Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 5 - Perkahwinan

Airen membelek jarinya yang sudah disarungkan cincin. Masih terngiang ngiang qabul yang diucapkan oleh Airez Radhwan. Mereka selamat menikah siang tadi. Acara persandingan diteruskan di sebelah malam pula. Senyuman palsu terpaksa diukir di bibirnya.

Dia melihat tetamu yang memandangnya pelik. Mungkin kerana pengantin perempuan yang sudah bertukar wajah. Manakan tidak, di banner hadapan dewan muka Husna. Tetapi pengantin di hadapan mereka ini mukanya.

Keluhan kecil dihembus perlahan. Tiba tiba dadanya terasa sesak. Air mata sudah bertakung. Menunggu masa untuk dicurahkan. Ingatannya mengimbas kembali detik detik terakhir bersama Husna.

"Aku minta maaf, Airen. Maafkan aku" air mata mengalir perlahan.

"Eih! jangan la menangis. Kau tak buat salah apa pon dengan aku" pujuk Airen. Air mata Husna diseka dengan hujung jarinya.

"Ren, maafkan aku. Aku terbaca diari kau hari tu. Aku tak bermaksud nak rampas Airez Radhwan dari kau. Aku tak tahu pon kau suka dia dari kecil. Kenapa kau tak pernah bagitahu aku? Kau kata kau kawan baik aku tapi kenapa kau tak bagi tahu aku? Aku siapa bagi kau? Kalau kau bagitahu aku awal awal, aku takkan jatuh cinta dengan dia. Aku nak tengok kau bahagia, Ren" Husna meluahkan semua yang terbuku di hatinya.

Airen terpaku. Tidak dapat digambarkan perasaannya ketika itu .

Dulu mereka bersekolah di sekolah yang sama sehingga tamat tingkatan 5. Dia dan Airez ditawarkan di universiti yang sama. Di situ mereka mulai rapat dan timbul bait cinta.

"Tak.. kau tak rampas dari aku. Kau tak rampas dari sesiapa pon. Aku tak nak bagitahu kau sebab aku nak tengok kau bahagia. Bahagia dengan orang yang kau sayang. Pasal diari tu, aku maafkan kau. Aku tak berniat pon nak sembunyikan dari kau. Tak lama lagi kau nak kahwin dengan dia dah. Allah dah tentukan jodoh kau dengan dia. Aku bukan siapa nak menghalang kerja Tuhan" air matanya turut sama mengalir membasahi pipi.

"Kalau dia bukan jodoh aku? Macam mana kalau aku bertemu jodoh dengan ajal terlebih dahulu?" kata kata Husna membuatkan Airen tersentak.

"Apa kau cakap ni? Aku tak suka la" Airen memandang ke luar tingkap kereta. Tidak selesa apabila hal kematian dibangkitkan kerana boleh membuatkan di teringat akan arwah kedua ibu bapanya.

"Airen.. Jodoh dan ajal tu semua ketentuan Allah. Tak mustahil kalau Allah menjemput aku terlebih dahulu" bahu Airen disentuh.

"Ren.. kalau aku pergi boleh tak kau tunaikan satu permintaan?" Pinta Husna.

"Husna ..." ayat Airen dipotong.

"Airen Rafeqah. Dengar aku cakap dulu please"

Airen terdiam. Tangannya digenggam lembut oleh tangan sejuk Husna.

"Kalau aku pergi, tolong gantikan tempat aku. Kahwin dengan Airez, please. Jadi isteri dia. Aku yakin dia dapat bahagiakan kau. Aku pon nak tengok kau bahagia Ren. " balas Husna sayu.
Matanya memandang dengan penuh berharap.

"Tapi..."

"Airen.. please. Kau sayang aku kan?"

"Tapi, kenapa aku Husna? Kenapa tak Farah, Aimi, Qaseh? Mereka kan ada" tnya Airen.

"Hanya kau yang layak untuk dia. Tolong, Airen. Tolong sayang dia sepenuh jiwa raga kau. Kalau hari ni dia benci kau, aku yakin suatu hari nanti pasti dia menangis kalau kehilangan kau" jwab Husna.

"...... Lepas ni aku nak pergi jauh dah. Jaga diri kau tau"

Airen mengalah. Kepalanya mengangguk perlahan.

Lamunan Airen terhenti apabila terdengar bunyi hempasan pintu yang kuat. Kelihatan Airez yang memakai t shirt hitam menggantikan pakaian pengantin. Bila dia tukar Airen sendiri pon tak tahu.

"Puas hati kau, huh?! Ni yang kau nak kan !!" tempik Airez. Dia tidak risau jika ibu bapanya dengar kerana biliknya kebal bunyi. Orang di luar tidak akan mendengar bunyi dari biliknya.

"Apa maksud awak?" Soal Airen. Dia yang berada di birai katil terus berdiri. Membalas pandangan tajam suaminya.

Senyuman sinis terukir di bibir lelaki itu. Pandangan tajam bak helang bagai menikam dirinya.

" Kau tak payah buat macam orang bodoh la kat sini. Dasar perempuan tak sedar diri. Kau bunuh kawan kau sendiri semata mata nak khwin dengan aku?!" Pergelangan tangan Airen digenggam erat. Timbul urat2 di tangan lelaki tu.

"Awak.. sakit" kata Airen cuba merungkaikan pegangan.

"Sakit?!! Sakit lagi hati aku kena kahwin dengan kau. Dasar pembunuh!!"

"Saya tak bunuh dia. Semua ni sebab kemalangan" Airen cuba mempertahankan diri.

"Kemalangan? Huh! Kalau kemalangan, kenapa kau yang bawk kereta dia malam tu? Apa niat kau sebenarnya? Kenapa Husna suruh kau ganti tempat dia? Atau kau ugut dia hah?! Jawab soalan aku!!" Kata Airez kuat. Dadanya berombak kencang.

"Arwah yang suruh saya bawak. Saya rasa awak salah faham. Saya..."

"Ooo, pandai menjawab kau eh" ketawa sinis terkeluar dari bibir lelaki tu

"Saya menjawab sebab saya tahu saya tak salah"

"Sudah!!! Aku tak nak dengar lagi. Bagi aku, kau tetap pembunuh. Aku tak kan mengaku kau isteri aku. Aku akan balas apa yang kau dah buat kat Husna. Aku akan pastikan hidup kau menderita" jari telunjuknya dihala ke arah Airen.

"Kau dengar sini, kau tidur bawah. Tempat kau sesuai kat bawah sama macam maruah kau. Tak layak untuk orang macam kau. Hati busuk!! Amaran terakhir aku. Jangan berani sentuh katil aku sebab aku tak nak katil aku kotor dengan tangan pembunuh kau tu" pergelangan Airen dilepas kasar. Jelas kemerahan di pergelangan gadis itu. Tiada secebis simpati dalam dirinya untuk gadis itu kerana hatinya sudah dipenuhi dengan dendam.

"...And one more thing, lepas ni kau pakai tudung sama ada luar atau dalam bilik. Aku tak suka tengok sebab dah macam ahli sihir. Takda beza, sama jahat. Lagipun aku tak nak sentuh perempuan macam kau sebab aku tak nak ada anak dengan kau. Lepas ni, aku tak nak ambil tau pasal kau. Kau nk keluar ikut suka hati kau. Aku tak kisah. Kau tu hanya isteri atas kertas. Tak payah nak ambil tahu pasal aku. Ingat tu!! " rambut panjang Airen ditarik. Kemudian menolak kasar sehingga gdis itu jatuh ke lantai. Airen menahan sebak di hati. Tidak kuat untuk mengharungi kehidupan bersama suami yang membenci dirinya.

*Rambut Airen sedikit beralun

"Kau jangan mengadu kat sesiapa pasal ni. Ini baru sikit. Aku akan buat kau terseksa dengan perkahwinan ni. Sampai masa aku akan ceraikan kau bila aku dah tak perlukan kau. Jangan taruh harapan untuk aku jatuh cinta dengan kau sebab aku benci kau sampai bila-bila. Kau ingat tu, sampai bila bila" kata Airez terus ke kantil untuk merehatkan diri. Puas hatinya selepas menyakiti gadis itu.

Selimut tebal ditarik hingga paras dada. Suhu aircond diturunkan menambahkan kesejukan dalam bilik itu. Langkah pertama untuk menyeksa isterinya. Senyuman jahat terukir dibibir.

__________________

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro