[06]
AMARAN CETUS: KATA-KATA KESAT.
RAMBUT Humaira diusap sayu. Harithah meletakkan plastik berisi bekas makanan itu di laci kecil di sebelah katil.
Pipi lelaki itu semakin cengkung. Lengkung gelap di bawah mata semakin menghitam. Sudah hilang seri di wajahnya.
"Eh, abang ... ." Humaira bangun daripada pembaringan lalu menyalami tangan Harithah. "Awalnya abang datang?"
Harithah mencoret senyuman kecil. "Abang tak kerja hari ni. Cuti," balasnya.
Harithah menyorok hakikat bahawa dia mengambil cuti sakit kerana demam. Itu pun selepas dipaksa Sufi. Dia tidak mahu menambah persoalan di benak Humaira. Dia tahu, Humaira akan terus bertanya dan bertanya tanpa henti sehingga mendapat jawapannya.
"Abang sakit, eh?" soal Humaira. Apabila tangannya ingin menyentuh dahi Harithah, lelaki itu segera mengelak sehingga terdorong ke belakang.
Harithah sengih kekok. "Sakit sikit. Demam je. Semalam kena siram dengan hujan."
"Semalam panas terik, abang."
"Oh, yakah? Lupa, hehe."
Humaira menjeling dengan ekor mata.
"Abang, kalau penat, jangan lupa rehat," pesan Humaira. "Maira tak suka abang sakit. Nanti tak seronok." Gadis kecil itu menjuihkan bibir.
"Kenapa tak seronok pula?" Harithah melebarkan senyuman.
"Nanti abang tak larat nak main. Lepas tu abang muram, bad mood. Maira tak suka." Humaira menunduk. "Cukup Maira je sakit. Maira tak nak abang sakit juga sebab susah payah jaga Maira."
Harithah terkedu. Dia mengusap rambut Humaira. "Eh, mana ada susah jaga Maira. Abang tak pernah rasa susah sebab abang sayang Maira. Maira je yang abang ada sekarang." Harithah menarik Humaira ke dalam pelukan. Bibir menggeletar menahan sebak sebelum air mata menitik jatuh di atas rambut Humaira.
Humaira ketika itu tidak tahu apa yang berlaku. Dia menepuk-nepuk belakang badan Harithah. "Abang janganlah menangis ... Maira tak suka abang sedih." Humaira melepaskan pelukan, menarik kedua-dua pipi abangnya yang basah. Panas. "Senyumlah, abang ... ."
"Aduh, aduh! Sakit, Humaira!"
Humaira ketawa terkekeh-kekeh sebelum melepaskan pipi abangnya.
"Sakitlah, Maira. Kurang ke-handsome-an abang nanti." Sempat lelaki itu berjenaka. Harithah mengesat air mata yang bersisa di pelupuk mata.
Humaira menampar tangan Harithah. "Isy, menyempat!"
Harithah ketawa sebelum disusuli tawa Humaira.
Indahnya, sekiranya kebahagiaan ini kekal.
• • •
"Pergi matilah, gila!" tengking Arsyad sambil menolak bahu Harithah.
"Syad, dia just nak cakap minta maaf kot. Kenapa kau ni ego sangat?" Sufi menarik bahu Arsyad yang nyaris menumbuk muka Harithah.
Keadaan di lobi sepi. Mungkin kerana terkejut melihat pertengkaran antara dua sahabat itu.
"Aku tak kiralah! Blah-lah kau! Biar aku ajar budak sial ni! Tak sedar diri!" Arsyad ingin meluru ke arah Harithah lagi apabila Sufi menarik tangannya lagi.
"LEPAS! Kau ni kenapa? Sibuk nak berpihak dekat dia! Dia tu pembunuh kau tahu tak? Pembunuh!"
"Ni public kau tahu tak? Tak malu ke orang tengok? Nak bergaduh, bergaduh dekat lainlah!" Sufi menengking semula.
Ketika itu ada yang merakam situasi itu dengan telefon. Namun tiada seorang pun yang ingin menghentikan pergaduhan itu.
Zaman sekarang, tiada common sense.
Kali ini, Arsyad terus menolak Sufi agar tidak mengganggu "kerja"nya.
Harithah mengambil tindakan bodoh, iaitu tidak melarikan diri. Salahnya juga kerana bertindak mendekati Arsyad di tempat terbuka.
Dan kini, bahaya mendekatinya. Namun kakinya seakan dipaku di lantai.
Arsyad melayangkan tumbukan di pipi Harithah sebelum tubuh keding itu jatuh ke lantai. Tanpa aba-aba, dia terus membelasah Harithah sehingga lembik. Keadaan Harithah yang kurang sihat menyukarkan dia mempertahankan diri. Beberapa kali Sufi mencelah, namun sia-sia. Sehinggalah sekuriti hadir menarik Arsyad yang sedang menggila.
"Pergi matilah, bodoh!" Arsyad meludah ke muka Harithah. Dia dibawa pergi oleh sekuriti jauh daripada situasi itu.
Sufi segera mendekati Harithah yang sudah terbaring di lantai."Weh, Rith! Kau sedar tak? Rith! Bangun, Rith!"
• • •
"Macam mana aku nak jumpa Humaira, Sufi? Nanti dia tanya macam-macam. Habis aku." Harithah membelek lebam yang membiru di kedua-dua pipi. Semakin calar ke-handsome-annya!
"Tak tahu aku. Itulah kau, siapa suruh kau cari fasal dengan Arsyad tu. Dia tu masih belum move on." Sufi menyandar di sofa rumah Harithah.
"Habis tu, sampai bila aku tak minta maaf? Sampai bila konflik ni berlanjutan?" soal Harithah dari dalam biliknya.
Sufi menjongket bahu.
"Sufi, aku dah tak handsome! Macam badut!" jerit Harithah yang masih menilik diri di cermin.
Sufi memicit dahi. Perasan!
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Jangan lupa selawat, sebab Nabi Muhammad ﷺ tak pernah lupakan kita.
Ya, saya publish. Awak tidak bermimpi:D
Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro