari bermula sekarang" kata papa nya, belum duduk lagi El tapi telah dikejutkan dengan perkara itu.

"Apa ni papa?!!!" akhirnya dia memberontak, terkejut orang-orang yang berada di situ namun reaksi papa nya selamba sahaja. "Apa ni?!!!" Tanya nya lagi, mengharapkan penjelasan daripada keluarganya itu.

"Kamu akan bernikah dengan Qay pada hari Khamis ni. 5 hari lagi. I hope you're good with this and i and we will not accept any objections, the decision has been made" kata papanya masih tidak menjelaskan apa yang dimahukan oleh El. Sekali lagi mata El berlinang. Dirinya melihat ke arah Qay, mengharapkan agar Qay dapat membuat sesuatu, bukannya dia tidak suka, namun semua nya secara tiba-tiba. Qay hanya memandangnya tanpa sebarang ekspresi.

"Alah Kei. Kau bukannya suka sangat ke dengan Qay ni dulu. Dah nak kawin ni. Happy lah sikit" ada suara sumbang mencelah. Ya, kakaknya. El tidak mampu untuk senyum mendengar usikan itu walaupun hakikatnya benar namun dia tidak mampu merasa apa-apa. Mengapa semua memaksanya untuk berkahwin dengan cepat sekali. Banyak lagi perkara yang ingin dia lakukan, banyak lagi. Namun masa...

Setelah diam sejenak, dan berfikir secara rasional. Akhirnya El tersenyum. "Baiklah. Kita adakan esok" katanya membuat orang disitu terkejut. "Judging by your decision, El rasa korang memang takde buat persiapan kan untuk majlis ni? Jadi rasanya okay kan kalau adakan esok?"

Papanya baru hendak angkat ingin mengajar budak ini, sungguh tidak pandai menjaga kata-kata yang difikirnya akibat daripada pengaruh budaya asing, namun mamanya sempat menahan papa nya daripada terus meluru ke arah El.

"Lagi cepat lagi bagus" kata nenek Qay. Mereka terkejut buat kesekian kali dan terdengar keluhan yang keluar daripada mulut Qay yang berada di tepi nya.

"Baiklah, kalau macam tu. Kita buat esok" setuju papa nya.

💫

Yey dah kawenn!!

Mweheheh maaf chapternya pendek je but inilah titik permulaan hidup seterusnya hihi! Tak sabarrr laa guee.

Sebelum tu what'ya think about this chap?Luahkan rasa geram atau suka anda disini gaes.

Also don't forget to vote and paling penting comment ye baru K rasa semangat nak update nanti hihii

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro