1. Sampai
"Kejamnya perasaan rindu yang tak terzahir" -Qaelle
•••
Dia menyorong dua buah bagasi nya di sepanjang lapangan terbang klia 2. Matanya berpinar-pinar tidak sabar untuk bertenu dengan orang- orang yang dikasihinya. Semakin terbayang wajah-wajah mereka, semakin laju langkahnya bersama dua buah bagasi yang disorong, ada seorang pekerja yang menawarkan trolley untuknya namun ditolak, katanya hendak cepat. Hakikatnya malas nak menyorong troli tersebut dan betul dia hendak cepat, tidak sabar bertemu dengan kekasih hatinya. Sampai sahaja diluar, kereta bmw hitam cukup dikenalinya namun orang yang berada di hadapan kereta itu kelihatan lain sekali.
"Salah kereta ke ni" gumam El di dalam hati. Setelah mendekati kereta tersebut barulah jelas siapa gerangan tersebut. Wajah-wajah tadi yang dibayangnya menyebabkan dia lupa akan wajah lelaki separuh abad dihadapan nya ini. "Uncleeee Fatehhhh" jeritnya.
"Keisha ke nii?" Tanya Uncle Fateh
"Ye uncle fatehh. Keisha ni hehe takkan lupa dah kut" kata El. Walaupun dirinya yang terlebih dahulu melupai Uncle Fateh tadi. Uncle fateh merupakan pemandu peribadi papa nya. Namun papa nya sering memandu sendiri kecuali ada urusan yang memerlukan khidmat Uncle Fateh, selalunya Uncle Fateh yang akan menjemput El pulang dari sekolah sebabnya papa nya sering ada kerja yang perlu dibuat walaupun selapas waktu pekerjaan.
"Laaa. Cepat masuk, mesti mama papa kamu tak sabar nak jumpa kamu ni" kata Uncle Fateh lalu membantu El yang dari tadi bersusah payah mengangkat dua buah bagasi nya ke dalam kereta.
"Hm"
-
Seusai sahaja sampai ke rumah, dirinya terlejut melihat rumahnya lengkap berkanopi. Seperti ada majlis yang telah berlangsung. Baru sahaja hendak membuka mulut untuk menanyakan kepada Uncle Fateh, namun hasrat itu cepat-cepat dia batalkan apabila melihat Uncle Fateh seolah-olah mengejar waktu. Kereta diparkir di tempat garaj kereta lalu Uncle Fateh terkidik-kidik keluar untuk mengambil barang El. Namun El tetap berkeras hati ingin membawa barangnya sendiri, walaupun dalam hati tak sabar nak jumpa orang-orang yang dirinduinya di rumah. Kaki nya mulai menginjak lantai rumah sambil membawa dua buah bagasi secara bergilir ke dalam. "Assalammualaikum" ucapnya. Tiada sahutan namun suasana hingar bingar, sah pasti majlis sedang berlangsung. Membatalkan hasratnya untuk masuk melalui pintu hadapan, El memasuki rumahnya sendiri melalui pintu di belakang yang terletak jauh sekali dari tempat nya mula-mula tadi. Jaraknya umpama dalam klia2, tak habis lagi penat jalan sepanjang klia2.
"merindui tilam" gumam El sambil berjalan memasuki perut rumah, dua buah bagasi nya ditinggal di belakang manakala dirinya dibawa untuk melihat keadaan yang sedang berlaku di rumah. Sampai sahaja ke ruang tamu rumah KD'a family yang seolah-olahnya terletak ditengah-tengah kota, semua mata tertumpu ke arahnya. Tidak seramai yang dia sangkakan, seperti ini jumlah kenalan terdekat namun suasana hingar bingar nya mengalahkan pasar raya. El hanya mampu mengukir senyuman kepada tetamu yang sedang melihatnya disebalik rasa kekok yang dialaminya.
"Ha baguslah dah sampai. Mari kita mulakan majlis"
El yang terpinga-pinga pun melihat ke belakang, siapa datang? Siapa sampai? Dia ka? Kenapa orang tertunggu kedatangannya. Setahu dirinya, dia hanya memberitahu papa dan mama nya tentang kedatangannya kembali ke Malaysia. Oh mungkin doa selamat, getus hatinya lagi. Selamat sampai ke tanah air tumpah darahku semasa ku pernah jatuh masa kecil dulu. Tambah nya lagi.
Seseorang merangkul lengan El, mamanya, membawa dia untuk duduk di hadapan, diatas sebuah pelamin. El masih terpinga-pinga. Di sudut hati ada juga rasa suka, sebab kedatangannya diraikan bahkan dengan doa selamat. Beberapa minit selepas itu, kedengaran bunyi serangkap pantun yang dilontarkan, disebabkan dirinya buta bahasa, hm kurang menjiwai bahasa, El hanya memahami dua rangkap akhir sahaja. Katanya seperti janganlah kita membuang masa lagi, sedangkan si dia sudah disini.
Pantun dibalas dengan pantun, ini telah berlaku selama beberapa minit sehinggakan otak El sakit untuk memproses maksud tersirat pantun-pantun itu
Menjunjung amanah bersama sekeping surat
bersama sekotak cincin dijadikan tanda ikatan
Pertalian kasih harus dierat
maka terjadilah ikatan pertunangan
Hampir tersedak El di tengah-tengah pelamin. Dirinya menoleh ke arah mama nya yang sedang duduk di sebelahnya.
Siapa tunang ni? El ke? Siapa tungan El? ya Allah.
"Ma." Panggilnya dalam suara yang layu, sedang menahan tangis yang akan keluar bila-bila masa.
"Maaf ye Keisha. Demi keluarga kita" bisik mama nya di telinga. Makin luluh hati seorang yang bernama Keisha Ellery Daniza. Kedatangannya bukan disambut, bahkan dioleng-oleng seperti sebuah permainan. Ternyata benar dirinya sekarang sedang ditunangkan dengan orang, tunang nya pun dia tidak tahu siapa gerangannya.
"Ma" dia memanggil lagi. Ketika itu tangannya diambil oleh seorang wanita tua, lebih kurang berumur 65-70 tahun. Ini ke bakal mertuanya? dia tertanya, tidak lama selepas itu pintu rumah di ruang tamu itu dikuak oleh seseorang, sekali lagi kehadiran seseorang yang lambat datang ke majlis menarik perhatian tetamu-tetamu di rumah. Usai sahaja mengelap air matanya, El berani mengangkat mukanya untuk melihat siapa gerangan yang baru datang itu, lambat seminit kalau tak boleh tengok muka terkejut Keisha Ellery yang sangat cantik akan tetapi dah menjadi tunangan orang yang unknown. Mata El membesar, terkejut melihat seorang pemuda yang baru datang itu. "Qay" makin berair mata seorang El. Qay hanya melihatnya tanpa sebarang ekspresi.
"Qarizhh! Lambatnya kamu!" Tegur wanita yang baru ingin memasangkan cincin ke jari manis El.
"Maaf nek. Ada hal kejap tadi" kata Qay. Qay melabuh duduk di sebelah papa lalu bersalaman dengan papa. Wanita itu yang dipercayai merupakan nenek Qay menggapai tangan mulus El semula dan menyarung cincin pertunangan ke jari manisnya.
"Alhamdulillah" ucap papa El kemudian diikuti oleh orang lain. Majlis itu kemudiannya di sambung dengan ucapan terima kasih ke hadrat Ilahi dengan berdoa kepada Nya. Doa diketuai oleh seorang ustaz yang telah dijemput.
Jam mulai menunjuk pukul 10 malam, tetamu-tetamu pun beransur pulang seraya itu mengucap tahniah kepada El walaupun dirinya terpinga-pinga. El hanya membalas ucapan itu dengan senyuman yang dia sendiri tidak tahu senyuman itu datangnya daripada hati atau tidak, bahkan dia masih tidak tahu dengan siapa dia bertunang. Dia mula memegang tangan mama nya yang berada di sebelahnya, matanya berair mengharapkan penjelasan. "Ma"
"Demi keluarga sayang" jawab Mama nya lagi.
💫
HAAA MACAM MANA???
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro