2. Perjanjian kanak-kanak 1950an
"Perjanjian itu—" -Qaelle
•••
Flashback
Matanya terpegun bahkan bersinar melihat kecantikan seorang wanita yang berada dihadapannya. Di dalam hatinya mengharapkan agar dapat mewarisi kecantikan wantia itu manakala wanita tersebut sungguh asyik membelai rambutnya dengan kasih sayang agar tampak kemas sebelum berangkat ke sekolah, bow berwarna merah dililit di sekitar cekak bajunya mengakhiri rutin seharian mereka. Mata nya terus melihat kearah bow merah yang dipakaikan oleh wanita itu seraya itu dia terus mengucap terima kasih. "Sekarang Kei dah cantik, now you can go to your school okay?" kata wanita itu. Budak kecil itu tersenyum terus mengangguk kepalanya dengan semangat sekali.
Semalam, gurunya mengingatkan bahawa hari ini mereka akan diberikan balik kertas-kertas peperiksaan yang telah mereka duduki 2 minggu yang lalu, dan El berasa amat teruja sekali. Musim peperiksaan adalah musim yang sentiasa ditungu-tunggu oleh El. Setiap kali peperiksaan, dia pasti berasa teruja dan gembira kerana inilah masanya untuk mencurahkan segala apa yang telah dia pelajari selama ini dan yang paling penting, this is the time to defeat him.
Seorang lelaki yang tampak tinggi mula memimpin tangannya ke luar rumah. Seusai keluar rumah, di luar pagar rumah, El menjenguk-jenguk halaman rumah jiran sebelah. Kecik-kecik busybody. "Papa, why there's no one outside?" tanyanya sambil jari telunjuknya menghala ke arah perkarangan rumah jiran nya itu. Papa nya mengusap rambut nya dengan lembut supaya tidak menyerabaikan rambut yang telah disisir oleh ibundanya tadi. Kalau tidak pasti ibundanya mengamuk.
"I don't know honey. Cepat masuk kereta, kita dah lewat ni. Maybe nanti Kei jumpa dia kat sekolah nanti eh" pujuk papanya. El pun tersenyum lalu melompat masuk ke dalam kereta.
Perjalanan ke sekolahnya itu dinikmati oleh seorang kanak-kanak yang baru berusia 6 tahun. Setiap pemandangan dan situasi yang diperagakan oleh manusia diluar tingkap keretanya diperhatikan betul-betul. Mata nya tertumpu kepada penunggang motosikal yang berada di sebelahnya. Dia memerhatikan penunggang motosikal tersebut, tidak memakai helmet, membawa lebihan penunggang dimana seorang kanak-kanak yang lebih kecil daripadanya berada di hadapan manakala dua orang lagi duduk dibelakang seorang pemuda yang dianggap sebagai bapa budak-budak tersebut. Yang dibelakang, seorang tampak besar seperti tua beberapa tahun daripada dirinya manakala seorang lagi seperti sebaya dengannya.
"Kenapa dua orang lagi tak pakai helmet? Tak ke dangerous naik motorcycle without helmet?" Getus hatinya.
Lalu bermacam-macam buah fikiran yang membanjiri otak kecilnya yang belum menerokai dunia sebenar. Hujan rintis-rintis mula menitis di cermin kenderaan. Waktu itu ada rasa simpati dan empati mula membelenggu rasa jiwanya. Di saat dia senang duduk ditempat penumpang di sebelah papa nya yang tengah memandu tanpa terkena sedikitpun titikan air hujan, ada orang sedang menghantar anak-anaknya ke sekolah dengan menggunakan motosikal, hanya bidang badan seorang ayah yang mampi melindungi anak-anaknya daripada terkena tempiasan air hujan dari arah hadapan.
Bapanya mula menyarung baju hujan kepada anak kecilnya yang berada di hadapan lalu membisikkan sesuatu kepada dua orang anak nya yang berada dibelakang, mereka berdua mengangguk seraya itu terus mendekatkan diri ke badan bapanya, bapanya meluaskan bidang badannya, untuk melindungi mereka daripada hujan yang mulai datang dari arah hadapan, tidak dapat melindungi sepenuhnya pun, setidaknya mereka berdua akan kurang terkena air hujan nanti. Seusai sahaja lampu isyarat menunjukkan isyarat hijau, mereka mula meluncur laju hilang dari pandangan El.
El hilang dari lamunan sendiri. "Kei kita dah sampai" Tiada sahutan untuk papanya, menandakan dia masih dalam lamunan diri sendiri. Bunyi lepasan tali pinggang mengejutkan El dari lamunannya. Seraya itu dia terus mengukir senyuman manis, menandakan dia tidak sabar untuk mendapatkan kertas peperiksaan dan berjumpa dengan rakannya.
"Its payback time hehe" getus hatinya lagi kemudian semakin lebar senyuman manisnya yang diwarisi daripada ibunya hingga menampakkan lesung pipit sebelah kanan yang diwarisi daripada ayahnya
"Papa pergi dulu ye Kei, enjoy your day. Belajar betul-betul. Love you anak papa" ucap papanya setelah mengucup dahi anak perempuannya itu lalu keretanya laju meluncur menghilang dari pandangan El. Mata El mula meliar ke sana sini, mencari kelibat seseorang. Dia berlari ke dalam tadika tersebut namun tidak terlihat kelibat orang yang dicarinya. Dia pergi ke luar lagi, menunggu di hadapan pagar sehingga hari sudah mulai siang, gurunya menjemputnya masuk kerana sesi pembelajaran akan bermula sebentar lagi. Senyuman El tidak selebar tadi, orang yang dicarinya tidak datang hari ini.
"Seperti dijanjikan, ini kertas ujian kamu yang cikgu dah semak. Tahniah semua nya! Kamu semua memang bijak-bijak belaka, tengoklah siapa cikgunya" kata cikgunya sambil bergurau membuatkan kanak-kanak yang berada dihadapannya ketawa, kecuali El. "Keisha ni kertas kamu. Tahniah Keisha! You'll be in the first place this time!!" ucap cikgunya lalu memeluk tubuh mulus anak kecil itu namun tiada sebarang ekspresi diberikan kepada cikgunya. Cikgu nya mula risau dengan ekspresi El, selalunya El merupakan pelajar yang paling teruja semasa menerima kertas peperiksaan, namun tidak kali ini.
"Hm teacher, can i have Qay's paper?" El mula bersuara mengalih perhatian gurunya tadi daripada seorang rakannya ke arah El.
"Sure can. Nanti balik nanti Keisha sampaikan this paper to Qarizh, okay?" Kata cikgunya. El hanya mengangguk, menerima amanah itu. Lagipun dia ingin berjumpa dengan Qay balik nanti.
-
Ting! Tong! Ting! Tong!
Belari pembantu rumah itu membuka pagar rumah. "Eh Keisha! Buat apa sini?" tanya pembantu rumah terkejut melihat El yang sudah menyalinkan pakaian ke pakaian biasa setelah pulang dari sekolah tadi.
"Qay ada aunty?" Tanya El. Tersenyum pembantu rumah apabila mendengar panggilan aunty daripada El. Banyak-banyak orang, hanya El seorang yang memanggilnga dengan panggilan aunty yang terasa amat mewah sekali panggilan tersebut untuk dirinya, seorang pembantu rumah.
"Ada. Masuklah" jemput pembantu rumah tersebut kemudian mengiringi El masuk ke dalam perkarangan rumah. El membontoti pembantu rumah tersebut walaupun dirinya sudah selalu datang bermain di sini dan tahu selok belok rumah besar ni, besar rumah ini lebih kurang besar rumah mereka tetapi pembinaan luar dan dalam rumah lain sekali.
Pembantu tersebut membawa El ke bilik Qay, lalu terpampanglah Qay yang sedang berbaring di atas katil yang diselimuti oleh selimut tebal berwarna hitam. Biliknya pun berwarna hitam cuma ada beberapa alis dinding berwarna putih. Sungguh depresi tampaknya dan berbeza dengan bilik El, berwarna hijau muda kerana dirinya suka melihat alam sekitar, sungguh tenang dengan warna yang menghiasi bumi kita. Tanpa berfikir panjang, El terus melompat duduk ke atas katil Qay sehingga membuatkan Qay terbangun dari tidurnya. Tidak seperti tadi, El mula menguntum senyuman sehingga menampakkan lesung pipit sebelah kanannya.
"Ni paper teacher bagi tadi" katanya.
"Sanggup datang sini semata-mata nak bagi Qay paper tu El?" Tanya lelaki tu dengan suara yang berbeza. Dari situ El mula perasan akan sesuatu.
"Qay demam ke?" Tanya El. Lalu tangannya diletakkan ke atas dahi lelaki sama baya dengannya itu. Pembantu rumah yang melihat mereka dua hanya tersenyum melihat gelagat dua orang anak kecil ini. "Awww panasss"
"Jangan dekat la El, nanti jangkit" guman Qay lalu menutup muka nya dengan selimut.
"Hmm" kata El lalu suasana jadi sepi. Disebabkan tiada suara daripada El, Qay mula membuka selimut dari mukanya, ingatkan El dah pergi, rupanya dia tengah berbisik dengan pembantu rumah nya, Makcik Kiah. Tidak tahu intipati perbualan, Qay hanya melihat mereka berdua tersenyum sesama sendiri kemudian beredar.
Selang beberapa minit, pintu bilik Qay dikuak dari luar, menampakkan kelibat kecil El sedang membawa cawan lalu meletakkan di atas meja yang berdekatan dengan katil Qay. "Minumlah ni. Nanti sembuh sekarang jugak. Lepas sembuh, El nak cakap something kat Qay" dia memberi senyuman kepda Qay menampakkan lesung pipitnya sambil mulutnya dimuncung mengarahkan Qay untuk minum air buatannya itu. Qay pun angkat daripada katilnya.
"Pandaila El buat" puji Qay kemudian tersenyum dekat El. Kedua-dua mereka tertawa apabila melihat sesama sendiri. "Okay dah sihat dah" dirinya memaksa diri sendiri untuk angkat, walaupun masih terasa sakit pada sendi-sendi badannya namun apabila melihat El yang seperti ingin memberitahu sesuatu, dia memaksa dirinya angkat daripada baringan.
"Yeayy bagus" sorak El lalu meletakkan punggungnya di sebelah Qay yang masih berada di atas katilnya. Mereka berdua duduk saling menghadap antara satu sama lain "Finally El dapat kalahkan Qay" kata El tanpa berselindung dan membuang masa. Mata Qay membesar seolah tidak percaya "seriousss!!" jerit El kerana mamahami ekspresi Qay yang tidak percaya
"Alaaa jatuh la maruah Qay sebagai lelaki, kena kalah oleh budak perempuan. Lagi-lagi El yang kalahkan" rajuk Qay. El hanya ketawa. Qay mula mengambil kertas peperiksaan yang dibawa oleh El tadi untuk melihat markahnya "El dapat berapa?"
"99" jawab El
"Qay 98...sikit je lagiii" kata Qay tidak berpuas hati. Kekalahan pertamanya dengan El seolah-olah tidak dapat diterima akal oleh nya. Sejak dari dulu lagi mereka saling bersaing untuk mendapatkan tempat pertama di tadika tersebut, dan ya selalunya Qay berjaya mendapat tempat tersebut namun berbeza pulak pada kali ini, ini adalah kekalahan pertama untuk Qay. Qay melihat El yang dari tadi tersenyum lebar hingga menampakknya lesung pipitnya. Qay yang tengah merajuk pun tersenyum melihat El yang ketika itu tampak gembira sekali, mungkin El dah berusaha sehabis baik untuk mendapatkan keputusan ini, getus hatinya. Jadi dia biarkan perasaan rajuk nya tadi hilang.
"Ni first and last tau. Mulai sekarang, kita kena sentiasa saling bersaing and Qay akan dapat nombor satuuu sepanjang masa supaya nanti kita besar dapat belajar luar negara sama-sama" Qay yang diam tadi mula berkata-kata. El terkejut mendengar kata-kata itu namun hatinya berbunga. Hanya frasa 'nanti kita besar dapat belajar luar negara sama-sama' sahaja yang didengar El tanpa mempedulikan perkara lain.
"Ini adalah janji" getus hati El.
"Janji?" kata Qay lalu mengeluarkan jari kelingkingnya. El mengangguk dan menyambut jari tersebut dengan jari kelingkingnya. Maka termanterailah perjanjian kanak-kanak 1950 an.
💫
Comell takkkkk El dengan Qay dulu??!! Napelah takde childhood friend macam Qay dengan El dulu kan 😭😭😭
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro